Drama Suami Sebelah Rumah FULL EPISOD

Drama Suami Sebelah Rumah FULL EPISOD |Drama suami sebelah rumah slot Iris ditayangkan setiap hari Isnin-Kamis pukul 6.30 petang di TV3 . Ditayangkan bermula 2 March 2015 dan sebanyak 20 Episod.

Walaupun status suami istri namun mereka tidak tinggal serumah. Apa yang akan dilakukan Amar [Izzue islam] untuk mendapatkan hati Eryna [Ayda Jebat] gadis yang dicintainya selama ini yang juga telah bertukar status menjadi istrinya itu?




 |Suami Sebelah Rumah mengisahkan Eryna berstatus isteri mengahwini suaminya yang tinggal di sebelah rumah. Walaupun mempunyai ikatan sah, mereka tidak hidup serumah. Demi memiliki cinta Eryna, Amar rela menerima syarat Eryna. Namun segalanya tidak seperti yang dirancangkan, timbul persaingan sengit di rumah dan di tempat kerja apabila masing-masingnya ingin memiliki cinta Amar. Sedarkah mereka hati Amar telah dimiliki Eryna? Bagaimana reaksi Eryna apabila suaminya sendiri menjadi rebutan rakan-rakannya.

Segalanya bermula apabila Azlan yang sepatutnya menjadi suami Eryna, telah membatalkan majlis pernikahan mereka di saat akhir. Segala persiapan telah dibuat. Eryna gelabah selepas membaca mesej yang dihantar oleh Azlan.

“Amar, sudi tak awak ambil saya jadi isteri awak? Kita kahwin. Boleh?”

Tentulah Amar sudi! Yang ajak dia menikah itu ialah Eryna, gadis idamannya. Gadis yang dicintainya sejak sekian lama! Gila nak tolak? Namun..

6 comments.. read them below or add one

Zaidalifah Hussin Zaidalifah Hussin March 3, 2015 at 9:47 AM
Tak sempat tengok semalam... hu hu hu
Wanie Masduki Wanie Masduki March 3, 2015 at 11:02 AM
kena tgok kemudian lah nmpk nya sebab balik keje pukul 6.30..huhu
Cikna Cikna March 3, 2015 at 1:53 PM
Semalam dpt tgk separuh je......;-(