Kedai Makan Shell Out Di Kluang

Tempat Makan Shell Out Kluang || Pertama kali dengar nama Shell Out ini berasal dari facebook user Thailand . Seafood udang , ketam , kerang , lala , kupang , etok, sotong.. dimasak jadi satu . . Oh lupa.. ada jagung , kentang dan carrot juga . .Kini dah buka cafe Shell Out yang pertama di Kluang .  Bagaimana dengan rasanya ? Sedap tak ... atau pedas barangkali ? .. 


Sebenarnya 1 set ini untuk makan 2 kepala , tapi Lisa belasah seorang. Sedap weii.. apalagi Lisa jenis yang suka makan seafood terutama ketam . Untuk kerang Lisa kurang berkenan ,, tapi kalau masak sambal .. makan tak toleh kanan dan kiri . Teruja pun ye juga ,, lapar pun ye juga .. sebab dah lama nak makan shell out ,, tapi sebab jauh , tu terbantut tak leh nak makan . Naseb baik sekarang shell out  dah ada kat Kluang .. senang sikit nak makan.. 

Yang membezakan Shell Out ini dengan yang tempat lain .. alas dilebihkan dengan daun pisang, biasanya kalau sheel out makan atas meja beralaskan plastik . Ala-ala makan nasi ambang , Aroma daun pisang menambah sedap lagi rasa seafood jadi umphhh... tak terkata ..

Teringin nak cuba ? Untuk kalian yang berada di Kluang atau area berdekatan , boleh cuba singgah di Qiss Butik & Cafe , atas kedai Sumoya  . Berdepan dengan Agro Bank Kluang , area Song Mart .

Qiss Butik & Cafe

 No. 2 Tingkat 1 , Jalan Duku , 86000 Kluang -Johor . Atau nak detail lagi boleh Direct Message Facebook : facebook.com/QISS-Butikcafe-104729439923946  ,
 Instagram : @shelloutkluang
HP : 011-21847420
Buka pukul 10:00 pagi - 10:00malam  (untuk shell out , bermula 12 tengah hari )
Harga 1 set rm 30.00 untuk 2 orang makan..

Tak da masa nak pergi ? Usah risau... ada Delivery tau dan penghantaran secara percuma sampai kedepan murah kalian.. , whatsapp je no diatas untuk pesan dan penghantaran ... Mudah je kan.. 

8 ulasan

Wahh.. lapik daun pisang shell out terbaik memang kampung style ni.. mesti sedap tak terkira.

dah lama gak tak gi shell out.

sejak ada bini ni, dok makan kat rumah aje.

bestnya bershell out.Ok tak harganya?

Ya allah lisa bestnye tgk. Blik kg insyllh nk pegi la. Dh dkt je ni.

New Entri PROMOSI HARGA RUNTUH SHAWL Exclusive by Papaglamz


EmoticonEmoticon