Larangan Pengeposan Batrey dan Powerbank Melalui Pos Malaysia Berhad

Larangan Pengeposan Batrey dan Powerbank Melalui Pos Malaysia Berhad | Tahukah kalian bahwa pihak Pos Malaysia Berhad  tidak akan menerima pengeposan batrey dan powerbank ke Sabah -Serawak dan Luar negara bermula dari 1 Nov 2014 . Sebarang pengeposan item yang mengandungi batrey litium akan ditahan di Pos Malaysia International Hub (PMIH ) .Semua hantaran yang ditahan boleh dituntut dan dikembalikan tanpa pulangan caj pengeposan.

Semalam Lisa dah call pejabat pos dan sememangnya berita ini benar, bukan hanya kabar angin. Ini semua dilakukan selaras dengan peraturan yang terkandung didalam Peraturan Barangan Berbahaya terbitan IATA , Pos Malaysia Berhad tidak boleh mengendalikan item berbahaya didalam mel udara , bungkusan udara dan EMS. Jadi kalau kalian ingin menghantarkan barang ,pastikan tiada bateri litium atau powerbank dalam bungkusan yang akan dihantar.


"Mutakhir ini, Pos Malaysia Berhad menerima banyak pengeposan bateri litium dan power bank ke Sabah, Sarawak dan luar negara. Selaras dengan peraturan yang terkandung di dalam Peraturan Barangan Berbahaya (Dangerous Goods Regulations), terbitan International Air Transport Association (IATA), Pos Malaysia Berhad tidak boleh mengendalikan item berbahaya di dalam mel udara, bungkusan udara dan EMS.Bateri litium dan power bank dikategorikan sebagai barangan berbahaya. Pelanggan diminta untuk memastikan tiada bateri litium atau power bank terkandung didalam bungkusan yang dihantar.
Larangan ini berkuatkuasa pada 1 November 2014 dan sebarang pegeposan item yang mengandungi bateri litium atau power bank akan ditahan di Pos Malaysia International Hub (PMIH). Semua hantaran yang ditahan boleh dituntut kembali tanpa pemulangan caj pengeposan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada kakitangan kaunter atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1300 300 300 atau layari www.pos.com.my

{ 14 comments.. read them below or add one }

Rosmiza Ali Rosmiza Ali October 28, 2014 at 3:28 PM
Ke semenanjung boleh lagi ke Lisa? Akak tengah tunggu power bank gak nih.. Order online.. Huhu..
Rosmiza Ali Official Blog™
ctfand ctfand October 28, 2014 at 3:54 PM
Ok, baru tau. Tq berkongsi.
akubiomed akubiomed October 29, 2014 at 9:52 PM
Sudah lama peraturan ini cuma baru sekarang dikuatkuasa oleh pihak Pos Malaysia.
AnonymousAnonymous October 30, 2014 at 2:41 PM
tadi sy baru kol pejabat pos cawangan KL.. katanya area semenanjung pun xboleh pos..