Ad

Senarai Pelakon Suri Hati Mr. Pilot

Senarai Pelakon Suri Hati Mr. Pilot
Agak lama tak tengok Neelofa berlakon , sejak sibuk dengan bisnes tudung dia . Baru-baru ni dia berlakon dalam drama Suri Hati Mr Pilot  , Neelofa sebagai warda dan Fattah Amin sebagai Ejaz. Lari di hari pertunangan , lepas 2 tahun bertemu lagi tanpa sengaja . Bak kata pepatah la kan.. " Kalau jodoh tak kemana " . Siti Nordiana dan Alif Sattar pun ada dalam ni , pelakon yang lain seperti Eleena Sui, Alvin Chong, Ben Amir, Azar Azmi, Mas Khan, Aleza Shadan, Nina Juren, Azhar Amir, Adriana Adnan, Nizen Ayob, Rahhim Omar, Fahad Iman, Eina Azman, Adrianna Qasmia.Drama Suri Hati Mr. Pilot ditayangkan di Astro Ria bermula 10 Oktober lepas setiap Isnin sampai Khamis jam 10 malam . 


Senarai Pelakon Suri Hati Mr. Pilot


PelakonWatak
Fattah Amin Ejaz Fakhri
Neelofa Warda Erina
Ben Amir Dr muslim
Azar Azmi Humaira
Nina Juren Puan Sri Nabiha
Aleza Shadan Datin Afifah
Eleena Sui Inara
Alvin Chong Johan
Fahad Iman Rafeeq
Adriana Adnan Jannah
Azhar Amir Tan Sri Khalid Al-Fattah
Mas Khan Daniel
Eina Azman Dr Khairina
Adrianna Qasmia Qisha



LAGU TEMA / OST SURI HATI MR. PILOT

Tajuk : Selamanya Cinta
Penyanyi : Shila Amzah dan Alif Satar
Lirik dan video 




SINOPSIS SURI HATI MR PILOT

Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim.

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?




Review : 
Dah tengok dua episod Suri Hati Mr. Pilot ni , best juga drama ni takla rasa bosan mana . Tak sabar pula nak tau diorang ni jadi kawen ke tidak .Korang jangan lupa tengok malam ini  di Astro Ria  :D 
3
( Hide )
  1. Lama neelofa x berlakon.. Tapi tak ikot sgt lagi cerita ni.. Still tak boleh move on dgn citer abg bomba tu.. Hahah! ^_^"

    ReplyDelete
  2. Drama ni best! suka tengok dan follow hari-hari..

    ReplyDelete
  3. best gile cite ni:-bd muah cikedd :lv

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo