Ad

Semua Perniagaan Wajib Mempunyai SSM

Semua Perniagaan Wajib Mempunyai SSM  | Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM ) sebelum ini telah mengumumkan bahwa semua perniagaan online ataupun tidak, perlu mendaftarkan perniagaan mereka . Dan kini pihak SSM mula bertindak tegas apabila mula mengeluarkan surat amaran kepada mana-mana peniaga yang gagal memaparkan nama dan syarikat mereka,sama ada website atau fanpage mereka.
Post terkini dari ecommercemilo , memaparkan salah satu amaran dari pihak SSM kepada salah satu perniagaan yang menggunakan fanpage untuk perniagaan mereka.Di dalam surat tersebut dinyatakan kesalahan pemilik perniagaan tersebut yang tidak memaparkan nama dan nombor syarikat di fanpage. Dan sebab kesalahan ini peniaga boleh dikenakan denda RM5,000 ringgit.
Kalian yang menggunakan fanpage ,nama dan nombor syarikat kalian boleh letak di bahagian "ABout US" 
seperti contoh dibawah ini. 
ChristyNg.com:

\
 Maklumat wajib untuk dipaparkan dihalaman website perniagaan kalian : 
1. Nama perniagaan (Nama pemilik,syarikat atau perniagaan )
2.No. perdaftaran perniagaan atau syarikat
3.Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat pembekal perniagaan dalam talian.
4.Penjelasan tengang ciri utama barang atau perkhidmatan.
5.Harga barang ,termasuk kos pengangkutan dan lain-lain 
6.Kaedah pembayaran
7.Terma dan syarat jualan yang berkaitan.
8. Waktu dan anggaran kepada pembeli.

Sebenarnya tahun 2013 pihak SSM telah mengeluarkan notice ini akan tetapi para peniaga nampaknya masih berlengah-lengah untuk mendaftarkan perniagaan mereka. Bila ada kes tipu menipu ,  report polis , Saman  pada masa itulah baru sedar betapa pentingnya SSM . Setahun rm60 sahaja , jadi harap kalian semua yang ada perniagaan online baik seller, agen , stockis , dropship sila mendaftarkan perniagaan kalian ke SSM ya .









sumber : wangcyber , ecommercemilo
6
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo