Ad

Showing posts with label eleena sui. Show all posts
Showing posts with label eleena sui. Show all posts

PELAKON TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI

PELAKON TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI

Nantikan drama adaptasi novel 'Tolong Sempurnakan Cerita Mami' karya Syamnuriezmil di Astro Ria slot MegaDrama. Drama arahan Eyra Rahman terbitan Dear Creative Media. Akan menemui penonton bermula 13 Januari 2020, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.  PELAKON TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI  : Fatimah Noryyah, Isyariana, Fizz Fairuz, Alvin Chong, Ummi Umairah, Ken Ridzuan, Nasz Sally, Eleena Sui, Azizah Mahzan, Kartina Aziz, Zaidi Omar

WATAK PELAKON



PELAKON WATAK
Fatimah Noryyah Deena
Isyariana Razean Safiya
Fizz Fairuz Aun Adwa
Alvin Chong Harez
Ummi Umairah Mikaela
Ken Ridzuan Mirza
Nasz Sally Hani
Azizah Mahzan Auni
Eleena Sui Bella

SINOPSIS TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI

Adeena Aurell (Addie) berusia sepuluh tahun, merupakan anak tunggal pasangan Razean Safiya dan Aun Adwa. Penceraian kedua ibu bapanya mengganggu kehidupan Addie yang sentiasa berpindah seperti orang nomad.  Addie mula membuat rancangan untuk satukan mami dan papanya semula. Tetapi rancangan Addie semuanya gagal.

Muncul Ku Harez Harith yang dipanggil Cikgu Ku yang mengetahui lebih banyak tentang dirinya sewaktu kecil. Rupa-rupanya Cikgu Ku, kawan baik mama papa dan menghabiskan empat tahun menjaga Addie di London tetapi terputus hubungan sewaktu Addie pulang ke Malaysia.

Pelik kenapa hubungan yang begitu erat itu terputus telah membawa Addie terjerumus dalam rancangan papanya untuk menyatukan mami dengan Cikgu Ku.

GAMBAR PELAKON






Gambar Pernikahan Eleena Sui - Faisya


Ingat lagi tak dengan Eleena Sui pelakon dalam Suri Hati Mr. Pilot yang memainkan watak sebagai Inara , ? .. ala.. yang ala-ala muka chinese tu . Sebeluim ini Lisa ada tulis entri mengenai Biodata Eleena Sui , Alhamdulillah semalam 4 Februari 2016 , Eleena Sui atau nama sebenar Nor Eleena Hamzah telahpun selamat di ijab-kabulkan dengan pasangan, Ahmad Faisya Datuk Mohd Bustaman , 31tahun . Aloloh.. mesti ramai yang kecewa kan , hehee... artis kesayangan dah bertukar status isteri orang . Gambar Pernikahan Eleena Sui lawa-lawa weih... jom tengok . 

Gambar Pernikahan Eleena Sui 

Nah Lisa belanja gambar-gambar sekitar majlis pernikahan Eleena Sui dan -Faisya petang tadi











Gambar Majlis Berinai Eleena Sui dan Faisya








Gambar Majlis Resepsi Pernikahan Eleena Sui dan Faisya 








Lawa sungguhkan Eleena Sui ni , hehehe .. kalau nak tengok lebih banyak gambar pernikahan Eleena Sui dan Faisya .. korang boleh terus tengok di instagram : @eleena.sui

Tahniah Eleena Sui dan Faisya , selamat menempuh alam perkahwinan yang baru :) 

Senarai Pelakon Suri Hati Mr. Pilot

Agak lama tak tengok Neelofa berlakon , sejak sibuk dengan bisnes tudung dia . Baru-baru ni dia berlakon dalam drama Suri Hati Mr Pilot  , Neelofa sebagai warda dan Fattah Amin sebagai Ejaz. Lari di hari pertunangan , lepas 2 tahun bertemu lagi tanpa sengaja . Bak kata pepatah la kan.. " Kalau jodoh tak kemana " . Siti Nordiana dan Alif Sattar pun ada dalam ni , pelakon yang lain seperti Eleena Sui, Alvin Chong, Ben Amir, Azar Azmi, Mas Khan, Aleza Shadan, Nina Juren, Azhar Amir, Adriana Adnan, Nizen Ayob, Rahhim Omar, Fahad Iman, Eina Azman, Adrianna Qasmia.Drama Suri Hati Mr. Pilot ditayangkan di Astro Ria bermula 10 Oktober lepas setiap Isnin sampai Khamis jam 10 malam . 


Senarai Pelakon Suri Hati Mr. Pilot


PelakonWatak
Fattah Amin Ejaz Fakhri
Neelofa Warda Erina
Ben Amir Dr muslim
Azar Azmi Humaira
Nina Juren Puan Sri Nabiha
Aleza Shadan Datin Afifah
Eleena Sui Inara
Alvin Chong Johan
Fahad Iman Rafeeq
Adriana Adnan Jannah
Azhar Amir Tan Sri Khalid Al-Fattah
Mas Khan Daniel
Eina Azman Dr Khairina
Adrianna Qasmia Qisha



LAGU TEMA / OST SURI HATI MR. PILOT

Tajuk : Selamanya Cinta
Penyanyi : Shila Amzah dan Alif Satar
Lirik dan video 




SINOPSIS SURI HATI MR PILOT

Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim.

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?




Review : 
Dah tengok dua episod Suri Hati Mr. Pilot ni , best juga drama ni takla rasa bosan mana . Tak sabar pula nak tau diorang ni jadi kawen ke tidak .Korang jangan lupa tengok malam ini  di Astro Ria  :D 
© all rights reserved
made with by templateszoo