Ad

BIODATA REEN RAHIM

BIODATA REEN RAHIM

BIODATA REEN RAHIM 

" Halah halah halah kak SU... " kalau korang tengok dan ikuti drama Akasia "Pujaan Hati Kanda "Mesti dah kenal dengan pelakon sorang ni , Reen Rahim melakonkan watak kak Su . Lisa pernah jumpa dia sekali , setahun lepas rasanya dalam jelajah Bas Drama Sangat TV3 . Kecik comel aje orangnya . Tingi lebih kurang Lisa je. Biodata lengkap Reen Rahim ni ada dibawah ini . 

BIODATA PENUH REEN RAHIM 


Nama penuh: Noreen Ashikin binti Abdul Rahim
Nama popular: Reen Rahim
Tarikh lahir: 3 November 1988
Umur: 30 tahun
Kelahiran: Klang, Selangor, Malaysia
Pekerjaan: Pelakon, model dan pendandan rambut
Media sosial: Instagram @reenrahim
Drama : Aku Tak Percaya Cinta, Evolusi KL Drift: The Series, Sahara, Jodoh, Kampung Girl, Cinta Jannah, Lara Ameena, Terlanjur Mencintaimu, Sayangku Kapten Mukhriz, Abang Sado Boleh Beres, Tauke Jamu, Mencari Qiblat, Raisha 2 dan Pujaan Hati Kanda.
Filem : Gangster Celop, Mirip, Mawar Putih, Soulmate Hingga Jannah, Balun dan Rempit Sampai Langit.

Fakta Menarik

  • Anak ketiga daripada empat adik-beradik.
  • Berkelulusan diploma dalam bidang Dandanan Rambut.
  • Sebelum menjadi pelakon, beliau merupakan seorang pendandan rambut.
  • Dinobatkan sebagai juara program Pilih Kasih musim ketiga pada tahun 2012 iaitu sebuah pertandingan lakonan drama pentas teater anjuran pelakon senior, Rosyam Nor untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM).
  • Lakonan pertamanya menerusi drama Aku Tak Percaya Cinta memegang peranan sebagai Elia.
  • Tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama menerusi filem Talak di Anugerah Skrin 2015.
  • Bakal menceburi cabang seni baharu sebagai penyanyi.




GAMBAR REEN RAHIM 






2
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo