Saturday, August 4, 2018

Produk Jenama Sendiri Dengan Modal Rendah RM5K

Produk Jenama Sendiri Dengan Modal Rendah RM5K


Cara Membuat Produk Jenama Sendiri Dengan Modal Rendah 

Assalamualaikum ! Dulu Lisa pernah berangan nak ada produk jenama sendiri. Ye la.. selama ni selalu review dan pakai produk orang je.. kan best giliran kita pula yang jadi owner . Dalam fikiran ,  kalau pergi kilang ni mesti kena ada kuota banyak baru boleh buat ..mesti perlukan modal besar.. mana lah nak dapat tanam modal begitu banyak , puluh ribu... atau bahkan mungkin sampai ratusan ribu ?  Eh... rupanya tanggapan Lisa salah ! baru ni terbaca info cara membuat produk jenama sendiri dengan modal rendah . Boleh membuat produk dengan modal RM5K sahaja ! Wah... menarik bukan ?  korang tak perlu pergi kilang .. nah dengan pakej dari ZY Phyto , mereka akan tolong korang dari awal sampai ke akhir .  



Apa itu ZY Phyto ?

 Korang pernah dengar kan kilang OEM ,  ZY Phyto merupakan 100% syarikat Muslim Bumiputera yang menyediakan khidmat membuat produk kesihatan dan kecantikan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk membuat jenama sendiri menerusi OEM yang bertaraf GMP mendapat kelulusan KKM serta sebuah kilang yang telah menjalankan proses produk di bawah ISO9001  ZY Phyto juga di kenali sebagai KING of OEM milik Encik Zaidi Yusoff dan Puan Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly yang mana sudah lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang kecantikan dan kesihatan .

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT PRODUK JENAMA SENDIRI DENGAN ZY PHYTO



  •     Kaji Selidik Pasaran - Sebelum korang nak buat apa-apa produk , pastikan korang buat dahulu kaji selidik pasaran untuk mengetahui samaada produk yang bakal korang buat tu mempunyai permintaan atau pun tidak 
  •     Sebut Harga & Negosiasi - Datang ke kilang untuk membuat tempahan . Pihak kilang akan memberikan korang sebut harga dan proses negosiasi berlaku . Jangan buat bayaran selagi tak puas hati 
  •     Sampel Produk & Design - Setelah bersetuju , pembayaran deposit di perlukan untuk membuat design dan sampel produk 
  •     Kelulusan KKM - Setelah design produk siap , pihak ZY Phyto akan menghantar produk tadi ke KKM untuk mendapatkan kelulusan produk sebelum proses pembuatan produk berjalan . Untuk pendaftaran NOT memakan masa 2-4 minggu manakala pendaftaran MAL memakan masa 3-6 bulan 
  •     Pengilangan , penghantaran - Setelah semua proses selesai , pihak ZY Phyto akan memulakan pengilangan produk dan menghantarnya kepada anda / mengambil sendiri di kilang 
  •     Penjualan dan Pengulangan Tempahan - Kini tiba giliran korang untuk buat marketing dan jualan sebanyak-banyak untuk meraih keuntungan dan boleh repeat order

Sampai setakat ini ZY Phyto ni telah mempunyai  9 anak syarikat iaitu :
  1.     ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd 
  2.     ZY Cosmetics Sdn Bhd 
  3.     ZY Printback Sdn Bhd 
  4.     ZY Academy Sdn Bhd
  5.     ZY Herbal Science Sdn Bhd
  6.     ZY Phyto Marketing Sdn Bhd 
  7.     ZY East Coast Sdn Bhd 
  8.     Yayasan Qaseh ZY Phyto 
  9.     Emily's Cattery 

Wah banyak juga ya anak syarikat Zy Phyto ini! semakin tertarik pula ...

PAKEJ OEM DENGAN MODAL RM5K


Tertanya juga macam mana nak buat pakej OEM dengan modal RM5K ,  Korang hanya keluarkan wang sebanyak RM5K sahaja dan selebihnya pihak ZY Phyto yang akan uruskan .  Pakej ni termasuk semua iaitu KKM , R&D , DESIGN & PACKAGING . OEM 5k ni ZY Phyto akan develop produk baru untuk pelanggan. Antara produk yang ada seperti :

  •     Makanan Tambahan 
  •     Kosmetik & Set Penjagaan Peribadi & Kulit 
  •     Produk Uncang Teh 
  •     Minyak Aromaterapi / Minyak Urut 
  •     Raw Materials 

Untuk lebih detail produk seperti apa , korang boleh tengok gambar dibawah ini : 




So macam mana ? menarik bukan ... 
Seriously macam tertarik dengan pakej ini.. rasa nak keluarkan produk guna jenama sendiri.Aumm.. insyaallah kalau ada rezeki.. doa doakan ye.. pasang niat dulu.. sambil tu kena belajar dan cari info biar tak tersalah jalan .  ZY Phyto berpengalaman lebih dari 10 tahun... sijil KKM , GMP semua tu ada sekali. Pheww complete gitu !  jadi dah tak perlu risau lagi lah . Untuk korang yang nak juga keluarkan produk dengan jenama sendiri.. boleh contact terus dengan ZY Phyto ni harr... Detail ada dibawah ini : 



Telefon : +603-6038 8898
SMS/Whatsapp : 60192218856
Facebook : ZY Phyto Group
Alamat : No 55A Jalan TIAJ 2/1 , 
Taman Industri Alam Jaya , 42300 Bandar Puncak Alam , Selangor

  1. Selalu jugak berangan nak keluarkan produk sendiri tapi fikir mesti kos mahal.. Tak sangka pula ada harga berpatutan macam ni. TQ share :)

    ReplyDelete

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search