Biodata Kapten Juruterbang Wanita Air Asia

Biodata Kapten Juruterbang Wanita  Air Asia | Comel orangnya , kecik perwatakannya . Dialah Noor Hafizah Mohd.Idrus , seorang waita yang telah membelah awan biru dilangit . Gadis kelahiran Taiping perak ini memutuskan berhenti dari pengajiannya  dalam bidang multimedia peringkat ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) setelah melihat iklan iklan AirAsia yang disiarkan untuk pengambilan kadet juruterbang syarikat tersebut. 

Pengorbanan Noor Hafizah melepaskan pengajian di UKM berbaloi kerana kini beliau berjaya menjadi kapten. Kini dia telah mencapai impiannya membelah awan biru , dan dialah sesosok wanita yang mengemudi pesawat Airbus A330 dengan 375 penumpang .wanita pertama yang bertudung dan mengendalikan pesawat Air Asia tersebut juga tidak lupa untuk menunaikan solat disepanjang penerbangannya . 

Mula berkhidmat di Air Asia pada 2006 dan kini diletakkan di bawah Air Asia X sejak oktober 2010, Noor Hafizah sudah boleh berlapang dada kerana dengan izin Allah, dia kini (ketika artikel asal ini ditulis) bergelar Senior First Officer, iaitu satu tahap lagi untuk meraih gelaran kapten.

Nak tahu Biodata lengkap kapten juru terbang bertudung ini ? Berikut detailnya : 

Nama Penuh: Noor Hafizah Mohd Idrus
Nama Samaran: Fizzy Idrus
Umur: 30 Tahun (2014)
Asal: Taiping Perak
Alamat Terkini: Cheras Kuala Lumpur
Ibu: Rohaya Kassim
Bapa: Mohd Idrus Abdul Hamid
Adik beradik: Anak kedua daripada enam beradik
Pendidikan: Kolej Tunku Kurshiah, Kolej Matrikulasi Melaka, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Akademi Penerbangan Malaysia
Kerjaya kini:  Senior First Officer Juruterbang Air Asia









Pesan Noor Hafizah, bagi remaja yang mempunyai cita-cita untuk bergelar juruterbang sepertinya, teruskan impian dan berusaha gigih.

“Setiap kerjaya mempunyai cabarannya sendiri dan tidak terkecuali jika menjadi juruterbang namun apa yang penting, seseorang perlu mempunyai minat mendalam dan buangkan sikap takut untuk mencuba.

“Jangan sesekali putus asa dalam berusaha mencari yang terbaik untuk hidup kerana masa depan terletak di tangan sendiri,” katanya menutup perbualan.

Sumber : Thevocket

8 ulasan

terbaik la akak ni , comel pulak tu :)

http://www.blogparihh.com/

Mmg cantik dn berbakat besar dlm penerbangan. Semoga Air Asia lahirkan lebih ramai lg juruterbang wanita

Terbaik lah awek ni. Dahlah cun.. Pilot pulak tu. Tak sangka.

pergh terbaik la kaum kita nie!

menjadi kebanggaan kita, seorang muslimah menjadi juruterbang. Subhanallah!

owh, ini rupenye Noor Hafizah Mohd Idrus, patut ler glemer, dah la pilot, comey pulak tu! JOM SINGGAH BLOG AKAK


EmoticonEmoticon