Ad

BIODATA SYAZWAN ZULKIFLY

BIODATA SYAZWAN ZULKIFLY

 

BIODATA SYAZWAN ZULKIFLY 

Pertama kali Lisa tengok dia berlakon dalam JUVANA , memang menjadi betul lakonan dia dalam watak antagonis ni . Sekarang ni sedang berlakon drama Pujaan Hati Kanda , yang ditayangkan setiap Isnin sampai Jumaat setiap pukul 7 petang di TV3 . Belakon sebagai watak jahat , PALI . Tengah hangat dibicarakan ni hui kat media sosial , mesti ramai yang mengucap banyak tengok perangai Pali dalam tu . Sabar yee.. tu lakonan semata . Biodata Syazwan Zulkifli sepenuhnya ada dibawah ini. 




Biodata Penuh Syazwan Zulkifly . 



Nama penuh: Mohd Syazwan bin Zulkifly

Nama popular: Syazwan Zulkifli

Tarikh lahir: 20 Mei 1987

Umur: 31 tahun

Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon

Media sosial: Instagram @syazwanzulkifly


Fakta Menarik Syazwan Zulkifly 
  • Nama panggilannya 'Kepeng'.
  • Dikenali ramai menerusi watak antagonis, walaupun realitinya telah melakonkan pelbagai jenis watak.
  • Mengakui tidak mempunyai asas dalam bidang lakonan.
  • Kehadirannya mula mendapat perhatian selepas membintangi siri televisyen, Juvana di TV3, membawakan watak sebagai Apek.
  • Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.
  • Penglibatannya dalam filem menerusi Juvana, Laga, Suamiku, Encik Perfect 10, Gamatisme dan Sunti @ Facebook.
  • Menerusi drama, antaranya Juvana, Soffiya, Jangan Ambil Padang Kami, Gemilang, Istikharah Cinta, Padamu Aku Bersujud, Lelaki Macam Dia, 7 Hari Mencintaiku, Cinta Roller Coaster, Nahu Rindu, Halalkan Hati Yang Ku Curi dan Pujaan Hati Kanda.
  • Tidak ketinggalan, telefilem Di Bawah Satu Langit, Karlos Bolos, Dendam Rindu, Kalung Kak Dara , Bila Tiba Saatnya, Simpang Sejenak, Kebaya Mek Hwa dan Akil & Juan.
  • Menerima pencalonan dalam kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik menerusi Juvana di Festival Filem Malaysia ke-26 pada tahun 2014 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Laga) di Festival Filem Malaysia ke-27 pada 2015.
  • Pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama pelakon Nabila Huda pada 2013. Malang menimpanya sekali lagi apabila terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak berhampiran Genting Sempah pada Mei 2017 ketika dalam perjalanan ke set penggambaran drama Sehangat Cinta Antasha.



Gambar Syazwan Zulkifly 








3
( Hide )
  1. menyampah giler dengan watak Pali. huhuhu

    ReplyDelete
  2. mamat ni kalau berlakon jahat menjadi betul rasa nak tikam2 je,tapi kalau jd kelakar hahhaah lepuk kang baru tau

    ReplyDelete
  3. Suka gak dia ni berlakon .. menjadi sangat nak2 part jahat dia tu .

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo