Jumlah Mangsa Banjir di Kluang Meningkat

Jumlah Mangsa Banjir di Kluang Meningkat | Setelah banjir melanda kawasan utara dan pantai timur antaranya Perak , Kelantan dan Terengganu , kini Kluang -Johor menjadi kawasan yang dilanda banjir berikutnya. Semalam 26 Disember 2014 dilaporkan korban banjir berjumlah dalam 201 warga dalam pukul 12 tengah hari. Jumlah mangsa banjir semakin meningkat apabila pukul 9 malam tadi dilaporkan naik menjadi 591 orang oleh Ihsan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kluang .

Semua mangsa Banjir di Kluang ditempatkan di Balai Raya Kampung Paya Palembang, Balai Raya Mardi, Mukim Renggam, Balai Raya Kampung Mengkibol dan Sekolah Kebangsaan Seri Kencana. Penduduk di Bukit Kepong pula dipindahkan ke balai raya kampung berkenaan.

Maklumat dari Jabatan Meteorologi menyatakan terdapat angin
Northwesterly yang kencang menumpu ke Johor yang akan menyebabkan hujan lebat.

Dijangkakan hujan lebat peringkat kuning dikeluarkan iaitu hujan monsun beserta angin kencang dijangka berlaku melibatkan Johor pada 28 hingga 30 Disember ini.

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora perairan Johor bagi kategori kedua iaitu angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan timur Johor dijangka sehingga 27 Disember.

2 ulasan

semoga banjir cepat surut..aminn

http://edrina-dafinites94.blogspot.com/

semoga dipermudahkan segala nya utk mangsa


EmoticonEmoticon