Ad

Pelakon Setelah Cinta Itu Pergi

Pelakon Setelah Cinta Itu Pergi , Sinopsis drama setelah cinta itu pergi

Pelakon Setelah Cinta Itu Pergi

Lisa perasan ternampak ramai yang update hastag #setelahcintaitupergi , rupanya slot  Samarinda TV3. Drama Setelah Cinta Itu Pergi ,  Gandingan Fahrin Ahmad dan Nina Iskandar.  PELAKON SETELAH CINTA ITU PERGI diantaranya  : Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Amyza Aznan, Rusdi Ramli, Shahz Jaszle, Raja Azmi, Julia Farhana Marin, Faezah Elai, Fizo Omar, Azrel Ismail, Nik Adam Mika, Oktovia Manrose, Syakilah Rahmad, Faye Kusairi, Asry Azizan, Mardiana Alwi . Drama arahan Heykal Hanifah,bersiaran bermula 17 Januari 2019, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

WATAK PELAKON SETELAH CINTA ITU PERGI


PELAKONWATAK
Nina Iskandar Marina
Fahrin Ahmad Ikram
Julia Farhana Marin Insyirah
Shahz Jaszle Muiz Lukman
Azrel Ismail Adam
Fizo Omar Idlan
Nik Adam Mika Muiz Danish
Oktovia Manrose Jehan
Syakilah Rahmad Zahirah
Faye Kusairi Shahida
Asry Azizan Farok

LAGU TEMA / OST

Simpan Sedikit Rindu - Joe & Asmidar
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Ahmad Fedtri Yahya

SINOPSIS SETELAH CINTA ITU PERGI

Perkahwinan Ikram dan Marina bahagia disulami cinta yang sentiasa memekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat. Siapalah mereka untuk menidakkan takdir Tuhan. Janji yang kukuh terpateri akhirnya rapuh. Kehadiran Insyirah dan anak kecilnya menggoyahkan rumah tangga yang kukuh terbina.

Insyirah memang bijak sehingga Ikram termakan kata dustanya. Hati Marina remuk kala dia dipersalahkan oleh suami tercinta. Kerana cemburu buta Ikram, kesetiaan Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. Hati itu makin parah saat lafaz cerai terzahir di mulut sang suami.

Marina pergi membawa diri dengan seribu duka di hati. Disangka kasih itu berpanjangan, rupanya hanya satu persinggahan. Tidak ditoleh ke belakang lagi. Perjalanan harus diteruskan, demi mencari penawar duka di hati. Namun satu per satu kehilangan menghimpit diri. Rasa kehilangan orang yang disayangi, amat memeritkan jiwa Marina.

Setelah cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali. Tapi hasrat hati memiliki Marina semula dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dengan tindakan Ikram terhadap Marina.

Kerana tidak mahu Marina hidup dibebani kisah lalu, keluarganya telah menentukan jodoh untuknya. Namun cinta yang bertakhta di hati memang sukar disingkir pergi.

Hadirnya Adam, cuba mengubati hati Marina yang penuh dengan seribu kisah duka. Ingin menjadi penyelamat kerakusan hatinya yang sengsara. Sebagai tunang kepada Marina, mampukah Adam memecah tembok hati Marina?

Apakah cinta di hati Marina akan terus pergi hilang selamanya? Sampai bilakah pintu hati itu akan terkunci? Perlukah dia melupakan kebahagiaan yang hadir di depan mata begitu sahaja? Adakah Adam mampu membuka pintu hati yang terkunci selama ini? Atau adakah kasih Marina masih kuat terhadap Ikram? Siapakah yang akan menjadi pilihan Marina setelah cinta itu pergi

GAMBAR PELAKON






Nampak macam best je , nak tengok la  juga.. kena marathon ni :D 
0

No comments

Post a Comment

both
© all rights reserved
made with by templateszoo