Ad

Showing posts with label ALAMATNYA CINTA. Show all posts
Showing posts with label ALAMATNYA CINTA. Show all posts

BIODATA ALICIA AMIN


BIODATA ALICIA AMIN

Lisa rasa pernah dengar nama Alicia Amin sebelum ni , tak silapnya pernah viral dulu tapi lupa-lupa ingat hahaha. Bagi korang yang dah tengok My Full House atau Alamatnya Cinta drama Astro Ria yang sedang tayang masa sekarang ni mesti dah tak asing dah dengan wajah Alicia Amin pelakon watak Jasmine . Ternyata dia keturunan mix Melayu- Jerman , patut la muka ada iras-iras omputeh gitu dan pernah jadi peserta dalam Asia's Next Top Model [ ANTM ] musim ke-5  2017. Biodata Alicia Amin ada dibawah ini.  

BIODATA PENUH ALICIA AMIN 

Nama Penuh : Raja Alicia Raja Amin
Nama Komersial : Alicia Amin
Umur : 23 tahun (2018)
Bangsa : Melayu
Keturunan : Kacukan Melayu - Jerman
Asal : Kuala Lumpur - Malaysia
Menetap : Melbourne, Australia
Kerjaya : Model , Pelakon , Host , Model | Host | Aspiring Actor | Pickle Rick
Drama : Meh Sandar Lagi , My Full House , ALAMATNYA CINTA
Tinggi: 175 cm
Berat : 50kg
Ukuran Badan : 30-23-35
Bahagian badan kegemaran: Kening
Model kegemaran: Freja Beha Erichsen
Pereka kegemaran: Afiq M, Oscar De La Renta, Helmut Lang, Alexander McQueen
Fobia: Ketinggian dan lipas
Twitter : Alicia Amin
Instagram : Alicia Amin

Gambar Alicia Amin 




SENARAI PELAKON ALAMATNYA CINTA

SENARAI PELAKON ALAMATNYA CINTA

Drama korea Full House , dah tak asing lagi didengar ditelinga. Agaknya macam mana rupanya kalau ditayangkan dalam versi Malaysia ? korang boleh tonton Drama Astro terbaru bertajuk Alamatnya Cinta , gandingan Hannah Delisha dan Hisyam Hamid sebagai pelakon utama. wah ada sesiapa yang dah tengok tak ? . Ditayangkan mulai 20 Ogos ini, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123. Senarai Pelakon Alamatnya Cinta seperti : Hisyam Hamid, Hannah Delisha, Yusry Abdul Halim, Fahad Iman, Cik Manggis, Alicia Amin, Adam Amin, Jasmine Suraya, Azhar Sulaiman, Louisa Alissa Chong, Shah Rezza, Dian P Ramlee, Jad Hidhir

WATAK PELAKON

Senarai watak pelakon dalam drama Alamatnya Cinta 


PELAKONWATAK
Hisyam Hamid Faliq Assad
Hannah Delisha Ellie Farhana
Yusry Abdul Halim Damon Degawan
Alicia Amin Jasmine Aziz
Jad Hidhir Jay
Cik Manggis Emma Harith
Fahad Iman Omar Qalish
Jasmine Suraya Natalia
Dian P Ramlee Melati
Louisa Chong Melur
Dato Seri Shah Rezza Tuan Herman
Azhar Sulaiman Hamzah 

LAGU TEMA / OST

Hana - Aziz Harun & Hannah Delisha

SINOPSIS ALAMATNYA CINTA

Kisah Ellie Farhana seorang penulis yang kehilangan rumah pusaka bapanya apabila rumah tersebut telah dilelong dan dibeli oleh pelakon terkenal iaitu Faliq Assad. Ellie cuba untuk mendapatkannya kembali.

Faliq Assad yang baru putus hubungan dengan Jasmine berpindah ke rumah baru. Semenjak itu pelbagai kejadian berlaku antara Faliq dan Ellie.  Skandal antara Faliq dan Ellie viral di media sosial angkara reporter Natalia. Emma, manager Faliq mencadangkan supaya mereka berdua berkahwin untuk selamatkan kariernya.

Faliq mengumumkan bahawa Ellie bakal menjadi isterinya. Selepas pengumuman perkahwinan oleh Faliq, makin huru hara hidup Ellie. Ellie akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan Faliq, tapi dengan syarat. Adakah diorang akan teruskan misi tak masuk akal ni?

GAMBAR PELAKON







© all rights reserved
made with by templateszoo