Ad

BIODATA SARAH HILDEBRAND

BIODATA SARAH HILDEBRAND

Biodata Sarah Hildebrand 

Bagi korang yang ikuti drama Akasia , Pujaan Hati Kanda , pasti dah tak asing dengan wajah ni . Pelakon Sarah Hildebrand  yang memegang watak Nadine .  Macam pernah nampak kan sebelum ni ? ya.. dia juga seorang duta produk kecantikan iaitu Safi Balqis . Ketahui lebih detail lagi Biodata Sarah Hildebrand di bawah ini . 

BIODATA PENUH SARAH HILDEBRAND



Nama penuh: Nur Sarah Marie Hildebrand binti Asyraf Hildebrand
Nama popular: Sarah Hildebrand
Tarikh lahir: 18 Ogos 1990
Umur: 28 tahun
Ketinggian : 163cm 
Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia
Nationality : Malaysian , German , American 
Pekerjaan: Pelakon, pengacara, personaliti fesyen, model dan duta
Media sosial:
Instagram @sarahhildebrand
Youtube : @sarah hildebrand
Facebook : @sarah hildebrand

Fakta Menarik

1. Berdarah kacukan Amerika, Jerman dan Melayu.

2. Berketinggian 5 kaki 4 inci.

3. Anak kepada pasangan Jeffrey L. Hildebrand (bapa) dan Che Arbi Hashim (ibu).

4. Pernah tinggal di Arkansas, Amerika Syarikat (AS) bersama bapanya selama tiga tahun.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013.

6. Memiliki wajah pan-Asia.

7. Dikatakan mempunyai raut wajah iras aktres Hollywood, Kirsten Dunst.

8. Pemenang program realiti Gadis M2 yang berlangsung pada tahun 2013.

9. Tidak mempunyai asas dalam bidang lakonan.

10. Kerjayanya bermula pada tahun 2015 yang awalnya hanya menjayakan watak-watak kecil di televisyen mahupun filem.

11. Lakonan pertamanya menerusi telefilem Hujan Pagi, membawakan peranan sebagai Ati. Diikuti telefilem Jalan Singkat Ke Syurga dan Dia Imamku.

12. Tidak ketinggalan tampil dalam drama Suami Tanpa Cinta, Nafas dan Pujaan Hati Kanda.

13. Pembabitan dalam filem menerusi Mirip dan Muluk & Konco.

14. Turut menjayakan video muzik lagu Hujung Waktu (Azhael) dan Rindu (Shae), serta muncul dalam iklan Perfecto Snacks dan Nouvelles Visages.

15. Penampilannya dalam majalah, antaranya di InTrend, EH! dan Hijabista.

16. Pernah meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir pihak menganggap dirinya tidak boleh pergi jauh dalam industri hanya kerana memiliki nama yang kononnya pelik dan sukar disebut.

17. Di awal kemunculan, Sarah mengakui mempunyai kelemahan dalam penguasaan bahasa Melayu kerana tinggal dalam tempoh yang lama di Amerika Syarikat.


GAMBAR SARAH HILDEBRAND 







Cantik bukan.... Jangan lupa tonton lakonan Sarah dalam Pujaan Hati Kanda di TV 3  . Semoga maju jaya Sarah :D 
4
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo