Ad

Showing posts with label jenayah. Show all posts
Showing posts with label jenayah. Show all posts

Meninggal Ditikam Bekas Tunang


Meninggal Ditikam Bekas Tunang |Cemburu punya pasal, seorang lelaki nekad membunuh bekas tunang. Seorang gadis pekerja pasaraya Econsave di Kluang telah meninggal kemarin di tempat parking kendaraan ketika baru masuk kerja. Kejadian ini berlaku  ,10 April 2015. Lisa pon tak tau kalau bukan akak yang bagitau. Almaklumlah Lisa ni wanita bekerjaya yang sebahagian masa Lisa habis dengan bekerja. 

Dipetik dari My Metro melaporkan yang gadis tu dipukul dan dihantam oleh lelaki yang merupakan bekas tunang gadis tersebut. Cemburu punya pasal lah jadi nekad macam tu  . Aish, macam-macam orang sekarang. Jadi takut dengan keselamatan diri kalau berada diluar. 

Kabarnya ex tunang gadis yang Ditikam di Econsave Kluang tersebut, dia tidak boleh menerima kenyataan yang NURSYAFIKA BINTI ISMAIL tu telah bertunang dengan orang lain. Apapun motif pembunuhan tersebut,semoga orang tu dapat balasan yang setimpal. Dan untuk keluarga mangsa semoga diberikan kekuatan dan ketabahan.

Marilah sedekahkan Al-fatihah untuk NURSYAFIKA BINTI ISMAIL. 

KES PECAH MASUK DI TEMPAT KERJA

KES PECAH MASUK DI TEMPAT KERJA | Malang tak berbau ,setelah bertahun tahun kerja disini hari ini kejadian ini berlaku untuk kali pertama. Masuk dari pintu belakang. Bagaimana mungkin  ? walhal Lisa ade je makan di meja belakang Tu . Dan pekerja restoran makan dibelakang bagitahu ke yang ade orang menyelinap masuk kemudian keluar dengan membawa sesuatu sejenis Handphone dihimpit dicelah lengan.

Dengan panik ,boss Lisa yang berada didepan pon terus masuk menuju meja tempat aku makan . sambil jerit. " Ada pencuri masuk , dia ambil you punya handphone. !"  Tersedak terus aku , Lisa jawap lah,, HP masih ada lagi dan tak ada sesiapa yang curi. Namun Boss masih nak cakap ,, " Handphone You hilang la ! sekarang tengok , mana HP u " . Lisa pergi depan dan tunjuk HP dalam drawer. Aish.. dah cakap tak hilang . tapi tak percaya. Gila hape letak HP di meja pintu dapur belakang . Cari nahas tu namanya .

Lepas tu , apa yang pencuri itu ambil ? Tiba-tiba Lisa teringat sesuatu, Purse !  Pergh.. berdesup hati ,, purse  aku ada dalam bilik, entah-entah pencuri tu ambil bawa lari. Haaa.. ku  berlari semula ke bilik tempat rehat dan solat tu. Fuhh.. Nasib baik ada lagi. Cari punya cari mangga untuk kunci pagar belakang tak ada. Lah.. rupanya orang tu curi mangga pintu pagar besi kat belakang tu. Akak yang kerja di restoran makan tu bagi tau, sebaik nampak Lisa keluar dari pintu belakang.. orang tu sedang makan , kemudian dia masuk ke dapur tempat kerja ku , mengambil sesuatu di atas meja kemudian berlari keluar.  Orang tu ada sedikit gila. Pulak dah, Tak pelah.. alhamdulillah barang-barang aku ada lagi. Dan bukan pencuri yang bawa parang then buat rompakan. Lepas ini memang akan selalu kunci pintu belakang tu . Peringatan untuk Lisa dan semua orang juga.


Jenazah Nursyuhada Pelajar UiTM Dikebumikan

Jenazah Nursyuhada Selamat Dikebumikan | Jenazah mahasiswi Nursyuhada Johari dikebumikan hari ini 03 Februari 2015. Pelajar Universiti Teknologi Mara ( UiTM )yang maut di kilometer 228.2 , Lebuhraya Utara Selatan  berhampiran di Bukit Gantang pada tengah hari semalam, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan , pada pukul 11 pagi tadi. 

Anak kedua dari enam adik beradik, Nursyuhada Johari disembahyangkan di Masjid kampung Cherok Mokkan sebelum dikebumikan. Pelajar tahun pertama jurusan Perhotelan di UiTM Pulau Pinang, maut selepas dikelar dan ditikam di lehernya di Kilometer 228.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang pada tengah hari, semalam.

Dipetik dari BH  : Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 19 tahun dikatakan membuka pintu keretanya yang diletakkan di lorong kecemasan dan terus terjatuh di atas jalan.Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa, berkata seorang lelaki kemudian keluar dari kereta itu dan menariknya ke tempat besi penghadang jalan sebelum cuba melarikan diri ke hutan berhampiran.Orang ramai yang melihat kejadian itu segera menangkap suspek yang berusia 25 tahun.

Sebelum itu, mangsa dikatakan bertengkar dengan kenalan lelakinya itu di dalam kereta sebelum dikelar dan mayatnya disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar 2 jam selepas kejadian.

Marilah sedekahkan AL-Fatihah untuk mangsa ,semoga rohnya ditempatkan digolongan orang beriman dan keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan.

© all rights reserved
made with by templateszoo