Ad

Showing posts with label education. Show all posts
Showing posts with label education. Show all posts

Lake View College (LVC) Kolej Swasta Peringkat DIPLOMA


Selepas tamat SPM, mesti ramai diantara korang atau mungkin anak saudara yang berlumba-lumba untuk mengisi permohonan UPU bagi menyambung pelajaran di IPTA. Tambahan pula, dengan harapan ibu bapa yang ingin melihat setiap anak-anaknya berjaya dalam hidup, pasti semangat untuk sambung belajar masih tinggi dan berkobar-kobar. Tetapi, apabila keputusan UPU dan rayuan keluar, nama tak tersenarai untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA. hmm...Tentu rasa kecewa kan?

Lake View College (LVC) , Kolej Swasta Peringkat DIPLOMA




Masa itulah , ada yang mula hilang minat untuk sambung belajar sebab kecewa  apatah lagi, apabila tengok rakan-rakan sebaya sedang sibuk membuat persiapan melangkahkan kaki ke menara gading. Bagaimana pula dengan diri korang? mesti teringin teringin nak sambung pelajaran diploma sama seperti rakan-rakan yang lain . 

Usah risau, walaupun tak berjaya dapat tempat di IPTA, korang  masih berpeluang melanjutkan pelajaran di Lake View College (LVC) yang ditubuhkan pada tahun 2006 dan terletak di dalam persekitaran Bukit Merah Laketown Resort. 

7 Program / Bidang di Lake View College 


Dengan dikelilingi tasik dan kehijauan alam semulajadi, ianya menjadikan LVC sebagai suatu institusi pendidikan yang kondusif.  Antara tujuh bidang yang ditawarkan  ialah :
  • Diploma Kejururawatan, 
  • Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , 
  • Diploma Kesihatan Persekitaran , 
  • Diploma Pengurusan Hotel, 
  • Diploma Pengurusan Perniagaan dan 
  • Diploma Perakaunan.



Tentang Lake View College (LVC) 


Untuk makluman , LVC merupakan antara kolej swasta yang menawarkan yuran pengajian yang berpatutan di negara ini bagi peringkat Diploma. Dengan pelbagai fasiliti pengajaran dan pembelajaran yang lengkap, pengajian di LVC bukan sahaja berbentuk teori malah turut merangkumi komponen amali dan latihan praktikal. Ini bertujuan mempersiapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang perlu sebelum mereka menempuh alam pekerjaan kelak. 


LVC Menyediakan Bantuan Kewangan 


Bantuan kewangan? yang ni takperlu risau, kerana LVC ada juga menyediakan pinjaman pendidikan PTPTN untuk bantu merealisasikan hasrat menyambung pengajian. Bantuan zakat juga turut disediakan bagi yang kurang berkemampuan menerusi Badan Amal dan Kebajikan M K Land. 

Pelajar yang telah tamat pengajian di LVC di peringkat diploma juga boleh sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di mana-mana universiti awam ataupun swasta di negara ini. LVC turut dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan beberapa universiti tempatan sebagai kolej bersekutu.


Jadi kalian tak perlu risau jika ada minat untuk sambung pengajian semua di peringkat yang lebih tinggi nanti .



Untuk makluman  lagi, sehingga kini, LVC telahpun melahirkan sekitar 1,400 graduan, di mana ada di antara graduan kejururawatan juga keselamatan dan kesihatan pekerjaan ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian. Apa yang lebih membanggakan, ada di antara graduan kejururawatan LVC turut ditawarkan pekerjaan di hospital-hospital luar Negara seperti di Singapura, Dubai, Jeddah dan Kanada. Wow ... menarik bukan ?

Bagi mereka yang berminat, boleh layari  laman web LVC :   http://www.lvc.edu.my/ ,
Facebook :  www.facebook.com/lvcollege ) atau hubungi 60 5-890 8071 untuk keterangan lanjut. 







Jangan lupa hebahkan kat kawan atau sedara mara tau .... 😊

Belajar Mandarin Percuma Di KUNKWAN

Kunkwan International Mandarin Training Centre


Belajar Mandarin Secara Percuma Di KUNKWAN  || Orang selalu keliru kalau jumpa Lisa untuk kali pertama . Sama ada Lisa ni Cina mualaf atau nenek moyang ada keturunan cina . Sebab Lisa ni mata sepet , kulit putih kadang cakap mandarin tapi Lisa bukan keturunan cina . Nah... confuse sudah . Lisa nak bagitahu sekarang bukan susah kalau kalian nak belajar penuturan bahasa mandarin . Boleh join program latihan percuma di Kunkwan . 

Ramai sebenarnya yang minta Lisa untuk ajar Mandarin . Memang tak la kalau nak ajar , ajar sikit-sikit je boleh . Sebab tak tahu nak mula ajar dari mana . Tapi Lisa nak share satu promosi program baru , untuk latihan ajar bahasa mandarin . Dan progam ini ialah percuma tau ,Percuma ? Ya... betul. untuk program Super Saturday dari  Kunkwan ,  satu program latihan mandarin percuma yang diadakan pada setiap Sabtu untuk kalian bercakap mandarin  yang tak tahu bercakap mandarin.


Kunkwan International Mandarin Training Centre


KUNKWAN  



 Kunkwan adalah pusat latihan pertama di Malaysia di mana menggunakan sistem 'pembelajaran interaktif'. Pembelajaran Cina dengan membuat apa-apa lebih mudah dan berkesan di sini kerana pelajar bukan sahaja diberikan dengan kebebasan untuk memilih dari pelbagai kursus dan kelas, tetapi mereka juga boleh menikmati semua kemudahan dan aktiviti yang dianjurkan oleh pusat kunkwan.

 Semua guru-guru yang mengajar disini adalah profesional tau dalam  Pengajaran Cina sebagai bahasa kedua . Sebab tu kalian akan lebih mudah dalam penuturan , sebab penuturan kena betul tau . 1 ayat dalam mandarin , boleh ada 4 makna yang berbeda.  






Kunkwan International Mandarin Training Centre



Sebab mengapa kalian harus memilih KUNKWAN


Kunkwanization TM adalah wakil corak pengajaran inovasi di mana program pembelajaran direka khas untuk pelajar Malaysia. Dengan merujuk kepada Chinese course yang ditawarkan di Malaysia, Singapura, Taiwan dan China, kursus-kursus kunkwan juga mengambil kira mata pelajaran yang berkaitan seperti pedagogi, psikologi dan linguistik sebagai asas teori program. 

Kunkwan International Mandarin Training Centre




 Kursus Latihan Super Saturday diadakan setiap hari Sabtu  bermula 14:30- 15:30 
 Penceramah Mandarin bukan asli . 

*pstt : minuman percuma akan disediakan
.











Berminat untuk join kelas bahasa mandarin ? dapatkan detail lebih lanjut mengenai Kunkwan Super Saturday melalui detail dibawah ini :

Lokasi : 

 Kunkwan International Mandarin Training Centre (Behind AEON Tebrau City)

lock E02-01 to E02-07, Jalan Harmonium 24/2,
Taman Desa Tebrau,
81100 Johor Bahru, Johor


Hubungi: 1700-816-861
Faks: + 607-351 2982
E-mel: msia@kunkwan.com
Laman Web: www.kunkwan.com








© all rights reserved
made with by templateszoo