Love Yasmin | Novel Kisah Allahyarhammah Yasmin


LOVE YASMIN | Novel yang mengisahkan Allahyarhammah Yasmin Johan . Novel yang mengisahkan kehidupan seorang gadis yang istimewa bernama Yasmin Binti Johan atau nama pena-nya Yasmin J Hunwick,seorang Blogger dan pemain piano dari Langkawi -Kedah.
Puteri sulung Encik Johan Eusoffe Abdullah dan Puan Sazlina Shahriman Shah ini telah menyahut seruan ilahi pada usia 17Tahun pada , 03 June 2012 yang lalu akibat terlibat dalam satu kemalangan jalanraya bersama dua rakannya.

Pemergian yang tak disangka pada usia terlalu muda membawa seribu duka kepada mereka yang mengenalinya .Kisah Yasmin mendapat perhatian ramai pihak dan menjadi pengajaran kepada insan yang masih hidup didunia ini bahwa maut tak mengenal usia.
Novel ini berharga RM25.00 dan ditulis oleh Mohammad Syimir bin Mohd Yunusi atau lebih dikenal SYIMIR YUNUSI Seorang pelajar Fakuliti Kejuruteraan  Mekanikal yang sedang mengikuti pengajian diploma di Universiti Teknologi Mara  Pulau Pinang .

Novel Love Yasmin dicetak sebanyak 1,400 pcs untuk keluaran pertama pada June 2013 sampena 1 tahun pemergian Yasmin . Novel ini seharga rm25.00 dan tidak dijual dimana-mana kedai buku . Rm5 dari penjualan buku ini disumbangkan untuk tabung Palestine/Gaza  dan selebihnya diwakafkan kepada masjid-masjid yang telah ditetapkan oleh penulis. Blog penulis DISINI .

Novel ini ditulis sepenuhnya oleh Syimir Yunusi ,cuma dalam novel tu ada coretan kenangan dari keluarga dan peminat-peminat  Yasmin pada "Special Page" .

Yang membuat Penulis tergerak hati untuk menulis novel mengenai Yasmin ialah sebab beliau mendapat permintaan dari aunty Sazlina (ibunda Yasmin ) sebab beliau tak sempat menjawap soalan-soalan yang ditanya mengenai Yasmin , dan kebetulan Penulis ada update blog mengenai mimpi berjumpa dengan Yasmin .Kemudian artikel itu menarik perhatian family Yasmin dan mereka mensarankan kepada Syimir Yunusi untuk menulis mengenai Allahyarham Yasmin. baca DISINI  . Penulisan novel Love Yasmin memakan tempoh 6 Bulan .

Darimana Penulis kenal Yasmin ? apakah Rakan Blog ? Nope, masa Yasmin accident , adik dari Syimir kebetulan ada di Langkawi . Dia balik buat cerita , akan tetapi masa itu hanya anggap seperti accident biasa. 60 hari selepas accident ,kawan rumah penulis sembang-sembang mengenai Blogger yang meninggal sebab accident dan macam tahu dia dah nak meninggal . Ketika itu pon penulis belum ambil tahu ,dan sampai satu hari dia tergerak untuk membuka blog Yasmin DISINI . Dan kemudian mimpi Yasmin, Itulah permulaannya .
Tujuan mengarang Novel ini ialah untuk membersihkan nama Yasmin seterusnya mengetengahkan cerita sebenar disebalik apa yang menimpanya .

Sedikit bedah Novel Love Yasmin:

-17 bab mewakili umur yasmin semasa kejadian
-setiap bold alphabet dalam setiap bab akan membentuk perkataan'YASMIN JOHAN HUNWICK LOVE U' (ada kekhilafan dalam bab 9 dimana huruf 'H' tidak dapat dibaca mesin)
-isi perbincangan yang sering terjadi antara uncle Johan dan Yasmin diselitkan dengan isi ceramah2 Ustaz Don, Ustaz Azhar dan Ustaz Haslin bollywood.
- Yasmin peminat tegar Ustaz Azhar Idrus.
-L pada kulit buku diwakili oleh ibu jari dan telunjuk yang membentuk L
 

*Buku yang dia baca sebelum pemergian Yasmin.



Semoga roh Yasmin dan rakan-rakanya dicucuri rahmat dan belas kasihan ALLAH . AL-fatihah .


P/S: semua yang tertulis di entri ini ialah hasil dari sumber info setelah bertanya kepada penulis novel Love Yasmin iaitu Syimir Yunusi  sendiri .

13 ulasan

Kenapa Brio xpernah tahu pasal benda ini?

tersentuh hati..sesungguhnya kita tak tau bila masa akan dijemput..

skrg ade lg ke buku ni? Dulu ade dengar psl ni, tapi waktu tu dah tak jual dah buku ni sbb cetakan die sikit kan..

erkk... tak tahu lak pasal yasmin ni...

Kalau ada novel, pcl x.minat baca melainkan ada org yg buat e-Novel.

Sesungguhnya mati itu rahsia Allah

Nti insyaallah sy tolong tnyakan kepada penulis. Kalau nak direct tanya dengan saudara syimir pon boleh :)

Hehe ...mungkin tak rmai dengar.. tapi kes mahkamah masih belum settle sampai sekarang. Apakah pemandu van itu bersalah atau tidak..Doakan sahaja semua cepat selesai :)

Do blog arwah Yasmin ade tulis ask and answer mengenai mengapa tak tulis ebook je.. :)

menarik buku ni dan lagi menarik kalau tulis dalam bentuk ebook.


EmoticonEmoticon