Saturday, October 29, 2016

Iklan Deepavali Petronas 2016 Menyentuh Hati

Iklan Deepavali Petronas 2016 Menyentuh Hati

Manusia kebanyakan akan lebih cenderung kepada pemikiran negative dari positive. Lisa pun lebih kurang je dengan sekeliling yang kerap dengan kes bunuh dan culik , lagi-lagi dengan parents yang agak selalu mengingatkan tak boleh keluar sensorang ,, luar sana ada ramai orang jahat . Huh..! contoh paling senang ,,, coba tengokgambar diatas , apa yang akan korang fikir ? 2 Orang ni akan berniat jahat .. merompak ,, membunuh ?          sebenarnya gambar atas ni screen shoot dari video di Youtube bertajuk " I Am Muniandy " , iklan sampena hari perayaan Deepavali hari ini oleh Petronas . Cuba tengok video sepenuhnya dibawah ini.



Dalam menyambut perayaan Deepavali, warga Malaysia sepatutnya saling peka dan hormat menghormati akan perbezaan dan meraikan persamaan di antara kita. Jangan tengok dari luaran sahaja , nampak jahat tak semestinya orang tu jahat . Mungkin muka garang atau gengster , tapi hati mereka siapa yang tahu . 

Dari video atas tu , memang kena la dengan masyarakat sekarang , Deep sungguh kan ?. sedikit banyak orang akan berfikir sama macam watak dalam video tu , negative ! 

Iklan Deepavali Petronas 2016 Menyentuh Hati

Pengajaran dari video I Am Muniandy Iklan Petronas sampena Deepavali :

Festival cahaya ini bertujuan sebagai peringatan untuk memupuk semangat kita lebih bertimbang rasa terhadap orang lain. Semoga cahaya ini menyinari sanubari dan terus membuat kita saling menghormati di antara satu sama lain, sebagai individual dan sebagai warga Malaysia.Tak kisah kulit coklat atau putih , atau sawo matang pun.. yang penting hati kita ikhlas . 

Keharmonian yang lebih baik boleh dicapai melalui pemahaman yang lebih baik dan sifat bertimbang rasa yang tinggi. Berfikir positive dan cuba jangan beza-bezakan antara satu sama lain , barulah satu Malaysia . Ye tak ? 
Iklan Deepavali Petronas 2016 Menyentuh Hati

Iklan Deepavali Petronas 2016
Senyap-senyap masuk dalam rumah 

Iklan Deepavali Petronas 2016
Langkah kaki peralahan-lahan 

Iklan Deepavali Petronas 2016

Muniandy dan kawannya sebenarnya datang untuk tolong aunty dan uncle yang duduk pusat jagaan orang tua . Bukan nak mencuri atau merompak .


Selamat menyambut hari perayaan Deepavali untuk semua sahabat indian yang meraikannya . Hope lepas tengok video iklan dari Petronas ini boleh ubah pemikiran masyarakat kita . Let's Light on Our hearts , guide our Judgement . 

Rindu pula dengan ex-staff sharmini.. sekarang dah jadi cikgu dah .. . 



Iklan Deepavali Petronas 2016

Good Joob Petronas , video yang beri kesan mendalam dan pengajaran untuk semua orang . 


Friday, October 28, 2016

ezbuy ,Shopping Online Murah di Malaysia


Assalamualaikum , hye ! Tak rasa dah hampir nak dekat dengan hujung tahun . Oh ya bulan ni gaji awal hihi.. so mesti dah terbayang-banyak SALE shopping . Sayangnya tempat Lisa hanya ada beberapa  Shopping kompleks je , hmm tak cukup puas le nak ber shopping . Malasnya nak berjalan jauh ni ,, ahaks. nasib baik ada ezbuy , laman shopping yang murah dan pastinya banyak promo sampai 70% setiap hari . Hanya perlu duduk depan komputer atau smartphone dan masuk laman ezbuy kemudian shopping ! Jimat masa , tak perlu jauh-jauh drive ke mall berlainan ,, dan yang bestnya boleh jimat duit . Jom Lisa kongsikan pengalaman membeli-belah di Ezbuy . 


ezbuy Laman Shopping Mudah dan Murah di Malaysia 

Selain murah , banyak lagi kelebihan yang korang boleh dapat jika beli belah secara online di ezbuy . Ada banyak barang , seperti pakaian lelaki , pakaian wanita , Barangan mainan budak , Kasut , Bag , Accessories , kecantikan , kesihatan , barangan pejabat , automotives bahkan Handphone dan tablets pun ada ! Wahh.. memang lengkap sungguh . Untuk penghantaran guna Economy Air ,dikenakan caj penghantaran serendah  RM 4.50/ 500gram sahaja . Selain itu tak perlu bayar caj agent fee, biasanya kalau beli barang guna agent atau pihak ketiga memang le mereka akan kenakan caj tapi dengan ezbuy tidak dikenakan fee. Nak lagi best, korang juga boleh pilih gunakan Prime Service untuk dapatkan banyak benefit seperti caj penghantaran hanya RM 8.80 tak kisah berapa banyak dan berat barang yang dibeli . Rujuk gambar dibawah ni ;



Dulu Lisa selalu beli barangan dari Taobao , sebab barangan murah dan banyak pilihan , tapi lecehnya sebab harga dalam Yuan , so kena convert sendiri la harga tu . Sekarang ni Taobao dah ada dalam ezbuy , jadi lebih mudah dan senang la nak tau harga barangan dalam Ringgit Malaysia , tak perlu nak convert kira manual sendiri . 


.

Banyak barang yang menarik untuk dibeli , rasa nak shopping hari-hari di ezbuy . Antara barangan yang kali ini Lisa nak beli , Bag backpacker , Set makeup brush , dan baju .  Harga untuk bag ini hanya rm 25.50 , murah bukan ? Diskaun 74% tu yang dapat murah .. kalau beli di Mall memang tak kan dapat harga seperti ini . Kualiti bagus , harga murah , diskaun bayak .. untung wei ! 




Yang kedua pula, Assorted complete make up brush set . Amboi semua nak warna pink ! Lisa memang dah lama cari set bruh yang complete macam ni . Dan ya,.. Lisa dapat 82% off di ezbuy , kalau beli di instagram atau vendor sini memang harga beratus la . Harga sebenar RM 145.70 , see .. belum kira kos penghantaran . Ni yang Lisa suka beli dari windows shopping , boleh tengok harga dan cari yang ada sale . Pilihan bijak ditangan kita , pandai-pandai la kan nak mencari dan jimatkan masa , uang poket  . 





Penghantaran menggunakan China Economy air dulunya RM5.50 dan sekrang hanya RM4.50/gram . Murah bukan ?








No agent FEE . Korang tak perlu bayar caj kepada pihak ketiga ketika beli barang dalam ezbuy. 



Pilih Prime Service untuk dapatkan caj penghantaran hanya RM8.80 sahaja untuk pembelian berapa banyak pun . 





Untuk join Prime Service , korang akan dikenakan caj RM 18.80 untuk trial 1 bulan percubaan , dan rm 188.80 untuk 1 tahun . Wahh kira murah juga la.. sebab haritu Lisa beli barangan , caj penghantaran je dah dekat rm100.00 untuk 3 items je . Mahal la juga sebab caj dikira based on berat . Huhu.. Tapi kalau gunakan PRIME Service ini lagi la murah banyak . Shopping banyak manapun hanya bayar RM 8.80 .




Cara Mudah Berbelanja online di ezbuy : 

1. Buka link ezbuy untuk memudahkan kalian tengok senarai barangan dalam tu .

2. Pilih barangan yang kalian suka , sama ada tekan search di bahagian kanan atas atau dibagian  kiri tu ada label yang memudahkan kalian. 

3. Pilih dan add to cart . Last akan keluar screen seperti dibawah ini. Dekat voucher coupon tu kalian letak code ezsh15 dan kalian akan dapat diskaun shipping sebanyak 15% . Nampak tak ada rm 0.68 ,, sebab Lisa gunakan kupon tu .. disitu akan tolak 15% dari total shipping kita tu .



4. Tekan check out. 

5. Dah check out kalian letak alamat address, alamat untuk penghantaran barang yang kalian dah beli. 








Kalian boleh buat payment dalam masa 24 jam selepas buat tempahan di website ezbuy , tengok di my account dan kalian boleh tahu dah bayar atau belum .



Jangan lupa daftar di http://bit.ly/2dDrSGW dan korang akan dapat RM 15.00 ezbuy Voucher .  Daftar je teus dapat voucher , banyak diskaun , 15% off shipping , free vouchar , tiada agen fee.. caj penghantaran serendah RM4.50 /500gram .  menarik bukan ? So.. apa tunggu lagi , Jom shopping di ezbuy . Konform korang akan suka dan pasti akan patah balik untuk window's shopping . 



Thursday, October 27, 2016

Celcom First GOLD Plus RM98 - 40GB Internet




Celcom akan keluarkan pelan data dan call terbaru bermula esok . Briefing sebenarnya baru akan bermula pukul 2petang nanti di salah satu  Hotel - Johor Baru , tapi Lisa bagitau dulu la haha. Semakin lama makin ketat pulak fight bersaing antara telco satu dengan telco lain . Dengar cerita digi rm50 untuk 10gb internet.. ha.. memang murah , tapi mesti ada term and co , dan tak semua tempat dapat coverage digi . OK celcom menawarkan internet 2 kali ganda dari sebelum ini . ianya dibagi dari Celcom First Blue untuk 10GB internet , First Gold RM80.00 ( 20GB ) , First Gold Plus RM 98 untuk 40GB , dan yang terakhir , Celcom First Platinum RM150 untuk 60GB kuota. 



Kelebihan Plan Celcom Postpaid Terbaru 

Banyak kelebihan yang korang akan dapat dari plan postpaid celcom baru ini . Salah satunya sebelum ini data internet dibahagi dengan weekdays ( Isnin - Jumaat )  dan Weekends ( Sabtu - Ahad ) tapi untuk plan yang baru , korang boleh nikmati internet bila-bila masa tanpa menunggu Sabtu-Ahad  hanya dengan Add-On RM 10.00 , contoh rm80+rm10 : rm90 . Korang kena aktifkan manual di *118*2# . ANYTIME Data ( Isnin - Ahad ) boleh dinikmati hanya untuk pengguna celcom First Gold , First Gold Plus dan First Platinum  . ( Tertakhluk terma dan syarat . )



gambar credit: amanz

gambar credit: amanz


 Celcom First Gold 
*Pelan celcom dengan internet 20 GB data ( 10gb+10GB).
*Unlimited panggilan ke semua rangkaian.
*Unlimited Yonder music , Whatsapp dan Wechat ( tanpa menggunakan data 20GB).
*SMS 20 sen/ sms . 
Anytime Data hanya dengan bayaran rm80+rm10 , untuk nikmati data 20GB bila-bila masa tanpa tunggu sabtu dengan ahad.  





Celcom First Gold Plus 

*Pelan celcom dengan internet 40 GB data ( 20Gb+20GB).
*Unlimited panggilan ke semua rangkaian.
*Unlimited Yonder Music , Whatsapp dan Wechat ( tanpa menggunakan data 40GB).
*SMS 20 sen/ sms . 
Anytime Data hanya dengan bayaran rm90+rm10 , untuk nikmati data 40GB  bila-bila masa tanpa tunggu sabtu dengan ahad.  



Celcom First Platinum 

*Pelan celcom dengan internet 60 GB data ( 30Gb+ 30GB)
*Unlimited panggilan ke semua rangkaian.
*Unlimited Whatsapp dan Wechat ( tanpa menggunakan data 40GB). 
*Unlimited SMS kesemua rangkaian.
*Free yonder music , Zipit chat ,iFlix, Had kredit RM1000.

Anytime Data hanya dengan bayaran rm150+ rm10 , untuk nikmati data 60GB bila-bila masa tanpa tunggu sabtu dengan ahad.  




Celcom First Blue 
Pelan internet dan call ini menawarkan , 2+2GB internet untuk pengguna baru yang daftar bermula 28 Oct 2016 , 50 minit panggilan kesemua network , 50 sms ke semua rangkaian telco . Sedangkan untuk pengguna sedia ada atau exiting customer , pakej lama akan diganti upgrade kepada 10 GB internet ( 5GB + 5GB )  Pakej pelan ni tidak menawarkan anytime data . heheh korang kalau nak guna data anytime tu kena la up ke pelan celcom first gold ke atas.

Bila pelan ini akan dilancarkan ? 

Plan ini akan launch bermula esok 28 Oct  2016 bagi pendaftaran baru , dan untuk pengguna celcom yang dah sedia ada .. pelan mereka akan bertukar bermula 1 November 2016 . Untuk info selebihnya boleh layari celcom.com.my atau call talian celcom customer service 1111 free of charge bagi pengguna postpaid .

untuk ANYTIME DATA , pakej sedia ada  ditambah dengan add on rm10.00 setiap bulan . Contoh RM80+10 : RM90 .

*Promo ini sah selama 2 bulan sahaja . *





Friday, October 21, 2016

Isi kandungan Bajet 2017 Malaysia

Bajet 2017

BUDGET 2017 || Peruntukan Bajet 2017 telahpun di bentangkan tadi pukul 4.00 petang dibeberapa station TV. Dengar cerita BRIM naik , PTPTN dapat potongan harga , lain-lain ? Meh baca sepenuhnya Intipati kandungan Budget 2017 .


Bajet 2017


Intipati Isi Pembentangan Bajet 2017 Malaysia

Bajet 2017 kali ini dengan diperuntukkan RM260.8b, merupakan peningkatan 3.4% daripada pengubahsuaian Bajet 2016

Kadar GST kekal 6 peratus dan tiada kenaikan mulai 2017

Penjawat awam dapat cuti belajar namun gaji penuh dan biasiswa turut diberikan juga kepada kumpulan pelaksana.

Pemberian Cuti Kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak 5 hari

Kemudahan pembiayaan untuk beli komputer bagi pejawat awam diperluaskan meliputi pmbelian smartphone. Had pinjaman sehingga RM5k setiap 3 tahun

Penjawat awam Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan daripada RM5k kepada RM10k

Kelayakan pinjaman perumahan Penjawat awam dinaikkan daripada serendah RM120k kpd RM200k, pinjaman paling tinggi drpd RM600k kpd RM750k

Sebanyak 30k unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dgn harga jualan antara RM90k hingga ke RM300k

Pegawai contract of service dan contract for service yg akan tamat pnghujung tahun ini, Krjn lanjutkn sekurang2 setahun lagi

Satu lapisan gred baru, gred 56 antara gred 54 & JUSA C diwujudkan bg pegawai perubatan pakar & pegawai pergigian pakar

Krjn ambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan,pergigian dan farmasi selewat2 Disember 2016

Krjn ambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan,pergigian dan farmasi selewat2 Dis 2016

Hampir 2600 doktor yg tidak dpt penempatan housemanship di mana2 hospital kini boleh jalani housemanship secara kontrak

Skim Bantuan Rumah Baharu MyBeatiful New Home. Inisiatif baru MyBeautiful New Home khusus kpd golongan berpendapatan RM3900 kebawah, dgn peruntukan RM200j. 5k unit rumah akan dibina dgn harga RM40k-50k seunit

Skim MyBeatiful New Home- Kerajaan akan membiaya RM20k dan bakinya dibayar secara ansuran oleh pemilik. Syaratnya, rumah ini akan dibina di tanah milik sendiri, tanah yg telah dpt kebenaran tuan tanah & tanah kurniaan Kerajaan Negeri.

11,250 rumah PPR sedang dalam pembinaan, RM576j disediakan. Rumah ini dijual dgn harga RM35k- RM42k walaupun kos pembinaan RM120k-160k

BR1M kpd isi rumah dlm senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bwh RM3k dinaikkan drpd RM1,050 dan RM1,000 kpd RM1,200

BR1M kpd isi rumah berpendapatan RM3k hingga RM4k, akan dinaikkan daripada RM800 kpd RM900

Bagi individu bujang berpendapatan di bwh RM2k, BR1M akan dinaikkan daripada RM400 kpd RM450

Skim Khairat Kematian diteruskn dgn pampasan RM1k kpd waris penerima BR1M bg kategori isi rumah dan warga emas dgn peruntukan RM6.8b

PR1MA utk dibina lbh 30k rumah, harga RM150k-RM300k bermula 1 Januari 2017

Pelepasan cukai kini termasuk pembelian akhbar arus perdana, smartphone dan tablet, langganan internet serta byrn keahlian gimnasium

Bagi bantu golongan khususnya pnerima BR1M jana pendapatan tambahan, Kerajaan galakkan pnyertaan sebagai pemandu ride-sharing seperti Uber. Jika tidak miliki kenderaan, bayaran pendahuluan boleh dibuat guna BR1M dan rebat RM4 ribu bg pembelian Proton Iriz

Bermula Jan 2017, fixed line broadband ditawar dgn kelajuan lebih tinggi pd harga sama. Pelanggan 5mb/s pada RM149 kini dapat 10mb/s 

 Budget 2017

Pemberian Bantuan Persekolahan RM100 kepada setiap pelajar daripada keluarga berpendapatan sehingga RM3 ribu, memanfaatkan 3.5 juta murid

Baucar buku diganti dengan kad debit pelajar RM250, boleh beli buku, alatulis, alatan komputer dan akses internet.Manfaat 1.3j pelajar

PTPTN- Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman. Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran. Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan

Bayaran khas RM500 kpd semua penjawat awam, RM250 kepada para pesara Kerajaan. Bayaran ini akan diberi pada awal Januari 2017




Sumber melvister 




Thursday, October 20, 2016

Imaan Suci Wipes , Penanggal Makeup Dengan Mudah


Imaan Suci wipes

Wanita dan makeup tiada berpisah , terutama yang dah bekerjaya tapi budak sekarang pun dah pandai makeup , sampai 75K follower IG , hahaha . Tengok je penjual Nasi Lemak Anak Dara dengan nasi lemak yang dijual adik yang tak bermakeup yang viral baru ni ,, kebanyakan akan pilih yang anak dara kan ? sampai beratur panjang gitu . Makeup ni sebenarnya untuk cantik dan takdela muka tu nampak pucat kan . Bayangkan kalau ada customer nak datang tempat kita untuk urus niaga pastu tengok muka kita sememeh , pucat,, ha.. mesti esok -esok takde semangat nak datang semula . Make-up  make-up juga..solat jangan tinggal . Cara senang tanggalkan makeup sebelum wudhu just guna tisu basah Imaan Suci Wipes je . Packing pun kecik tak makan ruang dan senang bawa kemana-mana .


Imaan Suci wipes

Imaan Suci Wipes , menanggalkan Makeup dengan mudah 

Basuh muka dengan air je tak bersih tau,apalagi yang jenis suka pakai maskara dan eyeliner tu. Kalau make-up masih lekat di muka.. kira tak sah wudhu . Sekarang dah ada Imaan Suci Wipes, penanggal makeup dalam bentuk tisu lembab  yang suci and . Tanpa alkohol dan wangi ! sesuai untuk semua jenis kulit. 

Imaan Suci wipes

1 pack Imaan , ada 10 helai disetiap paket. Tak berat la kan beg tu  senang buka dan tutup pastu simpan semula. Sticker pelekat yang kuat elak tisu jadi kering .  

HARGA IMAAN SUCI WIPES 

Harga untuk Semenanjung 
Rm6.00/1 paket 
Rm15.00 /1 set (3 paket's)
RM90.00 /1BOX (18Pake's)

Harga jual untuk Sabah / Serawak 
Rm7.00/1paket 
Rm17.00/ 1 set (3 paket's)
Rm 102 / 1 box ( 18paket's) ) 

Harga Jual Singapore 
$5 /1 paket
$12 / 1 set (3 paket's) 
$72 / 1 box ( 18 paket's ) 

Untuk pembelian.. korang boleh direct terus contact : 

whatsapp :  
0193922261 ( zira )

Instagram :

Facebook : 


Yogurt Melawaskan Buang Air Besar

Yogurt

Assalamualaikum, selamat pagi ! ... malam semalam meragam pula perut Lisa. Aish... mybe sebab minum yogurt petang semalam kot. Ye tak ye jugak , setakat ni baru makan bihun goreng dengan ayam .Tapikan... perut ni rasa  berjoget joget je , dating dengan mr tandas  la jawapnya.

Petua Melawaskan Buang Air Besar

Ya.. mungkin Lisa dah biasa dengan sakit perut, kali ni bukan sebab salah makan.. tapi sebab "yogurt" . Selama ni tak pernah-pernah pun makan yogurt ,sebab rasa yang macam weird sikit,maklumlah perut kampung hehe.. berbeda dengan yogurt biasa, yogurt drink boleh pula masuk tekak Lisa . Rasa macam buah-buahan, dah tentu ambil perisa fruit .. tak kan nak rasa green tea pula lah kan hihi . Jadikan cerita,lepas minum je yogurt tu, tak sampai 1 jam pun.. perut lisa dah memulas ,, pastu kuar la semua dalam kotoran dan isi perut yang dah duduk 2 hari dalam tu . Oh.. baru teringat, yogurt ni boleh cuci perut kita, melawaskan perut la. So untuk korang yang susah nak buang air besar , korang boleh try amalkan minum yogurt ni . Insyaallah boleh berak dengan senang je . 

Alhamdulillah,pagi ini perut dah ok. Dah boleh terima yogurt dan tak memulas lagi. 
Tuesday, October 18, 2016

Bahaya Bengkak di Leher ?

Untuk kali pertama benjolan bengkak pada leher berlaku kepada Lisa . Mana tak risau, tak ada hujan tak ada angin tiba-tiba rasa ada ketulan di leher belakang sebelah kanan. Bahaya tak kalau bengkak di leher ni ? pertanda cancer ke , ? huh... minta dijauhkan . Tanya kawan satu tempat kerja , katanya angin ni ,,, tapi macam tak logik je angin keluar satu ketulan kat leher . Lisa tanya pula ke kak Sue Izza , dia cakap kena pergi check ke doktor , takut naik beguk yang besar bawah pipi. Argh sudah .. mula risau ni .

Punca Bengkak di Leher 

Klinik tu tak jauh mana pun , sebelah tempat kerja je ni ha.. Lisa bagitau la dekat doktor tu ada benjolan di leher belakang ni . Lepas check suhu badan , Doktor bagitau la , punca bengkak kelenjar limfa atau bahasa sainticnya ialah : limfadenopati (lymphadenopathy)    ni sebab Lisa demam dah lama sangat , antibody atau sel darah putih lawan virus demam , tu yang efect sampai bengkak dan nampak benjolan . Lisa pula sebelum-sebelum ni kalau sakit .. memang tak pernah habiskan ubat antibiotik yang doktor bagi , antibody semakin lemah .. sebab tu kerap sakit demam , batuk , selsema .Ingatkan kalau dah rasa sihat , takpayah makan ubat.. hihi .

Lisa pun tak perasan yang Lisa ni demam , ni kalau doktor tk check memang tak tau la. Suhu cecah 38.7 celcious pun macam biasa je , ya la..cuaca panas kat luar ,,,tu yang Lisa ingat memang cuaca je . Tapi ada satu pagi tu , Lisa bangun tidur mata dah berair sampai merah-merah . Lepas ni kena beli la alat tuk check suhu badan tu .
.


Yang putih tu ubat tahan sakit , yang orange kecil tu ubat kurangkan bengkak , dan yang kuning merah tu ubat antibiotik . 


Doktor pesan , jangan pegang atau sentuh bejolan tu , nanti lagi teruk.. boleh semakin membesar atau jadi merah2 bernanah . Seram pula dengarnya . And lain kali kalau rasa tak sihat, kena terus pergi check kat klinik .. jangan tunggu lama-lama elak jadi teruk . Bengkak ni boleh jadi dekat mana-mana anggta badan korang , seperti ketiak , celah paha dan abdomen . Gigih Lisa dengar apa yang doktor tu cakap . Haa,,,  dia ingatkan Lisa , makan sampai abis ubat antibiotik ni . Kalau tak nanti bengkak tu tak baik . 

Bengkak macam ni boleh jadi sebab sel-sel cancer juga. Tapi apa-apapun kalau korang rasa tak sedap badan .. terus je check dekat doktor atau klinik terdekat. Dan Jangan lupa periksa breast korang time mandi , jika ada benjolan..pertanda cancer tu ... ingatan kat korang je .. heheh.. :* 

Friday, October 14, 2016

Harga iPhone 7 dan iPhone 7 Plus di Malaysia


Hari ini 14 Oktober 2016 , iPhone7 series dilancarkan di Malaysia .  Boleh tahan la harga dia  paling rendah pun dijual harga RM 3,199 untuk Iphone 7 , 32GB. Fikir balik... sama je dengan harga iPhone sebelum-sebelum ini . Takde la mahal sangat untuk jenis orang yang berduit .  Aku ? hahaha tunggu orang bagi hadiah baru dapat pakai la .Walaupun hari ini official launch di Malaysia , tapi hakikatnya  iPhone 7 ini pula dah berada di tangan Lisa sejak beberapa minggu lepas.,, hehe beli di Singapore sebab dekat je , time tu dalam harga $ 1284 Singapore Dollar. Entri ni sambungan dari cerita sebelum ini , di Best ke iPhone 7 ? Kali ni Lisa akan review  harga iPhone 7 dan 7 plus pula .


Harga i-Phone 7 dan i-Phone 7 Plus di Malaysia 

iPhone 7 hadir dengan 5 pilihan warna yang berlainan , Jet black , Black , Silver , Gold , dan Rose Gold . Jet Black limited edition dengan pengeluaran hanya berapa ratus saja , untuk Jet Black hanya ada 2 pilihan iaitu 128 GB dan 256 GB . Besar iPhone 7 ialah  4.7 Inch , tengok depan sama lebih kurang macam iPhone 6 atau 6 s , bezanya kalau tengok betul-betul kamera tu agak besar sikit . Proses penghantaran 1-3 minggu . 

HARGA iPhone 7 di Malaysia

Colour 32GB128GB256GB
Jet Black Not Avaiable RM 3,699RM 4,199
Black RM3,199RM 3,699RM 4,199
Silver RM3,199RM 3,699RM 4,199
GoldRM3,199RM 3,699RM 4,199
Rose Gold RM3,199RM 3,699RM 4,199





iPhone 7 Plus pula punya kelebihan dari kamera , 12 MP . Kamera belakang ada 2 buah kamera .. wahh first time dalam iPhone series . Besar untuk iPhone 7 plus , 5.5 Inch . Harga yang ditawarkan pun cukup woww.. hahaah paling rendah dijual dengan harga RM 3,799.00 . Penghantaran 3-4 minggu .

Harga iPhone 7 Plus di Malaysia 


Colour 32GB128GB256GB
Jet Black Not Avaiable RM 4,299RM 4,799
Black RM 3,799RM 4,299RM 4,799
Silver RM 3,799RM 4,299RM 4,799
GoldRM 3,799RM 4,299RM 4,799
Rose Gold RM 3,799RM 4,299RM 4,799



Dengar cerita syarikat telco Digi , Maxis , Celcom dah keluarkan pakej sign up dengan iPhone7 and iPhone7 Plus. Nanti Lisa usha dan kongsikan kepada korang ye . Harga iPhone dah tau ..selamat beratur ya ... hehee apapun model Handphone , guna dan beli ikut keperluan masing-masing ... tepuk dada tanya poket . Jangan jadi papa kedana hanya sebab beli phone je ,,
Thursday, October 13, 2016

LIRIK SELAMANYA CINTA , SHILA AMZAH DAN ALIF SATAR


Lama juga tak dengar Shila Amzah bernyanyi semenjak dia sibuk di Beijing dan negara lainnya . Kali ini lagu bertajuk Selamanya Cinta  yang dinyanyikan Shila Amzah dan Alif Satar , menjadi OST Drama Suri Hati Mr. Pilot yang sedang trending di twitter . Gandingan Neelofa dan Fattah Amin , Baca selebihnya di SINOPSIS . Best juga lagu ini..nah untuk korang yang tercari lirik lagu ni, lisa dah carikan dan taip di entri ini.





LIRIK LAGU SELAMANYA CINTA - SHILA AMZAH DAN ALIF SATAR

[ OST Suri Hati Mr. Pilot ]

Pabila ku lihat senyumanmu
Terdetik memori pertemuan kali pertama kita berdua

Ada sesuatu tentang kita
Kemesraan bersama membuatku alpa
Tak pernah terlintas untuk aku kehilanganmu

Aku tahu kau juga pun turut rasakan itu
Lebarkanlah sayapmu ke pangkuanku
Agar bayangan hitamku berlalu

Tanpa cintamu
Ku merasakan hidup tak lagi bererti
Tanpa dirimu aku rapuh

Tiada tanda tanya
Tentang ketulusan kasih kita berdua
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta

Jarak itu buat ku celaru memikirkanmu merindukanmu
Namun itulah menguatkan cinta kita

Tanpa cintamu
Ku merasakan hidup tak lagi bererti
Tanpa dirimu aku rapuh

Tiada tanda tanya
Tentang ketulusan kasih kita berdua



Senarai Lagu Latar Suri Hati Mr. Pilot

Tajuk : Redha
Penyanyi : Irfan Haris

Tajuk : Aku Cuma Punya Hati
Penyanyi : Mytha Lestari

Tajuk : Wahai Kekasih
Penyanyi : Katahati

Tajuk : Tak Akan Pernah Jauh
Penyanyi : Katahati
Wednesday, October 12, 2016

Biodata Eleena Sui


Ramai pula yang tercari dan nak tahu mengenai Eleena Sui yang melakonkan watak  Inara , Ex-girlfriend Ejaz dalam drama Suri Hati Mr. Pilot .  Macam melayu , macam chinese pun ada.. mybe kacukkan kot . Tak sure kacukan ke tidak.. tapi adik beradik dan mama kepada Eleena semua bermata sepet. hehehe. Stalk punya stalk , ternyata Eleena Sui ni host di HLive . Untuk yang dah selalu tengok HLive , mesti dah kenal . Nak tahu biodata lengkap Eleena Sui atau Inara ? baca bawah ini.

Biodata Eleena Sui 

Nama Sebenar : Nor Eleena Hamzah
Nama Komersial : Eleena Sui 
Umur : 24 Tahun (2016) 
Kerjaya : Freelance Model , Hlive Broadcast Journalist/Host , Actress , pelakon. 
Drama : Suri Hati Mr. Pilot .
Instagram : @eleena.sui 








Senarai Pelakon Suri Hati Mr. Pilot

Agak lama tak tengok Neelofa berlakon , sejak sibuk dengan bisnes tudung dia . Baru-baru ni dia berlakon dalam drama Suri Hati Mr Pilot  , Neelofa sebagai warda dan Fattah Amin sebagai Ejaz. Lari di hari pertunangan , lepas 2 tahun bertemu lagi tanpa sengaja . Bak kata pepatah la kan.. " Kalau jodoh tak kemana " . Siti Nordiana dan Alif Sattar pun ada dalam ni , pelakon yang lain seperti Eleena Sui, Alvin Chong, Ben Amir, Azar Azmi, Mas Khan, Aleza Shadan, Nina Juren, Azhar Amir, Adriana Adnan, Nizen Ayob, Rahhim Omar, Fahad Iman, Eina Azman, Adrianna Qasmia.Drama Suri Hati Mr. Pilot ditayangkan di Astro Ria bermula 10 Oktober lepas setiap Isnin sampai Khamis jam 10 malam . 


Senarai Pelakon Suri Hati Mr. Pilot


PelakonWatak
Fattah Amin Ejaz Fakhri
Neelofa Warda Erina
Ben Amir Dr muslim
Azar Azmi Humaira
Nina Juren Puan Sri Nabiha
Aleza Shadan Datin Afifah
Eleena Sui Inara
Alvin Chong Johan
Fahad Iman Rafeeq
Adriana Adnan Jannah
Azhar Amir Tan Sri Khalid Al-Fattah
Mas Khan Daniel
Eina Azman Dr Khairina
Adrianna Qasmia Qisha



LAGU TEMA / OST SURI HATI MR. PILOT

Tajuk : Selamanya Cinta
Penyanyi : Shila Amzah dan Alif Satar
Lirik dan video 




SINOPSIS SURI HATI MR PILOT

Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim.

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?




Review : 
Dah tengok dua episod Suri Hati Mr. Pilot ni , best juga drama ni takla rasa bosan mana . Tak sabar pula nak tau diorang ni jadi kawen ke tidak .Korang jangan lupa tengok malam ini  di Astro Ria  :D 

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search