Ad

Senarai Pelakon Duda Terlajak Laris

Senarai Pelakon Duda Terlajak Laris , sinopsis Duda Terlajak Laris

Senarai Pelakon Duda Terlajak Laris || Lepas drama Tundukkan Playboy Itu habis, drama Duda Terlajak Laris la penggantinya . EH.,, macam iklan Dherbs je kan ? Terlajak laris.  Adaptasi dari novel yang sama tajuk , Duda Terlajak Laris karya Aifa Batrisya  ini lah yang akan ganti slot AKasia TV3 sebelum ini.

Untuk korang yang rindu lakonan Wawa Zainal dan Zara Zya ... jangan lupa tonton drama ni , sebab mereka akan hadir dalam drama ini. Rindu Wawa la ! sejak lepas berkahwin ni kan lama tak muncul dalam layar TV . Pelakon yang lain antaranya  : Idris Khan, Zara Zya, dan Wawa Zainal sebagai teraju utama. Dibantu oleh Bella Nazari, Ikhlas Jalil, Anis Al-Idrus, Kuza Muzaini dan ramai lagi.

 Saksikan drama bersiri Duda Terlajak Laris bermula 11 April nanti, pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6,58 petang di TV3.




  Barisan Pelakon Duda Terlajak Laris :

PELAKONWATAK
Idris Khan Zafran Aldrin Kamarulzaman (Zack)
Zara Zya Pehah / Inas
Wawa Zainal Anis Nabihah
Bella Nazari Idayu
Anis Al-Idrus Zainura
Kuza Muzaini Zah
Arash Mohd
Laila Nasir sebagai Miah
Ikhlas Jalil Atai
Syed Ali Peod
Remy Bob
Azzam Zamani Anas
Alif Hadi Fattan 


gambar credit myinfotaip.com 
SINOPSIS DUDA TERLAJAK LARIS 
Mengisahkan seorang lelaki yang bakal memahami erti cinta setelah mensia-siakan perkahwinannya. Zafran Aldrin Kamarulzaman atau Zack (Idris Khan) yang baru berumur 18 tahun dan mempunyai cita-cita untuk menyambung pelajarannya ke peringkat universiti seperti kakaknya. Dia tidak memikirkan tentang soal jodoh apatah lagi bersedia untuk berkahwin.

Satu malam, kejadian yang tidak pernah dijangka oleh Zack telah berlaku. Abang Bob telah menyuruh Zack pergi ke rumah adik angkatnya untuk menggantikan lampu bilik air di rumah. Malangnya, Zack ditangkap khalwat dengan Pehah (Zara Zya), adik angkat kepada Bob.

Zack terkejut bercampur perasaan maarah apabila dituduh berkhalwat dengan Pehah kerana dia tidak berbuat apa-apa dengan gadis yang tidak dikenalinya itu. Dalam sekelip mata, musnah impian dan masa depan Zack apabila dia terpaksa berkahwin dengan Pehah pada malam itu.

Zack terpaksa menurut untuk menjaga air muka tok ayahnya. Entah mengapa Pehah tidak beriya menafikan tuduhan khalwat itu. Bagi Zack, Pehah cuba menganiayainya tetapi Pehah dengan muka selambanya memberitahu Zack yang dia sebenarnya mencintai Zack.

Zack segera mencari idea untuk meninggalkan Pehah yang tidak pernah disentuhinya. Dengan alasan belajar di Sarawak, Zack meninggalkan Pehah di kampung. Zack enggan kembali walaupun untuk beraya bersama-sama keluarganya. Selepas dua tahun, dia hanya pulang apabila tok ayah yang dia sayang itu telah pergi.

Zack terkejut apabila saat dia tiba menziarahi arwah tok ayah, Pehah masih menunggunya. Pehah tetap setia dan menyatakan dia masih cintakan Zack. Namun Zack hilang sabar dan akhirnya menceraikan Pehah, isterinya yang dia sendiri tidak pernah sentuh dan juga tidak tahu apa-apa tentang diri Pehah walaupun nama sebenar Pehah.

Luluh hati Pehah “Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. itu doa saya”. – Pehah

Zack kembali ke Sarawak meneruskan pengajiannya. Setelah beberapa tahun, Zack pulang dan bekerja di Kuala Lumpur. Keluarga Zack selalu meminta Zack berumah tangga namun dia tiada hati untuk berkahwin. Lantas dia menetapkan syarat kepada ibunya sekiranya ingin mencari jodoh buat Zack.
Semua syarat itu sudah pasti bertentangan dengan Pehah. Zack memang tidak suka dengan apa sahaja ciri-ciri Pehah sama ada secara fizikal atau penampilan dalaman walaupun dia sendiri tidak mengenali Pehah sedalam-dalamnya.

Zack menjadi rebutan ramai calon yang ingin menjadi pasangannya. Setelah banyak kali menolak, akhirnya dia telah bertunang dengan Idayu (Bella Nazari) atas permintaan keluarga. Idayu sudah lama mencintai Zack semasa belajar tetapi Zack sendiri keliru tentang hubungan mereka berdua.

Kehadiran pekerja baharu, Anis (Wawa Zainal) telah menarik perhatian Zack. Hubungan Zack dan Idayu juga mula bermasalah kerana Idayu terlalu mengongkong kehidupan Zack. Kemudian seorang gadis bernama Inas muncul bagi meruntuhkan keegoannya. Ingin mengetahui kesudahan hidup duda terlajak laris ini?


JUDUL : DUDA TERLAJAK LARIS
EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 11 April 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6,58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
NOVELIS : Aifa Batrisya
SKRIP : Shuhadatul Ain Zakaria
PENGARAH : Fairuz Loy
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Idris Khan, Zara Zya, Wawa Zainal, Bella Nazari, Anis Al-Idrus, Kuza Muzaini, Arash Mohd, Laila Nasir, Ikhlas Jalil, Syed Ali, Remy, Azzam Zamani, Alif Hadi

0

No comments

Post a Comment

both
© all rights reserved
made with by templateszoo