Ad

Siakap Bakar Sayur Kailan Sedap

Siakap Bakar Sayur Kailan Sedap | Ikan siakap, berbagai masakan boleh dimasak dengan berbahankan ikan siakap.Dan ikan Bakar Siakap menjadi menu pilihan ku ketika singgah di kedai makan Sri Tengah Seafood , Kluang . Bertempat di no 25 , Jalan emas,Taman Kluang Jaya , tempat yang strategik dan hidangan yang menggugah selera .

Seekor ikan siakap yang kecil,rm20 manakala yang besar rm23 . Ditemani secawan teh o ais. Nasi putih,sayur kailan, sambal belacan , ikan siakap bakar menggugah selera makanku.. Dari pagi memang tak makan nasi, dan lagi satu Ikan adalah makanan kesukaanku. Makan seorang ke ?Taklah, makan dengan abang aku dan juga wife dia. Walaupun bonus untuk kakitangan kerajaan masih belum keluar lagi , tapi dia belanja aku. Yay.. sekali sekala paw pengantin baru. haha.







Kuah sambal yang dilumurkan diatas Ikan siakap tu memang merbeles. Masam-masam pedas. Kena dengan selera tekak semua orang . Kalau nak satu set untuk family , ada je .Berbagai paket makanan kedai ini sediakan. Tinggal pilih sahaja .Kedai makan yang terletak di tepi jalan ini memang menjadi tempat favorite ku. Sedap, Murah ,Bersih dan juga makanan itu dihidangkan dengan cepat.  Kalau order ikan bakar, tempat bakar ikan tu ada didepan, jadi boleh tengok secara live bagaimana ikan tu dibakar.



Kalau kalian datang Kluang , boleh singgah di kedai makan Sri Tengah Seafood ya . Kedai makan seafood Murah , sedap dan halal.

Gambar Gadis Bertudung Dicium Dipeluk Anggota KPOP

 Gambar Gadis Bertudung Dicium Dipeluk Anggota KPOP | Berlangsungnya konsert KPOP B1A4 di KL Live Center Kuala Lumpur oleh ACER menjadi perbualan di media sosial . Disebabkan adegan anggota KPOP memeluk dan mencium gadis melayu yang bertudung di pentas , berbagai komen negative diberikan keatasnya . Dan berikut beberapa kepingan gambar yang dimuat yang mencetuskan komen-komen negative. 




Patut lah ramai yang bagi komen negative mengenai konsert tu , ingatkan ade reality lamar melamar macam kek Nis dengan Hairul macam haritu. Rupa-rupanya ade konsert yang disertai adegan gadis melayu yang bertudung  dipeluk dan dicium oleh anggota KPOP . Baru peminat bukan isteri... tak perlu lah cium atau peluk bagai ye.


Video yang sempat dirakam oleh penonton yang juga menyaksikan konsert tersebut.


Pesanan untuk diri sendiri dan jugs org lain ; Tiada manusia yang tak pernah buat silap. Dan bukan alasan kita untuk menentukan dosa seorong manusia.Doakan yang terbaik . Mungkin "budak " lagi (think positive )Sebagai perempuan , jagalah maruah diri ya . Tak kisah bujang ke, berkahwin , atau janda sekalipun.. kalau beragama Islam jaga perilaku  .

Aku Jenis Maintanance Tinggi ?


Aku Jenis Maintanance Tinggi ? | Masa untuk memanjakan diri. Hehe lama tak pergi salon , setahun sekali je pergi. Pukul 11.30 sampai di salon itu, salon tempat biasa aku pergi  iaitu " WOW salon " . Lady boss di wow salon baru menikah Jum'at lepas. Lama juga kot Lisa menjadi pelanggan dia. Dari start dia bekerja dengan orang lain, sampailah dia buka salon sendiri. Biasa kalau masuk salon tu , makan masa 5 sampai 6 jam . Sakit pinggang pon ade, hehe. Wat ape sampai lama sangat ? Macam-macam la . Manjakan diri la katakan .

Dengan berselipar merah aku pergi ke salon itu. Hari ini cepat siap la pulak, datang pukul 11.30 am- dan siap dalam pukul 2.30 petang . 3 Jam sahaja duduk atas kerusi itu. Kalau tak, 6 Jam baru siap. Hari ini ahad tak ramai orang , yela sebab di Johor  , Ahad ni hari bekerja . Jadi bagaikan seorang puteri aku dilayan oleh 3 dayang-dayang yang memanjakan aku. Cewahh.. haha.
OK .. jujur aku tertidur sambil duduk di atas kerusi itu. Dengan muka aku di tutup dengan paper sebab rambut bahagian depan ini nak letak ubat sebelum di Perm ditambah dengan lagu romantik . Tu yang buat aku mengantuk. 2 kali juga lisa tertidur tadi.

Tak tau nak kira mahal ke murah , tapi aku rasa murah dah . RM120 sahaja untuk rawatan rambut hari ini. Fewwwwuuw Rm120 habis selama 3 jam sahaja. Haha. Maintanance tinggi ? dop aih, akn setahun sekali pergi. Bukan tiap-tiap bulan.

Lepas dari gunting rambut ingatkan nak pergi Spa atau facial, tapi tak jadi sebab ade hal yang takleh ditunda. So balik laa. Kalian kalau nak gunting atau rawatan rambut boleh la datang ke WOW Salon , berdekatan dengan UO Kluang . Staff peramah , boss peramah  dan juga harga murah .

Sampah Punca Banjir

Sampah Punca Banjir |Musim hujan sedang berlaku disini, setiap hari pasti akan hujan. Kalau dah hujan, akan berlaku banjir, dan juga berbagai penyakit akan menyerang seperti dengi, demam, cirit birit akibat lingkungan yang kotor. Sampah bersepah juga akan menjadi punca banjir . Ini gmbar ketika pagi, kalau petang.. lagi lah banyak sampah tu.

Tong sampah ada , tapi ada juga orang yang tak paham untuk masukkan sampah itu kedalam tong sampah yang ada. Main letak macam tu sahaja,padahal dalam tu kosong lagi tak ada sampah pon . Majlis perbandaran pun dah bagi secara percuma kepada masing masing kedai untuk letakkan sampah TAPI ?? Kesadaran orang untuk membuang sampah kedalam tong, masih kurang. Tong sampah yang ada ini pun ialah tong sampah milik tmpat kerja Lisa. Mana tong sampah yang lain? SIMPAN?? 

Dan kerana sikap yang berhati perut dan mementingkan diri sendiri itulah yang membuat air hujan menjadi banjir ! Longkang tersumbat ., air naik dan kemudian jadi banjir. 



Nadib baik tempat kena Lisa lebih tinggi, kalau tidak.. hujan turun je mesti air masuk dalam tempat kerja. 

Bukan sekali dua nasihatkan mereka tuk buang sampah ke tong ,tapi.. masuk kanan keluar kiri. Tak tahulah nak buat macam mana lagi. 

Kenangan Manis Di Tahun 2014


Kenangan Manis Di Tahun 2014 | Tahun 2014 telah melabuhkan tirainya dan kini tahun baru 2015 telah 10 hari berlalu. Berbagai kenangan yang Gembira, sedih , dan macam-macam lagi berlaku di tahun 2014 dan tetntunya takkan aku lupakan. Kenangan yang membuat aku sedih iaitu , aku kehilangan satu-satunya nenek yang aku ada, nenek telah berpulang ke rahmatullah pada bulan puasa tahun lepas. Semoga arwah nenek ditempatkan digolongan orang beriman .

Dan kenangan yang membuat aku bahagia antaranya Bertemu dengan rakan-rakan Blogger #Kelabbloggerbenashaari yang memang sporting dan ramah walaupon baru pertama kali jumpa Lisa . Hehehe.. Baca DISINI.


Gambar ketika aku mendapat Head set Frost Blue jenama Steel Series. One set dengan Mouse Frost Blue kepunyaan Lisa sebelum ini. 


 Berjumpa dengan Twins , eh..kembar ke ? Kembar enpon sahaja . Hehe

Ni majlis perkahwinan Orang Penting , My Brother saya . Nikah dalam bulan September 2014 di Segamat . Nampak tak baju gua sedondon dengan baju pengantin gitew.


Dari banyak-banyak pic dalam photoshoot di Studio My CPS , Gambar ini yang paling Lisa suka  sebab macam model fotogenik gitew.. padahal Failed dalam pose ambil gambar. HAahahaha

" Bukan Sekadar Blogger " itulah Kelab Blogger Ben Ashaari 

Tahukah anda saya adalah seorang yang pemalu , tapi ini lah pertama kalinya saya mendapat Mouse dari SteelSeries dan masuk dalam Fanpages mereka. Terima kasih kepada Master Ramen coz Suport me . hehe

PageViews dan Unique Visitor (UV ) terbanyak yang pernah Lisa dapat dalam Blog picisan saya. 

Total User Online Terbanyak.

Dan masih banyak lagi cerita dan kenangan yang terukir di tahun 2014. Memula berblog dengan Terimakasih untuk orang-orang  yang banyak membantu saya . 
Kenangan di tahun 2014 kalian macam mana pula? 




Video Hairul Azreen Melamar Hanis Zalikha

Video Hairul Azreen Melamar Hanis Zalikha | Di final Gegar Vaganza Ahad lepas ,  Hairul Azreen menyatakan hasratnya untuk melamar pelakon cantik iaitu Hanis Zalikha. Mula-mula saya pon tak tahu ,yelah sebab saya bukan tengok tayangan Gegar Vaganza itu sampai akhirnya menjadi perbualan ramai orang di media sosial.

Salah satu dialog diorang yang terucap ketika siaran tersebut berlangsung :

H: Will u marry me?
Z: Insya-Allah, thank u.
H: Sorry?
Z: Yes.

Dan berikut Video Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha di Pentas Akhir Gegar Vaganza : 

Lamaran yang ala-ala budaya barat ini menjadi perbualan hampir 1 Malaysia ada yang mengkritik dan ada yang menyokong  . Namun bagaimanapun orang yang paling bersedih ialah Amran , patah hati , kek Nis dilamar oleh Hairul dah. Hehe..


Dan salah satu komen lagi dari media FB

" Bercinta sakan masuk Galaksi TV9, berpeluk2an masuk Instagram, melamar masuk Gegar Vaganza, bertunang masuk Hlive, nikah kahwin masuk Raikan Cinta, majlis kenduri masuk Nona, honeymoon nak beromen masuk Romantika tajaan AirAsia, pregnant buat anak masuk Pureen Chak Chak, tayang anak sapa lagi comel dan pandai jaga anak masuk Baby Kiko, bergaduh laki bini masuk Meletop, bercerai masuk Melodi, kene tangkap khalwat duda/janda masuk Harian Metro, dah tua miskin mintak derma masuk Bersamamu, dah insaf masuk Hijrah Selebriti, nak mampos masuk Tanah Kubur! Tak lama lagi berjimak malam pertama pun boleh live telecast kt TV! " 

Apa-apapun tahniah untuk Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. 

Kisah Budak Penjual Karipap

Kisah Budak Penjual Karipap  |  Semalam ,ada seorang budak india ini ketuk pintu tempat kerja Lisa , Dengan nada ramah dia tanya kepadaku "Kak, nak beli kuih tak kak? Ade kuih apam, kuih karipap, kuih gulung . "  , Lisa dah kenyang .. Lisa menolak pelawaan budak kecik tu .Disebabkan meja counter kerja ini tinggi , memula aku buat acuh tak acuh .Ingatkan budak itu dengan mak dia . Aku berdiri, tengok budak itu berbasikal seorang diri . Dan kemudian aku menyuruh budak tu masuk membawa kuih-kuih yang dia jual.

Dia :" akak nak kuih yang mana satu ? " (satu persatu dia buka bekas letak kuih itu. "
Aku : " Urm..nak apa eh , harga berapa dik ? "
Dia: " rm2 , 5 biji kak, yang ini karipap kentang " (sambil tersenyum tak rasa penat ) 
Aku : "bagi akk karipap rm2 , kuih gulung rm2 , kuih apam ni rm2 ya .Asingkan " 

Dan kemudian dia menyiapkan kuih-kuih yang Lisa nak beli tadi . Sedikit tanya la dengan budak itu , Seorang ke panas-panas macam ini naik basikal sambil menjajakan kuih dari kedai ke kedai mengetuk pintu . Dia jual kuih ini seorang sahaja, kakak dia pun ada jual , tapi ditempat lain. Naik Basikal juga. Mak dan Ayah mana ? dia jawap mak ada dirumah , buat kuih ini. Ayah kerja di Singapore. Ku tanya lagi , tak sekolah ke dik ? Ada,dia ada sekolah ,esok baru mula sekolah . Cuti sekolah ini dia tolong mak dia jualan kuih . Dah siap kuih yang aku beli tadi , L:isa hulurkan sekeping duit  untuk dia dan minta dia simpan balance duit tu .

Dia : "semua rm6 sahaja kak,  "
Aku :" Tak pe, balance tu ambil sahaja . Anggap sahaja akak belanja ye. Sekolah rajin-rajin " (sambil tersenyum kat dia "
Dia : " Tak pe kak , mak cakap jangan ambil duit orang . Kita leh bekerja lagi , tak pe saya bagi duit baki akak tadi . " ( sambil menghulurkan duit baki tadi) 

Dia tetap menolak setelah berapa kali aku paksa akhirnya dia terima juga .  Dia tersenyum ,nampak raut wajahnya ada keceriaan. Aku cakap dengan dia, dulu time sekolah pon lisa ada tolong mak  macam dia , jadi Lisa tau bagaimana rasanya bekerja di usia macam dia . Bangga dengan dia , zaman yang serba canggih macam ini , dimana budak darjah satu pon dok rumah main ipad ketika cuti, tapi ada juga budak yang tolong kedua orang tuanya untuk menjual kuih muih dari kedai ke kedai , menjaja,mengetuk pintu menawarkan kuih jualannya itu sampai habis . Jarak rumah yang jauh tak menjadi penghalang walaupun hanya berbasikal sahaja . 


Semakin kejamkah ekonomi sekarang ini? Entahlah , semua harga barang naik. Nak tak nak kena berjimat dan mencari duit lebih untuk membiayai kehidupan sekarang ini. Masih ada Budak yang prihatin membantu orang tuanya untuk berniaga. Titlle " Budak tak menjadi alasan untu duduk dirumah bergoyang kaki . Yang duduk dirumah goyang kaki sambil main ipad tu bersyukurlah ye , kalau setakat tolong mak atau ayah dirumah..tolong lah bukan berat mana pun kan !

Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu ke 9

Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu ke 9 | Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2014 ( MLM ) Minggu 9 ,Jumat  9 Januari 2015. Disiarkan di Astro Prima,Maya dan Warna setiap Jumat pukul 10 malam.Siaran MLM 2014 Minggu 9  secara live disiarkan secara langsung bermula pukul 10.00 malam di Astro Warna 9132 dan tayangan serentak di Astro Mustika HD (134) .  
*link akan dikemaskini setelah rancangan mula disiarkan. 

Tonton DISINI 

Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 9

Tonton Online
Video Maharaja Lawak Mega 2014 FULL

 : DISINI

Tonton Online Haji Backpacker

Tonton Online Haji Backpacker | Mengisahkan seorang pemuda bernama Mada yang menjadi seorang Backpacker setelah peristiwa hitam berlaku kepadanya . Dia telah kehilangan orang-orang yang dicintainya termasuklah calon isterinya yang pergi meninggalkannya ketika majlis akad nikah akan berlangsung . Mada yang selama ini taat dan menjalankan semua perintah agama , mula meninggalkan Tuhan.

Dalam hati dia ingin mencari kebebasan dan kebahagiaan hidup dengan mengembara dari negara satu ke negara lain dan akhirnya berakhir di Mekah. Namun kebebasan itu membuat dia merasa kosong dan di datangi mimpi demi mimpi yang hampir sama .Movie  Haji Backpacker cerita perjalanan seorang manusia mencari TUHAN nya yang mempunyai aturan-aturan tersendiri untuk umatnya.


Fungsi Printer Yang Anda Tidak Tahu


Fungsi Printer Yang Anda Tidak Tahu | Printer, selain berfungsi sebagai alat percetakan ,kini printer juga mempunyai fungsi unik yang mungkin kalian tidak pernah tahu dan tidak terfikirkan selama ini. Perlengkapan yang wajib ada di tempat kerja ini selalunya ada disebelah komputer dan berguna untuk mencetak borang atau berkaitan dengan kerja . 

Tahukah anda , bahwa printer ini mampu menjadi tempat letak aiskrim cornetto seperti dalam gambar . Pastinya tidak pernha terbayangkan dalam fikiran anda bukan?. 

Alkisahnya semalam Lisa semalam sedang makan aiskrim , dan tetiba customer datang pulak. Time itu Lisa satu orang sahaja, sebab nak cepat maka secara automatik muncullah idea untuk meletakkan aiskrim itu diantara celah printer . Untuk jangka masa sekejap ok lah, jangan biarkan lelama disitu.Jangan pula biarkan aiskrim tu meleleh ke situ , nanti berduyun-duyun semut datang .

Selamat mencoba. ^_^

Ikan Comel Hiasan Rumah

Ikan Comel Hiasan Rumah | Balik kerja singgah sekejap di kedai ikan ,berdekatan dengan Taman bermain di Public Bank. Beraneka jenis ikan ada, comel-comel dan cantik ! Tergoda Lisa dibuatnya. Rasa nak beli dan bawa pulang semua ikan tu. Ikan Oskar, ikan Kaloi , dan macam-macam ikan lagi. Katak pon ada ! Katak itu untuk makanan ikan besar. Nasib baik la katak-katak kecil tu tak melompat keluar , bukan takut atau geli tapi  kang terpijak kaki. 

Masuk kedai sekejap sahaja,dalam 5 atau 10 minute. Aunti yang kat kedai ikan tu muka macam nak makam orang. Hahaha.. tengah menikmati pemandangan ikan-ikan tetiba dia tengok macam la Lisa nak curik ikan dia. Eeeeee... terus beralih ketempat yang lain join kawan dan anak-anak yang masih sibuk memilih ikan. Lagipun tak tahan bau dalam kedai itu. Ade bau tempat orang cina sembahyang dan juga bau makanan ikan. Tak habis lagi memilih-milih ikan , Lisa terus keluar menunggu dalam kereta. Tak tahan bau yang bercampur-campur. 
.Dan berikut gambar ikan-ikan Comel yang sempat Lisa snap. 





Amacam ,Comel kan ! Lisa beli yang kecik-kecik ni. Seekor rm1. Hahaha. Nak bela .. boleh jadikan teman dalam kesunyian. Hehe.


Segmen Bloglist By ciksepet.com

Segmen Bloglist By ciksepet.com |Hari tu tukar template yang sebelum ini , blog list hilang. Susah pulak nak letak semula ,sebab tak ade blog yang tak boleh dimasukkan dalam bloglist. Mybe sebab RSS ade prob. Dan finally berjaya update bloglist satu demi satu. TAPI ..Kemudian semalam tukar ke domain dot com, berlaku semula .. bloglist hilang ! huwa... tadi pun tahu sebab ada kawan tanya senarai url blog  dalam group whatsapp. 

Adeh , hilang sudah senarai bloglist kengkawan.
Oleh sebab itu lah Lisa nak buat Segmen BlogList di blog ciksepet.com.
Caranya : 
1. Buat Entry bertajuk "Segmen Bloglist By ciksepet.com" link kan dengan entri ini
 2. Follow Blog ciksepet.com
3. Masukkan dalam Bloglist kalian.
4. Komen dan letak URL blog kalian di entri ini. 

Selamat join Segmen ini.!

Tempat Kerja Atau Sarang Tikus ?



Tempat Kerja Atau Sarang Tikus ?  | Setelah 2 minggu bertukar kerja berada di HQ menggantikan anak boss yang bercuti Oversea , maka kembalilah saya ditempat kerja yang asal iaitu di branch . Selama ketiadaanku berada dibranch , tempat itu dijaga oleh staff lain "lelaki "  . Lisa lebih suka berada di Branch daripada di HQ , penat giler woo kalau di HQ sebab semua kena handle sensorang pastu orang ramai masuk dan keluar .Tapi ye la , itulah rezeki kan . Penat la kerja sampai malam , itu belum kira solve problem-problem yang ada lagi.Kadang pukul 10 baru balik.


Setiba ku di Branch, buka pintu dan pemandangan pertama yang aku nampak ialah  Lantai penuh kotoran , meja berhabuk, counter meja berterabur .,Paper kerja semua berterabur, sampah makanan tak dibuang . Dah agak dah mesti budak ni tak kemas tempat kerja, sapu pun tidak ! Budak lelaki ni memang pengotor betul lah ,nak tegur bukan dengar pun. Berkali-kali dah tegur , tapi masuk telinga kanan dan kemudian keluar telinga kiri. Sabo je lah. Lisa kemas, sapu, mop semua sampai pukul 2 petang. pheww.. Lama nya ? yela.. sebab ada customer lagi , nak serve dulu baru teruskan mengemas.

Nasib baik 2 minggu , kalau berbulan ? dah jadi sarang tikus agaknya . Patut lah customer komplain kat HQ.

Bertukar Ke Domain Dot Com

Bertukar Ke Domain dot Com | Finally setelah ditambah dan dibagi serta dikurangkan selama empat puluh hari empat jam empat puluh empat minute berfikir  (amboi ayat berbelit ) telah diputuskan untuk bertukar ke domain dot com . Pemilihan nama yang mungkin unik dan disebabkan perwatakan mata Lisa yang sepet, akhirnya pilih url therylisanurulain.blogspot.com bertukar kepada" www.ciksepet.com ". Nama lebih singkat dan senang dihafal. Tak panjang dan berbelit sebut.hehe

Yela.. ramai bebenar orang suka panggil saya dengan panggilan sepet. Memula nak nama sepet.com tapi sayang.. orang lain dah guna nama tu ! Jadi pilihlah nama ciksepet.com  . Terimakasih untuk Mr Buah Hati yang telah sponsor domain ini untuk saya. Yayy ! (Lompat tinggi atas katil )

Tinggal tukar header, betulkan sikit ja. Betulkan nama url. Tahun Baru , Header Baru, Domain baru. Dan semoga lebih rajin lagi dalam penulisan entri ye. 

© all rights reserved
made with by templateszoo