Monday, April 5, 2021

Bercuti Di Lexis Hibiscus Port Dickson

Bercuti Di Lexis Hibiscus Port Dickson

Bercuti Di Lexis Hibiscus Port Dickson 


Assalamualaikum ! Dah lebih setahun terperap dalam negeri sahaja, teringin juga nak makan angin keluar kawasan. Masih menunggu bila masa untuk rentas negeri dibuka semula .  Dapat staycation bercuti di Lexis Hibistus Port Dickson pon jadi la . Bertambah best kalau bercuti luangkan masa dengan family . Nak private pool, naik  heli , nak hirup udara pantai , berbasikal di malam hari dan banyak lagi . 

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON

Dari banyak-banyak hotel , Lexis Hibiscus PD yang paling buat aku teruja . Dah terbayangkan ada Swimming pool private dalam bilik dan tak perlu berkongsi dengan orang . Ada Sauna , Katil besar.. private pool dan macam-macam la. Heavennya ! dah terbayangkan oih. Hotel Lexis Hibiscus Port Dickson menyediakan berbagai pilihan bilik , dari executive , sky pool , premium dan banyak lagi, seaview best sebab boleh swimming tengok laut sekali . 

 
Apa yang menarik minat Lisa tentang Lexis Hibiscus Port Dickson ini adalah susun atur bilik yang berbentuk bunga raya jika dilihat dari atas dan setiap bilik mempunyai kolam mandi .Itulah sebab nama Lexis Hibiscus diberi. Terdapat beberapa pilihan bilik disini iaitu Presidential Suites yang terletak di bahagian stigma, Imperial Suites (stamen), Premium Pool Villas (kelopak), Executive Pool Viilas (daun) dan Sky Pool Villas (on-shore). Sebagai informasi, Lexis Hibiscus memegang dua rekod dunia oleh Guiness World Records sebagai Most overwater villas ini a single resort dan Most swimming pools in a resort. Hebat bukan!



KEMUDAHAN DI LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON

Turun dari kereta  akan ada orang yang sambut dan  buka pintu kereta , tolong bawakan barang  dan ya.. semua itu percuma saja tanpa caj  , terasa ala princes la pula .  Sambil menunggu check in siap tu , korang boleh duduk rilek2 di Sofa  ada Live Band performance , ada minuman sejuk ,, dan aiskrim . Semua kemudahan itu boleh korang nikmati secara percuma je.   Best kan ?

 

Dan selepas settle urusan check-in korang bersiap je tunggu naik Buggi untuk dihantar sampai ke bilik korang . Nak berjalan kaki memang jauh lar jawapnya punyalah beribu bilik tu . Dah sampai bilik nanti beg dan barang akan diturunkan dan selamat beristirehat  menikmati keindahan bilik hotel ditepi laut .
 



Bilik dalam villa ni dipisahkan kepada tiga bahagian, yang first menempatkan katil, TV, peti ais, mini bar dan meja tulis (buka peti ais, rasa seronok sebab ada complimentary beverages!). Bahagian kedua menempatkan wardrobe, iron dengan iron board, sinki dengan cermin solek, bilik air dan shower. Takde bath tub ye kat Premium Pool Villa. Manakala bahagian ketiga adalah pool dengan steam room tadi. Kesemua bahagian ni dipisahkan oleh pintu kaca dari lantai ke siling, dengan langsir dan blinds. Jadi kalau malam, jangan risau sebab ade blinds untuk halang orang villa depan mengintai. Kahhhh!


Katil yang besar dan selesa , KING Size.. puas hati nak berguling-guling atas ni . hahaa.









panel kaca di atas lantai untuk melihat kehidupan marin di bawah
Jangan risau , kaca ni boleh tahan untuk tampung berat badan korang .Hewww.. terbayang ada shark dibawah itu ..





Kedalaman kolam ni 1.2 meter . ada pelampung sekali jadi tak perlu risau untuk budak-budak .Yang pasti korang kena pantau la.. sebab bilik dengan laut hanya dipisahkan cermin. Hati-hati ye ,,,

TEMPAT MENARIK DI LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON

Banyak aktiviti oleh dilakukan di dalam Lexis Hibiscus Port Dickson. Terdapat kemudahan seperti Water J Park dimana anda boleh bermain antaranya gelongsor besar setinggi 8 meter. Selain itu, jika korang sukakan sukan air, terdapat beberapa pilihan seperti jet ski, kayak dan banana boat. Pihak Lexis Hibiscus Port Dickson turut menyediakan kemudahan seperti kereta Yoyo, basikal, aktiviti memanah. Kemudahan indoor juga disediakan seperti Games Room, gimnasium, spa, pusat permainan kanak-kanak. Malah mereka turut menyediakan karaoke disini. Satu lagi aktviti yang boleh korang buat disini adalah membeli pakej menaiki helikopter untuk melihat panorama dari atas udara.

 HIBISCUS WALK 


Hibiscus Walk menawarkan 10 gerai makanan tempatan. Ada sate, nasi lemak, makanan laut, buah-buahan dan roti canai sekali gus memberi pilihan tetamu hotel mahupun pengunjung luar mencuba makanan tempatan atau makanan jalanan, selain bufet restoran kita,



Sila datang pada hujung minggu atau public holiday ye , sebab dulu masa Lisa pergi hari biasa jadi tak dapat la nak naik . Harap next boleh cuba naik ini pula . 




Bagi yang sukakan pantai , terdapat  Lexis Hibiscus pantai persendirian di sini. Malah, korang juga boleh menaiki basikal bersiar-siar sambil menikmati keindahan matahari terbenam





Dickson Dragon Cruise

Dari bilik kitorang, rupanya dekat aje lobinya kalo jalan kaki sebab dia kat hujung kelopak yang menghadap main building. Jadi, bila nak ke lobi, kitorang tak ambil buggy dah kalau setakat nak makan ke, gi naik cruise ke. Haaaaa, kat Lexis Hibiscus Port Dickson ni, uols boleh naik cruise tau! Dickson Dragon Cruise namanya.




Overall, experience bercuti di Lexis Hibiscus Port Dickson ni memang paling best dalam senarai list yang pernah pergi . Rasa tidak puas dengan hanya menginap satu malam sahaja. Banyak aktiviti menarik boleh dilakukan disini. Perkara yang paling saya suka adalah saya bebas untuk mandi
kolam tanpa halangan masa kerana kolam mandi ada di dalam bilik. Jika korang mencari-cari lokasi percutian hujung minggu, Lexis Hibiscus Port Dickson boleh dimasukkan dalam senarai korang !




Post a Comment

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search