Ad

Showing posts with label hotel. Show all posts
Showing posts with label hotel. Show all posts

Lake View College (LVC) Kolej Swasta Peringkat DIPLOMA


Selepas tamat SPM, mesti ramai diantara korang atau mungkin anak saudara yang berlumba-lumba untuk mengisi permohonan UPU bagi menyambung pelajaran di IPTA. Tambahan pula, dengan harapan ibu bapa yang ingin melihat setiap anak-anaknya berjaya dalam hidup, pasti semangat untuk sambung belajar masih tinggi dan berkobar-kobar. Tetapi, apabila keputusan UPU dan rayuan keluar, nama tak tersenarai untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA. hmm...Tentu rasa kecewa kan?

Lake View College (LVC) , Kolej Swasta Peringkat DIPLOMA




Masa itulah , ada yang mula hilang minat untuk sambung belajar sebab kecewa  apatah lagi, apabila tengok rakan-rakan sebaya sedang sibuk membuat persiapan melangkahkan kaki ke menara gading. Bagaimana pula dengan diri korang? mesti teringin teringin nak sambung pelajaran diploma sama seperti rakan-rakan yang lain . 

Usah risau, walaupun tak berjaya dapat tempat di IPTA, korang  masih berpeluang melanjutkan pelajaran di Lake View College (LVC) yang ditubuhkan pada tahun 2006 dan terletak di dalam persekitaran Bukit Merah Laketown Resort. 

7 Program / Bidang di Lake View College 


Dengan dikelilingi tasik dan kehijauan alam semulajadi, ianya menjadikan LVC sebagai suatu institusi pendidikan yang kondusif.  Antara tujuh bidang yang ditawarkan  ialah :
  • Diploma Kejururawatan, 
  • Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , 
  • Diploma Kesihatan Persekitaran , 
  • Diploma Pengurusan Hotel, 
  • Diploma Pengurusan Perniagaan dan 
  • Diploma Perakaunan.



Tentang Lake View College (LVC) 


Untuk makluman , LVC merupakan antara kolej swasta yang menawarkan yuran pengajian yang berpatutan di negara ini bagi peringkat Diploma. Dengan pelbagai fasiliti pengajaran dan pembelajaran yang lengkap, pengajian di LVC bukan sahaja berbentuk teori malah turut merangkumi komponen amali dan latihan praktikal. Ini bertujuan mempersiapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang perlu sebelum mereka menempuh alam pekerjaan kelak. 


LVC Menyediakan Bantuan Kewangan 


Bantuan kewangan? yang ni takperlu risau, kerana LVC ada juga menyediakan pinjaman pendidikan PTPTN untuk bantu merealisasikan hasrat menyambung pengajian. Bantuan zakat juga turut disediakan bagi yang kurang berkemampuan menerusi Badan Amal dan Kebajikan M K Land. 

Pelajar yang telah tamat pengajian di LVC di peringkat diploma juga boleh sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di mana-mana universiti awam ataupun swasta di negara ini. LVC turut dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan beberapa universiti tempatan sebagai kolej bersekutu.


Jadi kalian tak perlu risau jika ada minat untuk sambung pengajian semua di peringkat yang lebih tinggi nanti .



Untuk makluman  lagi, sehingga kini, LVC telahpun melahirkan sekitar 1,400 graduan, di mana ada di antara graduan kejururawatan juga keselamatan dan kesihatan pekerjaan ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian. Apa yang lebih membanggakan, ada di antara graduan kejururawatan LVC turut ditawarkan pekerjaan di hospital-hospital luar Negara seperti di Singapura, Dubai, Jeddah dan Kanada. Wow ... menarik bukan ?

Bagi mereka yang berminat, boleh layari  laman web LVC :   http://www.lvc.edu.my/ ,
Facebook :  www.facebook.com/lvcollege ) atau hubungi 60 5-890 8071 untuk keterangan lanjut. 







Jangan lupa hebahkan kat kawan atau sedara mara tau .... 😊

Percutian di LEXIS HIBISCUS Port Dickson


Assalamualaikum ! Salah satu dari wish list dah terpenuhi ,. yes!  dah lama Lisa sememangnya nak pergi LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON , tempat ala-ala Boracay di Philiphina tu . Private pool gitu .Lain dari yang lain kali ini Lisa bercuti di bulan ramadhan . walaupun begitu tetap ramai juga yang bercuti di Lexis Hibiscus . Teruja betul nak menaip kali ini.

Percutian di LEXIS HIBISCUS Port Dickson  Buat Aku Teruja !!


Dari banyak-banyak hotel , Lexis Hibiscus PD yang paling buat aku teruja . Dah terbayangkan ada Swimming pool private dalam bilik dan tak perlu berkongsi dengan orang . Ada Sauna , Katil besar.. private pool dan macam-macam la. Heavennya ! dah terbayangkan oih..

Hotel Lexis Hibiscus Port Dickson menyediakan berbagai pilihan bilik , dari executive , sky pool , premium dan banyak lagi, Kali ini Lisa menginap di  bilik Executive  harga dalam RM1020.00 satu malam . tengok dari maps terletak di bahagian daun hibiscus ni .



KEMUDAHAN DI LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON

Turun dari kereta , akan ada orang yang buka pintu kereta , tolong bawakan barang  dan ya.. semua itu percuma saja tanpa caj  , terasa ala princes la pula .  Banyak kaunter pendaftaran so korang tak perlu risau menunggu lama , oh ya ..di LEXIS Hibiscus ni ada  sofa untuk tempat menunggu sementara korang nak check in , ada Live performance , ada minuman sejuk ,, dan aiskrim ..ya sama semua  diberikan secara percuma sahaja . Best kan ?



Sebelum naik Buggi (kendaraan disitu ) , kena beratur . Macammana dengan barang beg-beg besar pula ?part tu serahkan je dengan staff disitu ... hanya perlu bagitau dengan mereka number bilik korang nanti mereka akan hantar dengan selamat . So Jom kita menuju ke bilik pula 




Lisa bermalam di Executive Room Lexis Hibiscus Port Dickson , antara kemudahan yang Lisa dapat seperti :

  • Keluasan71 sqm
  • Terletak di  bahagian daun bunga raya / hibiscus
  • glass panel di lantai untuk melihat kehidupan laut dibawah.  to view the marine life below
  • 2 king beds
  • swimming pool peribadi  dan sauna di kawasan balkoni 
  • bilik air yang besar 



2 KATIL KING SIZE 



Meja yang luas dan selesa. Dibawah meja bahagian kiri dari gambar , yang berwarna putih tu dalam ialah peti ais bersaiz kecil , Setakat nak sejukkan minuman dalam tin dan menyimpan makanan tu boleh la .




Walaupun Lexis berada di tepi pantai , tapi tak menjejaskan line telephone dan juga internet . Lisa guna talian celcom , full barr 4G  (just masa di lobi hotel tu je la line bertukar ke E , sob-sob  nasib baik ada wifi percuma ) , haa kira ok la tu sebab biasanya kalau kawasan tepi pantai ni line telephone susah sikit dan ada pun tak berapa nak laju . Di Executive Room Lexis Hibiscus ni juga korang akan dapat FREE WIFI , laju juga lah . So tak menjejaskan kerja korang , almaklumlah Lisa ni kena sentiasa guna internet ... hehe 

Jom jelajah bahagian bilik mandi dan swimming pool pulak .



panel kaca di atas lantai untuk melihat kehidupan marin di bawah

Jangan risau , kaca ni boleh tahan untuk tampung berat badan korang .Hewww.. terbayang ada shark dibawah itu ..



 Bathroom Amenities

  • Shower
  • Hair dryer
  • Toiletries
  • Bathrobes


Peralatan untuk mandi memang dah biasa ada di mana-mana hotel , yang best disini disediakan sekali dengan hair-dryer dan juga tempat untuk iron baju tapi sayangnya takda iron disitu 😉 . Ha.. payung dan penimbang pun ada tau . Memang complete lah . 



Peti besi untuk simpan barang berharga .




Perempuan pantang tengok cermin , selfie kejap.. hew hewww 





 Private Swimming Pool 






Kedalaman kolam ni 1.2 meter . ada pelampung sekali jadi tak perlu risau untuk budak-budak .Yang pasti korang kena pantau la.. sebab bilik dengan laut hanya dipisahkan cermin. Hati-hati ye ,,,




Swimming pooll sea view 

Private pool di executive room ni dia tak berdepan-depan dengan bilik orang lain ,,, jadi aman la cik Lisa nak swimming disini without tudung , masih berpakaian sopan hehehe . Sebab gambar private so letak je gambar budak ni , see.. nampak tak betapa dia happy tengok laut ni . Memang release otak la..



Pemandangan di Lexis Hibiscus Port Dickson malam hari  . Ni tips untuk korang ye ,, lebih baik jalan kaki meronda-ronda disini daripada naik buggy car. Atau boleh je nak sewa basikal... ada tempat tuk sewa .




Design luar yang unik ! 
Kalau time pagi , angin kuat dan korang boleh menikmati ombak laut yang menghempas batuan tepi pantai.. ececece..  bermadah pulak . 


Oh ya Lisa dapat pakej room dengan Free sarapan  untuk 2pax / room 

Menu yang disediakan seperti : Nasi Lemak  yang dibungkus daun pisang , Nasi goreng , Daging rendang , Bihun goreng , aneka telur , Telur gulung , nuget , aneka roti ,aneka jus buah , salad , bihun sup , bubur dan banyak lagi . Ambek sedikit sudah , nanti boleh topup makan lagi . Hek hek...
Rasa untuk makanan ni 4/5 bintang. Sedap sampai menambah -nambah . opss .

Untuk sarapan ini korang boleh pilih sama ada Roselle coffee house  (yang ni kena beratur dulu ) atau masuk dalam lagi di UMI jappanese restaurant . Dua tempat ni sama je , boleh breakfast disini .




REVIEW LISA

  • Lisa sangat puas hati dengan service dan bilik disini. antaranya : 
  • Layanan / service yang mudah 
  • Check in cepat dan mudah je 
  • Staff friendly dan murah senyum 
  • Kemudahan buggi car untuk bawa kita kedalam bilik jadi tak perlu la nak berjalan kaki usung beg tu ha . 
  • Bilik  yang luas dan selesa 
  • Katil best sedap tidur weih . 
  • Private pool , korang boleh swimming sesuka hati pagi ,siang , bahkan malam pun boleh tau dan tak berkongsi dengan orang luar . 
  • Sauna dalam bilik sendiri  tak perlu kongsi dengan orang lain , korang juga boleh set temperature sesuka hati .
  • Sewa basikal untuk keliling dan bersiar-siar di Lexis .
  • Boleh naik Heli untuk tengok Lexis Hibiscus dari atas . 



Nota : .. lepas ni harapnya ada iron la dalam bilik tu , sesuai untuk kami yang nak iron tudung ni ha , tak kan nak bawa iron dari rumah . hukss.. 

Rating Lisa :-(1-5 bintang ) 

Kebersihan : 5/5 ,
bersih gila beb lexis hibiscus ni , dari mula lobi sampailah di semua sudut .


Makanan : 4.5/5
Hampir kesemua makanan disini sedap . Sayangnya ayam rendang tu dah habis awal .. harap lepas ni dapat di banyakkan lagi menu itu .

WIFI : 5/5,
Laju , dalam bilik , dalam private pooll atau dibilik sebelah pun still boleh guna . Laju weih.. walaupun ramai orang guna . 1 password wifi ni boleh digunakan disemua tempat area Lexis ini tak terhad di bilik sahaja .

Bilik : 4.5/5
Bilik luas weih , dan sayang just pada iron tu takde tapi tempat iron ada haha.

Keselesaan tidur : 5/5 
Selesa tidur sampai tak sedar dah pagi , takda ganguan bunyi bising .

Lokasi : 4.5 /5 
Senang cari , alhamdulillah tak sesat lagi hahaha.

Value : 4/5 


Korang boleh juga rasai tarikan yang special untuk naik Heli di Lexis Hibiscus ini, hanya beroperasi ketika hujung minggu dan juga cuti umum . Boleh ride dan tengok pemandangan Lexis Hibiscus dari atas . Macam best je kan ? tapi sayang time Lisa pergi tu cuaca tak mengizinkan nak naik , uhukss kecewa ! Lain kali la pergi lagi :p 



Untuk maklumat selebihnya :-

 Lexis Hibiscus Port Dickson 

Address: 12th Mile, Jalan Pantai, Port Dickson, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan, Malaysia
Phone: +60 6-660 2626


Terimakasih Lexis Hibiscus Port Dickson , semoga Lisa ada kesempatan untuk datang sini lagi ..hehee





Hotel in Kuala Lumpur dan Lokasi Menarik di Sekitarnya.



Hotel in Kuala Lumpur dan Lokasi Menarik di Sekitarnya. || Tak di nafikan lagi Kuala Lumpur ( KL ) tempat yang best dan menjadi tarikan oleh ramai orang , termasuk la Lisa  . Ibarat Kuala Kumpur ni dah macam Syurga Dunia . Kedengaran macam overrated , tapi mesti ramai yang akan cakap ya dan setuju dengan Lisa . Kenapa Lisa panggil Kl seperti syurga ? sebab di KL tu macam-macam ada. Banyak kemudahan dari segi transport , jalan-jalan ,shopping , makanan , atau tempat-tempat menarik lainnya .Untuk korang yang dah pernah datang atau bahkan duduk di KL, mungkin korang dah tau kenapa kan?  Dan untuk korang yang belum pernah sampai KL , jom Lisa story dan gambarkan tentang apa yang best di Kuala Lumpur . 

KL, seperti kita semua sedia maklum merupakan ibu negara kepada Malaysia dan mempunyai kepadatan penduduk yang paling tinggi di negara ini. Kuala Lumpur Malaysia menerima kedatangan pelancong yang tinggi jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain di negara kita. Now this fact alone has given you some insight of what KL has to offer. Kebanyakan pelancong datang ke sini kerana keunikan yang ada di bandar ini. Taman tema, bangunan bersejarah, pusat membeli-belah besar serta hebat , hotel in Kuala Lumpur adalah antara tarikan di bandar besar ini . Kalian boleh mencari lebih banyak lagi tempat yang best , jika browse melalui Traveloka.com . 

Bukan tu saja, KL juga merupakan bandar yang paling selesa untuk dilawati sebab dah dilengkapi dengan banyak kemudahan asas seperti tandas awam (yang bersih), surau/masjid (for muslim) serta kemudahan pengangkutan awam yang effisyen. Jadi, senang la korang nak bergerak kan?! Jika korang dah memang tinggal di KL , apakata kalian try untuk jadi ala-ala pelancong ? Tak.. bukan gurau tau . Lisa serious . Kemas beg kalian , gunakan public transport , dan  book a hotel in Kuala Lumpur at https://www.traveloka.com/en-my/ and kalian dah sedia untuk adventure !!




Korang boleh mulakan hari dengan sarapan yang best dan ke terus KLCC untuk membeli-belah atau mengembara ke dunia lautan di Aquaria. Ataupun korang nak bakar lemak di taman tema air di Sunway Lagoon dan terus berseronok sampai malam ni kelab-kelab hiburan yang ada di sekitar Sunway Pyramid.  Kalau korang jenis yang sukakan alam semulajadi, Jangan risau ada juga ,tadi Lisa ada bagitau di KL ni semuanya ada, kan !? Hihi. Korang boleh melawat ke Taman Burung KL yang terletak berdekatan dengan the famous Lake Garden. Suasana kat sana yang sangat tenang boleh bantu korang untuk hilangkan stress dan redakan jiwa yang lara hahah. Not only that, berdekatan dengan kawasan tu juga terdapatnya Masjid Negara, Muzium Kesenian Islam, Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan Majestic Hotel (korang boleh dapat harga lebih murah di Traveloka.com). Bagi korang yang nak tengok keunikan seni bina dan sejarah ketamadunan Islam , bolehlah melawat ke tempat-tempat ni. 



Nah.. untuk korang yang jenis kaki makan , Lisa akan katakan inilah syurga untuk korang! Makanan ala-ala Utara, Pantai Timur atau bahkan  international cuisine, semua ada. Pilih je nak fine dine atau makan kat kedai biasa. Kalau nasib korang baik, korang berpeluang untuk experience food festival event yang dianjurkan di sekitar KL. Festival ini biasanya akan melibatkan famous food vendors dari seluruh negara . Untuk korang yang kaki shopping pulak, korang bolehlah shopping sampai pengsan. Antara tempat-tempat shopping yang famous kat sini ialah Bukit Bintang, Petaling Street dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Shopping mall's yang dekat dengan area sana seperti Pavillion, Fahrenheit dan Sogo. Macam-macam barang dan brand yang korang boleh jumpa, local or original, semua ada! 


Untuk korang yang nak datang dari luar (atau dalam) Kuala Lumpur Malaysia, kalau nak cepat korang boleh check flight kat Traveloka.com. Cara ni paling mudah. Bukan tu saja, kalau korang consider untuk tinggal beberapa hari , korang pun boleh check dan book hotel in Kuala Lumpur untuk dapatkan hargahttps://www.traveloka.com/en-my/hotel yang paling rendah, also at Traveloka.com. Ni ada lagi satu good news, bermula dari 29  August sampai 4 Sept 2016, Traveloka.com ada buat promotion untuk selected flight and hotel. So Jangan buang masa korang , Jom terjah sekarang ! 









© all rights reserved
made with by templateszoo