Ad

Lake View College (LVC) Kolej Swasta Peringkat DIPLOMA

Lake View College (LVC) Kolej swasta Peringkat DIPLOMA

Selepas tamat SPM, mesti ramai diantara korang atau mungkin anak saudara yang berlumba-lumba untuk mengisi permohonan UPU bagi menyambung pelajaran di IPTA. Tambahan pula, dengan harapan ibu bapa yang ingin melihat setiap anak-anaknya berjaya dalam hidup, pasti semangat untuk sambung belajar masih tinggi dan berkobar-kobar. Tetapi, apabila keputusan UPU dan rayuan keluar, nama tak tersenarai untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA. hmm...Tentu rasa kecewa kan?

Lake View College (LVC) , Kolej Swasta Peringkat DIPLOMA




Masa itulah , ada yang mula hilang minat untuk sambung belajar sebab kecewa  apatah lagi, apabila tengok rakan-rakan sebaya sedang sibuk membuat persiapan melangkahkan kaki ke menara gading. Bagaimana pula dengan diri korang? mesti teringin teringin nak sambung pelajaran diploma sama seperti rakan-rakan yang lain . 

Usah risau, walaupun tak berjaya dapat tempat di IPTA, korang  masih berpeluang melanjutkan pelajaran di Lake View College (LVC) yang ditubuhkan pada tahun 2006 dan terletak di dalam persekitaran Bukit Merah Laketown Resort. 

7 Program / Bidang di Lake View College 


Dengan dikelilingi tasik dan kehijauan alam semulajadi, ianya menjadikan LVC sebagai suatu institusi pendidikan yang kondusif.  Antara tujuh bidang yang ditawarkan  ialah :
  • Diploma Kejururawatan, 
  • Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , 
  • Diploma Kesihatan Persekitaran , 
  • Diploma Pengurusan Hotel, 
  • Diploma Pengurusan Perniagaan dan 
  • Diploma Perakaunan.



Tentang Lake View College (LVC) 


Untuk makluman , LVC merupakan antara kolej swasta yang menawarkan yuran pengajian yang berpatutan di negara ini bagi peringkat Diploma. Dengan pelbagai fasiliti pengajaran dan pembelajaran yang lengkap, pengajian di LVC bukan sahaja berbentuk teori malah turut merangkumi komponen amali dan latihan praktikal. Ini bertujuan mempersiapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang perlu sebelum mereka menempuh alam pekerjaan kelak. 


LVC Menyediakan Bantuan Kewangan 


Bantuan kewangan? yang ni takperlu risau, kerana LVC ada juga menyediakan pinjaman pendidikan PTPTN untuk bantu merealisasikan hasrat menyambung pengajian. Bantuan zakat juga turut disediakan bagi yang kurang berkemampuan menerusi Badan Amal dan Kebajikan M K Land. 

Pelajar yang telah tamat pengajian di LVC di peringkat diploma juga boleh sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di mana-mana universiti awam ataupun swasta di negara ini. LVC turut dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan beberapa universiti tempatan sebagai kolej bersekutu.


Jadi kalian tak perlu risau jika ada minat untuk sambung pengajian semua di peringkat yang lebih tinggi nanti .



Untuk makluman  lagi, sehingga kini, LVC telahpun melahirkan sekitar 1,400 graduan, di mana ada di antara graduan kejururawatan juga keselamatan dan kesihatan pekerjaan ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian. Apa yang lebih membanggakan, ada di antara graduan kejururawatan LVC turut ditawarkan pekerjaan di hospital-hospital luar Negara seperti di Singapura, Dubai, Jeddah dan Kanada. Wow ... menarik bukan ?

Bagi mereka yang berminat, boleh layari  laman web LVC :   http://www.lvc.edu.my/ ,
Facebook :  www.facebook.com/lvcollege ) atau hubungi 60 5-890 8071 untuk keterangan lanjut. 







Jangan lupa hebahkan kat kawan atau sedara mara tau .... 😊
14
( Hide )
  1. Bagus ada kolej mcm lvc ni. Sediakan ruang dan peluang untuk pelajar-pelajar yang tak berjaya ke IPTA tapi masih berminat nak sambung pelajaran.

    ReplyDelete
  2. Bagus ada kolej gini… Memberi peluang pada yang tak berjaya ke IPTA.
    Cantik lak tuu tempat nya

    ReplyDelete
  3. jurusan yang ditawarkan pun semua menarik dan popular ...

    ReplyDelete
  4. Byk dah tempat nak sambubg study, yang penting pilih ikut kelayakan dan minat confirm berjaya . Dkna minat nk jadi nurse tp x dpt tawaran. Hahahaa

    ReplyDelete
  5. Menarik ni lisa..sapa2 yg nak masuk kolej..jom sertai LVC ..

    ReplyDelete
  6. Bagus untuk mereka2 yg brsedih hat xdpt masuk U tu , tq for info lisakk

    ReplyDelete
  7. Persekitaran menarik utk belajar nie

    ReplyDelete
  8. Bagus jugak ada kolej camni, at least boleh bagi peluang pada yang tak masuk ke IPTA untuk lanjutkan pelajaran.

    ReplyDelete
  9. Menarik..rasa nak sambung blaja dekat sini pulak

    ReplyDelete
  10. Nampak selesa sangat kawasan pembelajaran diorang ni...pilihan yang baik!

    ReplyDelete
  11. aik, mana hilangnya komen tadi... tempat study sekarang semuanya cantik-cantik... yang penting course yang dipilih mesti perlu sesuai

    ReplyDelete
  12. terbaik..boleh rekemen dekt saudara

    ReplyDelete
  13. Nak tunjuk kat anak sdara la,kot2 dia minat

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo