Bas Persiaran Terbalik Di Gua Musang

Bas Persiaran Terbalik Di Gua Musang| Tujuh penumpang termasuk seorang wanita sarat mengandung cedera apabila bas persiaran yang disewa khas terbabas sebelum terbalik di KM47 Jalan Gua Musang-Jeli di sini, awal pagi ini.

Empat daripada penumpang berkenaan yang cedera parah dan menerima rawatan di Hospital Gua Musang di sini ialah Nor Adilah Zulkifli, 25, yang sarat mengandung lapan bulan; Rosnah Abdullah, 51; Zulkifli Hassan, 55; dan pemandu bas, Yuzani Yusoff, 28.
Tiga penumpang yang cedera ringan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama ialah Wan Nor Amilina Wan Salman, 9, Nor Aida Ramli, 15, dan Ramli Musa, 55. Kejadian itu berlaku di awal pagi pukul 3:15 Am. Semua mangsa 33 Penumpang adalah keluarga anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Wangi Gua Musang dalam perjalanan pulang kerumah selepas percutian di Langkawi.

Ketua rombongan, Ramli Che Din, 57, berkata ketika kejadian bas tiba-tiba bergoyang dengan kuat menyebabkan semua penumpang tersedar daripada tidur dan diikuti dentuman menyebabkan penumpang menjerit dan melaungkan takbir.
Brek yang bermasalah menjadi punca kemalangan itu berlaku.

"Mungkin bas mengalami masalah brek menyebabkan pemandu hilang kawalan dan terbabas sebaik memotong sebuah lagi bas rombongan," kata ketua rombongan.

Rombongan keluarga KRT taman terbabit menaiki dua bas persiaran ke Langkawi pada malam Khamis lepas dan berlepas pulang dari Kuala Perlis pada jam 3 petang kelmarin melalui Jeli untuk ke Gua Musang.

Takziah untuk keluarga korban. 

Sumber ; berita harian online


EmoticonEmoticon