Friday, August 31, 2018

SENARAI PELAKON ALAMATNYA CINTA

SENARAI PELAKON ALAMATNYA CINTA

Drama korea Full House , dah tak asing lagi didengar ditelinga. Agaknya macam mana rupanya kalau ditayangkan dalam versi Malaysia ? korang boleh tonton Drama Astro terbaru bertajuk Alamatnya Cinta , gandingan Hannah Delisha dan Hisyam Hamid sebagai pelakon utama. wah ada sesiapa yang dah tengok tak ? . Ditayangkan mulai 20 Ogos ini, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123. Senarai Pelakon Alamatnya Cinta seperti : Hisyam Hamid, Hannah Delisha, Yusry Abdul Halim, Fahad Iman, Cik Manggis, Alicia Amin, Adam Amin, Jasmine Suraya, Azhar Sulaiman, Louisa Alissa Chong, Shah Rezza, Dian P Ramlee, Jad Hidhir

WATAK PELAKON

Senarai watak pelakon dalam drama Alamatnya Cinta 


PELAKONWATAK
Hisyam Hamid Faliq Assad
Hannah Delisha Ellie Farhana
Yusry Abdul Halim Damon Degawan
Alicia Amin Jasmine Aziz
Jad Hidhir Jay
Cik Manggis Emma Harith
Fahad Iman Omar Qalish
Jasmine Suraya Natalia
Dian P Ramlee Melati
Louisa Chong Melur
Dato Seri Shah Rezza Tuan Herman
Azhar Sulaiman Hamzah 

LAGU TEMA / OST

Hana - Aziz Harun & Hannah Delisha

SINOPSIS ALAMATNYA CINTA

Kisah Ellie Farhana seorang penulis yang kehilangan rumah pusaka bapanya apabila rumah tersebut telah dilelong dan dibeli oleh pelakon terkenal iaitu Faliq Assad. Ellie cuba untuk mendapatkannya kembali.

Faliq Assad yang baru putus hubungan dengan Jasmine berpindah ke rumah baru. Semenjak itu pelbagai kejadian berlaku antara Faliq dan Ellie.  Skandal antara Faliq dan Ellie viral di media sosial angkara reporter Natalia. Emma, manager Faliq mencadangkan supaya mereka berdua berkahwin untuk selamatkan kariernya.

Faliq mengumumkan bahawa Ellie bakal menjadi isterinya. Selepas pengumuman perkahwinan oleh Faliq, makin huru hara hidup Ellie. Ellie akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan Faliq, tapi dengan syarat. Adakah diorang akan teruskan misi tak masuk akal ni?

GAMBAR PELAKON







Wednesday, August 29, 2018

LAZADA ELECTRONICS FAIR SALE - TAWARKAN DISKAUN SEHINGGA 90% !

LAZADA ELECTRONICS FAIR SALE - TAWARKAN DISKAUN SEHINGGA 90% ! 

Assalamualaikum ! Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba , Lazada Electronics Fair Sale dah bermula dari  27-29 Ogos ini, dengan tawaran eksklusif dan diskaun sehingga 90% dari pelbagai produk elektronik! Wahh boleh tahan banyak juga tu sampai 90% . 


Lebih dari 2,000 Baucar Eksklusif Untuk Dimenangi , Lazada Electonics Fair Sale . 

Ya.. anda akan dapatkan peluang untuk memenangi lebih dari 2,000 baucar eksklusif di Lazada Electronics Fair Sale kali ini.  Tawaran yang menarik dari jenama barangan elektronik internasional seperti : Xiaomi , Asus ,Harman, Philips , Logitech, HP , Panasonic, Acer ,Oppo ,GoPro, Sharp dan banyak lagi jenama lainnya . Apa agaknya yang Lisa nak beli eh ... rambang mata di buatnya ... nak beli barang kamera , atau periuk nasi , atau .. jom kita tengok apa tawaran yang menarik tu . 



Perlukan lebih banyak alasan untuk membeli-belah di Lazada Electronics Fair Sale ? ini jawabannya :



  • Dapatkan nilai wang anda dengan jualan kilat harian 4 kali sehari, sepanjang 27-29 Ogos!
  • Penjimatan tambahan sehingga 20% dengan lebih daripada 2,000 baucar eksklusif untuk dimenangi!
  • Penghantaran percuma dan  Ansuran serendah 0% juga disediakan !
Flash sale memang Lisa suka tunggu setiap tahun , mesti akan tersangkut untuk beli barang dengna harga yang lebih jimat dan juga ditambah dengan baucar. murah berganda gitu . Kena pandai urus keuangan .. kenapa bayar lebih untuk barang yang sama ? marilah kita kejar Flash Sale Daily .


Dari barangan memasak , barangan rumah , peralatan untuk komputer , laptop , bahkan phone... Banyak sungguh nak dibelinya kan . Alang-alang ada Fair Sale ... dan sebelum SST.  Bandingkan berapa banyak perbezaan harga nanti . Setakat ni yang Lisa beli memang tak pernah mengecewakan .. berbaloi juga harga yang dibayar dengan barang yang didapat . 

Penjimatan tambahan sehingga 20% dengan lebih daripada 2,000 baucar ekslkusif untuk dimenangi . Bukan hanya harga yang murah , dapat baucar diskaun lagi . Bertambah jimat la poket ni , seriously berbaloi sangat , tak sia-sia menunggu Lazada Electronics Fair Sale setiap tahun . 



Last but not the last one , penghantaran percuma ! Barang dah dapat harga murah , dapat baucar diskaun , lepas tu penghantaran percuma.. berbaloi sangat kan ? bahkan untuk kalian yang nak beli secara ansuran pon boleh juga . Ada sesetengah barang elektronik dalam lazada ni yang kalian boleh beli dengan cara ansuran serendah 0% . 

Hari ni hari last.. jangan lupa tau ! LAZADA ELECTRONICS FAIR SALE bermula dari  27-29 Ogos 2018.  link disini : -

https://www.lazada.com.my/wow/i/my/MYCampaign/electronics-fair-2018/?hybrid=1

Bye.. nak memborong juga laa... 
Wednesday, August 22, 2018

ALTHEA TURN 3 ! Welcome Gift Real Fresh Skin Detoxer

ALTHEA TURN 3 ! Welcome Gift Real Fresh Skin Detoxing

Annyeonghaseo ! Wah pejam celik dah 3 tahun usia ALTHEA . Happy Birthday Althea Turn 3 ! Time pergi vacation hari tu dapat message yang ada dapat delivery kotak pink , dalam hati melonjak riang dah  hehee. Lisa dapat 'Welcome Gift' real fresh skin detoxer dari Althea yang diberikan  untuk kesemua althea angels . Happy uolls... tertanya-tanya  juga apa la isi dalam kotak pink tu haa.... let's unboxing ;-) 

UNBOXING WELCOME GIFT ALTHEA TURN 3 

Jom sama-sama tengok Lisa unboxing welcome gift althea angels - althea turn 3 




Tada... inilah senarai barang-barang yang ada dalam kotak welcome gift tu .. 
  • White Mirror
  • Premium Althea Tote Bag 
  • Pink Althea Mini Bag 
  • Birthday Box Miniature Paper Box  
  • Real Fresh Skin Detoxer (green tea & Rose ) 
  • Welcome letter 
  • Discount code 



ALTHEA X GET it BEAUTY 

Baru ni ALTHEA berkolaborasi dengan Korea No 1 -  Beauty TV SHOW  , yang memperkenalkan trend terkini dan juga semua info berkaitan dengan kecantikan . Get it Beauty ini tawarkan pelbagai pengalaman kecantikan. Woahh Menariknya ... ! Kalau Lisa dekat teringin juga nak join .. tapi jauh nun di KOREA sana .. adeh..


R E A L  F R E S H  S K I N  D E T O X E R
"Treat your skin daily to this easy-to-use, 10 second wash off mask"

Memang Lisa ni tak berapa rajin nak ber-face mask setiap hari. Buat pun kalau ada masa yang betul-betul free je , maklumlah penat bekerja . Kebanyakan face mask ni makan masa 15-20 minit tuk tepek kat muka.. elak Lisa tertidur sampai ke pagi . Hahaha.. psstth.. REAL FRESH SKIN DETOXER yang satu ni  , mudah digunakan dan hanya perlukan masa 10 saat je ! wah... terus rajin nak manjakan kulit muka . 





Ada dua jenis untuk skin detoxer ini iaitu :-
  • REAL FRESH SKIN DETOXER ROSE (Refine  )
  • REAL FRESH SKIN DETOXER GREEN TEA ( Purify )

REAL FRESH SKIN DETOXER ROSE

Rose atau bunga mawar ni memang bahan yang terkenal bermanfaat untuk kecantikan . REAL FRESH SKIN DETOXER ROSE , diperbuat dari French Rose petals + extract , dipetik menggunakan tangan dan berfungsi untuk memperbaiki dan melembutkan kulit anda seperti kelopak rose. Real Fresh Rose ini digunakan pada pagi hari . 





REAL FRESH SKIN DETOXER GREEN TEA
Untuk Real Fresh Skin Detoxer Green Tea ini untuk kegunaan pada malam hari . Sebelum menggunakannya , jangan lupa bersihkan muka dari makeup .. lepastu keringkan wajah dan baru relaxs kan kulit wajah tu dengan menggunakan REAL FRESH SKIN DETOXER GREEN TEA . Diperbuat dari daun green tea Jeju + extract untuk kegunaan membersihkan wajah. 





CARA PENGGUNAAN : 

Keringkan kulit wajah, gunakan lapisan yang agak tebal dan biarkan selama 10 saat. Tambah pada sedikit air dan urut sangat perlahan dalam gerakan bulat sebelum membasuh dengan air .

Mudah saja bukan ? Jimat waktu dan kulit wajah pun fresh & lembut. Korang kena cuba sendiri tau .


NOTA : PSthhh semalam Lisa tengok ada potongan harga 10% ! Cepat tau sebelum SOLD OUT ..  


Korang dah boleh dapatkan di web atau Apps Althea tau .  More info :


Sunday, August 19, 2018

FESYEN.INSTA – OOTD TRENDY PALING WIN

FESYEN.INSTA – OOTD TRENDY PALING WIN

-Program fesyen dan beli-belah online untuk hijabista moden setiap Selasa di hurr.tv-


Inginkan panduan gaya yang trendy namun dalam masa sama turut menampilkan kesopanan si pemakai? Laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr.tv memperkenalkan sebuah program fesyen dan beli-belah online, Fesyen.Insta, khusus untuk hijabista yang menginginkan gaya Muslimah yang modest tetapi stylish.


Fesyen.Insta menampilkan beberapa buah butik menjual pakaian atau aksesori yang menepati citarasa gaya hijabista serta mereka yang ingin kelihatan elegan, bergaya dan selesa. Program 10 episod ini dihoskan oleh dua Instafamous berhijab yang terkenal dengan pemakaian trendy serta sopan iaitu Sharifah Rose dan Tasnim Shah. Fesyen.Insta akan bersiaran setiap hari Selasa bermula 31 Julai 2018 hingga 2 Oktober 2018, jam 5 petang.

Pada setiap episod, Sharifah dan Tasnim secara bergilir-gilir akan melawat butik fesyen terpilih yang menjual pakaian serta aksesori sesuai untuk diperagakan bagi wanita yang inginkan inspirasi fashionable, sopan dan selesa. Antara butik yang dilawati mereka adalah Misslily Shop, Muslimah4U, ARCO.MY, Calaqisha dan Minimalace.

Bagi yang terlepas menonton Episod 1- 3 ... anda boleh tonton di link bawah ini

Episode 1: Tasnim Shah with MissLilyShop
https://www.youtube.com/watch?v=Tl_nCXee3iY&t=28s

Episode 2: Sharifah Rose with Muslimah4U
https://www.youtube.com/watch?v=B313KZYQK00

Episode 3 – Tasnim Shah with ARCO.MY
https://youtu.be/k1afwrRExyI




Setiap episod juga menampilkan hos yang akan menggayakan beberapa koleksi pakaian dan aksesori mengikut tema daripada butik fesyen berkenaan bagi memberi peluang kepada penonton untuk melihat sendiri rekaan khusus yang dijual. Hos akan turut berkongsi tips ‘do’s & don’ts’ sebagai panduan antaranya bagaimana menjadikan mix and match anda kekal on point serta mengelakkan kesilapan dalam bergaya. Penonton boleh membeli koleksi pakaian dan aksesori yang ditampilkan di laman web beli@hurr di https://shop.hurr.tv/.


“Fashion.Insta adalah program panduan fesyen untuk hijabistas – wanita Islam moden yang ingin tampak bergaya dan tetap menjaga kesopanan mereka. Menerusi kerjasama dengan butik-butik fesyen terpilih ini, penonton boleh mendapatkan pakaian serta aksesori yang ditampilkan dengan harga yang berpatutan di laman web beli@hurr, https://shop.hurr.tv walaupun berada di rumah mahupun pejabat sendiri, sekaligus menjimatkan masa berbanding membeli-belah di kedai fizikal,” kata Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly.
A post shared by Cik Sepet (@mawar_biru89) on

Muat turun aplikasi telefon pintar hurr.tv di App Store bagi pengguna iOS serta Google Play Store bagi pengguna Android dan tonton di mana-mana sahaja anda berada. Juga layari laman web www.hurr.tv dan YouTube untuk menonton program ini. Fesyen.Insta dibawakan khas oleh jenama penjagaan wajah dan kulit, muca.

Untuk maklumat lanjut mengenai hurr.tv, ikuti di:



Menarik bukan ? bagi anda yang nak membeli  juga.. boleh klik dan terus beli  di pautan  untuk membeli belah item dari butik yang tersenarai diatas tadi . Lisa sertakan dengan link dibawah ini :


1)     Episode 1:
https://shop.hurr.tv/collections/misslilyshop

2)     Episode 2:
https://shop.hurr.tv/collections/muslimah4u

3)     Episode 3:
https://shop.hurr.tv/collections/arco-my
Wednesday, August 15, 2018

Celcom XPAX POSTPAID 50 2.0 - Unlimited Call , 10GB Data


CELCOM XPAX POSTPAID 50 2.0 , UNLIMITED CALL 10GB DATA INTERNET 

 Assalamualaikum ! Baru ni ada terbaca celcom pakej terbaru yang murah dan berbaloi juga la . Celcom postpaid XPAX50 , unlimited call dan 10GB Data internet . Pakej celcom yang terbaru 2018 ni iaitu CELCOM POSTPAID XPAX50 2.0  yang menawarkan panggilan percuma tanpa had kesemua rangkaian dan internet 10GB anytime , anyday hanya dengan harga RM50/bulan . Nampak menarik ni untuk orang yang nak kan unlimited tapi nak bajet kos yang rendah . Kenapa pilih celcom ? sebab kawasan network untuk rangkaian celcom ni kebanyakan merata tempat so far so good . Tak payah risau tak boleh call korang . nah Lisa akan jelaskan lebih detail lagi dibawah ini .

KELEBIHAN PLAN CELCOM XPAX POSTPAID 50 2.0


Yang baru ni lagi berbaloi la dari yang lepas , sebab yang baru ni unlimited call sedangkan pakej XPAX POSTPAID 50 sebelum ini dikenakan cas panggilan 30sen/minute.  Kelebihan plan celcom XPAX Postpaid yang baru diantaranya :

  • Unlimited Panggilan Percuma kesemua rangkaian 
  • Data Internet 10GB 
  • SMS 15sen/sms
  • Percuma 100GB Video Walla pada hari jadi ( Youtube, iflix , tonton.. etc ) BACA DISINI 
  • Miliki phone serendah RM99 tanpa upfront payment. 

Unlimited call serendah rm50 ? kira berbaloi juga la untuk orang nak unlimited call dan tak banyak gunakan internet . Untuk yang inginkan pelan celcom dengan internet lebih banyak lagi boleh pilih plan celcom postpaid terbaru 


NOTA :  
  • XPAX POSTPAID 50 2.0 hanya valid untuk customer pendaftaran number baru , Penukaran dari telco yang lain , atau prepaid xpax ( prabayar ) celcom upgrade  ke XPAX Postpaid 50 2.0 
  • Pelanggan lama yang menggunakan Xpax Postpaid 50 boleh bertukar ke pelan XPAX Postpaid 50.20 yang baru dengan walkin ke celcom partner terdekat 
  • Pelan Celcom First yang sedia ada tidak boleh bertukar ke pelan XPAX Postpaid 50 2.0  


Nikmati  ADD-ONS terbaru serendah RM2 untuk 3GB DATA. 


Yang terbaru ni , korang boleh melanggan pakej harian sama ada facebook walla /  Instagram walla / video walla / late night internet hanya serendah RM2 . Rujuk gambar dibawah



SMARTPHONE SERENDAH RM99 DENGAN XPAX POSTPAID 50 2.0













Wednesday, August 8, 2018

Pelakon CINTA BUKAN KRISTAL



Pelakon CINTA BUKAN KRISTAL

Drama Jangan Benci Cintaku dah berakhir semalam , digantikan dengan drama bersiri Cinta Bukan Kristal yang bakal mengisi slot Akasia TV3.  Antara Pelakon dalam CInta Bukan Kristal ni Menampilkan gandingan Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat. Turut dibintangi oleh Raja Afiq, Nina Iskandar, Nazrief Nazri, Ayu Raudhah dan ramai lagi. Drama terbitan Orangetree Production dibawah arahan Shuhaimi Zulkefli. Akan disiarkan bermula 8 Ogos ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7:00 malam di TV3. 

WATAK PELAKON CINTA BUKAN KRISTAL



PELAKON WATAK
Sharnaaz Ahmad Adrian Hilman
Ayda Jebat Aryana
Nina Iskandar Sofea Darlina
Raja Afiq Syafiq
Dayana Roza Ika
Nazrief Nazri Faiz
Ayu Raudhah Mak Su Faridah
Fauziah Nawi Opah Timah
Noniswara Datin Mahani
Farzana Latiff Danisya
Syed Muhammad Irfan Hakim
Doria Rachel Jolly Edrina
Esma Dainal Dato Manan
Hazman Al-Idrus Ali
Shahz Jaszle Fahmi
Amanda Misbun Syira
Bella Nazari Laila
Ramli SallehJalil
Fathil DaniRazali
Fanna AzizanSalwa
Ct ChubbyLaili
Wan Nur Azlin Tipah
Lan AzlanTok Ketua
Azlan Mamu Kekoot Abu
MJMus


LAGU TEMA / OST






SINOPSIS CINTA BUKAN KRISTAL

Kisah mengenai Aryana, gadis kampung yang tekad untuk mengubah nasib diri dengan berkahwin dengan lelaki kaya. Aryana mula mencari pekerjaan di Kuala Lumpur dan mengubah penampilan diri. Dia bertemu dengan Adrian Hilman semasa bekerja sebagai setiausaha Dato Manan. Terpikat dengan paras rupa serta, kesempurnaan hidup yang dimiliki oleh Adrian Hilman, Aryana tekad untuk mendekati lelaki itu biarpun dia tahu yang Adrian Hilman sudah bekeluarga. 

Adrian suami yang sangat baik kepada isterinya, Sofea Darlina dan bapa yang penyayang kepada Danisya dan Hakim. Sofea dapat menghidu yang suaminya sedang bermain cinta dengan gadis muda. Hancurkah kebahagiaan yang dibina selama ini?


GAMBAR PELAKON



credit gambar : myinfotaip




Ada yang komen  after review sedutan drama ni.. yang asyik-asyik je lelaki main kayu tiga je ,,, laki orang ada skandal.. takde ke drama dengan idea yang lebih lagi ? 

Err.. ontahla.. dah namapun drama , lain lah kalau ditulis dengan ayat  " diIlhamkan dari kisah sebenar " haaa tu baru reality. For me ambek yang positif je ., jadi seorang isteri kena hargai lelaki dan kena pandai bahagikan antara waktu untuk kerja dan family. Jangan sampai sibuk dengan kerja sampai husband makan kat luar...... 


Cara Enable HTTPS Blogger Custom domain

Cara Enable HTTPS Blogger Custom domain

Ramai pengguna blog yang dah bertukar dari http ke https , katanya lebih secure gitu . Google adsense pun lebih suka . Bermula dari blogger pengguna blogspot.com kemudian untuk pengguna WORDPRESS , dan baru-baru ni pengguna blogger blogspot custom domain berbayar boleh enable kan http ke https dengan 'sah' . Agak lama jugala menunggu hehehe. Biar lambat asalkan selamat , eh dah macam pepatah pula... Cara Tukar / enable https pada blogger custom domain berbayar ni senang je , baca sampai habis tau . 

What is SSL Certificate?
SSL is a short form of Secure Socket Layer that guarantees your website security. On the internet when a user sends personal information or does financial transaction then it is required to keep this personal data safe and secure. For this, we need an SSL Certificate which ensures personal data is encrypted between the user device and web server and won’t be accessible to the third person. Learn how it works.

Langkah-langkah Cara untuk Enable HTTPS di Blog Blogger dengan Domain Custom


1. Log masuk ke Dashboard Blogger.


2. Pilih blog to enable HTTPS














3. Pergi ke Settings > Basic > HTTPS













4. Pergi ke HTTPS availability  dan pilih YES dari Dropdown



Ia mungkin akan ambil masa yang lama untuk enable HTTPS. Refresh page blog korang . 

5. Pergi ke HTTPS redirect dan pilih YES dari Dropdown


Pilihan ini untuk pastikan semua pengunjung akan lihat  blog pada sambungan HTTPS.


SETTLE ! 

Mudah je bukan ?  Selamat mencuba .. jangan lupa share pengalaman korang ya ! ... 



Saturday, August 4, 2018

Produk Jenama Sendiri Dengan Modal Rendah RM5K


Cara Membuat Produk Jenama Sendiri Dengan Modal Rendah 

Assalamualaikum ! Dulu Lisa pernah berangan nak ada produk jenama sendiri. Ye la.. selama ni selalu review dan pakai produk orang je.. kan best giliran kita pula yang jadi owner . Dalam fikiran ,  kalau pergi kilang ni mesti kena ada kuota banyak baru boleh buat ..mesti perlukan modal besar.. mana lah nak dapat tanam modal begitu banyak , puluh ribu... atau bahkan mungkin sampai ratusan ribu ?  Eh... rupanya tanggapan Lisa salah ! baru ni terbaca info cara membuat produk jenama sendiri dengan modal rendah . Boleh membuat produk dengan modal RM5K sahaja ! Wah... menarik bukan ?  korang tak perlu pergi kilang .. nah dengan pakej dari ZY Phyto , mereka akan tolong korang dari awal sampai ke akhir .  



Apa itu ZY Phyto ?

 Korang pernah dengar kan kilang OEM ,  ZY Phyto merupakan 100% syarikat Muslim Bumiputera yang menyediakan khidmat membuat produk kesihatan dan kecantikan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk membuat jenama sendiri menerusi OEM yang bertaraf GMP mendapat kelulusan KKM serta sebuah kilang yang telah menjalankan proses produk di bawah ISO9001  ZY Phyto juga di kenali sebagai KING of OEM milik Encik Zaidi Yusoff dan Puan Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly yang mana sudah lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang kecantikan dan kesihatan .

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT PRODUK JENAMA SENDIRI DENGAN ZY PHYTO



  •     Kaji Selidik Pasaran - Sebelum korang nak buat apa-apa produk , pastikan korang buat dahulu kaji selidik pasaran untuk mengetahui samaada produk yang bakal korang buat tu mempunyai permintaan atau pun tidak 
  •     Sebut Harga & Negosiasi - Datang ke kilang untuk membuat tempahan . Pihak kilang akan memberikan korang sebut harga dan proses negosiasi berlaku . Jangan buat bayaran selagi tak puas hati 
  •     Sampel Produk & Design - Setelah bersetuju , pembayaran deposit di perlukan untuk membuat design dan sampel produk 
  •     Kelulusan KKM - Setelah design produk siap , pihak ZY Phyto akan menghantar produk tadi ke KKM untuk mendapatkan kelulusan produk sebelum proses pembuatan produk berjalan . Untuk pendaftaran NOT memakan masa 2-4 minggu manakala pendaftaran MAL memakan masa 3-6 bulan 
  •     Pengilangan , penghantaran - Setelah semua proses selesai , pihak ZY Phyto akan memulakan pengilangan produk dan menghantarnya kepada anda / mengambil sendiri di kilang 
  •     Penjualan dan Pengulangan Tempahan - Kini tiba giliran korang untuk buat marketing dan jualan sebanyak-banyak untuk meraih keuntungan dan boleh repeat order

Sampai setakat ini ZY Phyto ni telah mempunyai  9 anak syarikat iaitu :
  1.     ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd 
  2.     ZY Cosmetics Sdn Bhd 
  3.     ZY Printback Sdn Bhd 
  4.     ZY Academy Sdn Bhd
  5.     ZY Herbal Science Sdn Bhd
  6.     ZY Phyto Marketing Sdn Bhd 
  7.     ZY East Coast Sdn Bhd 
  8.     Yayasan Qaseh ZY Phyto 
  9.     Emily's Cattery 

Wah banyak juga ya anak syarikat Zy Phyto ini! semakin tertarik pula ...

PAKEJ OEM DENGAN MODAL RM5K


Tertanya juga macam mana nak buat pakej OEM dengan modal RM5K ,  Korang hanya keluarkan wang sebanyak RM5K sahaja dan selebihnya pihak ZY Phyto yang akan uruskan .  Pakej ni termasuk semua iaitu KKM , R&D , DESIGN & PACKAGING . OEM 5k ni ZY Phyto akan develop produk baru untuk pelanggan. Antara produk yang ada seperti :

  •     Makanan Tambahan 
  •     Kosmetik & Set Penjagaan Peribadi & Kulit 
  •     Produk Uncang Teh 
  •     Minyak Aromaterapi / Minyak Urut 
  •     Raw Materials 

Untuk lebih detail produk seperti apa , korang boleh tengok gambar dibawah ini : 




So macam mana ? menarik bukan ... 
Seriously macam tertarik dengan pakej ini.. rasa nak keluarkan produk guna jenama sendiri.Aumm.. insyaallah kalau ada rezeki.. doa doakan ye.. pasang niat dulu.. sambil tu kena belajar dan cari info biar tak tersalah jalan .  ZY Phyto berpengalaman lebih dari 10 tahun... sijil KKM , GMP semua tu ada sekali. Pheww complete gitu !  jadi dah tak perlu risau lagi lah . Untuk korang yang nak juga keluarkan produk dengan jenama sendiri.. boleh contact terus dengan ZY Phyto ni harr... Detail ada dibawah ini : 



Telefon : +603-6038 8898
SMS/Whatsapp : 60192218856
Web : http://www.zyphyto.com/
Facebook : ZY Phyto Group
Alamat : No 55A Jalan TIAJ 2/1 , 
Taman Industri Alam Jaya , 42300 Bandar Puncak Alam , Selangor

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search