Ad

Berbelanja Baju Raya di Pusat Pakaian Hari-Hari .


Berbelanja Baju Raya di Pusat Pakaian Hari-Hari . 

Assalamualaikum ! musim raya hampir tiba tapi anda belum sempat lagi merancang persiapan? Jangan risau, kini korang boleh membeli baju raya yang tersiap ataupun fabrik yang berkualiti dengan harga berpatutan  . Mood Raya tetap ON walaupun covid 19 masih belum hilang lagi , yang penting jaga SOP.Tahun ni  Lisa Berbelanja Baju Raya di Pusat Pakaian Hari-Hari ,   Koleksi Raya Hari-Hari  2021  menarik weih.. rambang mata dibuatnya tak tau nak pilih mana satu . 


BELI BAJU RAYA DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI . 

Untuk pemilihan baju raya , Lisa lebih suka yang ready made daripada beli kain dan jahit ke tukang jahit . Senang nak pilih baju , tak perlu tunggu lama juga tak perlu risau kalau baju tersalah potong , tersingkat kain ke . Ini kali pertama Beli Baju Raya di Pusat Pakaian Hari-Hari , baru tahu selain design cantik-cantik harga pun bawah dari rm100. Boleh jimat banyak uihhh . Biasa beli Online pon paling murah RM200 . 

 

Walaupun musim Covid-19, di Pusat Pakaian Hari-Hari ni, SOP tetap dijaga ye. Sebelum masuk ke kedai perlu scan dan check suhu terlebih dahulu. Jangan lupa pakai Sanitizer juga . Baru la rasa selamat untuk bershopping . 


Merah lawa.. hijau lawa.. purple pon lawa,, aduh banyak pula yang lawa , semua berkenan dihati ni , nak boorng semua aciirr tak ? hahahah . Alhamdulillah staff yang friendly sebab Lisa jenis cerewet sikit banyak tanya , dia tetap layan heheh. 



Hijau pun cantik , kenan... simple tapi nampak cantik masa dipakai . arghh kang Lisa beli semua nanti . Bukan hanya baju kurung sahaja , baju melayu , songkok , perlengkapan sekolah dan banyak lagi dalam Pusat Harian  Hari-Hari .  .  







Free Gift Sedondon Bersama Hari-Hari! 

Seronok dapat FREEGIFT bila shopping baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari. Korang akan dapat FREEGIFT iaitu :
• Paket Raya (sampul duit raya) untuk pembelian RM100 dan keatas bermula pada 23/4/2021.
• Beg purple untuk pembelian RM200 dan ke atas bermula pada 23/4/2021.





Sekarang, Pusat Pakaian Hari-Hari mempunyai 85 cawangan di seluruh Malaysia. Sebanyak 5 cawangan baru akan dibuka di Klang, Kajang, Tampin, Bukit Mertajam dan Kedah pada tahun 2021 ini. Banyakkan cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari ni. Bolehla korang walk in dan shopping di sini. 

Pada yang hendak shopping baju raya, t-shirt, seluar, kasut dan macam-macam lagilah, tapi lebih selesa nak shopping secara online untuk menghidari sesak lagi-lagi musim Covid-19 ni atau takde Pusat Pakaian Hari-Hari yang berdekatan tempat korang, korang boleh buat pembelian secara online di www.ehari.com atau shopee Hari-Hari dan korang boleh nikmati diskaun sebanyak 15%.


Yeyy dah dapat baju untuk sedondon dihari raya nanti . Musim Covid-19 ni, raya-raya juga.. jangan lupa jaga SOP ya . 




Untuk lebih detail lagi korang boleh layari website berikut 
 Pusat Pakaian Hari-Hari :

Facebook :

Instagram : 

Rahsia Kekal Awet Muda dengan BEAU C+ MIX POMEGRANATE & COLLAGEN

Rahsia Kekal Awet Muda dengan BEAU C+ MIX POMEGRANATE & COLLAGEN

Assalamualaikum ! Orang kata kecantikan wanita akan semakin terserlah apabila masuk fasa usia 30-an. Pada usia ini, wanita yang benar-benar menjaga penampilan dengan perhiasan serta dandanan yang ringkas dan sepadan serta kekalkan bentuk badan dengan senaman akan kelihatan semakin anggun berbanding wanita 20-an.  . Untuk Lisa pula , Salah petua  Kekal Awet Muda dengan minum BEAU C+ MIX POMEGRANATE & COLLAGEN



BEAU C+ MIX POMEGRANATE & COLLAGEN

Semua orang mesti nak  kekal muda dan berseri kan , meskipun bertambahnya usia banyak orang yang tidak mahu wajah kelihatan tampak tua. Sebab itu ramai berusaha untuk buat pelbagai cara agar punyai wajah kekal awet muda. Pentingnya pemakanan seperti makan buah dan sayur  yang mengandungi vitamin C dan E . BEAU C+ MIX POMEGRANATE & COLLAGEN ,mengandungi bahan seperti madu , delima dan orange .. nah sesuai sangat untuk menjaga kekal awet muda dan menunda penuaan  dengan kandungan Vitamin K , B, C yang tinggi . 

Kandungan Bahan :- Air RO,  Madu, Delima, Xylo-oligosakarida, Fruktosa ,Kolagen (ikan) ,Vitamin C , Ekstrak Kulat Putih,  Ekstrak Torula Yis, Astaxanthin, &  Sukralosa. 


Manfaat BEAU C+ MIX POMEGRANATE & COLLAGEN 

  • Mengekalkan Awet Muda
  • Memulihkan Kulit Yang Kering
  • Lambatkan Proses Penuaan
  • Memulihkan Kulit Yang Kering



Dalam satu kotak Beau C+ ni terdapat sachet didalamnya , senang diminum macam tu je dan dibawa kemana-mana . Jimat masa penyediaan sebab tak perlu bancuh  dan jimat space untuk letak dalam beg, haa letak dalam poket pon boleh tau . Dalam satu kotak ada 15 sachet , 1 sachet berisi 20ml . Minum 1 kali sehari , koyakkan sachet dan boleh terus diminum. 



Testimoni 



REVIEW LISA : 
Bulan puasa dengan cuaca yang panas berdenting , kurang minum air masak memang jejaskan kulit Lisa yang mula kering . Memang rasa perbezaan dia , kulit lebih lembut dan sihat kerana terjaga kelembapan. Paling best sebab sachet , senang dibawa kemana-mana memandangkan Lisa ni sibuk banyak kerja kalau nak bancuh2 tu memang malas sikit . Sachet sambil kerja pon boleh minum guna tangan sebelah je . Dah nak habis ni .. nanti nak beli lagi la . 

Amacam... nak cantik juga bukan ? nah untuk korang yang nak  buat pembelian boleh ke link ni https://linktr.ee/demihealthcare_.

Info selebihnya boleh layari :


Instagram: @demihealthcare_

Facebook: Hero Idaman Malaya

OPTOM EYECARE Bangi, Klinik Optometri dan Pakar Cermin Mata


OPTOM EYECARE Bangi , Klinik Optometri dan Pakar Cermin Mata 


Assalamualaikum ! Kerja didepan komputer setiap hari memang akan effect ke mata . Lisa pon dah kena pakai cermin mata, tapi tak sampai tahap yang teruk lagi la .. hanya silau yang tak sampai 100 . Bercakap tentang cermin mata, lepas Lisa baca pengalaman Qaseh buat pemeriksaan mata di OPTOM EYECARE , Klinik Optometri dan Pakar Cermin Mata Bangi .. rupanya lebih elok kalau kita pilih kedai cermin mata yang siap buat Optometri . Serius baru tahu, sebab biasanya pergi kedai cermin mata hanya check power je . 




    

Service di OPTOM Eyecare Bangi


OPTOM Eyecare Bangi ni dia lebih mementingkan kepada servis klinikal dari menjual segala spek yang ada, walaupun pelanggan datang untuk buat cermin mata je, tapi mereka tetap akan buat pemeriksaan mata  . Apa tu klinikal servis ? Maksudnya disini paling mementingkan pemeriksaan mata, kondisi mata kita bukan sekadar check power rabun atau pun silau sahaja tapi akan ada pemeriksaan untuk saraf mata dari bahagian depan dan juga belakang mata, dari situ kita boleh lihat lah saluran darah dalam mata kita ni cantik or ada masalah lain . Lisa ingatkan untuk budak sahaja yang perlu buat klinikal service ni , sebab masa little boy buat cermin mata .. kena buat test bagai dan rujukan dari doc sebab budak dibawah umur memang kena buat check mata menyeluruh dulu. 

4 STEP PEMERIKSAAN DI OPTOM EYECARE BANGI . 

Sebelum buat cermin mata , korang kena lalui 4 langkah berikut :- 



Mesin Autorefcractor
- First step ni untuk check power dan silau mata kita .Sebelum check mata , pemeriksaan basik iaitu check power dan silau mata . Tekap dagu then nampakla balon dalam tu ha.. lebih kurang macam tu la. Lisa power tu takda la truk sangat , hanya silau je .. silau dalam bawah dari 100 lagi . OK la tak perlu pakai cermin mata sebenarnya , tapi kalau berjalan bawah terik matahari or malam mmg kena pakai ..penat mata kalau tengok benda bercahaya ni . 


Mesin Phoropter - Second step untuk check sama ada ada masalah rabun dekat atau jauh, semua step simple je, just duduk di kerusi dan ikut je arahan consultan, ada part lampu dimalapkan then tengok je di skrin, akan dipaparkan beberapa huruf, nombor untuk menguji mata kita ada masalah rabun dekat atau jauh. 


Mesin Diagnostic
- Step ketiga ni biasa takde di kedai cermin mata yang lain, yang ni untuk tengok saraf mata kitadi bahagian hadapan, boleh check sama ada kita ada selaput atau mata merah penyakit kencing manis, glaukoma yang akan menyebabkan buta.


Mesin Slit Lamp - Last step untuk saraf mata di bahagian belakang mata pula, alat ni boleh tengok struktur mata kita seperti kornea, iris dan lensa. Melalui alat ni, boleh check samaada kita ada masalah mata katarak atau pun tidak 

    

Jika result  korang di uji dan mengalami masalah teruk, pakar mata disini akan bagi surat untuk korang rujuk ke hospital, jangan main-main dengan pancaindera kita yang sangat bernilai ni ye dan jangan tangguh-tangguh untuk check !

Custome Made Cermin Mata Khas - BeSpoke

Bentuk wajah semua orang berlainan , ada yang oval , bulat , petak .. korang yang mana satu ? Bukan semua frame sesuai untuk wajah kita ye . Lebih lagi macam yang bertudung ni ,, kalau boleh buat custome made lagi bagus . Nahh .. Satu lagi kelebihan bila membuat cermin mata di Optom Eyecare Bangi ni, korang boleh custom cermin mata korang sendiri, nak yang perfect di wajah taknak nampak pelik atau besar sangat, atau kecik sangat, atau taknak nampak kembang bila pakai tudung ? Korang jugak boleh pilih warna, frame, dan sebagainya .


Untuk customize ni, staff akan menggunakan alat/satu apps khas untuk mengukur bentuk kepala, telinga, hidung dan wajah korang, dari situ ukuran cermin mata akan mengikut spect yang betul dan tepat. Rasanya setakat ni Lisa pergi tak pernah tahu pula boleh custome made macam ni . Menarik.. hanya dai OPTOM Eyecare Bangi je ni . 

Kaki pun berbeza ada yang plastik separuh, besi penuh, getah dan sebagainya, boleh pilih warna berbeza, nak frame macamana mengikut pilihan korang sendiri. 


Jenis Kanta dari standard hingga ke premium

Bab bujet / harga ni mesti nak tahu kan, kat sini korang boleh bagitahu berapa bujet korang dan boleh pilih kanta macam mana yang korang nak atau perlukan. Lens coating terdiri dari 3, bermula dengan standard clear sahaja, (intermedate / pertengahan) ada dua jenis - blue light protection dan changeable colour, ketiga premium (semua fungsi  ada) diorang akan suggest mengikut keperluan setelah buat pemeriksaan mata dan mengikut budjet pelanggan sendiri  .

Changeable colour atau transitions lens ni bila waktu panas ia akan bertukar warna gelap, transitions lens ada 7 warna, grey, graphite green, brown, amethys, sapphire, emerald green dan amber. Untuk bujet kecik ada lens lain tetap akan jadi gelap cuma lambat sikit dan ada warna grey sahaja, brdasarkan pemeriksaan mata, mereka akan tengok lah sama ada perlu tak guna transition lens ni


Pelbagai pilihan Cermin Mata Berjenama.

 
Bagi yang punya bujet lebih dan nak nampak bergaya juga kat sini ada beberapa jenama yang korang boleh pilih. Ada yang bertatah kan batu Swarovski lagi tau, haaa pilih je hehe yang pasti semua cermin mata disini sangat berkualiti 

PENDAPAT LISA 
Banyak ilmu dan info yang Lisa baru tahu disana , teringin juga nak pergi ke OPTOM EYECARE BANGI ni . Boleh la check mata sekali dan buat cermin mata secara detail . Tak sabar nak pergi sana . Korang yang berdekatan boleh terus pergi kesana tau , jangan main asal je nak buat cermin mata . Sayangi mata anda okayhh.... 


Info selebihnya  :

Optom Eyecare 
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(Berdekatan Marrybrown)
BUKA SETIAP HARI
9AM-8PM


IG & page Optom Eyecare Bangi:

👁️‍🗨️PM DIRECT
📞01111479093



*FREE 1000 UV420 LENS 👁️‍🗨️JAWAB SURVEY*
http://optom.com.my/survey



Langkah Mulakan Perniagaan, RichWorks lancar program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021




Langkah Mulakan Perniagaan, RichWorks lancar program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021

Assalamualaikum ! Pernah tak terdetik dalam fikiran yang ingin memulakan berniaga sendiri dan keluar dari zone selesa makan gaji ?  semua orang boleh mula berniaga untuk tingkat ekonomi diri ,, Hampir semua orang pernah buat niaga sendiri baik dropship , agent atau ada perniagaan sendiri . Lisa sendiri pon dah mula berniaga sejak 2014 , ya hanya niaga untuk side income dan dari situlah terasa pahit manis berniaga . Bermula dari modal kepercayaan tanpa keluar satu sen duit , sampailah mula berniaga yang keluarkan modal . Korang pun boleh juga tau .. berniaga tu menarik .  Baca sampai habis ,, Langkah  Mulakan Perniagaan, RichWorks lancar program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021

 

RichWorks lancar program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021

Semua orang boleh mula berniaga dan menjana pendapatan bagi tingkatkan ekonomi diri sama ada melakukannya secara sepenuh masa atau sampingan walaupun dalam tempoh pandemik ini.


Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata, sebenarnya banyak peluang yang ada untuk jana pendapatan dalam era digitalisasi ini dengan ramai orang meluangkan banyak masa secara online seperti media sosial. Bagaimanapun katanya, sebahagian usahawan juga tidak tahu cara untuk mula berniaga dengan betul menyebabkan tak mendapat hasil seperti diharapkan.



“Ada segelintir daripada mereka ini hanya mula bisnes sebab terikut kawan ataupun nak keuntungan cepat yang akhirnya buatkan ia tidak bertahan lama. Sebab itu, ada yang tukar-tukar bisnes macam tukar baju.

“Tapi semua ini dapat diubah jika kita mula berniaga dengan asas dan prinsip yang betul bagi seseorang usahawan itu dapat menghasilkan jualan dari ratusan, ribuan, hingga ratusan ribu ringgit, insyaAllah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga di sini, hari ini.


RichWorks juga membawakan secara langsung pelancaran ini menerusi Facebook Page, YouTube dan Instagram Azizan Osman dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian usahawan selama 8 jam secara terus-menerus.










Pelancaran ini juga bersempena dengan Inner Circle Meeting (ICM) dihadiri lebih 300 ahli Titanium berada di bawah program permentoran RichWorks bersama Mentor Keusahawanan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang diadakan dengan kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP). 

RichWorks sebagai syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam keusahawanan dan pemasaran di negara yang diasaskan Azizan sejak 2008 telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara yang mana pada tahun lalu saja, 777 usahawan PKS yang dibimbing dalam program mentoring Spire dan Titanium berjaya menjana jualan melebihi RM2 bilion.


 Tambahnya, RichWorks nak melatih dan bimbing lebih ramai orang untuk dapat membina bisnes yang berjaya di mana pun tahap mereka berada, baru bermula, berkembang dan nak meluaskan lagi bisnes berdasarkan pengalaman dan ilmu yang terbukti berhasil melahirkan ramai usahawan berjaya sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu. 

“Semua orang sebenarnya boleh berjaya dalam bisnes jika adanya formula MESTI. MESTI ini bermaksud mentor, ‘elmu’, sistem, tindakan dan impian. 



“MESTI ini jika diikuti sepenuhnya boleh elakkan usahawan itu daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan malah lebih teruk menyebabkan bisnes mereka melingkup,” jelasnya.


Sehubungan itu, Radz memberitahu, program Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 April nanti ditaja sepenuhnya RichWorks tanpa sebarang pembayaran perlu dibuat oleh para peserta.


"Bakal peserta cuma perlu membuat pendaftaran menerusi laman web di www.BinaBisnesBerjaya.com untuk menempahkan tiket untuk hadir program virtual online ini. 



“Mari kita beri peluang kepada diri sendiri, sertai dan dapatkan sebanyak ilmu terbukti berjaya yang dikongsikan nanti bagi bantu anda mula dalam bisnes. Mulakan langkah anda sekarang,” ujarnya lagi. 


 

Untuk daftar Program ini layari laman web www.binabisnesberjaya.com sekarang.



TENTANG DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN

Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat peningkatan luar biasa dalam perniagaan dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga mencecah jualan berjuta-juta ringgit.

____________________________________________________________________

HUBUNGI KAMI

Richworks International Sdn Bhd 

No. 77, Jalan Badminton 13/29 

Seksyen 13, 40100 Shah Alam

Selangor, MALAYSIA

Laman web: www.richworks.com

Tel: +601632346866 (Media Penghubung - Md Azrin Rosly

+6012 696 2065 (Media Penghubung - Karini)

Emel: karini@richworks.com.my ; omkarini.rich@gmail.com ; azrin.richworks@gmail.com

www.binabisnesberjaya.com

Kawal Gula Darah Dengan Eskayvie Phytax!

Kawal Gula Darah Dengan Eskayvie Phytax!

Kawal Gula Darah Dengan Eskayvie Phytax!

Assalamualaikum ... apakhabar semua ? harap semua dalam keadaan sihat belaka . Pejam celik rupanya Lisa dah dekat 10tahun amalkan kurangkan pengambilan gula . Awalnya masa dulu sebab nak turunkan berat badan sebab diejek gemuk , dan mencegah dari sakit kencing manis  (Diabetes Mellitus) .Sampai siap beli alat glukometer untuk check kadar kat rumah.  Lisa pernah ada kawan yang dah kena potong kaki sebab kencing manis , muda lagi dia.. dalam 30-an macam tu . Tahun lepas dia telahpun menghadap Illahi . Ya.. penyakit ni bukan main-main tau . Sebab tu perlunya kesedaran untuk kawal kencing manis dari awal lagi . Atau nak cara lebih mudah Boleh cuba juga Hilangkan Kebas Dan Kawal Gula Darah Dengan Eskayvie Phytax!


Apakah Penyakit Kencing Manis ( Diabetes Mellitus ) ?

Penyakit    Kencing Manis (Diabetes Mellitus) , adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) adalah tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin. Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas. Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel. Sekiranya anda mengalami diabetes mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi. 



BAHAN-BAHAN DI DALAM PHYTAX  !

Phytax : Formulasi Terkini Berasaskan Teori 'Telomere Shortening' . Teori 'Telomere Shortening' Teori dari Dr. Elizabeth Blackburn yang memenangi Anugerah Nobel Pada Tahun 2009.  Kajian teori ini mendapati Telomere Shortening menyebabkan pelbagai penyakit kronik termasuklah kencing manis. 



Bahan-bahan di dalam Phytax mengandungi:- 

1. Biji Anggur

- Mengandungi resveratrol yang kaya dengan OPCs (Oligometric Proanthrocyanidin Complex) berfaedah bagi mengatasi kesan radikal bebas dan bertindak merangsang telomerase bagi mencegah penuaan pra-matang dan meremajakan badan secara menyeluruh.

- membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan menggalakkan pertumbuhan kulit. 

-Ia juga turut memberi kesan perlindungan jantung terutamanya bagi mereka yang menghidap tekanan darah tinggi.

2. Kulit manggis

-Bahan utama dalam manggis memberikan kesan anti-radang dan antioksidan yang utama.

- Fitonutrisi di dalam manggis juga amat baik bagi menguatkan sistem imun badan, bertindak melawan sel kanser, mempamerkan kesan anti-bakteria dan anti-viral yang berkesan, bertindak mengatasi alahan, mengembangkan salur darah dan amat baik bagi kesihatan sistem kardiovaskular.

-  mengurangkan penyerapan gula dari usus ke darah.

- Selain dari itu, bahan alfa-mangostin dan xanthone juga di dapati mampu mengatasi rintangan insulin dengan berkesan. 

3. Kulit pokok kayu pain

-  ekstrak dari pokok kayu pain untuk penyembuhan dan kesihatan tubuh badan.

- Pycnogenol merupakan bahan unik dari kulit pokok pain mengandungi kombinasi komponen antioksidan dari procyanidins, bioflavonoids dan asid fenolik berfungsi untuk membersihkan badan dari radikal bebas dan juga memiliki kesan memanjangkan telomere. 

- Ia juga menghalang pembekuan darah, dan melindungi sel-sel dengan menenangkan dinding arteri dan membolehkan aliran darah melaluinya dengan mudah. 

- Ia juga menggalakkan penghasilan sel badan yang normal dan sihat serta memberi kesan anti-radang yang kuat sekaligus membantu mereka yang mempunyai masalah 3 serangkai.

- Ekstrak kulit kayu pain digunakan untuk merawat pelbagai penyakit alahan, asma, masalah peredaran darah untuk mencegah strok dan penyakit jantung. Ia juga digunakan untuk melambatkan proses penuaan dan meningkatkan daya tahan tubuh.

4. Astaxanthin (algae hijau)

- Alga ini mengandungi astaxanthi untuk melawan radikal bebas yang paling tinggi Manakala ia berpotensi melebihi dari kuasa antioksidan. 

-mempunyai kesan perlindungan dari radikal bebas serta stres oksidatif yang paling tinggi di samping turut mempunyai kuasa anti-radang yang hebat.

- Astaxanthin juga merupakan antioksidan yang berupaya melindungi organ mata dan otak dengan lebih berkesan kerana keupayaan menembusi penghalang darah dan otak.

- Mencegah penyakit jantung, masalah retinopati dan nefropati bagi diabetes, membantu mengawal paras gula dan merendahkan rintangan insulin bagi pesakit diabetes, sebagai agen anti kanser dan banyak lagi kesan perlindungan yang hebat.

5. Buah delima

-Buah elima mampu meningkatkan penghasilan antioksidan semulajadi badan seperti glutathione sebanyak 141%.

- Delima buah yang amat berfaedah bagi pesakit diabetes. bertindak mengawal paras secara merendahkan rintangan insulin, mengurangkan risiko penyumbatan salur darah khusus mengelakkan serangan jantung dan strok. Delima juga mampu mengawal peningkatan berat badan berkait penyakit diabetes.

6. Beri biru

- Beri biru didapati sangat baik dalam meningkatkan kesihatan mata.

- Menurunkan trigliserida dan kolestrol, mengawal paras gula dan merendahkan rintangan insulin. 

-Selain dari berfaedah kepada pesakit diabetes, beri biru juga baik bagi mengatasi kanser, meningkatkan kesihatan minda, mengurangkan keradangan dan penjagaan kesihatan kardiovaskular.

7. Acai beri

- Acai beri mampu menghalang bahan keradangan cytokines seperti TNF (tumor necrosis factor) serta interleukin 6.

- Kesan acai beri berfaedah mengatasi gejala stres oksidatif, bertindak sebagaianti-kanser,  menstabilkan tahap kolesterol serta memberi perlindungan kepadakesihatan mental.

- Kandungan acai beri yang tinggi dapat menurunkan paras gula serta mengatasi gejala insulin tinggi dalam darah. Ia juga rendah indeks glisemik dan boleh membantu mengawal selera makan.

8. Ekstrak teh hijau

- Bahan aktif yang diekstrakkan dari teh hijau mempunyai kuasa perlindungan terhadap melindungi DNA dari kerosakkan akibat pencemaran, penyakit dll.

- memberi perlindungan dari serangan jantung dan strok serta membantu meningkatkan metabolisma tubuh dan pembakaran lemak.

9. Roselle

- Roselle mempamerkan kesan anti-radang yang berkesan dan kaya dengan Vitamin C, selain itu juga menunjukkan potensi bagi membantu mengawal tekanan darah tinggi dan paraskolesterol, meningkatkan sistem pertahanan tubuh, mencegah kanser, merawat masalah hati, meningkatkan metabolisma dan membantu pelangsingan badan secara semulajadi.

- Kesan positif terhadap sistem kardiovaskular amat membantu bagi mencegah komplikasipada pesakit diabetes. Roselle amat berfaedah bagi pesakit diabetes secara langsung dengan mengawal paras gula dan mengatasi rintangan insulin.

10. Tomato

- Tomato kaya dengan sejenis karotenoid bersifat antioksidan iaitu lycopene yang baik bagi mencegah kanser terutamanya kanser prostat. Ia memiliki pelbagai fitonutrisi berfaedah seperti Vitamin C, Vitamin E, karotenoid iaitu lycopene dan lutein yang memelihara kesihatan mata dan sistem imun dan flavonoid dan antioksidan seperti esculoside A, chalconaringenin, asid 9-oxo octadecadienoic dan alfa tomatin yang khusus bertindak mengawal keradangan.

- Tomato berkhasiat mengawal keradangan denganmenurunkan bahan keradangan seperti interleukin 8 dan TNF. Pengurangan keradangan ini berfaedah bagi membantu pesakit diabetes terutama apabila digabungkan dengan kesan antioksidannya dapat memelihara kesihatan kardiovaskular.

11. Kranberi

- mencegah jangkitan kuman pada saluran air kencing kerana kandungan proanthocyanidin yang menyukarkan keupayaan bakteria untuk melekat di dinding sel.

- Kranberi kaya dengan flavonoids dan polyphenols yang lain seperti Peonidin, Quercitin, asidUrsolic dan Myricetin, masing-masing memiliki keupayaan anti radang yang kuat serta kesan anti kanser.

- Bagi pesakit diabetes, kranberi secara langsung bagi meningkatkan kepekaan insulin dan memperbaiki kawalan paras gula. Kesan positif lain termasuklah membantu kawalan tekanan darah, merendahkan trigliserida dan meningkatkan kolestrol baik HDL, mengatasi stres oksidasi serta menurunkan bahan keradangan (C reactive protein, homocycteine dan cytokine) yang semuanya amat berfaedah bagi kesihatan sistem kardiovaskular.

12. Durian belanda

- Durian belanda mempunyai potensi tinggi sebagai buah bersifat anti-kanser. 

- Durian belandaIa juga berfaedah bagi pelbagai penyakit lain seperti diabetes. Khasiat antioksidannya mempamerkan kesan mengawal paras gula dalam darah, menghalang enzim yang meningkatkan gula dalam darah dan merendahkan rintangan insulin.

- Kajian makmal menunjukkan durian belanda mampu menumbuhkan semula sel Beta pancreas, mengawal stres oksidasi terhadap sel hati serta menstabilkan paras kolesterol. 


Untuk mendapatkan khasiat fitonutrisi ada kalanya agak menyukarkan memandang khasiatnya terletak kepada bahagian buahan atau tumbuhan yang bukannya praktikal untuk dimakan seperti biji (anggur), kulit (manggis) dan kulit pokok pain (pycnegenol). Adalah lebih mudah dan nyaman untuk mengamalkan bahan aktif yang telah diekstrakkan dari bahagian tersebut dalam bentuk suplemen.


Rahsia fitonutrisi terletak kepada bahan-bahan seperti polifenol, vitamin, tannin, saponin, flavonoid, karotenoid dan lain-lain yang semuanya mempunyai peranan dan fungsi yang unik masing-masing. Selain dari itu kita ketahui bahawa gabungan antioksidan dari sumber pelbagai boleh memberi perlindungan yang lebih efektif terhadap gangguan radikal bebas dan stres oksidasi apabila bertindak secara sinergi. Anda juga mungkin pernah dengar saranan untuk mengamalkan sayuran-sayuran atau buah-buahan yang berlainan warna setiap hari. Untuk mempermudahkan segala ini, suplemen yang terdiri dari pelbagai kombinasi bahan bahan di atas sudah tentu lebih mudah dan praktikal untuk diamalkan pada sukatan yang efektif secara berterusan.


Bagi mendapatkan khasiat sesetengah buah-buahan seperti kranberi contohnya, ia mengandungi kandungan gula yang tinggi dan jika diamalkan setiap hari sudah tentu boleh menjejaskan kawalan gula darah. Lebih baik jika dapat diasingkan bahan aktif semulajadinya tanpa gula dan diamalkan dalam bentuk suplemen supaya tidak menggangu bacaan gula secara keterlaluan.


TESTIMONI PENGGUNA


EN MOHD KHAMLI BIN SARONI (52) BERSARA, KAJANG -
SUKA SANGAT MAKAN MAKANAN SEGERA SEBABKAN PEMBULUH DARAH HAMPIR PECAH

Makanan segera adalah makanan kegemaran rakyat Malaysia yang paling mudah didapati pada bilabila saja dalam suasana kehidupan yang semakin sibuk ini. Rasanya yang enak membuatkan ramai yang tidak sedar bahawa ia tidak mempunyai sebarang kandungan nutrisi dan boleh membawa mudarat jika diambil tanpa kawalan dan secara berlebihan tanpa sokongan nutrisi yang diperlukan tubuh.


En Khamli adalah di antara pencinta makanan segera yang sejak muda telah menikmatinya tanpa mengira masa. Meskipun sudah disahkan menghidap kencing manis dan darah tinggi sejak 10 tahun dahulu, En Khamli masih memandang remeh tentang penyakit yang dihidapinya. Bagi beliau, ia masih di peringkat awal dan tidak perlu risau kerana ia bukanlah sesuatu yang serius. Selain culas makan ubat, En Khamli juga sudah lama tidak membuat pemeriksaan doktor. Memandangkan beliau masih tidak nampak kesannya, En Khamli masih terus mengamalkan gaya hidup sama seperti ketika muda. Selain sering tidur lewat, beliau sangat gemar makan makanan segera serta sukakan air minuman yang manis dan bergas. 
Sehinggalah pada suatu hari, tiba-tiba En Khamli rasakan dunia seakan terbalik. Semuanya berpusing dan beliau langsung tidak boleh berdiri kerana terasa seperti hendak jatuh. Beliau langsung tidak boleh berbuat apa-apa dan hanya mampu terbaring menanggung kesakitan di bahagian kepala dan bahu.

Rupa-rupanya, bacaan darah tinggi beliau melambung tinggi sehingga terpaksa dibawa ke hospital. Doktor menyatakan En Khamli bernasib baik kerana pembuluh darah beliau tidak pecah dan cepat mendapatkan rawatan. En Khamli terpaksa ditahan di wad bagi memastikan tekanan darah tinggi kembali stabil sebelum dibenarkan pulang.

Anak-anak yang risaukan keadaan ayah mereka telah memberikan suplemen Eskayvie Phytax untuk dicuba. Pada mulanya En Khamli agak marah kerana beliau tidak percaya kepada suplemen dan menganggap bahawa ia sebagai satu pembaziran kerana membeli produk yang mahal tetapi belum tentu memberi kesan. Beliau juga menganggap bahawa sakit adalah satu perkara biasa bagi orang yang sudah berumur dan tidak perlu membazir untuk mendapatkan ubat selain daripada apa yang Doktor berikan.

Namun selepas pengambilan Eskayvie Phytax, En Khamli terasa perubahan yang ketara pada dirinya. Bacaan gula darah beliau yang dahulu tinggi mencapai 13 mmol/l kini turun kepada 6mmol/l. Tangan beliau yang sakit juga sudah mulai boleh diangkat walaupun masih belum sepenuhnya. Kini, badan beliau terasa sangat bertenaga dan sudah boleh melakukan kerja-kerja ringan harian. Apa yang lebih menggembirakan ialah bacaan tekanan darah beliau juga sudah stabil. Setelah membuat pembacaan, barulah En Khamli tahu bahawa Eskayvie Phytax sebenarnya diformulasikan oleh seorang doktor perubatan yang dihasilkan dengan sukatan dan dos yang bersesuaian bagi pesakit kencing manis. Malah, doktor juga banyak berkongsi tentang amalan gaya hidup sihat yang perlu dilakukan bagi mengawal kencing manis untuk mengembalikan kesihatan kepada asal.

Kini, En Khamli semakin positif untuk menjalani kehidupan. Beliau juga mulai mengamalkan pemakanan yang sihat dengan sokongan suplemen Eskayvie Phytax serta melakukan senaman untuk memastikan kesihatan beliau sentiasa berada di tahap yang baik. En Khamli berasa sangat  yakin bahawa pengambilan Eskayvie Phytax yang berterusan beserta nasihat kesihatan yang diterimanya akan membantu beliau menikmati kehidupan yang lebih bererti demi keluarga tersayang.

Penyakit kencing manis sebenarnya bukanlah berpunca daripada kurang makan ubat atau kurang suntikan insulin mahupun kurang suplemen atau vitamin. Hakikatnya ia telah berakar umbi daripada kecuaian penjagaan terhadap gaya hidup yang sihat oleh diri sendiri. Bagi membalikkan dan menyembuhkan kencing manis, perkara utama ialah harus komited untuk mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Terutamanya dari segi menjaga pemakanan dan senaman yang harus dilakukansecara istiqomah. Namun begitu, suplemen turut mempunyai peranan yang amat penting dalam proses membaik pulih sistem dalaman badan serta membantu tubuh untuk kembali pulih daripada penyakit kencing manis.

Lebih-lebih lagi suplemen dengan gabungan fitonutrisi boleh dijadikan sokongan kepada mencegah punca, komplikasi dan cara bagaimana untuk mengatasi kencing manis. Fitonutrisi di dalam manggis amat baik bagi menguatkan sistem imun badan, bertindak melawan sel kanser, mengembangkan salur darah dan amat baik bagi kesihatan sistem kardiovaskular. Bagi pesakit kencing manis, kesan anti-radang yang kuat ini sudah tentu dapat meredakan keradangan kronik yang wujud akibat permasalahan gula dan insulin yang tinggi. Manggis juga memiliki kesan merencatkan enzim Amylase yang menghadamkan kanji kepada gula. Kesan ini mampu mengurangkan penyerapan gula dari usus ke darah. 

Hilangkan kebas, sembuhkan luka dengan cepat dan kembali segar bertenaga dengan Eskayvie Phytax.  Layari www.phytax.com.my dan dapatkan sekarang.

BONUS: Konsultasi dan bimbingan PERCUMA selama 14 hari bersama Doktor Perubatan, Nutritionist
dan Dietitian di program Kawal Kencing Manis. Info lanjut, layari https://phytax.com.my/

 Info lanjut layari : 

FB Page: Eskayvie Malaysia 


Dapat sesuatu dari perkongsian diatas ? Jangan tunggu sampai dah terkena baru nak mencari solusi ya . Kan mencegah lebih baik dari mengobati . Dan amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat, kekalkan gaya hidup yang aktif dan sihat , turunkan berat badan jangna sampai obesiti . 



Bercuti Di Lexis Hibiscus Port Dickson

Bercuti Di Lexis Hibiscus Port Dickson 


Assalamualaikum ! Dah lebih setahun terperap dalam negeri sahaja, teringin juga nak makan angin keluar kawasan. Masih menunggu bila masa untuk rentas negeri dibuka semula .  Dapat staycation bercuti di Lexis Hibistus Port Dickson pon jadi la . Bertambah best kalau bercuti luangkan masa dengan family . Nak private pool, naik  heli , nak hirup udara pantai , berbasikal di malam hari dan banyak lagi . 

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON

Dari banyak-banyak hotel , Lexis Hibiscus PD yang paling buat aku teruja . Dah terbayangkan ada Swimming pool private dalam bilik dan tak perlu berkongsi dengan orang . Ada Sauna , Katil besar.. private pool dan macam-macam la. Heavennya ! dah terbayangkan oih. Hotel Lexis Hibiscus Port Dickson menyediakan berbagai pilihan bilik , dari executive , sky pool , premium dan banyak lagi, seaview best sebab boleh swimming tengok laut sekali . 

 
Apa yang menarik minat Lisa tentang Lexis Hibiscus Port Dickson ini adalah susun atur bilik yang berbentuk bunga raya jika dilihat dari atas dan setiap bilik mempunyai kolam mandi .Itulah sebab nama Lexis Hibiscus diberi. Terdapat beberapa pilihan bilik disini iaitu Presidential Suites yang terletak di bahagian stigma, Imperial Suites (stamen), Premium Pool Villas (kelopak), Executive Pool Viilas (daun) dan Sky Pool Villas (on-shore). Sebagai informasi, Lexis Hibiscus memegang dua rekod dunia oleh Guiness World Records sebagai Most overwater villas ini a single resort dan Most swimming pools in a resort. Hebat bukan!



KEMUDAHAN DI LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON

Turun dari kereta  akan ada orang yang sambut dan  buka pintu kereta , tolong bawakan barang  dan ya.. semua itu percuma saja tanpa caj  , terasa ala princes la pula .  Sambil menunggu check in siap tu , korang boleh duduk rilek2 di Sofa  ada Live Band performance , ada minuman sejuk ,, dan aiskrim . Semua kemudahan itu boleh korang nikmati secara percuma je.   Best kan ?

 

Dan selepas settle urusan check-in korang bersiap je tunggu naik Buggi untuk dihantar sampai ke bilik korang . Nak berjalan kaki memang jauh lar jawapnya punyalah beribu bilik tu . Dah sampai bilik nanti beg dan barang akan diturunkan dan selamat beristirehat  menikmati keindahan bilik hotel ditepi laut .
 



Bilik dalam villa ni dipisahkan kepada tiga bahagian, yang first menempatkan katil, TV, peti ais, mini bar dan meja tulis (buka peti ais, rasa seronok sebab ada complimentary beverages!). Bahagian kedua menempatkan wardrobe, iron dengan iron board, sinki dengan cermin solek, bilik air dan shower. Takde bath tub ye kat Premium Pool Villa. Manakala bahagian ketiga adalah pool dengan steam room tadi. Kesemua bahagian ni dipisahkan oleh pintu kaca dari lantai ke siling, dengan langsir dan blinds. Jadi kalau malam, jangan risau sebab ade blinds untuk halang orang villa depan mengintai. Kahhhh!


Katil yang besar dan selesa , KING Size.. puas hati nak berguling-guling atas ni . hahaa.









panel kaca di atas lantai untuk melihat kehidupan marin di bawah
Jangan risau , kaca ni boleh tahan untuk tampung berat badan korang .Hewww.. terbayang ada shark dibawah itu ..





Kedalaman kolam ni 1.2 meter . ada pelampung sekali jadi tak perlu risau untuk budak-budak .Yang pasti korang kena pantau la.. sebab bilik dengan laut hanya dipisahkan cermin. Hati-hati ye ,,,

TEMPAT MENARIK DI LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON

Banyak aktiviti oleh dilakukan di dalam Lexis Hibiscus Port Dickson. Terdapat kemudahan seperti Water J Park dimana anda boleh bermain antaranya gelongsor besar setinggi 8 meter. Selain itu, jika korang sukakan sukan air, terdapat beberapa pilihan seperti jet ski, kayak dan banana boat. Pihak Lexis Hibiscus Port Dickson turut menyediakan kemudahan seperti kereta Yoyo, basikal, aktiviti memanah. Kemudahan indoor juga disediakan seperti Games Room, gimnasium, spa, pusat permainan kanak-kanak. Malah mereka turut menyediakan karaoke disini. Satu lagi aktviti yang boleh korang buat disini adalah membeli pakej menaiki helikopter untuk melihat panorama dari atas udara.

 HIBISCUS WALK 


Hibiscus Walk menawarkan 10 gerai makanan tempatan. Ada sate, nasi lemak, makanan laut, buah-buahan dan roti canai sekali gus memberi pilihan tetamu hotel mahupun pengunjung luar mencuba makanan tempatan atau makanan jalanan, selain bufet restoran kita,



Sila datang pada hujung minggu atau public holiday ye , sebab dulu masa Lisa pergi hari biasa jadi tak dapat la nak naik . Harap next boleh cuba naik ini pula . 




Bagi yang sukakan pantai , terdapat  Lexis Hibiscus pantai persendirian di sini. Malah, korang juga boleh menaiki basikal bersiar-siar sambil menikmati keindahan matahari terbenam





Dickson Dragon Cruise

Dari bilik kitorang, rupanya dekat aje lobinya kalo jalan kaki sebab dia kat hujung kelopak yang menghadap main building. Jadi, bila nak ke lobi, kitorang tak ambil buggy dah kalau setakat nak makan ke, gi naik cruise ke. Haaaaa, kat Lexis Hibiscus Port Dickson ni, uols boleh naik cruise tau! Dickson Dragon Cruise namanya.




Overall, experience bercuti di Lexis Hibiscus Port Dickson ni memang paling best dalam senarai list yang pernah pergi . Rasa tidak puas dengan hanya menginap satu malam sahaja. Banyak aktiviti menarik boleh dilakukan disini. Perkara yang paling saya suka adalah saya bebas untuk mandi
kolam tanpa halangan masa kerana kolam mandi ada di dalam bilik. Jika korang mencari-cari lokasi percutian hujung minggu, Lexis Hibiscus Port Dickson boleh dimasukkan dalam senarai korang !




© all rights reserved
made with by templateszoo