Ad

Showing posts with label Hadiah. Show all posts
Showing posts with label Hadiah. Show all posts

SET HADIAH WANGIAN ENCHANTEUR PARIS

Set Hadiah ENCHANTEUR dengan wangian penuh keindahan

Bunga dan coklat dah terlalu biasa betul tak ? apakata buat kelainan dengan bagi Set Hadiah wangian dari Enchanteur  Paris . Set wangian adalah pilihan hadiah lebih ideal. Hadiah seperti ini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen. Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.



Penerima akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak- si ibu, adik beradik, teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit sentuhan perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari.

Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan  bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.

ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan.


SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)
Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar; manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah.

Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri -  seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.



SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)

Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis. Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja. 

SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE

Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV.


Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi. Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh negara.


SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)

Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara, serta laman membeli belah atas talian- LAZADA.



SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)

Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA. 

ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.

CUSTOM MUG GAMBAR SENDIRI di PRINTCIOUS


CUSTOM MUG GAMBAR SENDIRI di PRINTCIOUS


Hye korang ! Ingat lagi tak Lisa ada tulis tentang DIY hadiah hari jadi yang istimewa.. Agaknya apa special gift yang Lisa tempah dari Printcious eh ? Lisa buat DIY MUG comel dengan gambar dan ayat sendiri . Yayy.. MUG dah sampai dah pun dengan selamat ketangan Lisa. Teruja weihh.. hahaa.. nak tau juga cantik tak MUG tu , ikut seperti yang kita dah design tak ? , kualiti pula ok tak ..?. banyak tanda soal sebelum buka sendiri bungkusan dari Printcious tu .  Just untuk ingatkan semula.. Printcious ni korang boleh berikan hadiah untuk yang tersayang dengan DIY ikut suka pilihan sendiri. Meh Baca di : PRINTCIOUS ,Hadiah Istimewa untuk Insan Tersayang !



Debar-debar rasa nak buka.. Ceh..!  clishe sungguh hahaa... Lisa keluarkan MUG tu dan rasa happy semacam , automatik bibir pun senyum sensorang . Nasib baik tak da orang tengok.. malu lah orang nampak kita sengeh macam kambing . Comel dan cantik weih MUG ni . Tak sangka cepat betul penghantaran hadiah ini. 30/07 tempah ... 2 HB Ogos dah sampai ke tangan . Ingatkan dua minggu sampai sebulan gitu . Tak sampai seminggu dah sampai ke tangan ... Pheww...

RATE REVIEW PRINTCIOUS oleh  LISA :

  • Masa Penghantaran : 5/5 , Lisa memang puas hati dengan delivery time dari Printcious ini , cepat dari yang dibayangkan sebelum ini. Senang hati barang cepat sampai ke tangan . 
  • Kualiti barang : 5/5  , Mug ini boleh tahan tebal dan boleh letak air panas , kualiti good , tebal dan tak cepat pecah ( kecuali korang baling lerr ) 
  • Design : 5/5 , Untuk design yang ada pada mug pula memang sama dengan apa yang Lisa design tempoh hari . Bukan print dan lekat tau , tapi memang ada dalam mug tu . Sebiji.. tu yang Lisa bagi 5 bintang .
  • Kemudahan custom Hadiah : 4.5/5   , Untuk custom hadiah ini senang je , ada guide dari awal sampai akhir , jadi korang tak perlu risau OK ? tinggal klik klik je.. 
  • Service : 5/5 , lepas buat tempahan , korang akan dapat order number , buat bayaran dan mereka akan bagi tracking number pula . Service laju dan terbaikkk.

MUG GAMBAR SENDIRI dari PRINTCIOUS



Selain dari gambar , korang juga boleh letak tulisan sesuai yang diinginkan . MUG ini pula Lisa tulis
Beauty is power ; a smile is its sworld. -ciksepet.com


Ayat tu ada makna sendiri untuk Lisa . MUG ini sengaja Lisa tempah untuk pembakar semangat ( cewah ayat ) minum air 3Liter sehari . Dengan MUG comel macam ni insyaallah akan buat Lisa jadi rajin dan mula hidup sihat . Ye.. memang selama ni minum air banyak , tapi tak sampai 3liter, biasanya 1.5liter je . Bukan hanya mug sahaja , hadiah yang boleh ditempah di printcious , Baju , Keychain , Cushion dan banyak lagi la ... Menarik bukan ? 





Cara Custom dan Beli Hadiah Di Printcious .

Seperti yang Lisa bagitau awal tadi , cara untuk tempah dan beli hadiah di Printcious ni sangat senang je . Untuk create akaun , korang boleh login menggunakan facebook atau isi la detail pada kotak yang disediakan . Lisa pilih untuk sync dengan akaun Facebook ..senang sikit heheheh..




Buka laman printcious.com/my Create Akaun Printcious , Login melalui Facebook. Lepas tu pilih la hadiah yang nak custom atau DIY tu . Ada banyak jenis woo... rambang mata nengoknya . 





Check-out , Jika korang masih nak sambung tempah hadiah yang lain , boleh je tekan continue shopping . Di sebelah kanan pulak akan tunjukkan berapa harga yang perlu kalian bayar . Untuk setiap pembelian diatas rm70.00 , korang akan dapat free kos penghantaran sebanyak RM10.00 . Single order je tau .. maksudnya sekali order tu .. bukan hari ni beli lain checkout dan  esok beli lain kemudian check-out. Tu dah kira 2kali order .. 



Isi detail yang distarkan tanda merah  ( * ) , wajib diisi tau . Lisa menggunakan kod bauchar ,tu yang ditolak dari dalam tu . Tinggal bayar baki je , rm6.80 




Proses pembayaran . 







Email kod tempahan dan selepas buat pembayaran , Printcious akan hantar email tracking number . Senang je bukan ? 







Dari pengalaman Lisa tempah custom hadiah MUG guna gambar sendiri ni , Jujur Lisa cakap la... memang puas hati sangat ! Lepas ni nak tempah cushion pula untuk little boy dan anak-anak buah . Untuk buah hati pula nak tempah apa ehh... nanti la Lisa fikirkan hihihi. 


Jom guna khidmat Printcious untuk dapatkan hadiah terbaik buat yang tersayang. Ingat hadiah ingat Printcious.

We promise 100% satisfaction. If you don't absolutely love it, we'll take it back! - Printcious

Untuk maklumat lanjut mengenai Printcious, Korang boleh baca dibawah ini

Website : https://www.printcious.com/my
Facebook : https://www.facebook.com/printcious
Instagram : https://www.instagram.com/printcious/
Twitter : http://twitter.com/printcious
Hp : 0193232502

Alamat : 
No. 30, Ground Floor, Jalan Tiara 4,Bandar Baru Klang, 41150 Klang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

PRINTCIOUS ,Hadiah Istimewa untuk Insan Tersayang !

PRINTCIOUS  , Berikan Hadiah Istimewa untuk Insan Tersayang ! 

Tiba musim perayaan hari jadi mesti Lisa pening nak beli hadiah apa . Nak yang unik tapi special , maksudnya akan diingat sampai bila-bila la . Macam tempoh hari nak belikan hadiah untuk cucu boss , pening nak beli apa so last-last beli je la anak patung , mana tau jadi bantal busuk dia .  Lisa pun cakap dengan dia , " simpan elok-elok dan jangan buang andaikata Akak dah tak kerja disini  ..jangan lupa akak tau . "  Pastu spontan dia cakap la , ha.. macam tu letak gambar akak dan saya la di anak patung ini , boleh tengok kalau rindu. Ahaks.. bernas juga idea dia ni ha, tak terfikir sampai kesitu .Tapi mana nak cari barangan yang boleh DIY , tempah ikut gambar yang kita nak ni ? .. ha.. baru teringat ,.. PRINTCIOUS kan ada ! Boleh lah Lisa nak berikan hadiah istimewa untuk orang yang tersayang . 

Tempah / DIY Hadiah Dengan Mudah Hanya di Printcious 

Bukan hanya untuk hadiah harijadi je tau , Gift for her , Gift for Him , hadiah untuk anniversary , Pernikahan , hadiah hari Bapa , Hari Ibu , Graduasi atau bahkan untuk door gift weeding pun boleh juga . Nak letak gambar atau tulisan pun boleh , letak dalam Mug , T-shirt , pillow , ceramic , puzzle , atau kanvas letak didinding.. dan banyak lagi . Menarik bukan , alarr.. rasa nak buat juga la .   Teringin ada Mug gambar sendiri , mana tau lepas ni rajin minum air. Pillow gambar sendiri atau gambar dengan orang tersayang .. EHEM ! 













Wow.. nampak tak ? begitu banyak pilihan untuk korang design sesuai dengan keinginan masing-masing . 

Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart 

Dengar nama pun menggambarkan something yang spesial kan ? wah teruja betul dengar perkataan Printcious ni . Dengan tagline .  “Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart” Hadiah istimewa dari dalam hati untuk orang tersayang.. , mendalam sungguh makna ayat itu . Pasti hadiah ini akan jadi hadiah yang tak kan dapat dibeli dimana-mana kerana design itu kita sendiri yang pilihkan , sama ada gambar atau tulisan dengan kata-kata dari kita . Limited edition !

Sebenarnya Lisa bagi personal gift sebab nanti harapnya hadiah itu akan kekal disimpan walaupun dah lama , mereka akan tetap ingat dengan kita . Hadiah yang tiada terganti dan tak dapat dibeli ditempat lain . Ada nilai sentimental tersendiri lah kan. 

Mudahnya Design Sendiri Hadiah di Printcious !


Semudah ABC ,  ternyata cara untuk design sendiri hadiah yang kita nak tu taklah susah mana pun . Untuk memudahkannya , dalam website Printcious ada bagitau step by step ; 





T-shirt ini bukan hanya tulisan design sendiri , nak letak gambar pun boleh . 




Comel gak kan MUG berwarna ni , sama je , boleh letak tulisan dan juga boleh letak gambar korang. Rasa nak letak muka Lisa dan tulis www.ciksepet.com hihihih.. rewards untuk diri sendiri . 




Rasa nak buat pillow ni lepas tu letak gambar Lisa and budak perempuan cucu boss tu la , mesti dia suka . Hehehe... Lisa memang rapat dengan dia semenjak dia bayi lagi ... ugh...mesti dia suka nanti. Tak sabarnya rasa nak tempah dan design ikut suka Lisa . 

Semua dihujung jari , zaman internet lah katakan . Tinggal masuk ke laman website printcious.com , kemudian pilih hadiah mana yang berkenan dan ikuti langkah yang dah terdapat dalam web tu . Rambang mata pula dibuatnya .. tak perlu susah nak pergi cari kedai untuk tempah lagi dah weih . Hadiah istimewa untuk yang tersayang hanya di Printcious. 




Wish List 2016 , Selamat Tahun Baru !


Assalamualaikum , tinggal beberapa jam lagi dah sampai ke penghujung 2016 . Ramai yang berharap akan ada 2016s (dah macam i-phone pulak ) , Hahhaah... alololo masih tak puas lagi dengan tahun 2016 lah tu , atau mungkin banyak azam yang belum tercapai tahun ini . Bagaimana dengan azam korang ? tercapai atau tidak ? 

Wish List 2016 yang Lisa dah dapat seperti , Dslr , mirrorless sony , Go pro , Lense untuk Dslr , dan cincin . Rasanya banyak lagi yang Lisa dapat.. tapi takpa.. yang lain tu abaikan je dulu.. kang panjang dan bosan pulak entri kali ini . 



1. DSLR 
Lisa pilih jenama canon , alarr.. beli yang 60D jek . Rasanya lepas join group photography cikgu Adhadi lah Lisa betul-betul dah ada kenyakinan diri untuk beli seketul DSLR . Memang sejak dulu lagi nak ada kamera ni , tapi masih confuse memilih nak yang macam mana yang sesuai keperluan Lisa sebagai Media Influencer , and blogger . Mestinya nak gambar yang kebambom ,. yang lawa.. tapi ada kamera kalau takda ilmu pun tak guna juga lah kan . Heww..nasib baik ada group cikgu Adhadi . Terimakasih akak Aena sebab tolong Lisa beli DSLR ni . 



2. Kamera Mirrorless Sony alpha 5100 


Amboih bersungguh taip , Lisa memang dah aim dari tahun lepas lagi ni ha ... memang nak beli sony ni . Sebab Mirrorless kamera ni dia ada LCD sekali , dan boleh flip serta ringan jek . Senang bawa pergi mana-mana dan ada wifi . Penting tu haaa... Tinggal tunggu beli lense yang art 1.4 untuk kamera ni . Harga boleh tahan jugakkkk weii ribu riban lens tu .Kalah harga body a5100 ni . 



3. Go Pro  Hero 4 Black
Berangan nak jadi Vlog kengkonon . Yala sebab go pro ni boleh masuk air . Lisa dah bawa time pergi Desaru berapa bulan lepas. Cantik dan lawa beb gambar dia . Size yang kecik senang bawa pergi mana-mana. Suport video 4K ! mana tak cantik kan. Sekarang tengah berjinak lagi la nak study trick hack guna gopro tu ha . Latest boleh live go pro then connect ke FB ! Gambar lawa ... tak perlu risau tulisan terbalik macam LIVE di FB kebanyakan . 



4. Lens Tamron SP AF 10-24 mm , f /3.5-4.5 DI ii 
Lens untuk canon lisa memang dah beli yang lens canon 50mm stm f/1.8  , memang lawa bokeh dia . Tamron ini pulak untuk gambar landscape . Bokeh tak berapa ada sebab f pun 3.5 juga sebab lens 3rd party . Paham-paham je la.. Kalau nak lawa , guna canon juga.. tapi tengok harga.. gulpp.. 



5. CINCIN 
Yang ni memang lisa tak fikir akan dapat di hari jadi Lisa tahun ni . Yala... sebab gurau je.. rasa nak beli cincin . Tup-tup benar jadi.. ahaks. seketul cincin dah memacak di jari manis Lisa . Cincin tunang ke ? dop aih ... cincin hari jadi. Bertuah kan Lisa ... tahun lepas dapat rantai dan loket , tahun sebelum dapat gelang tangan .. tahun ni dapat cincin ada diamond la kot.. bling bling dan elegant gitu . Terimakasih boss ! 

Alhamdulillah setakat ni wishlist Lisa untuk tahun 2016 dah hampir tercapai semuanya dengan duit dari job Blogger yang Lisa kumpul selama ini. Walaupun azam untuk menikah tahun ni tak tercapai seperti perancangan sebelum ini. Hek hek hek gatai sungguh ,, takpe ..sebab utamakan yang penting dulu . Yang lebih penting tu tak kan Lisa share disini , surprise.. tunggu tahun depan . 

Doakan yang baik.. semoga azam tahun depan dapat tercapai . Insyaallah ..AMIN.
Apa azam korang untuk 2017 nanti ?


HADIAH BIRTHDAY Spesial Dari Boss

 HADIAH BIRTHDAY Spesial Dari Boss || Kadang-kadang tak semua mimpi hanya ada dalam alam maya . Mimpi boleh jadi kenyataan.. hanya perlu sabar menunggu je. Entah kebetulan atau pertanda.. malam tu  Lisa mimpi pergi kedai emas dengan lady boss tuk beli rantai . Ya memang dah simpan dan kumpul duit gaji nak beli rantai emas dan loket . Tai time tu tengok harga emas 180/gram.. memang lisa tunggu sampai turun je la. Bukan apa.. nti beli mahal pastu harga turun.. wuuu terkilan kang.

Dan today is my birthday ! Yang ke 26 ! Umur je 26 tapi perangai dan muka masih comel je macam budak-budak . hehehe . Jangan nak muntah pulak. oh lupa.. nak wish jugak tuk abg BEN ASHAARI , selamat menyambut hari kelahiran yang ke  4 series. hehehe.. Kami sama hari , lain tahun je .

Pagi- pagi Lady bos dah panggil masuk dalam bilik dia . Alamak.. Lisa ada buat salah ke , rasanya tak pun. Masuk je dia terus tengok mata Lisa , (memang semakin nervous ) . Kemudian dia bagi rantai emas beloket ini. Memang rasa nak nangis terharu sangat la sebab dapat apa yang Lisa mimpi malam tu , dapat rantai yang Lisa memang nak beli. Pastu dia siap pakaikan . Fuh bertuah sungguh diri ini. Dari cincin (tahun 2010 ) , lepas tu gelang tangan (tahun lepas sebelum raya chinese new year ) , dan kemudian rantai . Lengkap sudah . Awak jaga saya elok-elok, saya jaga awak elok-elok.. Macam Tuan Anas Mikhael dengan ayu pulak. Heheh tapi boss lisa ni perempuan..  Dia cakap.. Ni hadiah birthday kamu .
senyum kambing sampai telingaaaaaa laa kan....

Sebelum haritu memang Lisa ada sembang kosong dengan bos, sebab boss tanya apa yang Lisa menung kat luar tingkap kereta tu . Lisa bagitau je , tengah tengok harga emas sebab nak beli rantai. Lah... tak sangka pulak dia belikan . .


 Meski boss suka potpet potpet membebel.. tapi ati dia baik. Dan memang dah anggap lisa macam anak dia .. Kedua boss lisa baik.. laki dan bini smua baik , muka je nampak garang . Kalau tak percaya ..tanya lah customer-customer .. hehe. Tak kenal maka tak tahu kan.. jangan judge dari Look luar je


bunga dari kak daniessa 2012 , kejap je masa tu berlalu.. 

LANGKAWI SYURGA COKLAT !

LANGKAWI SYURGA COKLAT ! ||Banyaknya coklat , adik jual ke ? Hahah tetiba ada customer yaang datang bayar bill dan tanya macam tu kepada Lisa . Yelah,. banyak sangat coklat . Daro Lindtt LINDOR , DAIM dan juga Ferrero Rocher !  memang nampak seperti orang berniaga. Apa reaksi korang kalau ada coklat sebanyak ini di depan mata korang ? Mesti happy. Perempuan walaupon takut gemuk tapi suka pulak makan coklat. Kalau diberi coklat memang tak akan tolak la , gerenti 100 % ! Sebab saya pun suka makan coklat , ehehhehe tapi saya bukan takut gemuk . Badan Lisa comel comel je iaitu slim =P perasan la pulak . 

Kesemua coklat ini dari siapalagi kalau bukan Mr. Hati Batu . Alang-alang dia sedang pergi Holiday ke Langkawi .. Lisa kirim sahaja la Coklat . Mula-mula nak kirim kat kak Yanty tapi dapat tau mr hati batu pun ada disana .. so minta mr hati batu belikan je la. Hehehehe... Bukan apa, tak nak susahkan kak TY. Kat sana kan Free Tax , dan harga pun lebih murah dari yang dijual di Kedai . Lisa lebih prefer suka makan Fererro sebenarnya jadi kalau tanya nak makan coklat apa , memang la tak tahu . Dan coklat yang dia pilih , LINDT LINDOOR , DAIM , dan Ferrero Rocher . Rileks je ,, Lisa boleh habiskan kesemua coklat ini , ALL It's MINE ! Kalau nak cari kedai dengan harga coklat yang murah
. Boleh try beli di Kompleks Haji Ismail Group

 Lindtt LINDOR

lindtt lindor
Lindt LINDOR coklat dan Vanila. Tak pernah rasa pulak coklat yang ni. Dan ternyata rasa coklat ni manis ! Buka bungkusan dan gigit, rasa meleleh dalam mulut coklat dan vanila tu . Yela .. Buka dari  bungkusan kotak tu memang tak masuk peti ais lagi . Kena masuk peti ais ni, dah meleleh dah sebiji. Terlebih lagi suhu udara yang panas .

FERRERO ROCHER

Nyummi... menggoda sungguh gambar coklat ini kan . Coklat Ferrero yang semua orang mesti kenal dan suka . Sedap weii coklat ini. Harga pun boleh tahan. 3 biji coklat ni biasa dijual RM4.xx . Rugi la siapa tak makan coklat ini. 

DAIM 

2 Bungkus Daim , dalam 45 biji coklat kot . Tak kira la pula berapa banyak coklat tu. Tau makan je la. Hehe.. Rasa keras sikit .. rasa coklat campur karamel . Kawan cakap beli Daim sedap .. okla.. sedap la juga. Leh masuk dalam beg macam gula-gula. Elak semut datang sudah !

Tengok dalam coklat Lindor tu , meleleh leleh .. nyummi .. sedap. Tapi kalau makan banyak mesti nanti jadi Muak. 


Tadaaa... Pagi-pagi abang SKyNet dah tunggu depan pintu tempat kerja  bawa bungkusan ini. Tahu dah mesti coklat. Sebab kalau antar guna pos laju memang tak jadi apa lah sampai sini nanti . Ingat lagi aritu pos kan pelam Harum Manis 10 KG, pecah dan hancur tak leh makan dah buah tu sebab hantar guna jasa POSLAJU .  Jadi kalau makanan atau Gaget atau barang komputer memang tak kan hantar menggunakan POS LAJU . Kompom kena baling oi ! Lepas dari kes pelam hancur , balut elok-elok . Tebal bungkusan dari luar sampai kedalam ada bubble wrap . Haha... adeh penat nak buka .


Selamat menjamu COKLAT dan selamat menternak Lemak untuk diriku ! If nak cari Kedai coklat yang murah di Langkawi...Kalian boleh singgah di Kompleks Haji Ismail Group

Dapat Surprise Beg Vincci

Dapat Surprise Beg Vincci  ||  Terjawap sudah siapa pemberi Hadiah surprise yang bermain di minda  . Memang terkejut , sebab time sedang focus kerja tiba-tiba ada kurrier hantar bungkusan Besar. Dengan muka blurr sambil recall ade ke order barang , macam tak ada je . Siap tanya dengan abang kurrier tu  nak bagi kat sapa bungkusan tu , dia jawap memang untuk Lisa . Number hp pon number  lisa, pelik nye .. tak ada order barang pun. Buka bungkusan itu dan ternyata,,, Beg Vincci !! Waahhh terharu sampai nangis , haha. Serious la nangis . Sebab tak pernah dapat surprise macam ni . Pandai pulak pilih beg casual untuk saya  . Sehari sebelum dapat beg tu , memang sedang tengok-tengok beg jenama Vincci di laman web online. Dan keesokkan harinya dapat lah pualk beg tu , Macam mana dia tahu ni ?
Nampak mewah dan casual kan. Sebenarnya dulu memang pernah ada sembang-sembang dengan si Pengirim tu , nak beli beg baru sebab beg Prada yang beli tempoh hari sayang la pulak nak guna untuk kerja . Then sehari sebelum Lisa terima hadiah beg tu , dia sempat tanya .. Nak beg baru ke ? , ofcourse la Lisa jawap NAK ! kalau dia belanja . Hahah bukan selalu dia bagi greenlight beli beg. Cakap membazir la , apa lah.. biasalah sesetengah lelaki ada tak minat dengan Beg ke kasut ke. Terlebih lagi mr hati batu macam dia . Tanya macam tu je , then esok terus dapat . FUHH laju gila ,
BEST nya dapat beg, ! kan ? Apalagi perempuan.. memang macam mengantuk disorong bantal lah .

Beg Vincci

casual bag cincci

Cantik Beg ini, I LIKE IT ! saya memang suka yang simple sahaja . Dan kaler yang soft , sebab nak guna untuk kerja je pon. Lainlah kalau nak guna tuk weeding ke , majlis ke , jalan ke . Simple like my life je la. Romantik kan MR Hati Batu ? Romantik la sangat... kami swap hadiah . Memandangkan bulan 11 nanti hari jadi kami ,,, Kira Swap hadiah je la , bagi barang yang dia nak hari tu . Memang selalu bagi hadiah  awal. Macam tahun lepas pun dapat awal. Terimakasih banyak-banyak Mr Hati Batu yang garang macam singa tapi hati ada taman la jugak =P 


HADIAH RAYA DARI CELCOM

 
HADIAH RAYA DARI CELCOM |Puasa telah pun sampai hari yang ke 21, lebih kurang seminggu lagi dah nak raya. Bagaimana persiapan kalian untuk meraikan hari raya aidilfitri tahun ini? Dah beli baju baru ke? Kasut baru ke? 

Untuk Lisa,tahun ini sedikit kurang semangat untuk menyambut hari raya . Kurang bersemangat apalagi barang-barang Sekarang ni semuanya naik. Haish..Bukan tak boleh beli.. Tapi tengok baju tahun lepas elok je lagi. Yelah.. Baju raya pakai sekali je. Lepas tu simpan dalam almari. Hahahaha.nasibla badan ni maintain je.. Masih boleh pakai lagi. Tak perlu la kan untuk bazirkan duit beli baju raya.Hurm
jimat seboleh bolehnya. Kos hidup Sekarang Makin meningkat pulak tu. 

Hari ini datanglah orang celcom jumpa Lisa. Yay bagi kupon makan di Pizza Hut. Mungkin tahun ini celcom untung lebih.. Sebab tu bagi rezeki kepada orang-orang kecik macam kami . Bos pulak dapat kain pelikat. Hahahaha.. Bos chinesse ..perempuan.! , nak buat apa  kain pelikat tu. Hahahahaha...  Semua authorized dealer dan staff memang dapat kain pelikat dan kupon Pizza Hut tersebut. 
Disebabkan lady boss memang tak akan pakai kain pelikat itu.. Hehe jadi Lisa ambil la kain itu. Yay dapat rezeki berganda! Bonus beraya tak dapat lagi. Kalau dapat alhamdulillah kalau tak dapat tak ada rezeki lew. Almaklumlah Boss Lisa ni chinesse jadi biasa bonus raya cina lagi banyak dari bonus aidil fitri. 

Bonus kalian dah dapat ke ? 

Hadiah Birthday Terawal dan Unik

Hadiah Birthday Terawal dan Unik | Selamat hari jadi dan selamat hari beranak untuk saya ! Biasanya orang akan bagi hadiah , balut cantik-cantik guna kertas sampul hadiah gambar kek , teddy bear , Love , kaler pink.. namun kali ini ada sedikit kelainan untuk hadiah hari lahir Lisa tahun ini. Bukan sedikit tapi memang 180darjah berbeza !!

Tiada kartu ucapan , tiada balutan kertas hadiah cantik , dan bukan depan-depan diberikan oleh nya . Haha tapi hadiah itu teramat unik dan pelik . Pelik ke ? Hadiah yang Lisa dapat dibalut oleh sampul pos laju saiz XL , dan apakah hadiah misteri tersebut ? Memang diluar minda dan tak seperti yang kalian bayangkan . Ya.. Lisa tahu , kalian akan fikir , Tudung , baju , jam tangan , kasut, purse , beg, teddy bear ? SALAH !


Tada,,, Hadiah yang diberikan olehnya ialah set Router WIFI dari HUAWEI bersirikan LTE CPE B593 ! Mainstream bagi bear je kan untuk kebiasaan orang lain.. yang kali ni dia bagi kelainan . Haha.. Kelebihan router ini :
-LTE modem enables fast internet access for high -speed surfing and download rater up to 150MBPS within 20M bandwidth
-Firmware automatic upgrade using internet .
-Automatic configuration of router acces.

Disebabkan di rumah dan di tempat kerja line internet macam chipsmore sekejap ada sekejap tiada. Maka dengan baik hati si mr Hati Batu memberikan Router LTE CPE B593 ini untuk saya . Haha lepas ini tiada reason gangguan internet or bla bla . Dengan kelajuan download up to 150MBPS , laju macam rimau . *eh tiadakaitan . 

Terimakasih MR. Hati Batu. gaduh-gaduh juga, tapi hadiah tetap bagi. Hahaha. Anyway birthday Lisa lambat lagi. Bulan November nanti. Wakakaka memang terawal sangat la hadiah ini.

© all rights reserved
made with by templateszoo