Ad

Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

HADIAH BIRTHDAY Spesial Dari Boss

 HADIAH BIRTHDAY Spesial Dari Boss || Kadang-kadang tak semua mimpi hanya ada dalam alam maya . Mimpi boleh jadi kenyataan.. hanya perlu sabar menunggu je. Entah kebetulan atau pertanda.. malam tu  Lisa mimpi pergi kedai emas dengan lady boss tuk beli rantai . Ya memang dah simpan dan kumpul duit gaji nak beli rantai emas dan loket . Tai time tu tengok harga emas 180/gram.. memang lisa tunggu sampai turun je la. Bukan apa.. nti beli mahal pastu harga turun.. wuuu terkilan kang.

Dan today is my birthday ! Yang ke 26 ! Umur je 26 tapi perangai dan muka masih comel je macam budak-budak . hehehe . Jangan nak muntah pulak. oh lupa.. nak wish jugak tuk abg BEN ASHAARI , selamat menyambut hari kelahiran yang ke  4 series. hehehe.. Kami sama hari , lain tahun je .

Pagi- pagi Lady bos dah panggil masuk dalam bilik dia . Alamak.. Lisa ada buat salah ke , rasanya tak pun. Masuk je dia terus tengok mata Lisa , (memang semakin nervous ) . Kemudian dia bagi rantai emas beloket ini. Memang rasa nak nangis terharu sangat la sebab dapat apa yang Lisa mimpi malam tu , dapat rantai yang Lisa memang nak beli. Pastu dia siap pakaikan . Fuh bertuah sungguh diri ini. Dari cincin (tahun 2010 ) , lepas tu gelang tangan (tahun lepas sebelum raya chinese new year ) , dan kemudian rantai . Lengkap sudah . Awak jaga saya elok-elok, saya jaga awak elok-elok.. Macam Tuan Anas Mikhael dengan ayu pulak. Heheh tapi boss lisa ni perempuan..  Dia cakap.. Ni hadiah birthday kamu .
senyum kambing sampai telingaaaaaa laa kan....

Sebelum haritu memang Lisa ada sembang kosong dengan bos, sebab boss tanya apa yang Lisa menung kat luar tingkap kereta tu . Lisa bagitau je , tengah tengok harga emas sebab nak beli rantai. Lah... tak sangka pulak dia belikan . .


 Meski boss suka potpet potpet membebel.. tapi ati dia baik. Dan memang dah anggap lisa macam anak dia .. Kedua boss lisa baik.. laki dan bini smua baik , muka je nampak garang . Kalau tak percaya ..tanya lah customer-customer .. hehe. Tak kenal maka tak tahu kan.. jangan judge dari Look luar je


bunga dari kak daniessa 2012 , kejap je masa tu berlalu.. 

Big Bear Dari Encik Kesayangan

Big Bear Dari Encik Kesayangan|Cakk...nampak saya  tak?? ,Anak patung ini lebih besar dari saya. Hadiah hari jadi katanya. Surprise and memang tak sangka dapat dari admirer!Admirer la sangat kan. Yang bagi bear ni sape lagi kalau bukan Mr Hati Batu. ,encik kesayangan mawar. Sebab dia sahaja yang tau kebiasaan saya memang tidur peluk teddy bear. Ade beberapa teddy dah dirumah.Tapi tak sangka pulak dia akan bagi Big Bear ini untuk saya. Besar tuu.. tak cukup tangan nak pelok bear ini. Lebih besar dari saya ! 

Yang 2 bear kecil ini mawar letak di tempat kerja. Sama juga 1pakej dalam kotak bungkusan big bear itu. Mungkin free gift and ucapan minta maaf kot sebab pihak kedai tu hantar lambat. Comel giler bear ni.. letak tempat keja,time penat atau bosan boleh main-main dengan bear ini. Bear besar tu letak dirumah, teman tidur malam. Hehe.

Thank's Mr. Hati Batu...(MS.H)  ! And happy birthday to you too.. May Allah bless u. And lembutkan hati yang seperti batu tu haa (Gurau je .. ) hehe... 

SMS MISTERI !

SMS MISTERI ! | 1 November haritu Lisa dapat sebuah SMS Misteri . Apa yang misterinya ? Ye lah tetiba sahaja dapat sms yang cakap Selamat Hari Lahir , Number tak kenal pulak tu. Oh..setelah baca ,dari Salon Crazy Cut rupanya . Eh lama dah tak buat treatment disana , yelah..si Erin staff yang selalu layan Lisa kalau pergi salon tu ,dia dah buka salon sendiri. Jadi memang jarang lah pergi ke Crazy Cut. Tapikan,, walaupon  harga yang tersenarai untuk rawatan rambut disana  boleh tahan Mahal , tapi keluar ja dari salon tu memang puas hati lah. Kalau kalian nak buat rebonding , tratment ka  tahan lama woo .. and hasilnya cantik. Serta staf-staf yang ramah akan melayan kalian.memberikan service terbaik punya . Crazy Cut akan memberikan diskaun 15-30% untuk pelanggan yang join member , nak aply member card rm10.00 sahaja untuk 2tahun. Murah kan ?

SMS ini Lisa terima hari ini, hehe sama ja .. ada Discount untuk member sampai 20% . Yang ini lah salon Erin , yang dulu staff supervisor di Crazy Cut. Best juga disana, harga pon lebih kurang juga. Hasil ? cantik juga. Kalau kalian rebonding dan tak menjadi, ada warranty 7hari tau. kalian boleh datang semula dan mereka tolong buat balik.FOC.waah..

Kedua tempat dapat Diskaun promo sampena hari jadi aku. Nak pergi yang mana eh ? Ha.. pergi dua-dua pon boleh ,sebab boleh pergi di hari selain hari tarikh kelahiran . Janji Bulan yang sama. Dan offer ini boleh bertukar  ke orang lain , contoh kalian tak sempat datang.. bawa je member card tu dan cakap nak pass . .. Anyone nak ikut? Hehehe. Banyak gift bulan ini..

© all rights reserved
made with by templateszoo