Ad

Si Pencuri Kaktus

Si Pencuri Kaktus | Walaupon nama Lisa dimedia sosial mawar biru, namun Lisa suka juga dengan bunga yang lain .Rose, Orchid,Kaktus, semua Lisa tanam. Kaktus,Lisa memang suka dengan kaktuS Sebab.. boleh baling orang untuk mempertahankan diri kalau kena ganggu hahaha. 

Ceritanya tahun lepas Lisa dapat kaktus-kaktus comel dari rakan blogger KBBA juga. Enam ketul pokok, 2 pokok Lisa letak di office  yang lain letak dirumah. Semalam pagi , kaktus tu masih terpacak lagi dengan kaktus-kaktus lain. Namun petang ketika Lisa ingin menyiram pokok mulberry,aik dah tak nampak kaktus tu. Baca ; Cara menjaga kaktus tidak cepat mati .Menetes air mata gua beb.. hahaha. Yelah.. bela dah berbulan-bulan kot. Pelik kan, pokok kaktus pon nak curi ! Huh! ini dah kesekian kali dah pokok kaktus Lisa kena curi.  

Tinggal 2 pokok je kaktus dirumah. Geram weyhhh! Yang memula dulu ,Lisa bela hampir 5tahun pokok kaktus.. tuptup kena curi. Sedih gila  . Mungkin si pencuri itu jeles kot tengok kaktus Lisa yang cantik-cantik. Hurm... 

Gambar Pernikahan Elizad Sharifudin

Gambar Pernikahan Elizad Sharifuddin| Artis yang kini lebih dikenali dan beberapa waktu lepas telah berjaya memikat hati penonton drama Teman Lelaki Upahan, terutama Lisa la.. hehe memang minat dengan cerita tu. Juga El dan Kyra lydia yang dimainkan oleh Siti Elizad. Semalam 11 April 2015, Elizad dengan suaminya Shamsul Baharin telah meraikan majlis pernikahannya di The Sacred Garden Kuala Lumpur. 

Nampak ayu dan anggun. Sama macam dalam drama Teman Lelaki upahan. Walaupun dia bergembira namun terasa sedih juga sebab ibunya tidak dapat hadir di majlis tu. Ibu elizad telah meninggal tahun lepas. Alfatihah untuk ibu Elizad dan semoga pernikahan Elizad berkekalan till jannah. 

Psttt ; Cantik serhhh




Meninggal Ditikam Bekas Tunang


Meninggal Ditikam Bekas Tunang |Cemburu punya pasal, seorang lelaki nekad membunuh bekas tunang. Seorang gadis pekerja pasaraya Econsave di Kluang telah meninggal kemarin di tempat parking kendaraan ketika baru masuk kerja. Kejadian ini berlaku  ,10 April 2015. Lisa pon tak tau kalau bukan akak yang bagitau. Almaklumlah Lisa ni wanita bekerjaya yang sebahagian masa Lisa habis dengan bekerja. 

Dipetik dari My Metro melaporkan yang gadis tu dipukul dan dihantam oleh lelaki yang merupakan bekas tunang gadis tersebut. Cemburu punya pasal lah jadi nekad macam tu  . Aish, macam-macam orang sekarang. Jadi takut dengan keselamatan diri kalau berada diluar. 

Kabarnya ex tunang gadis yang Ditikam di Econsave Kluang tersebut, dia tidak boleh menerima kenyataan yang NURSYAFIKA BINTI ISMAIL tu telah bertunang dengan orang lain. Apapun motif pembunuhan tersebut,semoga orang tu dapat balasan yang setimpal. Dan untuk keluarga mangsa semoga diberikan kekuatan dan ketabahan.

Marilah sedekahkan Al-fatihah untuk NURSYAFIKA BINTI ISMAIL. 

Lirik See You Again - Wiz Khalifa [OST-FAST AND FURIOUS 7]

Lirik See You Again - Wiz Khalifa [OST-FAST AND FURIOUS 7] | Siapa yang dah tengok movie FAST AND FURIOUS 7 yang memang superb best ini ? pastinya tertanya-tanya apa tajuk lagu yang dimainkan dalam Official Theme Songs of FURIOUS 7 . Tajuk lagu itu SEE YOU AGAIN yang dinyanyikan oleh wiz khalifa . Lagu ini terdapat beberapa scene PAUL WALKER ketika berlakon di Fast And Furious semasa hidupnya . Babak akhir FF7 memang Lisa tidak menangis , tapikan kalau dengar lagu ini.. Lisa akan mengangis . Sedih kot. Lagu ini sedap didengar. Nah kalau kalian nak tahu Lirik lagu dan mungkin ingin mendownload lagu ini dalam Handphone atau PC , meh baca .



Lyric  See You Again - Wiz Khalifa ft Charlie Puth[OST-FAST AND FURIOUS 7] 
It’s been a long day without you my friend
And I’ll tell you all about it when I see you again
We’ve come a long way from where we began
Oh I’ll tell you all about it when I see you again
When I see you again

Damn who knew all the planes we flew
Good things we’ve been through
That I’ll be standing right here
Talking to you about another path I
Know we loved to hit the road and laugh
But something told me that it wouldn’t last
Had to switch up look at things different see the bigger picture
Those were the days hard work forever pays now I see you in a better place

How could we not talk about family when family’s all that we got?
Everything I went through you were standing there by my side
And now you gonna be with me for the last ride

It’s been a long day without you my friend
And I’ll tell you all about it when I see you again
We’ve come a long way from where we began
Oh I’ll tell you all about it when I see you again
when I see you again

First you both go out your way
And the vibe is feeling strong and what’s
Small turn to a friendship a friendship
Turn into a bond and that bond will never
Be broke and the love will never get lost
And when brotherhood come first then the line
Will never be crossed established it on our own
When that line had to be drawn and that line is what
We reach so remember me when I’m gone

How could we not talk about family when family’s all that we got?
Everything I went through you were standing there by my side
And now you gonna be with me for the last ride

So let the light guide your way hold every memory
As you go and every road you take will always lead you home

It’s been a long day without you my friend
And I’ll tell you all about it when I see you again
We’ve come a long way from where we began
Oh I’ll tell you all about it when I see you again
When I see you again



Klik : DOWNLOAD MP3 "SEE YOU AGAIN"- Wiz Khalifa 

Fenomena Shopback di Malaysia!

Fenomena Shopback di Malaysia! | Perasan tak ?, fenomena online shopping kini semakin sebati dengan masyarakat di Malaysia lebih-lebih bagi mereka yang tinggal di ibu kota. Tak perlu jauh-jauh lah , Lisa sendiri pun sama ., lebih suka berbelanja online daripada walk in di kedai-kedai atau shoping mall.  Keadaan lalu lintas yang sesak dan kos pengangkutan yang semakin tinggi mengalakkan lebih ramai daripada kita untuk memilih jalan mudah iaitu membeli-belah secara online. 



Tidak dinafikan bahawa, pada mula awal perkenalan konsep online shopping di negara kita, ramai yang ragu-ragu dan berwaspada untuk membuat transaksi secara online. Ini kerana, banyak cerita yang kurang enak didengar seperti ditipu oleh peniaga online, barangan yang diterima tidak seperti yang dipaparkan dan banyak lagi.Ramai Lisa dengar la dari kawan-kawan yang membeli barang secara online, Barang rosak , atau ... barang tak sampai kerumah.Memang kena pandai memilih la kalau nak beli secara online . Betul tak ? siapa nak rugi..


Namun kini segalanya seakan berubah apabila para pelanggan semakin bijak berurus niaga secara online dengan hanya membuat ‘secure online transaction’ daripada ‘trusted online website’ sahaja. Bagi anda yang memang ‘kaki shopping online’ pastinya nama-nama besar seperti Groupon, Lazada, Zalora dan Booking.com bukanlah nama yang asing bagi anda.
Apa yang lebih menarik, kini anda boleh membuat pembelian daripada laman web tersbut dengan menikmai ganjaran cashback. Bagaimana? Pertama sekali, anda harus melawati laman web rasmi Shopback Malaysia iaitu sebuah affiliated platform yang menghimpunkan pelbagai online stores yang terkemuka. Klik di mana-mana online store kegemaran anda dan buat pembelian seperti biasa. Seterusnya, cashback tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun Shopback anda dalam masa 1-2 hari bekerja.


Mungkin inilah masanya untuk anda membuat pembelian secara online dengan lebih bijak? Anda mungkin dapat berjimat sehingga ratusan ringgit Malaysia untuk tempoh satu tahun! Jangan lepaskan peluang ini dengan melayari laman web Shopback Malaysia sekarang juga dan merasai pengalaman membeli-belah yang menakjubkan. Temui nama-nama besar e-comerce seperti apple,asos , dan see all expedia deals here!


Episod Akhir Suami Sebelah Rumah

Episod Akhir Suami Sebelah Rumah | Tak terasa dah sampai ke penghujung drama Suami Sebelah Rumah. Bagaimana kesudahan cerita ini , apakah Erin meninggalkan Ammar dan kembali kepada Azlan ? Cerita yang diadaptasi dari novel ini , menceritakan mengenai kehidupan sepasang istri yang tidak duduk bersama . Duduk berlainan rumah , dua rumah yang berdampingan .

Hero dan Heroin drama ini Ayda Jebat dan Izzue Islam . Tertanya-tanya mengenai kesudahan cerita ini ?Apa yang akan terjadi di Episod 20 Suami Sebelah Rumah ?


Episod Akhir Suami Sebelah Rumah .
FULL Episode 
Klik untuk tonton. 


Kekasih Ungku Ismail [EL Teman Lelaki Upahan]

Kekasih Ungku Ismail [EL,Teman Lelaki Upahan] |Masih ingat dengan EL? ,,Hero dalam drama Teman Lelaki Upahan yang mencuri ribuan mata penonton ini, Ungku Ismail nama sebenar pelakon tersebut   . Semalam Lisa jumpa dia weeiih! Handsome Kacak , dan peramah lebih kurang la dengan perwatakan dalam drama Teman Lelaki Upahan. Lisa pon tak sangka leh jumpa ungku Ismail. Dan siapa pula kekasih Ungku Ismail ?

Orang yang bertuah menjadi Kekasih Ungku Ismail tak lain tak bukan ialahh... pemilik blog yang kalian sedang baca sekarang. YA.. Lisa ! ini bukan gurauan eh,tapi macam tulah yang berlaku dalam mimpi Lisa malam tadi. Hehehe.. semalam Lisa mimpi EL, then dalam mimpi tu Lisa jadi GF Ungku. Sampai termimpi-mimpi la pulak,padahal tiada hujan tiada ribut . Cakap angau pun tidak, stalk pasal dia pun semalam stalK MIA AHMAD adalah. Ishk ishk.. pelik  tapi kalau betul-betul apa salahnya.  masalahnya nak ke EL jadi kekasih Lisa? Hahahaha.... ishh takleh takleh Lisa ada mr. Hati Batu dah .

Siapakah Kekasih atau GF Ungku Ismail? rahsia lah kot.. nantikan je la blog gosip-gosip artia ni update ataupun tuan punya badan yang expose keluar.



KEPUTUSAN ABPBH 2015

KEPUTUSAN ABPBH 2015 | Anugerah Bintang Popular 2015 , ABPBH Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke 28 pada 5 April 2015 telah pun berakhir . Tahniah kepada pelakon yang memang saya minat dari memula tengok dia  bermain di "SAM " , Shaheizy Sam kerana bertuah telah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular. ABPBH 2015 berlangsung di Arena Of  Stars ,Genting Highlands. Semua yang hadir nampak anggun dan kacak bergaya di RED Karpet. Siapakah para pemenang itu ? 

Keputusan ABPBH 5 April 2015 Anugerah Bintang Popular

Anugerah Bintang Paling Popular

Shaheizy Sam (Toyota Camry Hybrid 2015 + Trofi ABPBH)

Pemenang 15 Kategori Utama ABPBH 2014 Pada 5 April 2015

1. Artis Baharu Lelaki Popular
Hafreez Adam

2. Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias

3. Artis Duo/Berkumpulan Popular
Akim & The Magistrate

4. Pengacara TV Lelaki Popular
Datuk Aznil Nawawi

5. Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana (Hot FM)

6. Pelakon TV Lelaki Popular

Shah Iskandar
7. Artis Baharu Wanita Popular
Ayda Jebat

8. Penyampai Radio Lelaki Popular

Johan
9. Pengacara TV Wanita Popular
Neelofa

10. Pelakon TV Wanita Popular
Nad Zainal

11. Artis Komedi Lelaki Popular
Abam Bocey
1
2. Penyanyi Wanita Popular
Adira

13. Pelakon Filem Lelaki Popular
Shaheizy Sam

14. Penyanyi Lelaki Popular
Akim

15. Pelakon Filem Wanita Popular
Siti Saleha

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

Seniman Tan Sri SM Salim

Kategori Online ABPBH

1. Personaliti Popular
Faiz Dickie

2. Artis Paling Kontroversi
Sharnaaz Ahmad

3. Artis Lelaki Stailo
Zul Ariffin

4. Gandingan Serasi Di Layar
Zul Ariffin dan Ayda Jebat

5. Artis Wanita Stailo
Dato Siti Nurhaliza

6. Pasangan Selebriti Romantis
Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya


Dari banyak-banyak gambar... saya suka gambar ini. Hehee ..

Cara Mendapatkan Badan Seksi

Seksi : 30 Hari Mendapatkan badan Seksi  | Dimana ada kemahuan , disitu ada jalan. Janji niat tu perlu ada . Susahnya nak menjadi sexy girl . I means badan yang body fit le , bukan se-xy pakai pakaian yang seksi tu hah  tapi se-xy dalam erti body cantik dan sehat . Bukan sebab botox atau ubat-ubatan.Cara mendapatkan badan seksi ? 30 DAYS CHALLENGE SQUAT AND PUSH UP . 


Kisahnya kemarin Lisa buatlah senaman Squat dan Push Up , ikut pada jadual yang ada. Haha... lepas tu buat senaman kerusi macam diatas tu . Ok lah boleh buat 40 kali. Berpeluh-peluh gak.Fuh- fuh.. penat laa.. Tapi takpa sebab ingin sehat dan badan cantik. Hehe. Kalian kalau nak join challenge ini boleh juga, tapi kena pasang niat betul-betul la. Lepas buat senaman , squat , dan push up maka apa yang terjadi pada keesokan harinya ? Pergh tulang rasa patah-patah . Macam lepas jatuh dari tingkat 1 . Sakit tulang belakang , nak bergerak pun sakit . Kena duduk menegak je . Fuhh.. Dan malam tadi lagi teruk sampai nangis meraung kesakitan dalam bilik. Mana tidaknya , baring untuk rebahkan badan ase sakit, mengiring pon rasa sakit , nak bersin pon rasa sakit. 

Kenapa sampai macam tu sekali ? memang akan sakit macam tu ke ? Normally kalau pemulaan kena lah warm up la . Ibarat badan terkejut tu jadi sakit-sakit . Bak kata kawan Lisa , " orang kalau dah lama tak main futsal then tetiba main futsall di padang bola memang akan pancit punya ". Ini permulaan sahaja , nanti lama-lama ok lah tu dengan senaman , squat , and pushup. Jangan salah cara, kena buat betul-betul kalau tak tahu tengok la youtube atau mina ajar orang yang tahu .

Hope esok dah sembuh dan boleh mula senaman lagi . Jom join  30 DAYS CHALLENGE SQUAT AND PUSH UP . Heheh cantik untuk badan sendiri walaupun nampak susah tapi percayalah , dimana ada niat disitu ada usaha dan jalan (eh betul ke ayat ini )



Elizad Sharifudin Menikah

Elizad Sharifudin Menikah |Hey.. kenal lagi tak dengan Heroin Teman Lelaki Upahan yang memerankan watak Kyra Lydia? ya.. Siti Elizad Sharifudin. Lisa pon memang minat gila dengan Elizad,sampai habis stalk laman sosial instagram dia.Melepas rindu lah katakan. 

Semalam dalam ABPBH Elizad terlihat anggun mengenakan gaun merah,  didampingi oleh hero  Drama Teman lelaki upahan.. "EL" ,Ungku Ismail Aziz . Eh nak tau tak? akhirnya Siti Elizad Mohd Sharifudin ini telah pun bernikah awal tahun 2015. Tapi disebabkan oleh permintaan ayahnya, Elizad merahsiakan tarikh pernikahan itu dari rakan media dan juga majlis pernikahannya hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat . 

Takpe lah, hormati keputusan ayahnya sebab kurang sehat. Kalau kurang sihat,memang tak leh penat-penat. Elizad menikah dengan Shamsul (43) , duda  anak dua yang bekerja di syarikat permotoran pada 11 Januari 2015. 



Alaaa baru nak tengok Elizad dengan ungku, hehe . Apapun tahniahlah untuk Siti Elizad Sharifudin atas pernikahan itu.Semoga kekal berbahagia . 



REVIEW : Fast And Furious 7 , Movie Best tapi..

REVIEW : Fast And Furious 7 , Movie Best tapi..  | Movie ini sambungan dari Fast and Furious 6, mengenai lumba kereta . Deckard Shaw,  seorang pembunuh bekas ejen perisikan yang terlatih (Special Forces) memburu satu persatu kumpulan TORETTO sebab ingin membalas dendam atas apa yang berlaku terhadap adik nya iaitu Owen. Bermla dari Han , kemudian Deckard membelasan Hans di tempat kerja sampai mengalami patah kaki dan tangan. Diikuti dengan mula mengancam keluarga Dom .

Movie yang mampu menarik jutaan penonton di seluruh dunia. Banda kecik macam kluang je , tiket SOLD OUT dihari pertama tayangan Fast and Furious 7 apalagi di bandar besar? uish memang sesak dengan orang le. Macam Lisa , terbantut tengok sebab tiket hari Jumaat da habis terjual. Hahaha.. so beli untuk tayangan hari sabtu, 03 April 2015. Lisa tengok F and F 7  dengan big "CHEW" Family , 9 orang . Memang meriah lah ! Ini kali , Lisa dapat tiket free. Hehe..



FAST AND FURIOUS 7 INI BEST , MOVIE BEST ..saya bagi 6/5 bintang  Tapi.. tapi saya tak nangis time babak akhir cerita tu . Kawan cakap sediakan tissue ketika tengok movie ni sebab babak akhir nanti sedih. Throwback Lakonan PAUL WALKER semasa berlakon di FAST AND FURIOUS  sebelum dia mengalamai kemalangan yang meragut nyawa PAUL.  Movie ini sedih , kelakar , penuh aksi . Best part : ketika Dom dan Brian membawa Red R8 yang memang wow, kereta kebal peluru kemudian memandu dengan kecepatan yang laju , terjun dari bangunan ke bangunan menembusi 3 bangunan! FUuuhh.. macam Lisa pula dalam movie tu . Ada juga part gadis-gadis seksi , lelaki suka lah tu. haha..

Apakah kesudahan cerita itu ? Beli tiket dan tengok di pawagam terdekat le..
With my handsome boy.
 Barisan pelakon yang berada didalam Movie FAST AND FURIOUS 7 
PELAKONWATAK
Vin Diesel Dominic Toretto
Paul WalkerBrian O’Conner
Dwayne JohnsonLuke Hobbs
Michelle Rodriguez Letty Ortiz
Jordana BrewsterMia Toretto
Tyrese Gibson Roman Pearce
Chris Bridges Tej Parker
Lucas BlackSean Boswell
Jason StathamDeckard Shaw
Elsa PatakyElena Neves
Kurt Russell Frank Petty
Tony JaaKiet
Ronda RouseyKara
Nathalie EmmanuelMegan Ramsey
Djimon HounsouJakande
John Brotherton Sheppard

Block Tempat Untuk Berniaga,Angin Ribut ?

Block Tempat Untuk Berniaga,Angin Ribut ?  | Pagi-pagi sampai tempat kerja,  memang agak sedikit terkejut la tengok apa yang dah jadi di depan salah satu tempat kerja aku. Ada sebuah papan whiteboard , kerusi , meja , tersadai dan tersandar di pintu pagar. Ada angin ribut kah ? atau banjir ? Macam mana nak buka pintu dan berniaga kalau ada papan whiteboard tersandar di pintu pagar. MOTIF ?
Whiteboard tu milik pusat tuisen di tingkat 1 , hurm patutkah dia menyandarkan papan itu dipintu pagar orang lain ? Kan boleh sandarkan ke tiang yang besar berdiri didepan pintu dia tu . Terpaksa le Lisa naik atas dan ketuk pintu tuisen tu . Bagitau kat diorang yang saya nak mula kerja , kang tak pasal-pasal boss marah lak. Haha.. dia pon say sorry and turun memanggil cikgu ke sapa ntah untuk alihkan papan whiteboard tu. Boleh tahan berat la juga papan tu . Kalau ringan , Lisa sandarkan je di meja tuisen tu .

Kalau berlaku pada kalian ,apa yang kalian buat ? nasib le kat pusat tuisen tu ade staff. Kalau takda? takkan nak tunggu sampai pukul 12. Tak pon tak kan nak rebahkan ke lantai ? kalau boss yang datang mesti dah bising potpet potpet.

Okayh, anggap  je la kurang arif bidang etika ini, tapi sepatutnya dah paham dah kot . Nama pun pusat tuisen . Hehe takpe la, janji dia alihkan, kalau tak.. memang tarik and letak depan pintu tuisen dia tu ha...

Punca sebenar notice TOPUP HABIS!

Punca sebenar notice TOPUP HABIS ! | Hari ini ramai la kedai-kedai  yang meletakkan notice " TOPUP HABIS "  . Betul-betul habis , atau memang tak da stock ? Apapunca sebenar kejadian ini berlaku. Seperti entri sebelum ini "apakah TOPUP dikenakan GST ? "  ramai orang keliru dan tak tahu mana yang betul, sebab yang orang awam tau bahwa topup ni tiada dikenakan GST , [ dalam senarai barangan yang tidak dikenakan GST ] namun pabila orang membeli topup di kedai ataupun di online bank , eh ada charge 6% untuk setiap transaksi reload topup prepaid. 

Punca sebenar banyak dealer/penjual enggan atau tidak menjual topup dan meletakkan notice TOPUP HABIS  ialah , : 
 [PERTAMA ].Dealer protess and wanna to fight fo unfair condition from goverment  [ for side dealer / si penjual ] "
[KEDUA ] Kerajaan mengeluarkan notice , topup tiada gst 6% , namun dealer mendapat surat dari telco masing-masing yang menyatakan harga topup naik : topup +6% gst . Kalau penjual pun dapat harga yang tinggi , takkan nak jual balik hrga ikut biasa. gst penjual yg tanggung ? keadaan ini membuat penjual / kedai tersepit dan jalan yang mereka pilih , notice topup habis. 
sebab yang terakhir ialah ramai customer atau pengguna yang cakap bahkan memaki penjual nak untung banyak la , tamak la .. bla bla bla.. hehe sebab malas nak gaduh, tu la penjual taknak menjual dulu topup. Tunggu semua dah stabil baru nak jual semula. Bape sen sahaja untung topup tu , pastu kena maki. Hehe.. takpe tunggu keadaan stail and dapat kata putus baru juallah. Saya ? saya guna bill atau postpaid , memang dah dikenakan 6% tu dah. Sebelum ini nama gov. tax, sekarang swicth ke GST jadi tiada perubahan. Untuk prepaid, saya memang kurang guna. hehe dalam tu adalah reload cukup untuk 2tahun.  

Kalau masih menganggap penjual di kedai sengaja mengambil kesempatan untuk kaut untung , hurm try kalian topup menggunakan maybank2U or online bankin yang lain. Semua sama , ada penambahan gst 6% . Tak kan penjual jugak yang ambil untung tu , ni memang Telco yang tetapkan. Tunggu sahaja lah , and perhaps akan keluar satu stattement untuk menyelesaikan masalah ini. Sama ada topup akan dikenakan GST atau tiada GST .









Pertunangan Yang Dipermainkan

Pertunangan Yang  Dipermainkan | " Rahsiakan Pertunangan dan Hebahkan Perkawinan "  itulah pepatah yang selalu kita dengar. Namun sekarang orang buat adat bertunang macam adat berkahwin dah . Siap pelamin bagai, ye tahu anda mampu. Tapi bukan ke pertunangan tu baru selangkah proses untuk mengenali satu sama lain , mengenali pasangan yang akan kita nikahi itu ? Bertunang boleh putus andai tiada keserasian . Bukan bermakna kalau dah tunang tu konfirm jadi pasangan suami istri .

Tapi ada jugak orang zaman sekarang ni , pertunangan hanya dijadikan sebuah gurauan semata-mata .Memasuk minang anak gadis orang , siap berbaju melayu bagai dengan dulang dan wakil, siap berpantun bagai . Siap wat video. Namun apa yang berlaku tak seperti yang kita lihat. Hurm , pertunangan itu hanya sebuah gurauan sahaja. Adeh. Lisa rasa tak patut kot benda ini dijadikan gurauan, tak lawak langsung . Ye tahu si gadis tu pon memang la dah tau yang akan ade PRANK pertunangan untuk dia. Hurmm , kalau nak bergurau memang tak kena la kalau gurau pasal pertunangan.
"ELEH,, rileks la, drama je pon. Bukan reality " hello... if la kalau berlaku macam tu kat family kalian , kemudian orang ingat sampai bila-bila. pastu ade si polan-polan yang akan menjadikan isue itu sebagai buah bibir bahan lawak orang like " Ooo.. keluarga si A tu, yang wat main-main majlis tunang tu . Tak nak la masuk minang orang tu  "  Hurm . semua ni berbalik kepada maruah. Well mungkin bagi kalian maruah tak penting ., tapi pernah fikir tak perasaan orang tua?Family,sedara.? Bagi Lisa dan family lisa , Maruah itu penting. pertunangan tak boleh dibuat main-main.. apalagi tontonan publik. Malu beb, kita sebagai anak kenalah pandai jaga air muka mak ayah kita. 

Emo? Tak.. Lisa tak emo, hanya tak patut buat rancangan TV yang sebegitu. pertunangan ,pernikahan ,ajal.. jangan buat main-main .

© all rights reserved
made with by templateszoo