Ad

Showing posts with label Printcious. Show all posts
Showing posts with label Printcious. Show all posts

CUSTOM MUG GAMBAR SENDIRI di PRINTCIOUS


CUSTOM MUG GAMBAR SENDIRI di PRINTCIOUS


Hye korang ! Ingat lagi tak Lisa ada tulis tentang DIY hadiah hari jadi yang istimewa.. Agaknya apa special gift yang Lisa tempah dari Printcious eh ? Lisa buat DIY MUG comel dengan gambar dan ayat sendiri . Yayy.. MUG dah sampai dah pun dengan selamat ketangan Lisa. Teruja weihh.. hahaa.. nak tau juga cantik tak MUG tu , ikut seperti yang kita dah design tak ? , kualiti pula ok tak ..?. banyak tanda soal sebelum buka sendiri bungkusan dari Printcious tu .  Just untuk ingatkan semula.. Printcious ni korang boleh berikan hadiah untuk yang tersayang dengan DIY ikut suka pilihan sendiri. Meh Baca di : PRINTCIOUS ,Hadiah Istimewa untuk Insan Tersayang !



Debar-debar rasa nak buka.. Ceh..!  clishe sungguh hahaa... Lisa keluarkan MUG tu dan rasa happy semacam , automatik bibir pun senyum sensorang . Nasib baik tak da orang tengok.. malu lah orang nampak kita sengeh macam kambing . Comel dan cantik weih MUG ni . Tak sangka cepat betul penghantaran hadiah ini. 30/07 tempah ... 2 HB Ogos dah sampai ke tangan . Ingatkan dua minggu sampai sebulan gitu . Tak sampai seminggu dah sampai ke tangan ... Pheww...

RATE REVIEW PRINTCIOUS oleh  LISA :

  • Masa Penghantaran : 5/5 , Lisa memang puas hati dengan delivery time dari Printcious ini , cepat dari yang dibayangkan sebelum ini. Senang hati barang cepat sampai ke tangan . 
  • Kualiti barang : 5/5  , Mug ini boleh tahan tebal dan boleh letak air panas , kualiti good , tebal dan tak cepat pecah ( kecuali korang baling lerr ) 
  • Design : 5/5 , Untuk design yang ada pada mug pula memang sama dengan apa yang Lisa design tempoh hari . Bukan print dan lekat tau , tapi memang ada dalam mug tu . Sebiji.. tu yang Lisa bagi 5 bintang .
  • Kemudahan custom Hadiah : 4.5/5   , Untuk custom hadiah ini senang je , ada guide dari awal sampai akhir , jadi korang tak perlu risau OK ? tinggal klik klik je.. 
  • Service : 5/5 , lepas buat tempahan , korang akan dapat order number , buat bayaran dan mereka akan bagi tracking number pula . Service laju dan terbaikkk.

MUG GAMBAR SENDIRI dari PRINTCIOUS



Selain dari gambar , korang juga boleh letak tulisan sesuai yang diinginkan . MUG ini pula Lisa tulis
Beauty is power ; a smile is its sworld. -ciksepet.com


Ayat tu ada makna sendiri untuk Lisa . MUG ini sengaja Lisa tempah untuk pembakar semangat ( cewah ayat ) minum air 3Liter sehari . Dengan MUG comel macam ni insyaallah akan buat Lisa jadi rajin dan mula hidup sihat . Ye.. memang selama ni minum air banyak , tapi tak sampai 3liter, biasanya 1.5liter je . Bukan hanya mug sahaja , hadiah yang boleh ditempah di printcious , Baju , Keychain , Cushion dan banyak lagi la ... Menarik bukan ? 





Cara Custom dan Beli Hadiah Di Printcious .

Seperti yang Lisa bagitau awal tadi , cara untuk tempah dan beli hadiah di Printcious ni sangat senang je . Untuk create akaun , korang boleh login menggunakan facebook atau isi la detail pada kotak yang disediakan . Lisa pilih untuk sync dengan akaun Facebook ..senang sikit heheheh..




Buka laman printcious.com/my Create Akaun Printcious , Login melalui Facebook. Lepas tu pilih la hadiah yang nak custom atau DIY tu . Ada banyak jenis woo... rambang mata nengoknya . 





Check-out , Jika korang masih nak sambung tempah hadiah yang lain , boleh je tekan continue shopping . Di sebelah kanan pulak akan tunjukkan berapa harga yang perlu kalian bayar . Untuk setiap pembelian diatas rm70.00 , korang akan dapat free kos penghantaran sebanyak RM10.00 . Single order je tau .. maksudnya sekali order tu .. bukan hari ni beli lain checkout dan  esok beli lain kemudian check-out. Tu dah kira 2kali order .. 



Isi detail yang distarkan tanda merah  ( * ) , wajib diisi tau . Lisa menggunakan kod bauchar ,tu yang ditolak dari dalam tu . Tinggal bayar baki je , rm6.80 




Proses pembayaran . 







Email kod tempahan dan selepas buat pembayaran , Printcious akan hantar email tracking number . Senang je bukan ? 







Dari pengalaman Lisa tempah custom hadiah MUG guna gambar sendiri ni , Jujur Lisa cakap la... memang puas hati sangat ! Lepas ni nak tempah cushion pula untuk little boy dan anak-anak buah . Untuk buah hati pula nak tempah apa ehh... nanti la Lisa fikirkan hihihi. 


Jom guna khidmat Printcious untuk dapatkan hadiah terbaik buat yang tersayang. Ingat hadiah ingat Printcious.

We promise 100% satisfaction. If you don't absolutely love it, we'll take it back! - Printcious

Untuk maklumat lanjut mengenai Printcious, Korang boleh baca dibawah ini

Website : https://www.printcious.com/my
Facebook : https://www.facebook.com/printcious
Instagram : https://www.instagram.com/printcious/
Twitter : http://twitter.com/printcious
Hp : 0193232502

Alamat : 
No. 30, Ground Floor, Jalan Tiara 4,Bandar Baru Klang, 41150 Klang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

PRINTCIOUS ,Hadiah Istimewa untuk Insan Tersayang !

PRINTCIOUS  , Berikan Hadiah Istimewa untuk Insan Tersayang ! 

Tiba musim perayaan hari jadi mesti Lisa pening nak beli hadiah apa . Nak yang unik tapi special , maksudnya akan diingat sampai bila-bila la . Macam tempoh hari nak belikan hadiah untuk cucu boss , pening nak beli apa so last-last beli je la anak patung , mana tau jadi bantal busuk dia .  Lisa pun cakap dengan dia , " simpan elok-elok dan jangan buang andaikata Akak dah tak kerja disini  ..jangan lupa akak tau . "  Pastu spontan dia cakap la , ha.. macam tu letak gambar akak dan saya la di anak patung ini , boleh tengok kalau rindu. Ahaks.. bernas juga idea dia ni ha, tak terfikir sampai kesitu .Tapi mana nak cari barangan yang boleh DIY , tempah ikut gambar yang kita nak ni ? .. ha.. baru teringat ,.. PRINTCIOUS kan ada ! Boleh lah Lisa nak berikan hadiah istimewa untuk orang yang tersayang . 

Tempah / DIY Hadiah Dengan Mudah Hanya di Printcious 

Bukan hanya untuk hadiah harijadi je tau , Gift for her , Gift for Him , hadiah untuk anniversary , Pernikahan , hadiah hari Bapa , Hari Ibu , Graduasi atau bahkan untuk door gift weeding pun boleh juga . Nak letak gambar atau tulisan pun boleh , letak dalam Mug , T-shirt , pillow , ceramic , puzzle , atau kanvas letak didinding.. dan banyak lagi . Menarik bukan , alarr.. rasa nak buat juga la .   Teringin ada Mug gambar sendiri , mana tau lepas ni rajin minum air. Pillow gambar sendiri atau gambar dengan orang tersayang .. EHEM ! 













Wow.. nampak tak ? begitu banyak pilihan untuk korang design sesuai dengan keinginan masing-masing . 

Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart 

Dengar nama pun menggambarkan something yang spesial kan ? wah teruja betul dengar perkataan Printcious ni . Dengan tagline .  “Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart” Hadiah istimewa dari dalam hati untuk orang tersayang.. , mendalam sungguh makna ayat itu . Pasti hadiah ini akan jadi hadiah yang tak kan dapat dibeli dimana-mana kerana design itu kita sendiri yang pilihkan , sama ada gambar atau tulisan dengan kata-kata dari kita . Limited edition !

Sebenarnya Lisa bagi personal gift sebab nanti harapnya hadiah itu akan kekal disimpan walaupun dah lama , mereka akan tetap ingat dengan kita . Hadiah yang tiada terganti dan tak dapat dibeli ditempat lain . Ada nilai sentimental tersendiri lah kan. 

Mudahnya Design Sendiri Hadiah di Printcious !


Semudah ABC ,  ternyata cara untuk design sendiri hadiah yang kita nak tu taklah susah mana pun . Untuk memudahkannya , dalam website Printcious ada bagitau step by step ; 





T-shirt ini bukan hanya tulisan design sendiri , nak letak gambar pun boleh . 




Comel gak kan MUG berwarna ni , sama je , boleh letak tulisan dan juga boleh letak gambar korang. Rasa nak letak muka Lisa dan tulis www.ciksepet.com hihihih.. rewards untuk diri sendiri . 




Rasa nak buat pillow ni lepas tu letak gambar Lisa and budak perempuan cucu boss tu la , mesti dia suka . Hehehe... Lisa memang rapat dengan dia semenjak dia bayi lagi ... ugh...mesti dia suka nanti. Tak sabarnya rasa nak tempah dan design ikut suka Lisa . 

Semua dihujung jari , zaman internet lah katakan . Tinggal masuk ke laman website printcious.com , kemudian pilih hadiah mana yang berkenan dan ikuti langkah yang dah terdapat dalam web tu . Rambang mata pula dibuatnya .. tak perlu susah nak pergi cari kedai untuk tempah lagi dah weih . Hadiah istimewa untuk yang tersayang hanya di Printcious. 




© all rights reserved
made with by templateszoo