Wednesday, April 5, 2017

Sedap Sangat ke Buah Kundang ?

Sedap Sangat ke Buah Kundang ?

Hai korang.. selamat petang ! Bagi yang tak tahu apa nama buah ni ... ha ni namanya Kundang . Kundang , sejenis buah yang susah nak cari . Katanya buah ini hanya ada dekat Sabah . Ermmm... dah selalu keluar di newsfeed di laman sosial , Lisa jadi teringin pulak. Haritu kirim kawan yang pergi Sabah ,tapi dia takut pos nanti dah busuk . Ok la.. redha je la kan. Nasib baik ternampak di FB ada orang jual buah ni ,tak tunggu lama.. terus tempah dan beli. Rasanya.. nyummm.. meh baca story Lisa .

 Sedap Sangat ke Buah Kundang ? 


Sehari dah sampai , alhamdulillah sampai dengan elok buah tu .. bukan main besar lagi kotak tu ,buah ada 15 biji jek . Janji buah selamat dengan eloknya . Tak sabar nak rasa.. nyummieeehhh ! 


 Buah kundang ni sejenis pelam atau mini manggo , pelam kecik-kecik je . Ingatkan sejenis apalah buah ni . Dah dapat makan memang dah terobati la rasa mengidam teringin tu . Hahaha. Kundang lebih manis dan sedap kalau beli dari Thailand , kat sana berlambak-lambak ada. Murah pun ye jugak . 

Rasa buah kundang ni manis . Ada orang cakap masam manis , mungkin sebab Lisa beli pastu pos , jadi dah betul masak tu yang rasa manis je . Krak kruk krak bak ayam goreng McD . tak terasa habis 6 biji . Sedap la sedap juga.. lain kali kena beli lagi la. Kalau makan fresh mesti lagi sedap . 




Basuh dulu kayh sebelum makan  jangan terus ngap je. 




Sedap buah ni , kalau dah mula makan memang tak rasa nak berhenti . 

HARGA 
Kecik je buah ni , besar macam tu je . Harga buah kundang RM65 sekilo tak termasuk postage. After beli tu baru terfikir nak tanya kawan yang duduk di Kedah sana sebab dekat dengan Thailand kan.. mana tau ada. Lah.. rupanya jual RM20 sekilo . Tak pe la.... teringin punya pasal dan dah beli pun . hehehe nyesal tak guna . Mak cakap jangan berkira kalau belanja duit untuk makanan .



Lepas dibelah dua , tengah buah kundang ni isi berwarna ungu . Lisa pun baru tahu jugak ni , makan tu memang tk nampak la. kena belah dua baru nampak warna ungu tu . 

Korang yang nak rasa makan buah kundang ni boleh pergi sabah atau pergi kat Kedah . Kalau kedai buah kat semenanjung memang biasanya tak ada . 




  1. Replies
    1. saedap... ala mcm buah pelam gitu. manis

      Delete
  2. Kalau di utara kami panggil buah 'remia' sebab bijinya warna purple tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo baru tau nama buah ni remia hahah

      Delete
  3. aslm..mcmne nk beli..ape fb nya

    ReplyDelete

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search