Ad

MALAYSIA HALAL EXPO 2019

Ekspo Halal Malaysia 2019 , Malaysia ke Jepun Untuk Olimpik 2020 - MHE 2019

MALAYSIA HALAL EXPO 2019

Sukan TOKYO OLYMPIC  2020 nanti akan bertempat di Jepun . Peluang bagus  untuk perkenalkan produk tempatan Halal sampai ke Jepun . Oleh sebab tu , Kementerian Pembangunan Usahawan  ( MED ) dengan kerjasama agensinya, SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia ) akan  menganjurkan MALAYSIA HALAL EXPO 2019  ( MHE2019 )  pada 24 hingga 26 Januari 2019 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre  , dengan tujuan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan halal sebagai inisiatif kepada pelaburan dan pedangangan antara Malaysia dan Jepun . 



Majlis Pra Pelancaran MHE2019 disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof , Menteri Pembangunan Usahawan .


Malaysia ke Jepun Untuk Olimpik 2020 - MHE 2019 


Bertemakan "Malaysia ke Jepun untuk Olimpik 2020" , MHE2019 yang akan berlangsung selama 3 hari adalah susulan Memorandum Kerjasama  (MoC)  dalam bidang halal antara kerajaan Malaysia dan Jepun yang telah dimeterai pada 26 November 2018 . Moc ini adalah satu usaha untuk memastikan industri halal Malaysia dapat menerokai pasaran Jepun menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik 2020


Malaysia Halal Expo 2019 akan melibatkan usahawan PKS dari 6 kluster iaitu : 

  • Makanan & Minuman yang di Proses ( F &B)
  • Bahan Ramuan , 
  • Kosmetik 
  • Penjagaan Kesihatan / Farmaseutikal 
  • Logistik , dan juga 
  • Bioteknologi 

Sebanyak 320 tapak 'booth' disediakan dalam Malaysia Halal Expo 2019 ini. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang ekspo seperti : 
  • Pameran dan jualan, 
  •  Perkongsian ilmu seperti forum , pocket talk dan singgah santai selebriti ( Fara Fauzana dan Faizal Ismail ) yang melibatkan agensi SME Bank Berhad , JAKIM , Exim Bank , Matrade , Federation of Malaysia Freights Forwaders dan lain lain .
  • Majlis Penganugerahan Islamic Innovation Challenge Award ( IIC ) .
  • Sesi Business Matching , dengan sekurang-kurangnya 10 buah syarikat daripada negara Jepun dari Family Mart , OHGA Pharmachy ,Eagle Eye ( Japan office ) dan e-market place link to Rakuten dan AEON .





Cuba teka siapa selebriti yang akan berada di Ekspo Halal Malaysia 2019 ?
Fara Fauzana dan Faizal Ismail !Jumpa disana ! 

Ekspo Halal Malaysia mensasarkan seramai  lebih kurang 10,000 orang pengunjung yang terdiri dari komuniti perniagaan dan orang awam juga potensi jualan sebanyak 50 juta . Sebanyak 300 sesi padanan perniagaan dengan 20 pembeli dari Jepun dan syarikat besar dari negara Malaysia dan Jepun jadi semua ini akan membantu Memperluaskan dan meningkatkan pasaran produk halal Malaysia ke negara Jepun .

MED juga bekerjasama dengan Kementrian Belia & Sukan (KBS) , Jabatan Kemajuan Islam Malaysia( JAKIM ) dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia ( AIBIM ) sebagai rakan strategik bagi menjayakan ekspo ini.  Ekspo MHE2019 akan mula dibuka mualai 24 hingga 26 Januari 2019 bermula dari 9.00 Pagi -6 Petang  ( Khamis-Sabtu ) .

Usahawan yang berminat mendaftar sebagai pempamer disyaratkan mempunyai produk yang disahkan halal oleh JAKIM dan sedia untuk dieksport.

 Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.halal-expo.my 
12
( Hide )
  1. Ok jugak bila ada ekspo cam gini . Sekurang2 nya dapat menarik org ramai utk lbh menerokai industri halal kat luar negara

    ReplyDelete
  2. Moga produk makanan Halal Malaysia berjaya menembusi pasaran antarabangsa dunia ..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ada Expo macam ni. Laitu dapat membantu menaikkan usahawan F&B Halal Ni

    ReplyDelete
  4. Peluang keemasan yang sememangnya terbaik untuk sahawan PKS memperkenalkan produk keluaran mereka ke luar negara.

    ReplyDelete
  5. Satu inisiatif yang bagus. Persediaan untuk atlet muslim ke Jepun tahun 2020 nanti.

    ReplyDelete
  6. bagus sangat ada malaysia halal expo ni..mudah bila ada makanan halalatau barangan halal di jepun tu

    ReplyDelete
  7. seronok pergi expo macam ni, masa ni selalu ada promo, dan food testing hahaa

    ReplyDelete
  8. Dah pergi. Banyak sangat pilihan!

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo