Ad

Senarai Pelakon PUJAAN HATI KANDA

Senarai Pelakon PUJAAN HATI KANDA , sinospis pujaan hati kanda

Senarai Pelakon PUJAAN HATI KANDA

Drama Seribu Rindu dah sampai penamatnya semalam , kini digantikan pula dengan drama Pujaan Hati Kanda adaptasi novel karya Aulia Iman. Watak hero dan heroin dalam drama ni , Remy Ishak dan Mira Filzah , wah bang REMY huuii .. mesti korang suka .Senarai Pelakon Pujaan Hati Kanda diantaranya : Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Ayden Mikael, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Omar Abdullah, Dian P Ramlee, Catriona Ross, Rashdan Baba, Reen Rahim, Taufiq Hanafi, Qazem Nor .  Ditayangkan di slot Akasia TV3 bermula 20 Disember 2018, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam. 

WATAK PELAKON PUJAAN HATI KANDA 



PELAKONWATAK
Remy Ishak Megat Danish (Danny)
Mira FilzahTiara
Sarah Hildebrand Nadine
Syazwan Zulkifly Pali
Elisya Sandha Reena
Mustaqim Bahadon Kashah
Azar Azmi Fatimah
Omar AbdullahDato Megat Aiyub
Dian P Ramlee Datin Puteri Aisyah
Reen Rahim Suria
Taufiq Hanafi Naim
Qazem Nor Rizman

Pelakon kanak-kanak


PELAKON
WATAK
ADIK AYDEN MIKHAEL
BAYI 6 BULAN - RIZQI @BABYRIZKYOFFICIAL
ADIK ADAM AQEL
BAYI 2 BULAN
ADIK IRFAN
HADIF

LAGU TEMA / OST

Tajuk : Pujaan Hati
Penyanyi : Adira
Lagu & Lirik : Ikhwan Fatanna & Ayden Ali

SINOPSIS PUJAAN HATI KANDA

Mengisahkan Danny, seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima satu hadiah iaitu bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.

Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi anak kandungnya. Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara, pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya. Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi?

GAMBAR PELAKON








Macam best je ! Selamat menonton ... :D

5
( Hide )
  1. nampak menarik.. waaa.. bergabung lagi mira n remy.. terbaek..

    ReplyDelete
  2. Dah khatam baca novel. pujaan hati kanda ni

    ReplyDelete
  3. Jujur la ckp reen rahim dh jd pelakon kegemaran sy lps drama ni.. Best la watak ni lbh sesuai untuk dia bwk Dr watakx2 yg pernah dia pegang.. Tahniah reen rahim.. Halahx3.. 😅 🤭

    ReplyDelete
  4. Nama saya nur faiqah Aqeelah binti muhammad sujak umur saya 23 tahun
    Nama panggil Aqeelah
    kakak aqeelah 🥲

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo