Ad

Lake View College (LVC) Kolej Swasta Peringkat DIPLOMA


Selepas tamat SPM, mesti ramai diantara korang atau mungkin anak saudara yang berlumba-lumba untuk mengisi permohonan UPU bagi menyambung pelajaran di IPTA. Tambahan pula, dengan harapan ibu bapa yang ingin melihat setiap anak-anaknya berjaya dalam hidup, pasti semangat untuk sambung belajar masih tinggi dan berkobar-kobar. Tetapi, apabila keputusan UPU dan rayuan keluar, nama tak tersenarai untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA. hmm...Tentu rasa kecewa kan?

Lake View College (LVC) , Kolej Swasta Peringkat DIPLOMA




Masa itulah , ada yang mula hilang minat untuk sambung belajar sebab kecewa  apatah lagi, apabila tengok rakan-rakan sebaya sedang sibuk membuat persiapan melangkahkan kaki ke menara gading. Bagaimana pula dengan diri korang? mesti teringin teringin nak sambung pelajaran diploma sama seperti rakan-rakan yang lain . 

Usah risau, walaupun tak berjaya dapat tempat di IPTA, korang  masih berpeluang melanjutkan pelajaran di Lake View College (LVC) yang ditubuhkan pada tahun 2006 dan terletak di dalam persekitaran Bukit Merah Laketown Resort. 

7 Program / Bidang di Lake View College 


Dengan dikelilingi tasik dan kehijauan alam semulajadi, ianya menjadikan LVC sebagai suatu institusi pendidikan yang kondusif.  Antara tujuh bidang yang ditawarkan  ialah :
  • Diploma Kejururawatan, 
  • Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , 
  • Diploma Kesihatan Persekitaran , 
  • Diploma Pengurusan Hotel, 
  • Diploma Pengurusan Perniagaan dan 
  • Diploma Perakaunan.



Tentang Lake View College (LVC) 


Untuk makluman , LVC merupakan antara kolej swasta yang menawarkan yuran pengajian yang berpatutan di negara ini bagi peringkat Diploma. Dengan pelbagai fasiliti pengajaran dan pembelajaran yang lengkap, pengajian di LVC bukan sahaja berbentuk teori malah turut merangkumi komponen amali dan latihan praktikal. Ini bertujuan mempersiapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang perlu sebelum mereka menempuh alam pekerjaan kelak. 


LVC Menyediakan Bantuan Kewangan 


Bantuan kewangan? yang ni takperlu risau, kerana LVC ada juga menyediakan pinjaman pendidikan PTPTN untuk bantu merealisasikan hasrat menyambung pengajian. Bantuan zakat juga turut disediakan bagi yang kurang berkemampuan menerusi Badan Amal dan Kebajikan M K Land. 

Pelajar yang telah tamat pengajian di LVC di peringkat diploma juga boleh sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di mana-mana universiti awam ataupun swasta di negara ini. LVC turut dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan beberapa universiti tempatan sebagai kolej bersekutu.


Jadi kalian tak perlu risau jika ada minat untuk sambung pengajian semua di peringkat yang lebih tinggi nanti .



Untuk makluman  lagi, sehingga kini, LVC telahpun melahirkan sekitar 1,400 graduan, di mana ada di antara graduan kejururawatan juga keselamatan dan kesihatan pekerjaan ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian. Apa yang lebih membanggakan, ada di antara graduan kejururawatan LVC turut ditawarkan pekerjaan di hospital-hospital luar Negara seperti di Singapura, Dubai, Jeddah dan Kanada. Wow ... menarik bukan ?

Bagi mereka yang berminat, boleh layari  laman web LVC :   http://www.lvc.edu.my/ ,
Facebook :  www.facebook.com/lvcollege ) atau hubungi 60 5-890 8071 untuk keterangan lanjut. 







Jangan lupa hebahkan kat kawan atau sedara mara tau .... 😊

Insaf baca Semusim Di Barzakh !

Semusim di Barzakh 

pernah tak korang berfikir dan ingin tahu bagaimana kehidupan selepas mati didunia . kehidupan sebelum menunggu hari kiamat ? Lisa ni masih cetek ilmu bab agama , tahu sikit-sikit je . Buku ini wat aku sentap ! Semusim di Barzakh , diangkat dari kisah benar. Bukan aku percaya dengan buku ini , tapi kata-kata dalam buku ini menyadarkan Lisa yang dalam dunia ni masih perlu mencari ilmu untuk bekalan akhirat nanti . Mati bukan noktah akhir sebagai makhluk-NYA . 


Bagaimana tergamak untuk engkau kufur kepada Allah padahal engkau dahulunya mati (tiada) , kemudian Allah menghidupkan engkau,setelah itu Allah akan mematikan engkau,kemudian Allah akan menghidupkan pula engkau di hari akhirat, akhirnya engkau akan dikembalikan kepadaNYA( untuk memberi balasan terhadap apa yang telah engkau kerjakan ) . 

Selagi masih ada ruang dan waktu , kejarlah ilmu bekalan akhirat nanti  . Dunia ni semakin jauh meninggalkan kita dan akhirat pula semakin depan . 

Novel : Semusim Di Barzakh
Penulis ; Hadi Fayyadh
Harga : RM29.90 (SM) & RM31.90 ( SS) 



Sinopsis Semusim Di Barzakh : 

Malam itu fadh dikejar oleh sesosok wanita yang tanpa wajah dengan rambut panjang kebawah , sampai akhirnya jatuh dari tangga resort dan kemudian accident di jambatan . Kereta yang dinaiki jatuh ke gaung sungai dan akhirnya meninggal . Fadh yang merasakan kehidupan selepas mati , merasa ketakutan oleh azab disiksa dari satu masa ke masa . Di gigit ular berbisa , makan dan minum nanah juga muntahan sebab dulu didunia leka dengan kehidupan seperti minum arak , main perempuan , tinggal solat , dan tinggalkan puasa . Namun jika di kampung , alim ulama ... kehidupan yang jauh berbeza jika pulang ke bandaraya Kuala Lumpur .

Amalan yang sedikit tak mampu menyelamatkan Fadh , antara diperosongkan akidah dan hampir masuk ke agama kristian . Bagaimana pengakhiran semua penderitaan Fadh di alam Barzakh ? Betulkah apa yang dia alami semua itu hanya mainan syaitan atau betul-betul gambaran dari alam Barzakh ?

Korang kena baca sendiri .... :')



Ini bukan artikel berbayar , tidak sama sekali . Terimakasih untuk Hadi Fayyadh , penulis novel Islamik Semusim di Barzakh yang buat Lisa tersentap sedar semua ini. Cuba perbaiki diri , buka dan pelajari  Al-Quran dan terjemahan sekali sebab Allah dah tuliskan semuanya dalam Al-Quran .


Senarai Pelakon Mencintaimu Mr. Photographer

Senarai Pelakon Mencintaimu Mr. Photographer

Drama Hero sang Cinderella dah abes dah . Boleh tahan meletop gak gandingan #FATZURA ni , . Lepas ni pula boleh tengok Syafiq kyle berlakon dalam drama adaptasi novel Mencintaimu Mr. Photographer karya Emma Mariam yang akan menyaksikan gandingan Syafiq Kyle dan pelakon Singapura, Hannah Delisha. Pelakon yang lain antaranya :, Marisa Yasmin, Arash Mohd, Hairie Othman, Amy Mastura, Fahmy Reza dan banyak lagi, Drama bersiri terbitan MIG Production Sdn Bhd ini mendapat sentuhan pengarah berkaliber Eyra Rahman. Akan mula disiarkan pada 3 Julai ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123. 

WATAK PELAKON 



PELAKONWATAK
Syafiq Kyle Nazmi Elyas (Jemy)
Hannah Delisha Aira Qaisara
Arash Mohd Tan Sri Megat Miqdad
Marisa Yasmin Marlia
Hairie Othman Datuk Roslan
Fahmy Reza Akmal
Mimi Ernida Tiara
Ariz Lufias Nazrul Elyas
Aishah Azman Mila
Elvina Chua Emily
Vicha Saywho Nadia
Bernard Hiew Allan


LAGU TEMA / OST MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER

Tajuk Lagu : Jampi 
Penyanyi : Hael Husaini
Lirik dan video DISINI


SINOPSIS MENCINTAIMU MR. PHOTOGRAPHER

Satu kejadian yang tidak sangka membawa pertemuan antara Aira Qaisara dan Nazmi Elyas. Aira Qaisara merupakan seorang gadis lincah dan manja yang bercita-cita untuk menjadi seorang peragawati seperti mamanya dan anak kepada seorang tokoh perniagaan, Tan Sri Megat Miqdad; terpisah dari mama dan abg tersayang kerana salah faham, yang membuatkan mamanya diceraikan oleh papanya ketika dia masih kanak-kanak. Aira yang tidak mengerti erti perpisahan tersebut telah menanam sifat benci dan marah kepada mamanya tanpa mengetahui sebab sebenar.

Nazmi Elyas atau Jemy, merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal dengan hasil kerja di dunia modelling. Seorang lelaki yang garang dan agak panas baran tetapi selalu cepat cair bila dengan Aira. Bekerja dengan bermacam jenis wanita yang moden dan cantik tetapi hanya Aira sahaja yang mampu membuatkan dia jatuh hati. Jemy, seorang anak yang tidak diakui status sebagai "Anak" oleh ibunya sendiri.

Peristiwa hitam yang dilalui oleh ibunya semasa dulu telah menjadikan Jemy sebagai anak buangan. Kerana terlalu sayangkan Aira, Jemy sanggup bernikah dengan Aira di seberang, sebab mendapat tentangan hebat dari papa Aira yang mahukan Aira berkahwin dengan anak sahabat karibnya, Datuk Roslan. Dan, kerana peristiwa hitam ibu Jemy jugalah yang menjadi punca kepada perpisahan dua hati ini tanpa rela.

Mampukah Jemy mempertahankan haknya? Apakah yang sebenarnya berlaku kepada ibu Jemy sehingga beliau tidak dapat menerima Jemy sebagai anaknya? Bagaimana pula dengan Aira? Mampukah dia menjalani hidup tanpa nakhodanya?

SINOPSIS NOVEL MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER

Aku dah jatuh cinta dengan Mr.Photographer tu? Hanya satu klik pada lensa kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat.

“Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?” – Jemy

Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal!
“Saya nak kerja sini.” – Aira

Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.

“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!”
Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model.

Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata.

Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka? 

GAMBAR PELAKON



gambar credit : myinfotaip.com


Wah tak sabar nak tengok malam ni ... suka tengok syafiq kyle berlakon . Hahaha.... jangan lupa malam ni kayh. 

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1438H


Assalamualaikum , masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1438 H tahun 2017 ini. Mohon maaf zahir dan batin jika ada tertulis kata yang mungkin mengguris hati kalian . 

Macam mana dengan raya korang tahun ini ? mesti seronok bukan .  Lisa tak pergi mana , pusing kluang je , rasanya tahun ni hambar sikit la .. entah semakin dewasa ini makin rasa tak teruja macam dulu . Mungkin sebab banyak fikirkan masalah lain kot . Heww... kalau dapat soalan cepu emas tu jawap lah dengan elok-elok . Mereka hanya nak bermesra tu , jangan sentap sangat kayh. Wat lek wat peace . Macam Lisa ni ha , setiap tahun dapat soalan sama ,

 "Bila nak kawin ? "

 Jawapan lisa :
 " Insyaallah tahun depan " .
 hahaha.. dan tiap tahun soalan sama je , takde pun diorang ckp ..aik tahun lepas ckp tahun depan.. ni tahun depan lagi . Nampak tak disitu , yang diorang ni hanya nak bermesra je , tanya soalan pun bukan  ingt jawapan ... hehehe. Tak mo sentap-sentap ok!

Nah Lisa belanja gambar yang sempat snap raya pertama dan raya ketiga.  



Gambar Raya Ketiga 



Raya ketiga dah naik kerja . Hahaha.. lagi suka la sebab duduk rumah dah naik bosan . 



Banyak jenis blink blik je rasanya untuk tahun ni . pergi banyak tempat pun sama je , Lisa suka pula  kaler nude  ... Hek hek... lama rasanya tak beli kasut tumit tinggi ni . Jangan risau , tak pernah tergolek lagi . 




Itu jela cerita tentang hari raya ... Oh ya... finally dapat makan rendang ketupat cik yati . Aum... sedap weih.. walaupun makan sesudu je .. ilang la rasa teringin tu . Dan ye.. malam tu terus sakit kepala.. hahaha dah padan muka sapa suruh makan makanan bersantan. 

Still ok lagi dari orang lain yang terkena cirit birit sebab makan banyak maknan serentak .. hikhikhikk..

Tak sempat nak hantar kad raya .. nah ada e-card raya dari lisa : https://ecard-raya.blogspot.my/


Bye... see u next entri... selamat hari raya ... !! 

SAFI SHAYLA SYAMPU WANITA BERTUDUNG

SAFI SHAYLA SYAMPU WANITA BERTUDUNG#HANYASAFISHAYLAUNTUKSAYA


Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya.

Esok raya , sebab tu korang dah boleh bayangkan macam mana panas bertudung dari rumah satu kerumah lain untuk beraya . Jangan risau .. Lisa ada penyelesaian , dengan syampu SAFI Shayla ... terasa fresh sepanjang hari. Tak percaya ? cuba laa... 

Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung.

SAFI bukan sekadar sebuah jenama untuk pengguna. Ia punya jiwa dan hubungan akrab serta kepercayaan seperti keluarga dan teman bersama para pengguna. SAFI SHAYLA adalah kesinambungan kembara cantik jenama ini dalam inovasi produk menzahirkan manfaat terkitab khasiat Habbatus Sauda yang menjadi santapan Jujungan Mulia Rasullullah S.A.W meriwayatkan 1001 manfaatnya untuk umat manusia kecuali apabila Izrail datang memanggil. kami berbangga dan bersyukur kerana diberi ruang untuk memperkenalkan bukan sekadar syampu tetapi rangkaian lengkap produk penjagaaan rambut khusus untuk wanita bertudung”, Jelas Pengurus Kumpulan Produk SAFI, Mahsuri Sulaiman.

Walaupun terdapat banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, SAFI Shayla masih mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Awards 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi ke dua-dua anugerah tersebut.

Ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepala yang dihadapi oleh wanita bertudung. Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya


Pengguna juga boleh mendapatkan SAFI Shayla di dalam bentuk fleksi. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.


“Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI.










Ingin ketahui apakah pandangan pengguna terhadap syampu untuk wanita berhijab? 

Layari saluran YouTube SAFI di https://www.youtube.com/watch?v=PHoGu4vxMws dan untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI @safimalaysia dan laman web SAFI www.safi.com.my

Lisa dah pakai ... korang bila lagi ?  #HanyaSAFIShaylaUntukSaya

Khasiat & Kelebihan JUS LUTOX DNARS.


Sebenarnya pernah dengar tentang Jus Lutox Dnars ni.,  Not bad juga la produk ni. Tengok testimoni pengguna Lutox ni pun boleh kata positif ja semua. Alhamdulillah kan.. Terasa nak try juga , dah emak selalu mengadu sakit lutut sampai susah nak solat ,, Lisa pun nak try juga , hari tu kes terlanggar kereta ..so kadang kaki kanan ni jadi krem .  mana tau berkesan ye dak ?

Khasiat JUS LUTOX DNARS 


Bukan apa, dalam bulan puasa ni banyak juga beraktiviti. Siang kerja, malam solat Terawih dan kadang-kadang kemas rumah rumah. Biasalah mood nak raya. Dekat-dekat nak raya ni lenguh badan sebab dok shopping. Ehhh.. tak banyak pun. Tapi kalau dah tawaf pusing pusing dalam mall bertingkat 4 tu , mana tak penatnya . Dalam butik lenguh berdiri test baju. Rasa berotot pulak tangan dan kaki ni.


Kebaikan utama Jus Lutox Dnars 


Nak dijadikan cerita dah kebetulan baca tentang Jus Lutox Dnars ni. Lisa kongsikan ada 12 kebaikan utama Jus Lutox Dnars ni dengan korang;


  • Kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan sel tubuh.
  • Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.
  • Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Melancarkan proses penghadaman.
  • Membantu mengawal tekanan darah dan paras kolestrol.
  • Menyingkirkan toksin dari tubuh badan.
  • Meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
  • Membantu mengatasi masalah angin dalam badan.
  • Membantu mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman.
  • Jus Lutox Dnars Memelihara sistem saraf.
  • Memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh


Tapi kan.. mulanya risau juga la, sebab tak tau apa kandungan Jus Lutox Dnars ni. Terus Tanya contact FB Dnars tu sebab nak cuba tapi risau apa la yang ada dalam Jus Lutox ni. Lepas di terangkan Jus Lutox ni hanya guna bahan semula jadi. Antara kandungan utama yang ada macam Kurma, Madu, Lemon, Halia, Pegaga, bayam, Markisa, garam bukit dan Delima. Tengok kandungan pun dah jadi yakin sangat dengan khasiat yang InsyaAllah kita boleh dapat.


Alhamdulillah yang lebih meyakinkan bila Jus Lutox Dnars ni mendapat Sijil Pengiktirafan HALAL daripada JAKIM. Tak da la bila minum dengan saudara atok dengan opah ni ditanya pulak halal ke kan. Nak balik kampung nak juga kongsi dengan dorang.

Mostly bila baca review pengguna yang dah minum Jus Lutox Dnars ni ada yang kongsi seronok sebab dah tak rasa sakit lutut lagi. Ada juga yang kongsi dah lama sakit sendi tapi Alhamdulillah lepas minum Jus Lutox Dnars memang membantu memulihkan. Makin tak sabar lak nak cuba minum ni.


Kiranya kalau minum bulan-bulan puasa ni memang lagi bertambah la tenaga. Hujung nak dekat raya ni tak la rasa lemau sangat badan kan. Jadi aku pun apa lagi. Tengah tunggu jus Lutox Dnars sampai rumah ja ni. Jus Lutox Dnars boleh diambil setiap hari dan sesuai untuk seisi keluarga. Jadi balik raya bukan minum sorang tau. Minum satu keluarga, atok, opah, saudara, sepupu, da nada lebih boleh la kongsi dengan tetamu yang datang.

Menangi Duit Raya Dari DNARS Sebanyak RM1,500 !! 


Baru ni ada tengok kawan share contest menang duit raya dari DNARS dekat facebook DNARS JUS LUTOX  . 

Caranya mudah je , cuma LIKE, KOMEN, SHARE & TAG dan HASTAG #DuitRayaDnars di facebook DNARS ( klik untuk join ) .

InsyaAllah ada rezeki tak kemana. 1 Syawal ni keluar result lepas tu, 2 Syawal terus dapat duit raya untuk pemenang. Kalau korang nak join tu cepat-cepat la sebelum hari raya. Ada rezeki tu ada la kan. InsyaAllah.




Jadi kalau korang nak info dan nak order Jus Lutox ni boleh terus secara atas talian dekat  :

Website : www.lutox.com.my
FB : https://www.facebook.com/juslutoxdnars/



Tukar dan Jimat dengan Watsons Cooling Gel Patch


Assalamualaikum ! Hai guys bulan puasa biasanya bulan membazir untuk Lisa , tapi dengan ekonomi keadaan sekarang ni Lisa cuba elak membazir dan berjimat cermat . Beli makanan pun sehari memang dah limitkan bawah rm10.00 , ok la tu kena cut cost selagi boleh . Bukan hanya makanan , barang sehari-hari pun kalau boleh beli yang lebih murah tapi kualiti pun ok . Macam sekarang , selalu gak riki-riki kat Watson , alang-alang dekat dengan tempat kerja yang baru ni ha . Boleh tahan murah juga lah.. rasa nak bertukar ke barangan jenama watsons je . 

Tukar Cooling Gel Patch ke jenama Watsons, Lebih Jimat ! 


Kemarin my little boy demam la pulak , apa lagi ..rungsing punya hal , Lisa beli je gel pelekat kat kepala tu tuk turunkan panas , kali ini Lisa cuba beli Watsons Cooling Gel Patch 6's hanya RM10 je dalam 1 kotak tu . Lebih murah dari jenama  "X " yang biasa guna . Keesokan harinya alhamdulillah dah turun suhu badan . Risau jugak kalau budak demam demam ni ha .

Watsons Cooling Gel Patch 6's

Cara penggunaan : 

1. Lap kulit sebelum digunakan,  biar nanti pelekat tu melekat lebih baik.

2. Tanggalkan lapisan transparant dan letakkan permukaan gel untuk kawasan badan yang diingini

3. Simpan di dalam peti sejuk sebelum digunakan untuk kesan penyejukan yang lebih baik.  Untuk mengelakkan dari kerosakan , jangan simpan Cooling Gel patch dalam peti sejuk.

4. Untuk menyimpan lebihan Watsons Cooling Gel Patch  yang tidak terpakai setelah dibuka, lipat bungkus alumium dua kali di sepanjang garis putus-putus, lalu letakkan di dalam kotak atau peti sejuk untuk mengelakkan hubungan dengan udara.


Bukan hanya tuk demam atau sakit kepala , tapi watson cooling gel patch ini boleh guna juga untuk : Sakit gigi , cuaca panas , sukar tidur , juga kekejangan otot lepas bersukan. Jimat bukan ?


Tak sama dengan apa yang Lisa selalu bayangkan , lebih murah tak semestinya kuliti low . Ha... buktinya watsons cooling gel patch ni walaupun harga murah , tapi kualiti pon OK ! pelekat yang tak cepat tanggal dan juga boleh turunkan panas budak dengan cepat. Wahh boleh bertukar ke watsons  dan berjimat la lepas ni  . 

Kenapa Harus Bertukar ke Watsons ? 


  • Harga yang ditawarkan untuk jenama watsons lebih murah dari jenama X yang Lisa guna sebelum ni . Rugi pula kan kalau tak tukar ke watsons, 
  • Jimat .
  • Kualiti brand watsons  setanding dengan jenama X tapi aku boleh dapatkan  dengan harga yang lebih murah ? sapa tak nak weih.. duit yang lebihan tu boleh beli barang lain. 


SHOPPING SPREE DENGAN FASHA SANDHA ! 

Tukar dan Jimat jenama watsons dan korang akan menangi peluang ekslusif shopping spree dengan Fasha Sandha . Wahh macam menarik je ! Caranya senang je :-



Langkah 1 : 
  • Ambil gambar anda bersama produk jenama watsons yang ditukar dari jenama "B"

Langkah 2 
  • Kongsikan sebab-sebab anda menukar ke jenama watsons 

Langkah 3 
  • Hastag #myswitchandsave & #watsonsmalaysia di instagram dan Facebook 



Untuk maklumat lanjut :


Facebook : Watsons Malaysia

Instagram : @watsonsmy

#myswitchandsave
#watsonsmalaysia

Despicable me 3 best atau tak ?

Ba..ba.. baa... baa.. nana..  Agak lama tak tengok wayang di pawagam ,  hari Jumaat tu juga Lisa bawa budak-budak pergi tengok wayang ni ha ...Despicable me 3 ni tak silap keluar 17 June 2017 . Sekali sekala kan .. lagipun sabtu tak sekolah . My little boy salah seorang yang suka dengan minion ni , sampai la bag sekolah , bekas makan , baju , cadar , selimut pun ada gambar minion . Fuhh... 

Despicable me 3 best atau tak ? 

Best , dan rasa macam sekejap je tengok  .Kalau tak best, mesti dalam hati .. " bila aih nak habis wayang ni " . Lisa bagi 4/5 bintang .. hehehehe . Budak-budak pun terhibur , cerita ni banyak buat kita tertawa la , semangat kekeluargaan pun ada .  

Oh ya ... untuk cawan minion ni tak de dalam online . Jadi kalau korang beli tiket online ... kena beratus beli asing la untuk set makanan dengan cawan minion ini.

Sinopsis Despicable me 3 

Ceritanya Gru dibuang kerja sebab tak berhasil tangkap penjahat . Then minions bg cadangan GRU untuk berbuat jahat semula, tapi Gru taknak . Dan tiba-tiba ...muncullah adik GRU iaitu kembar dia yang selama ini dia tak tahu pun ada kembar . Agaknya Gru percaya tak ye cerita tentang adik kembar Gru itu ? Ha... nak tau jalan cerita korang kena tengok sendiri la . Bestt woo... 

Cuti sekolah nanti tengok la ye di pawagam terdekat , hehehe.... tak salah bawa budak-budak untuk happykan diorang sekali sekala ... 


INTERNET PERCUMA CELCOM PROMO RAYA

Lama tak tulis entri celcom , hahah sebab banyak sangat promo so tak menang tangan nak menulis ( eleh.. padahal malas ) . Okay... kabar gembira untuk korang yang guna celcom xpax prabayar , sekarang celcom sedang buat promosi sampena ramadhan dan raya . Dapatkan hingga 20Gb kuota pelan tambahan , whatsapp dan wechat  percuma dengan hi speed internet . , panggilan tanpa had  ke 10 number , percuma 10Gb internet tengah malam atau... percuma rm10 baucar tunai dari lazada . Wah macam menarik je ... 



CARA UNTUK DAPATKAN FREEBIES XPAX PROMO RAMADHAN DAN RAYA 


Korang boleh nikmati 3 ganjaran menarik dari promo yang celcom buat untuk pengguna xpax . Nah cara dan syaratnya senang je ,

1. Freebie Raya . 

Apa yang best dari Freebie raya ni ? Langgan mana-mana pelan internet bulanan dan nikmati ganjaran percuma pilihan anda . korang boleh memilih salah satu (1) Ganjaran kelebihan xpax yang ditawarkan seperti :- 
  • Percuma Panggilan tanpa had ke 10 number 
  • Percuma 10GB internet burung hantu 
  • Percuma RM10 baucar tunai dari Lazada. 
Caranya :
 Hanya perlu melanggan internet bulanan sama ada RM30 untuk 5Gb ( Dial #118*2*4# ) atau  RM50 untuk 10GB . (#118*2*3# )  . PSttt : Jika umur korang bawah 25tahun ., boleh activekan kaw-kaw squad di aplikasi Xpax . dan dapatkan 50% Internet percuma .



Type of Internet PlanInternet QuotaValidity PeriodUSSD Direct Dial
Monthly RM305GB30 days*118*2*3#
Monthly RM5010GB30 days*118*2*4#


Pelanggan akan menerima SMS kedua yang digunakan untuk menebus freebie. Apa-apa freebie tidak ditebus selepas tamat Tempoh Penebusan akan dibatalkan.

2. Reedem freebie raya guna USSD : *118*1*5*1# atau di aplikasi XPAX .




Raya Lebih-Lebih

Yang ini pula jika melanggan add-ons menggunakan , korang boleh dapatkan double kuota untuk pakej yang dilanggan tadi . 

a. Internet burung hantu 
Internet burung hantu mingguan biasanya dapat 10Gb , kali ini korang akan dapat 2kali ganda iaitu 20GB . Hanya perlu dial *118*3*3*2# 
Untuk Internet burung hantu harian/daily pula akan dapat 2GB , caranya guna ussd *118*3*3*1# 

2. Facebook 
Untuk aktifkan facebook mingguan hanya perlu dail *118*3*4*2# dan nikmati 20GB internet . 
Sedangkan untuk Facebook harian pula 2GB  hanya perlu dial *118*3*4*1# .


3.Video Walla 
Video walla mingguan akan dapat 20GB internet , hanay perlu gunakan ussd *118*3*5*2# dan untuk video walla harian 2GB , hanya perlu dail *118*3*5*1# 

Wahhh menarik juga ni .... 




FreebieDate of redemption ("Redemption Period")
Late Night Internet 10GB WeeklyValid for 30 days upon date of subscription
Unlimited Call to 10 Friends WeeklyValid for 30 days upon date of subscription
RM10 Lazada Cash VoucherValid for 30 days upon date of subscription


Tawaran freebies yang terakhir pula : Chit-chat raya 


Chit Chat Raya
Free WhatsApp and WeChat throughoutRamadan and Raya!
Uishh mesti time raya ni semua orang ramai yang nak kirimkan ucapan hari raya dan berborak dengan sedara mara jauh kan , guna whatsapp dan wechat . Ishh mana ada orang guna sms dan kad raya lagi kan ? zaman dah canggih . #makkata , celcom xpax promo sampena hari ramadhan dan raya , bagi whatsapp dan wechat percuma dengan kelajuan internet hi-speed tau .

Caranya : 

Hanya perlu dail ussd : *118*1*5*2# atau menggunakan aplikasi XPAX . 


NOTA :
Tempoh Promosi
Promosi ini akan bermula dari 25 Mei 2017 hingga 30 Jun 2017 ("Tempoh Promosi"). Apa-apa lanjutan masa atas budi bicara muktamad dari Celcom



© all rights reserved
made with by templateszoo