Ad

Showing posts with label Berniaga. Show all posts
Showing posts with label Berniaga. Show all posts

Langkah Mulakan Perniagaan, RichWorks lancar program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021




Langkah Mulakan Perniagaan, RichWorks lancar program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021

Assalamualaikum ! Pernah tak terdetik dalam fikiran yang ingin memulakan berniaga sendiri dan keluar dari zone selesa makan gaji ?  semua orang boleh mula berniaga untuk tingkat ekonomi diri ,, Hampir semua orang pernah buat niaga sendiri baik dropship , agent atau ada perniagaan sendiri . Lisa sendiri pon dah mula berniaga sejak 2014 , ya hanya niaga untuk side income dan dari situlah terasa pahit manis berniaga . Bermula dari modal kepercayaan tanpa keluar satu sen duit , sampailah mula berniaga yang keluarkan modal . Korang pun boleh juga tau .. berniaga tu menarik .  Baca sampai habis ,, Langkah  Mulakan Perniagaan, RichWorks lancar program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021

 

RichWorks lancar program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021

Semua orang boleh mula berniaga dan menjana pendapatan bagi tingkatkan ekonomi diri sama ada melakukannya secara sepenuh masa atau sampingan walaupun dalam tempoh pandemik ini.


Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata, sebenarnya banyak peluang yang ada untuk jana pendapatan dalam era digitalisasi ini dengan ramai orang meluangkan banyak masa secara online seperti media sosial. Bagaimanapun katanya, sebahagian usahawan juga tidak tahu cara untuk mula berniaga dengan betul menyebabkan tak mendapat hasil seperti diharapkan.



“Ada segelintir daripada mereka ini hanya mula bisnes sebab terikut kawan ataupun nak keuntungan cepat yang akhirnya buatkan ia tidak bertahan lama. Sebab itu, ada yang tukar-tukar bisnes macam tukar baju.

“Tapi semua ini dapat diubah jika kita mula berniaga dengan asas dan prinsip yang betul bagi seseorang usahawan itu dapat menghasilkan jualan dari ratusan, ribuan, hingga ratusan ribu ringgit, insyaAllah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga di sini, hari ini.


RichWorks juga membawakan secara langsung pelancaran ini menerusi Facebook Page, YouTube dan Instagram Azizan Osman dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian usahawan selama 8 jam secara terus-menerus.










Pelancaran ini juga bersempena dengan Inner Circle Meeting (ICM) dihadiri lebih 300 ahli Titanium berada di bawah program permentoran RichWorks bersama Mentor Keusahawanan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang diadakan dengan kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP). 

RichWorks sebagai syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam keusahawanan dan pemasaran di negara yang diasaskan Azizan sejak 2008 telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara yang mana pada tahun lalu saja, 777 usahawan PKS yang dibimbing dalam program mentoring Spire dan Titanium berjaya menjana jualan melebihi RM2 bilion.


 Tambahnya, RichWorks nak melatih dan bimbing lebih ramai orang untuk dapat membina bisnes yang berjaya di mana pun tahap mereka berada, baru bermula, berkembang dan nak meluaskan lagi bisnes berdasarkan pengalaman dan ilmu yang terbukti berhasil melahirkan ramai usahawan berjaya sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu. 

“Semua orang sebenarnya boleh berjaya dalam bisnes jika adanya formula MESTI. MESTI ini bermaksud mentor, ‘elmu’, sistem, tindakan dan impian. 



“MESTI ini jika diikuti sepenuhnya boleh elakkan usahawan itu daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan malah lebih teruk menyebabkan bisnes mereka melingkup,” jelasnya.


Sehubungan itu, Radz memberitahu, program Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 April nanti ditaja sepenuhnya RichWorks tanpa sebarang pembayaran perlu dibuat oleh para peserta.


"Bakal peserta cuma perlu membuat pendaftaran menerusi laman web di www.BinaBisnesBerjaya.com untuk menempahkan tiket untuk hadir program virtual online ini. 



“Mari kita beri peluang kepada diri sendiri, sertai dan dapatkan sebanyak ilmu terbukti berjaya yang dikongsikan nanti bagi bantu anda mula dalam bisnes. Mulakan langkah anda sekarang,” ujarnya lagi. 


 

Untuk daftar Program ini layari laman web www.binabisnesberjaya.com sekarang.



TENTANG DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN

Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat peningkatan luar biasa dalam perniagaan dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga mencecah jualan berjuta-juta ringgit.

____________________________________________________________________

HUBUNGI KAMI

Richworks International Sdn Bhd 

No. 77, Jalan Badminton 13/29 

Seksyen 13, 40100 Shah Alam

Selangor, MALAYSIA

Laman web: www.richworks.com

Tel: +601632346866 (Media Penghubung - Md Azrin Rosly

+6012 696 2065 (Media Penghubung - Karini)

Emel: karini@richworks.com.my ; omkarini.rich@gmail.com ; azrin.richworks@gmail.com

www.binabisnesberjaya.com

Peniaga Online WAJIB letak Harga Barang


Baru Lisa tahu yang sebenarnya berniaga atas talian atau Online ni , wajib letak harga . Tapi kebanyakan seller online ni tak letak hargapun dalam barang yang dia jual tu .  Just tulis " PM untuk harga " . Salah tu ,,, sepatutnya kalian letak harga wahai seller online. Bukan suruh pembeli... Pm anda  . Lisa pun seller online juga , tapi Lisa letak harga . Hehehe sebab memang dah harga mati pun . Akta peraturan jualan online ni dah lama keluar , tapi peniaga je tak ikut peraturan. Mungkin... lupa kot , takpon mungkin dia sengaja endahkan sebab persaingan niaga .. hehehe 

Peraturan Urus Niaga Perdagangan Elektronik 

INFO : Mana-mana orang yang menjalankan perniagaan dalam talian hendaklah memaparkan maklumat seperti berikut : 
1. Nama orang atau nama syarikat yang menjalankan perniagaan . 
2. Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat 
3. Alamat e-mail dan nombor telefon . 
4. Menyatakan ciri-ciri utama barang atau pekhidmatan yang ditawarkan . 
5. Harga  penuh barang atau perkhidmatan termasuk kos pengangkutan ,cukai dan kos lain. 
6. Kaedah Pembayaran 
7. Terma dan Syarat /
8. Anggaran masa penghantaran barang atau perkidmatan kepada pembeli. 


Akta dah ada sejak 2012 , jadi terpulang kalian sama ada nak letak harga atau masih berdegil tak nak letak harga. Tapi kalau nanti kena saman ,,, jangan baru nak membebel atau bising salahkan KPDNK K pula. hehe 

Hasad Dengki Berniaga

Hasad Dengki Dalam NIAGA |dalam berniaga tentunya akan menjumpai Berbagai karenah orang.Sama ada dari pembeli atau dari peniaga lain. Memang saya masih makan gaji,namun saya juga ada sedikit kerja sambilan. Boleh la untuk bayar bil, tambah lagi dengan wujudnya gst semua barang memang mahal dan naik harga.  Nak fikir persiapan kahwin lagi(opss yang ni gurau je, hheehe). 

Tak kisah la berniaga secara online atau berniaga di kedai-kedai. Pastinya akan ada persaingan dari peniaga lain. Customer pula ada yang ragu-ragu sebab pernah ditipu oleh peniaga lain.. Yng bagi janji manis Tapi Selepas ade problem terus lepas tangan. Seperti peribahsa "Sebab Nia setitik rosak susu 1kolam. "

Manusia dan Hasad Dengki memang tak terpisahkan. Baik dalam business, rakan sekerja,sekolah,bahkn mungkin jiran sebelah rumah.  Alkisahnya tadi Lisa ping iklan di Facebook. Dan ada satu hamba Allah ni memang dari dulu lagi tak tau knpa mcam dengki sangat dengan Lisa. Well.. attention whore kot.TAkpe la.. Allah mendatangkan ujian ini sebab nak bagi pahala dan menguji kita. Hehe... Dalam blogger pon ada je yang ber Hasad Dengki. But I don't care!  setakat ini alhamdulillah lisa takda prob lagi dlm berblogger.  bak kata sentiasa berfikiran positive. 

Hahaha rileks lah. Bukan Manusia yang menentukan rezeki... Tapi Allah...
Jangan Biadab boleh tak? 

"Anjing Menyalak musyafir tetap berjalan... "
Itulah ibarat orang yang dengki iri hati untuk sakat perniagaan orang lain sebab dia tak leh tengok orang lain lebih dari dia,namun si peniaga ni abaikan orang tu macam abaikan "ANJING yang MENYALAK "
© all rights reserved
made with by templateszoo