Plan Celcom First Terbaru 2017 Tawarkan Sehingga 200GB data internet .

Plan Celcom Postpaid First Terbaru Tawarkan Sehingga 200GB data internet . 



Hi.. Assalamualaikum ! Dua hari lepas celcom launch pelan postpaid FIRST terbaru 2017.  Lebih banyak data internet dengan kuota up to 200GB  ! Woow.. rasa-rasa boleh habis ke tu ? yang pakai mesti la hard user betul lah kan. Plan celcom first yang terbaru ialah : First Gold Supreme ( RM128/month) , First Platinum ( RM148/month ) dan First Platinum Plus (RM188/month ) . Macam best je kan , sebab sekarang untuk First Gold Supreme keatas , akan dapat tambahan data internet untuk tengok video walla contohnya : . Meh baca lebih detail lagi . 



Dari gambar poster tu , nampaknya untuk pelan yang FIRST BLUE dah takda lagi . Eh.. kalau korang perasan ada nama masing-masing untuk pelan pelan first diatas. Jamie  , Gopi , Yan , Ju , dan Benji . Comel pula hehe


Celcom First GOLD SUPREME ( NEW) 


Kelebihan untuk pelan internet celcom First GOLD SUPREME ini ialah :

  • Bayaran bulanan RM128 ( belum termasuk gst)
  • Data Internet sebanyak 50GB ( 25GB Weekday internet +25 GB Weekend Internet ) 
  • FREE VIDEO WALLA sebanyak 25 GB .
  • Call unlimited / panggilan tanpa had ke semua rangkaian dalam negara . 
  • Whatsapp dan Wechat percuma tanpa had , Maksudnya penggunaan whatsapp dan wechat tak tolak pada internet data 20GB ) 
  • Free Unlimited Yonder Music
  • SMS 20sen kesemua rangkaian 
  • Video Call /MMS 20sen kesemua rangkaian 



Celcom First Platinum ( NEW)


Berbeza dengan pelan First Platinum yang lama , First Platinum yang baru ini lebih murah dan banyak kelebihan . Harga yang untuk bulanan sebanyak RM148 (tidak termasuk gst ) , dan korang boleh dapat ekstra 30GB internet untuk video Walla. Wahhh.. lagi untung weihh. 

Kelebihan untuk pelan internet celcom First PLATINUM 148  ini ialah : 


  • Bayaran bulanan RM148 ( belum termasuk gst)
  • Data Internet sebanyak 60GB ( 30GB Weekday internet +30 GB Weekend Internet ) 
  • FREE VIDEO WALLA sebanyak 30 GB .
  • Unlimited call & SMS  panggilan tanpa had ke semua rangkaian dalam negara . 
  • Whatsapp dan Wechat percuma tanpa had 
  • Free Unlimited Yonder Music
  • Video Call /MMS 20sen kesemua rangkaian 


Celcom First Platinum Plus ( NEW) 


Nampak 60 GB tu kalau Lisa dah rasa banyak dah , walaupun begitu ada je yang tak cukup , mungkin bukan seorang guna kot kan. . Contoh terdekat kawan Lisa ... haa dia sebelum ni pakai yang platinum 60GB , Lisa bagitau lah ada pelan baru yang lagi banyak data. Trus dia tukar ke pelan yang baru , rasa-rasanya cukup la kot kan.. hehe tengok bulan ni macam mana .Kalau tak cukup gak.. tunggu la celcom unlimited.. ( tapi tak tau la tahun bila hahah ) 

Kelebihan First Platinum Plus 188
  • Bayaran bulanan RM188 ( belum termasuk gst)
  • Data Internet sebanyak 100GB ( 50GB Weekday internet + 50GB Weekend Internet ) 
  • FREE VIDEO WALLA sebanyak 100 GB .
  • Call unlimited / panggilan tanpa had ke semua rangkaian dalam negara . 
  • Unlimited SMS
  • Whatsapp dan Wechat percuma tanpa had 
  • Free Unlimited Yonder Music
  • Video Call /MMS 20sen kesemua rangkaian 


NOTA PENTING :
* VIDEO WALLA :  YouTube, Netflix, iflix, Tonton, Astro Go, dimsum, HeroTalkies, MOX Digital, Metro TV and Daily Motion, the Video Wall supports all these 
( Unlimited Calls to all networks apply to domestic usage. This excludes video calls, calls to toll-free numbers or numbers with special charges e.g. 1-300/1-800/600, 121, TM100, 1MOCC, IDD calls to Singapore & IDD/border calls to Brunei. ) 

Celcom First Gold 


Kelebihan untuk pelan internet celcom First GOLD 80 ini ialah :
  • Bayaran bulanan RM80 ( belum termasuk gst)
  • Data Internet sebanyak 20 GB ( 10GB Weekday internet +10 GB Weekend Internet ) 
  • Call unlimited / panggilan tanpa had ke semua rangkaian dalam negara .
  • Whatsapp dan Wechat percuma tanpa had , Maksudnya penggunaan whatsapp dan wechat tak tolak pada internet data 20GB ) 
  • Free Unlimited Yonder Music
  • SMS 20sen kesemua rangkaian 
  • Video Call /MMS 20sen kesemua rangkaian 
  • Boleh aktifkan ANYDAY GB , penggabungan data internet tanpa pecahan hari biasa dan hujung minggu dan korang akan di caj RM10/bulan


Celcom First GOLD PLUS 

Kelebihan untuk pelan internet celcom First GOLD PLUS ini ialah :

  • Bayaran bulanan RM98 ( belum termasuk gst)
  • Data Internet sebanyak 40GB ( 20GB Weekday internet +20 GB Weekend Internet ) 
  • Call unlimited / panggilan tanpa had ke semua rangkaian dalam negara .
  • Whatsapp dan Wechat percuma tanpa had ,
  • Free Unlimited Yonder Music
  • SMS 20sen kesemua rangkaian 
  • Video Call /MMS 20sen kesemua rangkaian 
  • Jika korang kekalkan number dari other telco , korang boleh pilih FIRST GOLD PLUS ANYDAY GB , combine terus dapat 40GB tanpa pecahan dan dapat rebatecaj Anyday rm10 selama setahun
Ya... pasti akan ada yang cakap , masih tak unlimited internet.. sedangkan telco lain sekarang tawarkan pakej unlimited internet dan call . Bagi Lisa la kan , telco terbesar dalam malaysia ni  paling banyak dipilih orang ialah Celcom dan Maxis , sebab tu telco lain tawarkan pakej unlimited untuk tarik pelanggan agar pilih mereka . Bukan nak cakap celcom ni paling bagus, apepun .. baik atau tidak , bagus atau tidak telco tu terhad kepada coverage korang. Pilih la yang sesuai untuk digunakan ditempat korang ye . Unlimited pun kalau tak boleh hotspot tak guna gak , sebab ada yang kerja outstation kena hotspot ke laptop or device lain .

Pesan Lisa .. Bijaklah dalam memilih telco yang sesuai dengan kelajuan di tempat korang.
See uu next info... 

{ 7 comments.. read them below or add one }

www.modernmumthingy.com www.modernmumthingy.com August 24, 2017 at 10:23 AM
tapi pakej skrg pun dah byk .. tak abih... hahaha...dok harap pakej celcom offer utk IP8 nnt best
Radhia Razali Radhia Razali August 24, 2017 at 11:23 PM
bagus jugak pakej yang celcom offer ni..terasa pulak nak tukar pakej..
sabree hussin sabree hussin August 26, 2017 at 12:20 PM
Kalau dah pakai pelan besar macam ni, memang rugi la kalau tak pakai kan. yang penting, selain pakej besar, kena laju jugak. baru puas hati
Mar Mansor Mar Mansor August 31, 2017 at 1:22 AM
upgrade kaw-kaw..tapi lagi best kalau unlimited
Le J Le J September 8, 2017 at 6:46 AM
Boleh share share dengan ahli keluarga tak...boleh then boleh cuba kerana cepat dan murah
Ejam Othman Ejam Othman September 12, 2017 at 8:27 PM
Seronok tengok telco di Malaysia yang cuba bersaing memberi kelebihan masing-masing untuk pelanggan-pelanggan mereka.

Pilihlah dengan bijak, ambilkira segala faktor sebelum terikat dengan komitmen bulanan seperti ini agar tidak rugi.