Ad

Showing posts with label Suami Tanpa Cinta. Show all posts
Showing posts with label Suami Tanpa Cinta. Show all posts

LIRIK MUNGKIN SAJA - JANNA NICK

Selain pandai berlakon.. ternyata sedap juga suara Janna Nick ni atau peminat lebih suka panggil dengan sebutan Mak Jenna . Sekali lagi menjadi heroin di drama Suami Tanpa Cinta yang ditayangkan di Astro. Nah Lisa bagi lirik lagu Mungkin Saja  yang dinyanyikan Janna sendiri  untuk kalian yang tertanya-tanya lagu apa yang menjadii ost dalam drama tersebut .


LIRIK LAGU MUNGKIN SAJA by  JANNA NICK [ OST Suami Tanpa Cinta ]


Berlegar legar bermain di mataku
Berdebar debar degup jangtungku
Makin lama makin ku rasa rindu
Makin lama makin tertarik padamu

Mungkin saja dia mencintaku
Dan mungkn saja sekadar temanku
Oh keliru bila dilamun cinta
Aku tak tahu
Ku tak tahu

Sekadar hello bisa membuat ku gamam
Dengan senyuman aku bagai kayangan
Bagaimana harus ku luahkan kata
Bagaimana aku sudah jatuh cinta

Mungkin saja dia mencintaku
Dan mungkin saja sekadar temanku
Oh keliru bila dilamun cinta
Aku tak tahu
Ku tak tahu

Satu, dua, tiga kali 
Jatuh cinta jatuh hati
Aduhai apa dah jadi
Mungkin tidak mungkin iya
Mungkin juga sama sama
Mungkin masih malu kata cinta

Sekadar hello bisa membuat ku gamam
Dengan senyuman aku bagai kayangan
Bagaimana harus ku luahkan kata
Bagaimana aku sudah jatuh cinta

Mungkin saja dia mencintaku
Dan mungkn saja sekadar temanku
Oh keliru bila dilamun cinta aaa
Aku tak tahu
Ku tak tahu

Senarai Pelakon Suami Tanpa Cinta

Pelakon  Suami Tanpa Cinta || Lama rasanya tak tengok drama di Astro . Maklumlah dah penat balik kerja biasanya buat apa yang patut kemudian tidur. Lebih lagi Lisa memang kuat mentido . Baru perasan ada drama terbaru di Astro Ria , Suami Tanpa Cinta yang dilakonkan Mak Jenna (Janna Nick ) dah Shukri Yahaya . Mark Adam pun ada tau .. mesti kelakar .

Adaptasi novel Suami Tanpa Cinta karya Syamnuriezmil  Drama bersiri 16 episod itu diterbitkan  Pena Creative Picture Sdn Bhd. Mula tayang  pada 4 April setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di saluran Astro Ria and Astro Ria HD.


Senarai Pelakon Suami Tanpa Cinta 


WATAKPELAKON
Zaidan Iman (Aid)Shukri Yahaya
Ain SyifaJanna Nick
AlesyaCristina Suzanee
AduraSarah Hildebrand
RafaelMark Adam
RozalindaWan Sharmila


SINOPSIS SUAMI TANPA CINTA 


Mengisahkan Zaidan Iman (Aid) dan Ain Syifa berkawan sejak dari zaman sekolah. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka.

Namun perkahwinan mereka bersyarat. Sekiranya jatuh talak ke atas ain, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa dan Aid tiada lagi hak ke atas syarikat itu. Maka, Aid dan Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka.

Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai Aid, seperti mana Aid mencintainya. Namun kisah silam Ain membuatkan Ain mengunci dirinya dari mencintai Aid. Walaubagaimanapun, kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia. Mereka memang saling melengkapi antara satu sama lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Aid untuk membuatkan Ain jatuh cinta padanya. Ain keliru dengan perasaannya sendiri. Aid sedar si isteri sudah mula mencintainya namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu.

Kepercayaan mereka terhadap pasangan masing-masing membantu mereka dalam menangani godaan-godaan yang datang silih berganti. Namun, kebahagiaan mereka teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang sudah mula berahsia dengannya. 

Keadaan semakin runcing apabila Ain lari meninggalkan Aid dengan satu nota kecil yang membuatkan Aid menjadi risau dan cuak. Dapatkah Aid mencari Ain? Mampukah perkahwinan dengan suami tanpa cinta ini kekal sehingga ke jannah? Dan apakah kebenaran di sebalik cerita yang didengar oleh Ain itu?



Cerita cinta tapi kelakar ? Macam best je kan drama ini..

 Jangan lupa tonton ya di Astro Ria HD 
© all rights reserved
made with by templateszoo