CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M ONLINE

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M 4.0, 2015 ONLINE | Semua pemohon dan pernerima BR1M sedia ada boleh membuat semakan status kelulusan  Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M) 2015 secara online sama ada diluluskan atau tidak. Cara semakan ini mengambil sedikit masa kerna maklumat pemohon akan melalui beberapa prosedur semakan dari agensi yang ditetapkan oleh Kementrian Kewangan Malaysia .
CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M 4.0
Semakan status permohonan BRIM tersebut boleh dilakukan secara atas talian (online) dengan mengikuti langkah-langkah muda seperti berikut:
1. Layari sistem semakan status permohonan e-BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s


2. Masukkan atau lengkapkan No. Mykad di ruang yang tersedia
3. Klik pada butang Semakan Status Permohonan

Sebelum berjaya mengakses sepenuhnya aplikasi sistem semakan online anda diminta untuk menjawab soalan keselamatan contohnya seperti pada lampiran

SOALAN KESELAMATAN
Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan membuat semakan status
Soalan keselamatan dan jawapan soalan keselamatan adalah berdasarkan maklumat yang diisi oleh pemohon
Jika jawapan yang diberikan salah, pemohon hanya boleh mencuba sebanyak 3 jenis soalan untuk menjawab soalan keselamatan.
Jika jawapan yang diberikan masih salah, peringatan berikut akan dipaparkan
Contoh soalan keselamatan
Setelah berjaya melepasi peringkat ini, status permohonan anda akan diberitahu dan dipaparkan selain boleh mencetak lampiran tersebut


Jika tidak dapat membuat semakan secara online, sila rujuk kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan
Sila bawa bersama salinan pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan

-mysumber-



PENAFIAN
Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen, kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Sila dapatkan nasihat pakar bertauliah dan berpengetahuan untuk tips dan info berkaitan.

2 ulasan

Hoho... banyak dapat komen dari orang awam tentang BR1M nieh... Mentang2 akak blogger... Nak jawab apa pun tak tau... Kesian dorang Lisa :)

hi. saya baru 1st time nk apply br1m ni. status permohonan saya 'permohonan diterima' .
so skrg ni saya nak tau permohonan saya ni dah lulus atau sekadar diterima tapi belum lulus.
lagi satu kalau dah diluluskan camne saya nak claim duit br1m tu ?
kena pegi LHDN ke ? kalau kena pegi then buat apa kt sana ?
saya apply br1m ada letak skali account maybank. apa function maybank tu ?

thx kalau sudi jawap hehehe sory byk cengkadak sikit. 1st time kottt


EmoticonEmoticon