Ad

PELAKON ASALKAN DIA BAHAGIA

SENARAI PELAKON ASALKAN DIA BAHAGIA

PELAKON ASALKAN DIA BAHAGIA

Rasanya Lisa dah lama tak tengok Shukri yahaya , ayda jebat berlakon .. Kali ni mereka digandingkan dalam drama adaptasi novel Asalkan Dia Bahagia karya Hani Fazuha yang ditayangkan mengisi slot Akasia TV3. . PELAKON ASALKAN DIA BAHAGIA diantaranya : Ayda Jebat, Shukri Yahaya, Idris Khan, Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Bella Dowanna, Syazuwan Hassan, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar, Safura, Kay Maria, Fadilah Mansor Drama 28 episod arahan Jamal Khan, terbitan Zamriez Golden Picture. Akan menemui penonton bermula 8 Mac 2019, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3. 

Watak Pelakon Asalkan Dia Bahagia 



PELAKON WATAK
Ayda Jebat Adira Imani
Shukri Yahaya Haris Aryan
Nadiyah Shahab Afida
Idris Khan Ikmal
Marisa Yasmin Datin Maria
Esma DainalDato Hijaz
Fatin Afeefa Anna
Bella Dowanna Nina
Syazuwan Hassan Azrin
Safura Puan Zarina 

LAGU TEMA 
Mada Ada Hati - Ayda Jebat
Mencintaimu - Aepul Roza

SINOPSIS ASALKAN DIA BAHAGIA

Kisah Adira Imani, disebabkan dia anak yang dikutip jadi dengan rasa rendah diri dia relakan sahaja untuk dijodohkan dengan Haris Aryan yang juga kenalan abangnya Ikmal Reza. Sebenarnya abang Ikmal sudah lama sukakan Adira dan memasang niat untuk melamarnya bila Adira telah tamat belajar. Namun sebaliknya berlaku bila mama jodohkan dengan Haris dan perkahwinan tersebut dipercepatkan.

Payahnya hubungan mereka apabila perkataan ‘orang ketiga’ sering mengundang curiga. Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, si sepupu yang suka menempel dengan Haris. Masalahnya, Haris tidak pernah mahu mengaku dan payahnya bila masing-masing suka percaya pada telahan hati sendiri.

GAMBAR PELAKON





0

No comments

Post a Comment

both
© all rights reserved
made with by templateszoo