RESEPI SUP TEPUNG
Assalamualaikum ! Dah lama rasanya tak menulis tentang resipi . Iyela.. bukan Lisa pandai sangat bab bab masak ni .. baru nak berjinak-jinak . Kali ini nak kongsi resepi Sup Tepung . Tak sure la korang pernah makan ke tidak , kalau chinese biasanya dipanggil " Mian Fen Gao ". Famous oo makanan ini ! Lisa selalu nampak Lady boss masak , senang je rupanya . Cara masak senang je dan bahan-bahan pun men campak-campak je.
BAHAN SUP
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 buku kiub pati ayam
1 keping dada ayam dihiris-hiris
seikat sayur manis , korang boleh gantikan dengan 1 ikat sayur sawi kalau suka :)
* Bawang dtmbuk atau dihiris pun boleh
BAHAN UNTUK TEPUNG
1 @ 2 cawan tepung gandum
Sedikit air
Scubit garam
CARA-CARA MEMBUAT SUP TEPUNG
- Tumiskan kesemua bawang tadi sehingga garing
- Masukkan ayam dan letakkan kiub pati ayam sekali
- Letakkan sedikit air untuk lunakkan ayam tadi
- Kemudian masukkan sayur manis atau sawi ( Dalam gambar ni Lisa letak sayur manis ) dan letakkan lagi air sehingga bersesuaian untuk dijadikan sup .
- Tepung tadi dicampurkan sedikit demi sedikir air dengan garam tadi. Jadikan sperti doh dan blh dicubit-cubit.
- Kemudian cubit dan carikkan tepung tadi dan masukkan kedalam sup tadi .
- Biarkan mendidih selepas diletakkan sup tadi
- Kemudian matikan apinya dan siap dihidangkanTaburkan ikan bilis goreng , dan hidangkan dengan potongan cili dalam kicap . Siap !
Resepi sup tepung sangat mudah untuk disediakan . Selamat mencoba...
