Ad

Angin Kencang ,Laut Bergelora Di SABAH

Angin kencang dan Laut Bergelora di SABAH , Labuan .
Angin Kencang ,Laut Bergelora Di SABAH |Jabatan Meteorologi mengeluarkan kenyataan angin kencang timur laut dan laut bergelora akan melanda dikawasan perairan Sabah dan Wilayah persekutuan Labuan bermula jumat sampai ahad ini. Angin kencang timur laut berkelajuan 40-50kmsj dijangka akan berlaku dengan ombak dengan ketinggian 3.5 meter .

Keadaan angin kencang dan laut bergelora seperti ini sangat berbahaya bagi bot-bot kecil , sukan , aktiviti rekreasi laut membabitkan perairan Kudat , Pantai Barat , dan pedalaman Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan .Amaran angin kencang dan laut bergelora bagi aktiviti perkapalan turut diramalkan membabitkan perairan Sulu, Palawan, Reef North, Layang-layang, Labuan dan Condore.


Jabatan Meteorologi Malaysia
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Strong Wind - Rough Seas Warning     ( IDM20016 )
02:41PM, 25 November 2014

JMM/PCN(O)BK-09

Dikeluarkan pada pukul 02:41PM, 25 November 2014

 NASIHAT

NASIHAT ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA


SEKSYEN A: AMARAN UNTUK PERAIRAN MALAYSIA


NASIHAT ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)


Angin kencang Timur-Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Sabah (Kudat, Pantai Barat & Pedalaman) dan W.P Labuan bermula pada Jumaat, 28 November 2014 sehingga Ahad, 30 November 2014.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.


SEKSYEN B: AMARAN UNTUK PERKAPALAN


i) NASIHAT ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)


Angin kencang Timur-Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Sulu, Palawan, Reef North, Layang-Layang, Labuan dan Condore bermula pada Jumaat, 28 November 2014 sehingga Ahad, 30 November 2014.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.


ii) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH


Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Reef North dan Condore dijangka berterusan sehingga lewat petang, Selasa, 25 November 2014.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Dikemaskini pada 25 November 2014, jam 02:41PM
Laman Web Jabatan Meterologi di : http://www.met.gov.my
  
3
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo