Ad

LIRIK CINTA YANG SEMPURNA - QANDA

 Untuk kalian yang tertanya-tanya apa OST lagi tema untuk drama Duda Terlajak Laris di TV3 slot akasia ,, nah Lisa share untuk kalian .

LIRIK LAGU CINTA YANG SEMPURNA – QANDA
OST Lagu Tema Duda Terlajak Laris

Setiap kata yang terungkap
Umpama alasan yang tak bernoktah
Mengapa dugaan melanda
Engkau dan aku
Setiap bicara kan layu
Hilang di mana
Selalu dicemar ungkapan yang berbisa
Tak sanggup lagi ku sengsara
Engkau dan aku
Harapan agar terus bersama
Dan aku tak mahu berpisah
Andainya ku hilang dalam cinta
Suluhkanlah aku
Dengan rasa yang sempurna
Di dalam gelapku
Dan terus bersama dakapanmu
Cinta yang sempurna
Hilang di mana
Selalu dicemar ungkapan yang berbisa
Tak sanggup lagi ku sengsara
Engkau dan aku
Harapan agar terus bersama
Dan aku tak mahu berpisah
Andainya ku hilang dalam cinta
Suluhkanlah aku
Dengan rasa yang sempurna
Di dalam gelapku
Dan terus bersama dakapanmu
Seandaiku hanyut dalam cinta
Pautkanku senyum yang sempurna
Tuk hiasi sepanjang nafasku
Dan bisaku merasakan cinta
Cinta yang sempurna
Andainyaku hilang dalam cinta
Suluhkanlah aku
Dengan rasa yang sempurna
Di dalam gelapku
Dan terus bersama dakapanmu
Seandaiku hanyut dalam cinta
Pautkanku senyum yang sempurna
Tuk hiasi sepanjang nafasku
Dan bisaku merasakan cinta
Cinta yang sempurna
Cinta yang sempurna
Cinta yang sempurna




Fresh dan wangi dengan De'Xandra


 Fresh dan wangi dengan De'Xandra || Assalamualaikum semua , selain makeup.. barang perempuan yang ada dalam beg mesti kalian dah tahu kan ? ya.. betul.. perfume . Perfume antara barang yang wajib ada untuk sesetengah perempuan . Paling kurang pun kaum hawa ni ada 2 perfume , satu letak dalam beg dan satu lagi simpan di bilik. Dari banyak-banyak perfume.. pastinya selera orang lain-lain . Ada yang suka jenis bau kuat , dan Lisa pula suka yang jenis perfume soft dan fresh tapi tahan lama . Kawan syorkan jenama De'Xandra .







Memang rambang mata la dibuatnya .. banyak jenis perfume De'Xandra,, berpinar mata nak pilih . Bukan hanya untuk perempuan sahaja tau , tapi untuk lelaki juga ada ! setelah lama tengok list , finally  pilih De'Xandra wangian DKNY Fresh Blossom . 



Proses penghataran sampai ketangan Lisa, 3 hari masa bekerja . Cepat bukan ? time tu tak sabar betul tunggu perfume tu, excited la katakan .. sebab tak pernah try pakai De'Xandra.  Selalunya dengar dari kawan-kawan je.  Kali ni nak try la sendiri .
Untuk senarai jenis perfume De'Xandra , kalian boleh tengok di gambar bawah ini. 







CIRI-CIRI lain yang ada pada DE'XANDRA PERFUMES

1) 35ml , EDP perfume
2) Mudah di bawa TRAVEL
3) Produk bumiputera
4) Tahan lebih lama, lebih 8 jam
5) Setanding produk antarabangsa
6) Kesemua senarai perfumes adalah yang paling di cari penggemar perfume
7) Menepati citarasa dan permintaan rakyat MALAYSIA


Nabil Raja Lawak dan wife Nabil, Zira adalah Duta Dexandra. Nabil pernah bawa masuk Dexandra ke Astro Ria dalam rancangan MeleTOP dan juga Radio EraFM.


REVIEW LISA : wangi memang wangi , tahan lama pula tu . Rasa fresh dan tak pening kepala kalau spray ke baju atau badan . Botol yang kecik dan senang dibawa kemana-mana , masuk bag pun okay. Wangi lebih kurang dengan jenama perfume dubai yang mahal tu.. tapi harga mampu milik .Memang tak salah la pilih perfume De'Xandra .

Dah baca review mesti tergoda nak try juga kan ?  Untuk pertanyaan lebih detail atau pembelian..kalian boleh beli atau contact detail berikut . . How to buy/contact:

Phone No: 0132644310 (Liaomey)

Sesiapa yang teringin nak buat business Dexandra dropship/Agent , bersama dengan team Chettaki Omey, boleh contact Liaomey.

Celcom First Platinum RM150, 18GB UNLIMITED



 Celcom First Platinum RM150, 18GB UNLIMITED || Sebelum ni celcom keluarkan plan First Gold RM80 internet 10GB , unlimited call dan sms untuk kesemua rangkaian. Hari ini celcom melancarkan plan baru ,FIRST™ Platinum . Komitment bulanan RM150 , kalian akan dapat benefit yang memang berbaloi dari pelan telco lain.


FIRST™ Platinum dengan kuota internet yang lebih banyak 18GB , panggilan dan sms percuma kesemua rangkaian. Pastinya bukan itu sahaja, lebih banyak lagi kelebihan yang plan ini tawarkan Celcom First Platinum  seperti:
* FREE WIFI Celcom 9GB 
* Free Younder music , Zipit Chat , dan IFlix
*Carry forward balance data internet ke bulan hadapan 
*Pelanggan Celcom First Platinum juga akan boleh mendapat akses kepada Malaysia Airlines Golden Lounge Passes secara percuma.
*Free Data tambahan sebanyak 3GB
*Data roaming seharga rm38.00 untuk sehari 
*Wonderoam data internet seminggu RM138.00 sahaja dan nikmati panggilan dan sms tanpa had dari luar negara .
*TIADA KONTRAK










Kredit limit untuk celcom first Platinum sebanyak 1,000.00 dan tempoh perpanjangan untuk bill sampai 45 hari. First Platinum menggantikan package VIP sebelum ini iaitu , First ELITE .










WONDEROAM RM138 

Untuk kalian yang suka berjalan ke luar negara tapi masih ingin pakai no. sekarang , package ini memang berbaloi. Kadang tak semua orang nak tukar-tukar number atas urusan kerja . Wonderoam RM138 menawarkan data sebanyak 3GB untuk satu minggu , panggilan dan SMS percuma tiada had . Valid untuk 10 negara dalam senarai je ya ..





Pilihan di tangan anda , dari First Blue , First GOLD , atau First Platinum . Kunjungi cawangan celcom terdekat atau untuk online pendaftaran .. rujuk di Kedai Sim Murah 


NOTE :
*Prices displayed do not include 6% GST as 6% GST will be charged in bill.

*Unlimited Calls & SMS to all networks apply to domestic usage. This excludes video calls, calls to toll-free numbers or numbers with special charges e.g. 1-300/1-800/600, 121, TM100, 1MOCC, IDD calls to Singapore & IDD/border calls to Brunei.



ICE WATCH Glitter White Gold jadi Milikku !

ICE WATCH Glitter White Gold jadi Milikku ! || Dari kecil lagi Lisa memang minat pakai jam ,  Ayah Lisa lah orang pertama belikan jam , sebab ayah pun suka pakai jam tangan . Seumur hidup , Lisa memang tak pernah beli jam untuk diri sendiri . tapi minggu kemarin Lisa keluarkan uang dari poket  guna duit sendiri dan beli ICE Watch Glitter White Gold.  Teruja beb... sebab selalunya orang belikan , 



Uzu pemilik blog emasputih.com dalam senarai finallis Top-5 APO2016

Pertama kali tengok pun dah jatuh cinta dengan Ice watch glitter . Kaler gold  favorite tuu..lawa weii.. Jam ni sebenarnya kepunyaan abg BEN . Semua yang masuk dalam finallis TOP-5 APO2016 dapat seketul Ice Watch glitter . ABen open untuk Lelong Jam ni.. wahh apalagi.. Lisa beli la. Beli kat luar mahal. dalam RM 580-700++ . 





pilih  ke No 15 dan pilih BEN ASHAARI  !
Jangan lupa log in guna FB / Twitter / GOGGLE!

Undian korang amat dihargaiiii sgttt!!
Jangan lupa SHARE pada yang sudi

Terima kasih. info selebihnya baca di TAHNIAH BEN ASHAARI



Kalau kalian ada 2 facebook.. boleh juga undi uzu, blog  [ www.emasputih.com ]


Terimakasih ABen dan Uzu untuk Jam ini !




psttt DJ LIN pun ada juga tau...

Teruja Makan Nasi Daun Pisang !

Teruja Makan Nasi Daun Pisang ! || Assalamualaikum ! Selamat tengah hari. Lunch tadi kalian makan apa ? Semalam Lisa try makan Nasi Daun Pisang . Apa kata kalian try makan juga ? sedap woo..., Nasi Daun Pisang mesti dah selalu dengar .Nasi yang memang terkenal di kedai Mamak , selain dari nasi beriyani dan roti canai.

 Untuk kali pertama Lisa makan nasi tu , boss belanja . Sebenarnya Lisa tak boleh makan kari .. perut tak sesuai .. tapi sebab boss belanja , nak tak nak kena makan juga .  Teruja sangat sampai kawan Lisa  tanya .. " lisa duduk planet mana ? " hahah mungkin PCL pelik kot Lisa tak pernah makan nasi daun pisang .  


Lisa jeling meja sebelah... ada 2 amma dan appa makan nasi daun pisang juga. Kami tengok je dah berselera .. ya la.. dah nama pun teruja baru pertama kali makan .

Nasi  ni disajikan bukan dengan pinggan tapi dengan alas daun pisang . Nasi putih , sayur , acar timun dan nanas , keropok papadom , sayur kelor , dan lauk tu kalian boleh pilih terpulang selera masing-masing sama ada ikan , ayam atau kambing . Memula ingat sayur panjang tu sayur petola.. tapi dah masuk mulut , keras pulak kulitnya . Tanya dengan mamak tu pon tak tahu tu sayur apa. Hahaha.. uncle Indian sebelah meja bagitahu ,, tu namanya sayur kelor . First time juga makan sayur ni .


Blurppp.. (heyyy tak senonohnya ) , Alhamdulilah kenyang ! sangat teruja sampai tak perasan yang nasi dah habis.. dan tak tahu macam mana kari tu boleh masuk perut Lisa. Ah sudah.. memulas pun memulas la  .. fikir belakang nanti . Dah siap makan... lipatkan daun pisang tu macam gambar Lisa diatas ni . Heee belajar dari uncle dan aunty india sebelah tadi.

Komen Lisa :
Nasi daun Pisang memang sedap weii.. ! nasib baik ada sayur tu .. Lisa tambah dua kali sayur tu . Hehehe korang kena tau . Tempat makan pun bersih .


Lokasi : Bharathabhavan Restaurant (Sebelah klinik Shuba) 
Jalan Dato Teow Siew Khor , Kluang -Johor
Berhadapan dengan taman permainan sebelah AM BANK Kluang .

Cara Bold, Italic, strikethrough Whastapp

Cara buat ayat Bold, Italic ,strikethrough di WhatsApp 
Untuk kalian yang guna whatsapp, sekarang whatsapp dah ada fungsi baru . Sebelum ni whatsapp ada penambahan icon , baru-baru ni dah boleh buat ayat jadi Bold, Italic , strikethrough . Dah dua hari ramai pula dalam group whatsapp guna . Teruja la katakan.. Lisa pon ! hehehe 



Caranya:

BOLD 

Taip tanda asterisk (*) sebelum dan selepas perkataan .
Contohnya *Hello*   akan berubah jadi Hello

Italic

Taip tanda underscore ( _ ) sebelum dan selepas perkataan .
Contohnya _Hello_  akan berubah jadi Hello


Strikethrough

Taip tanda tilde (~) sebelum dan selepas perkataan .
Contoh : ~Hello~ akan berubah jadi Hello
Lepas ni kalian bolehla betulkan Typo tu dengan bergaya . Hahaha
Selamat mencoba .

Setakatni fungsi ini hanya untuk pengguna Iphone sahaja , untuk android belum lagi . Lambat sikit dari iPhone.


Senarai Pelakon Duda Terlajak Laris


Senarai Pelakon Duda Terlajak Laris || Lepas drama Tundukkan Playboy Itu habis, drama Duda Terlajak Laris la penggantinya . EH.,, macam iklan Dherbs je kan ? Terlajak laris.  Adaptasi dari novel yang sama tajuk , Duda Terlajak Laris karya Aifa Batrisya  ini lah yang akan ganti slot AKasia TV3 sebelum ini.

Untuk korang yang rindu lakonan Wawa Zainal dan Zara Zya ... jangan lupa tonton drama ni , sebab mereka akan hadir dalam drama ini. Rindu Wawa la ! sejak lepas berkahwin ni kan lama tak muncul dalam layar TV . Pelakon yang lain antaranya  : Idris Khan, Zara Zya, dan Wawa Zainal sebagai teraju utama. Dibantu oleh Bella Nazari, Ikhlas Jalil, Anis Al-Idrus, Kuza Muzaini dan ramai lagi.

 Saksikan drama bersiri Duda Terlajak Laris bermula 11 April nanti, pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6,58 petang di TV3.




  Barisan Pelakon Duda Terlajak Laris :

PELAKONWATAK
Idris Khan Zafran Aldrin Kamarulzaman (Zack)
Zara Zya Pehah / Inas
Wawa Zainal Anis Nabihah
Bella Nazari Idayu
Anis Al-Idrus Zainura
Kuza Muzaini Zah
Arash Mohd
Laila Nasir sebagai Miah
Ikhlas Jalil Atai
Syed Ali Peod
Remy Bob
Azzam Zamani Anas
Alif Hadi Fattan 


gambar credit myinfotaip.com 
SINOPSIS DUDA TERLAJAK LARIS 
Mengisahkan seorang lelaki yang bakal memahami erti cinta setelah mensia-siakan perkahwinannya. Zafran Aldrin Kamarulzaman atau Zack (Idris Khan) yang baru berumur 18 tahun dan mempunyai cita-cita untuk menyambung pelajarannya ke peringkat universiti seperti kakaknya. Dia tidak memikirkan tentang soal jodoh apatah lagi bersedia untuk berkahwin.

Satu malam, kejadian yang tidak pernah dijangka oleh Zack telah berlaku. Abang Bob telah menyuruh Zack pergi ke rumah adik angkatnya untuk menggantikan lampu bilik air di rumah. Malangnya, Zack ditangkap khalwat dengan Pehah (Zara Zya), adik angkat kepada Bob.

Zack terkejut bercampur perasaan maarah apabila dituduh berkhalwat dengan Pehah kerana dia tidak berbuat apa-apa dengan gadis yang tidak dikenalinya itu. Dalam sekelip mata, musnah impian dan masa depan Zack apabila dia terpaksa berkahwin dengan Pehah pada malam itu.

Zack terpaksa menurut untuk menjaga air muka tok ayahnya. Entah mengapa Pehah tidak beriya menafikan tuduhan khalwat itu. Bagi Zack, Pehah cuba menganiayainya tetapi Pehah dengan muka selambanya memberitahu Zack yang dia sebenarnya mencintai Zack.

Zack segera mencari idea untuk meninggalkan Pehah yang tidak pernah disentuhinya. Dengan alasan belajar di Sarawak, Zack meninggalkan Pehah di kampung. Zack enggan kembali walaupun untuk beraya bersama-sama keluarganya. Selepas dua tahun, dia hanya pulang apabila tok ayah yang dia sayang itu telah pergi.

Zack terkejut apabila saat dia tiba menziarahi arwah tok ayah, Pehah masih menunggunya. Pehah tetap setia dan menyatakan dia masih cintakan Zack. Namun Zack hilang sabar dan akhirnya menceraikan Pehah, isterinya yang dia sendiri tidak pernah sentuh dan juga tidak tahu apa-apa tentang diri Pehah walaupun nama sebenar Pehah.

Luluh hati Pehah “Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. itu doa saya”. – Pehah

Zack kembali ke Sarawak meneruskan pengajiannya. Setelah beberapa tahun, Zack pulang dan bekerja di Kuala Lumpur. Keluarga Zack selalu meminta Zack berumah tangga namun dia tiada hati untuk berkahwin. Lantas dia menetapkan syarat kepada ibunya sekiranya ingin mencari jodoh buat Zack.
Semua syarat itu sudah pasti bertentangan dengan Pehah. Zack memang tidak suka dengan apa sahaja ciri-ciri Pehah sama ada secara fizikal atau penampilan dalaman walaupun dia sendiri tidak mengenali Pehah sedalam-dalamnya.

Zack menjadi rebutan ramai calon yang ingin menjadi pasangannya. Setelah banyak kali menolak, akhirnya dia telah bertunang dengan Idayu (Bella Nazari) atas permintaan keluarga. Idayu sudah lama mencintai Zack semasa belajar tetapi Zack sendiri keliru tentang hubungan mereka berdua.

Kehadiran pekerja baharu, Anis (Wawa Zainal) telah menarik perhatian Zack. Hubungan Zack dan Idayu juga mula bermasalah kerana Idayu terlalu mengongkong kehidupan Zack. Kemudian seorang gadis bernama Inas muncul bagi meruntuhkan keegoannya. Ingin mengetahui kesudahan hidup duda terlajak laris ini?


JUDUL : DUDA TERLAJAK LARIS
EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 11 April 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6,58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
NOVELIS : Aifa Batrisya
SKRIP : Shuhadatul Ain Zakaria
PENGARAH : Fairuz Loy
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Idris Khan, Zara Zya, Wawa Zainal, Bella Nazari, Anis Al-Idrus, Kuza Muzaini, Arash Mohd, Laila Nasir, Ikhlas Jalil, Syed Ali, Remy, Azzam Zamani, Alif Hadi

Rayani Air Gantung Operasi

Rayani Air Gantung Operasi pilot mogok
Rayani Air Gantung Operasi || Rayani Penerbangan pertama patuh syariah di Malaysia., sebelum dengar review ada yang puas hati dan ada yang tak puas hati . Puas hati sebab Rayani bagi tiket tambang yang murah , tak puas hatinya sebab ada la beberapa kali penerbangan lambat. Flight delay berjam-jam .
 
Ravi Alagendrran , pemilik Rayani Air memberitahu mStar Online pada pagi Sabtu, penggantungan itu sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kemudian. penggantungan itu sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kemudian. Habistu penumpang yang dah book tiket macam mana pulak ?
"Semua bayaran balik dan pertanyaan berkaitan dengan penumpang yang telah ditempah awal, perlu dipanjangkan kepada info@rayaniair.com atau hubungi pusat panggilan di +603-27214925 (beroperasi setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang)," ujar Ravi.


"Ingin dimaklumkan bahawa kita telah menggantung operasi berkuat kuasa serta-merta pada 8 April 2016 sehingga dimaklumkan kemudian.

"Ia adalah sebahagian daripada pelan penstrukturan semula syarikat. Kita akan beroperasi semula selepas melakukan penstrukturan semula," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada portal berita ini



Lisa takde kesempatan lagi naik Rayani , hmm ... kabarnya , semalam pilot mogok tak nak terbangkan pesawat rayani , dan terpaksa penerbangan tu dibatalkan. Marah le penumpang sebab hari tu juga baru dimaklumkan yang flight dibatalkan. Tiga penerbangan dari Kuala Lumpur yang dijadualkan terbang ke Langkawi (RN182), Kota Kinabalu (RN130) dan Kuching (RN154) pada Jumaat dibatalkan .







Gantung sementara la ni.. nanti semua dah stabil.. Rayani boleh Fly lagi diawan biru.. 


Tambahan Data Untuk Pengguna MaxisONE

Morten Lundal Umum Tambahan Data Pengguna Maxis ONEPLAN
Morten Lundal Umum Tambahan Data Pengguna Maxis ONEPLAN || Beberapa hari ni viral dimedia sosial , ekoran kemarahan customer sebab MAXIS tak adil yang viral dari forum lowyat.net  .  Maxis bagi tawaran spesial harga  kepada pelanggan yang merancang untuk tukar rangkaian. Harga yang lebih murah daripada apa yang dibayar oleh pelanggan maxis yang lain. Sama-sama guna tapi si A dapat harga yang lebih murah . HUH ! kalau jadi kat kalian , memang la akan marah .

Mengapa bayar lebih mahal untuk pelan lain yang murah dan lebih baik dari sekarang ? 

Banyak customer maxis yang telah bertukar ke pelan Celcom First Gold 80 , lebih murah dan lebih berbaloi . 10GB data , call dan sms unlimited free kesemua rangkaian . Juga tiada kontrak . Baca selebihnya  di : CELCOM FIRST GOLD UNLIMITED CALL + Internet 10 GB
rujuk gambar dibawah .

Nah... selepas dihentam teruk dimedia sosial... Morten Lundal meminta maaf .Maxis akan bagi extra data GB untuk pengguna MaxisOne bermula minggu depan .., Kalau sebelum ini 1Gb , akan bertukar ke 5GB dan kalau sebelum ini 3 GB .. kini bertukar jadi 8GB  kata Dushyanthan . Tiada pilih kasih lagi. Tapi akan diberikan secara bertahap.

Hmm.. kalau ye pun nak tukar plan.. bagila adil. Barula pengguna tak marah .





A message from Maxis CEO Morten to our customers
There have been many questions about our plans lately and we’d like you to hear from us. Join our CEO Morten and Head of Consumer Business Dushyan as they address some of your questions.
Posted by Maxis on Friday, April 8, 2016
Morten:
Hi, I am Morten, CEO of Maxis. With me is Dushyan, Head of Consumer Business. We want to talk to you about some updates on our MaxisONE Plan.
We are committed to listen well to customers, not just to surveys and big numbers, but to individual customers. Lately, our call center and social media have been alive with many negative opinions on Maxis. Of course this has concerned us.
We have always been focused on offering unique products that excite people and we were the first to offer unlimited voice/sms, guarantees for zero bill shocks, and worry free roaming and free basic internet. 
But very recently the markets have moved on, focused on providing much more data. We have been preparing our own offerings but we have taken too much time because we wanted to add more great features than just more data. 
While we were developing these new plans, some individual customers had special plans offered to them. This has angered some of you and it also doesn’t fit with our company’s commitment to fairness and transparency. So, we were late in responding to you, and we treated individual customers differently and for that, we’re sorry
But we’re very excited about what we are doing now.
Dushyan:
We will actually be launching our upgraded plans later this month, but I would like to now announce that all our existing One Plan customers will be automatically upgraded to much higher data quotas, and we mean MUCH HIGHER for the same price. For example, our MaxisONE customers with 1GB now will move to 5GB and customers with 3GB will now get 8GB. Unlike many other new plans in the market, we are not limiting these benefits to new customers but to all MaxisOne customers.
In addition to these quota upgrades, we will also be announcing further innovations that will enable our customers to do a lot more with their data on our network.
Similar changes will also happen to our Maxis One Business customers.
This enhanced plan will be available later this month, but to tide you over until then, all principal One plan customers will benefit from enjoying free 3GB starting next week.
Morten:
We’ll remain focused on our priorities, the best network, great customer service and great value and we will be even better and quicker to deliver on this from now on. But finally, now with our new plans, there has never been a better time to be with Maxis. 
Thanks you for listening. Now, we’ll get back to work. Bye for now.


Pelawak MR OS Meninggal Dunia 8 April 2016

Pelawak MR OS Meninggal Dunia 8 April 2016 || Seniman , pelakon dan pelawak MR OS atau nama sebenar Mohd. Yusof Abdul Hamid  telah meninggal dunia  Mr. Os, 55, disahkan meninggal dunia pada pukul 2.15 petang ini. Berita ini disahkan anaknya Husna Yusof


“Anaknya, Husna, menelefon dan memaklumkan kepada saya akan berita kematian Mr. Os pada pukul 2.15 petang tadi,” kata Abon kepada Utusan Online.


Marilah sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Allaharyam Mr. OS ,semoga ditempatkan digolongan orang yang beriman . Untuk keluarga yang ditinggalkan.. semoga diberikan ketabahan .

Senarai Pelakon Suami Tanpa Cinta

Pelakon  Suami Tanpa Cinta || Lama rasanya tak tengok drama di Astro . Maklumlah dah penat balik kerja biasanya buat apa yang patut kemudian tidur. Lebih lagi Lisa memang kuat mentido . Baru perasan ada drama terbaru di Astro Ria , Suami Tanpa Cinta yang dilakonkan Mak Jenna (Janna Nick ) dah Shukri Yahaya . Mark Adam pun ada tau .. mesti kelakar .

Adaptasi novel Suami Tanpa Cinta karya Syamnuriezmil  Drama bersiri 16 episod itu diterbitkan  Pena Creative Picture Sdn Bhd. Mula tayang  pada 4 April setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di saluran Astro Ria and Astro Ria HD.


Senarai Pelakon Suami Tanpa Cinta 


WATAKPELAKON
Zaidan Iman (Aid)Shukri Yahaya
Ain SyifaJanna Nick
AlesyaCristina Suzanee
AduraSarah Hildebrand
RafaelMark Adam
RozalindaWan Sharmila


SINOPSIS SUAMI TANPA CINTA 


Mengisahkan Zaidan Iman (Aid) dan Ain Syifa berkawan sejak dari zaman sekolah. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka.

Namun perkahwinan mereka bersyarat. Sekiranya jatuh talak ke atas ain, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa dan Aid tiada lagi hak ke atas syarikat itu. Maka, Aid dan Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka.

Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai Aid, seperti mana Aid mencintainya. Namun kisah silam Ain membuatkan Ain mengunci dirinya dari mencintai Aid. Walaubagaimanapun, kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia. Mereka memang saling melengkapi antara satu sama lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Aid untuk membuatkan Ain jatuh cinta padanya. Ain keliru dengan perasaannya sendiri. Aid sedar si isteri sudah mula mencintainya namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu.

Kepercayaan mereka terhadap pasangan masing-masing membantu mereka dalam menangani godaan-godaan yang datang silih berganti. Namun, kebahagiaan mereka teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang sudah mula berahsia dengannya. 

Keadaan semakin runcing apabila Ain lari meninggalkan Aid dengan satu nota kecil yang membuatkan Aid menjadi risau dan cuak. Dapatkah Aid mencari Ain? Mampukah perkahwinan dengan suami tanpa cinta ini kekal sehingga ke jannah? Dan apakah kebenaran di sebalik cerita yang didengar oleh Ain itu?



Cerita cinta tapi kelakar ? Macam best je kan drama ini..

 Jangan lupa tonton ya di Astro Ria HD 

Episod Akhir Drama Tundukkan Playboy Itu


Episod Akhir Drama Tundukkan Playboy Itu || Dua episod lepas,, buat suspend je kan si Haraz Naufal ni . Nak berkahwin dengan Elvira konon .. , nasib baik dah terbongkar semua tembelang EL .  Elvira dah kahwin dengan si Aidil , PI yang pernah dia upah tuk bersubhat dengannya .

Hari ini jadi ke tak  Nurin dan Haraz kahwin ? sebab episod 29 yang semalam.. Nurin jatuh dan pengsan selepas terhantuk dengan kereta hanay sebab nak tolong EL kena pukul Aidil . jangan lupa saksikan di TV3

FIRST GOLD 80 EXTENDED TILL 31 MAY 2016


FIRST GOLD 80 EXTENDED TILL 31 MAY 2016 || Berita baik untuk kalian yang nak bertukar ke Plan Celcom First Gold 80 . Disebabkan banyak permintaan , maka celcom telah extend package First Gold 80 sampai 31 May 2016. 


Jangan lupa daftar ! Sekarang ni banyak tempat yang dah upgrade coverage celcom 4G tau. Termasuk taman tempat tinggal Lisa. Kalau dulu 1 atau 2 bar line 4G , sekarang dah Full bar 4G. Guna internet pun syiok woo... 
Apa tunggu lagi.. 
Nak daftar tapi jauh dari center ? Meh daftar dengan KEDAI SIM MURAH 

REVIEW : BATMAN V SUPERMAN: DAWN OF JUSTICE , TAK BEST !!

BATMAN V SUPERMAN: DAWN OF JUSTICE || Setelah 2tahun tunggu .,akhirnya Batman vs Superman ditayangkan bermula 25 Mac 2016. Dah seminggu movie Batman Vs Superman tayang di Pawagam . Bagus ke movie tu ?  Berapa rate lepas review movie tu ? Movie bagus dah  tapi Lisa bagi rate 7 dari 10 bintang .

Batman (Henry Cavill )  berlawan dengan Superman (Ben Affleck) hanya nak tunjukkan mana satu hero yang sebenar , setelah di kambing hitamkan oleh Lex Luthor ( Jesse Eisenberg ) . Sebab Luthor anggap dialah Dewa dalam dunia ini .Superman baik , just Batman  je nampak sedikit jahat dalam watak movie ni . Jahat sebab salah paham je .   Demi selamatkan Martha , mak Superman .. , Superman harus melawan Batman dan bawa kepala batman bagi kat Luthor. Muncul pula wonder woman.. best.. tapi superman MATI !



Review movie Batman V Superman : Dawn Of Justive dari Lisa :

*Movie Batman vs Superman  ni best jalan cerita di part akhir . Banyak borak sampai Lisa hampir tertidur part tengah jalan cerita.
*Ada adegan 18-SX , tak sesuai untuk budak-budak. Walhal Hero dalam ni semua kesukaan budak-budak , mesti budak nak tengok juga . Errmmm .. perlu cut adegan berromance di dalam Tab mandi . *Part Ending , best.. gaduh , berlawan .. baru tak bosan . walaupun akhirnya nangis sebab tengok superman mati.
..
Eh mati ke ? Lisa rasa tak mati,, dan akan hidup semula .sebab keranda superman pun kosong je . kena tengok  movie selanjutnya ni . Movie ni tak habis lagi , sebab hero yang sebenar tak muncul lagi..

Kenapa Lisa cakap tak best ? Tak best sebab ada ganguan dalam panggung wayang , orang yang duduk kerusi depan Lisa , kepala dia asik gerak-gerak je .. bercinta dengan GF , yang paling buat lisa tak selesa.. Rambut pacak ke atas ! HUH




Actor : Henry Cavill , Ben Affleck Jesse Eisenberg, Gal Gadot, Amy Adams, Jeremy Irons, Holly Hunter
DIRECTOR  :Zack Snyder
GENRE : Action, adventure, fantasy
SYNOPSIS : Batman tracks down Superman, believing that his power must be checked ... but as the two superheroes confront each other, a new, greater danger emerges
RELEASE DATE 25-03-2016
DURATION 151 mins
RATING 12A
COUNTRY : USA








Tak sabar pula tunggu movie yang lain,

Batman v Superman: Dawn of Justice, directed by Zack Snyder (2016) 

Suicide Squad, directed by David Ayer (2016) 

Wonder Woman, starring Gal Gadot (2017) 

Justice League Part One, directed by Zack Snyder and starring Ben Affleck, Henry Cavill and Amy Adams (2017) 

The Flash, starring Ezra Miller (2018) 

Aquaman, starring Jason Momoa (2018) 

Shazam (2019) 

Justice League Part Two, directed by Zack Snyder (2019) 

Cyborg, starring Ray Fisher (2020) 

Green Lantern (2020) 

© all rights reserved
made with by templateszoo