Ad

Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu ke 6

Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu ke 6 | Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2014 ( MLM ) Minggu 6 ,Jumat 19 Disember 2014 . Disiarkan di Astro Prima,Maya dan Warna setiap Jumat pukul 10 malam.Siaran MLM 2014 Minggu 6  secara live disiarkan secara langsung bermula pukul 10.00 malam di Astro Warna 9132 dan tayangan serentak di Astro Mustika HD (134) .  Pada minggu lepas, kumpulan Ekzoz dan Samurai telah tersingkir , bagaimana dengan malam ini ? kumpulan manakah yang akan tersingkir dari pertandingan ?

Tema yang akan dibawakan oleh sepuluh peserta
 MAHARAJA LAWAK MEGA MINGGU 2014 KE 6  ialah " Muzikal ". 

*link akan dikemaskini setelah rancangan mula disiarkan. 

Tonton 

Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 6 

Gadis cantik memilih Bunuh Diri

Gadis cantik memilih Bunuh Diri | Dari banyak jalan, bunuh dirilah yang jadi pilihan Aima. Seorang gadis cantik yang cuba mengadu nasib untuk mencari sesuap nasi di Bandaraya ini . Aima mencuba membunuh diri dengan terjun dari bangunan tingkat tiga di tempat dia bekerja.

Nekat bunuh diri menyebabkan kedua tangan patah dan luka dibagian muka. Beberapa bulan lepas dia pernah datang untuk bekerja ditempat boss Lisa. Dia dijanjikan kerja di kedai bukan sebagai pembantu rumah oleh agensi pekerjaan dikampungnya, Medan, Indonesia. Dia memberontak dan terus memberontak nak balik ke tempat asal. Masuk kali ke 3 dah ketika dia datang kerumah boss Lisa  . Tahan 1hari je , lepas tu dia  cakap nak balik ! Bukan salah boss, tapi dia memang tak nak kerja dah kat Malaysia ini. Mungkin terfikir family si kampung kot. Nak balik tapi tak leh sebab dia ada sign agreement dengan agensi dia.

Kemarin terjumpa lah dengan akak agensi yg kat sini tu, dia sembang-sembang ... pasal Aima tu. Bagitau yang sia try bunuh diri. Aish.. nak salahkan siapa? Hurm kenapa  bunuh dirilah jalan yang dia pilih..

Keputusan Terkini Malaysia Vs Thailand 17 Disember 2014

Keputusan Terkini  Malaysia Vs Thailand 17 Disember 2014 | Perlawanan  final Piala Suzuki AFF 2014 pada 17 Disember 2014  merupakan Perlawanan yang akan menentukan siapa yang layak mendapatkan Piala Suzuki AFF 2014. Bagaimana keputusan pengakhiran perlawanan tersebut? 

Untuk menonton secara langsung siaran tersebut , anda boleh tonton di pautan  
Live Streaming Malaysia VS Thailand 17 Disember 2014

Keputusan: MALAYSIA Vs Thailand
Malaysia 0 : 2 Thailand

Chappuis 72″ ,Thawikan 86″ 

Live Streaming Malaysia VS Thailand 17 Disember 2014

Live Streaming Malaysia VS Thailand 17 Disember 2014 | Perlawanan Final Piala AFF Suzuki 2014 yang melibatkan team Malaysia melawan Thailand akan berlangsung hari ini , dengan Thailand sebagai tuan rumah. Jadual perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok pada jam 7.00 PM waktu Thailand dan 8.00 PM waktu Malaysia.Bagaimana keputusan perlawanan Final Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia vs Thailand ?
Baca DISINI

Siaran langsung perlawanan ini boleh disaksikan di TV9 . Apabila kalian berada di Hostel tiada TV, anda  boleh tonton secara online dan  klik pautan link di :
 LIVE STREAMING THAILAND VS MALAYSIA 17 DISEMBER 2014

Selamat menonton

Tonton Suamiku Encik Sotong Episod 8

Tonton Suamiku Encik Sotong Episod 8 | Suamiku Encik sotong bermula 27 Oktober 2014 di Astro Ria dan Astro Maya HD.Ditayangkan setiap hari Isnin pukul 10 malam. Mengisahkan pasangan suami istri yang berlainan sikap dan gaya. Jiwa suami yang lembut dan istri yang rock .

Tonton online / Watch  di : 

*link akan dikemaskini setelah drama selesai.atau


Tonton Suamiku Encik Sotong Episode 8  atau    DISINI
 Tonton Suamiku Encik Sotong Episode

Tonton Suamiku Encik Sotong Episode 6 
 Tonton Suamiku Encik Sotong Episode 5
 Tonton Suamiku Encik Sotong Episode 4 
Tonton Suamiku Encik Sotong Eposide 3 
Tonton Suamiku Encik Sotong Episode 2
Tonton Suamiku Encik Sotong Episode 1

Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia

Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia | SENIMAN filem melayu klasik yang lahir pada 1 Januari 1935, Datuk Mustapha Maarof, 79, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera, Tuanku Mizan, Wangsa Maju jam 8.38 pagi tadi Isnin, 15 Disember 2014. Mustapha atau nama sebenarnya Mustapha Azhari Maarof,meninggal di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas dua minggu mendapatkan rawatan akibat penyakit paru-paru.

Berasal dari di Kuala Lumpur, Allahyarham Mustapha atau nama sebenarnya Mustapha Azahari Maarof pernah menerima Anugerah Veteran dalam Festival Filem Malaysia ke-10 dan Anugerah Tokoh Perfileman Finas 2010.

Jenazah Datuk Mustapha Maarof
akan dikebumikan  di tanah Perkuburan Islam Ampang selepas zuhur sebelumnya jenazah  di sempurnakan dihospital dan disembahyangkan di masjid sentul.


Takziah kepada keluarga yang ditinggalkan .Dan marilah sedekahkan Al Fatihah untuk beliau ,semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan digolongan orang beriman. 



sumber : Berita Harian

Prepaid XPax Disposable


 Prepaid IOX DISPOSABLE | Pelan internet prabayar yang baru dikeluarkan oleh celcom dengan keluaran yang terhad sahaja. Harga simcard rm20 , dan mempunyai kuota 1Gb yang active dengan jangka masa 1 minggu. 
 
Apa yang membezakan dengan pack lain ? Walaupon 1gb active untuk satu minggu,pack ini akan automatik ada 4G LTE . Berbeza dengan simcard prepaid biasa, yang kebanyakan harus membuat langganan internet bulanan barulah boleh menikmati 4G LTE yang mempunyai fungi kelebihan pada speed internet yang sangat laju. Bergantung pada kawasan juga, sebab bukan semua tempat dapat menikmati 4G . 

Kelebihan lain ialah, kalian boleh melanggan plan internet lain ketika kuota 1Gb tersebut sudah habis, sama ada ingin melanggan daily,weekly, ataupun monthly. Tidak perlu menunggu sampai jangka tempoh masa 1 minggu untuk pack disposable expired. 

Hanya tempat tertentu sahaja yang menjual simcard Xpax DISPOSABLE ini. Dan dengan jumlah yang terhad sahaja. 



Daging Masak Lada Hitam


Daging Masak Lada Hitam| Selain nasi ayam penyet, daging juga menjadi pilihan dalam senarai makanan kesukaan Lisa. Daging , saya lebih suka makan daging lembu daripada ayam. 

Nasi putih panas-panas dihidangkan dengan Daging Masak Lada Hitam atau dalam bahasa omputehnya Daging Black Pepper  memang memberi satu kenikmatan. Apalagi kalau time hujan , wahh sedap. Lada hitam mampu menghangatkan tubuh dari dalam. Dan banyak lagi khasiat yang lain. 

Cara masak yang simple iaitu ; rebus daging , toskan kemudian gaul dengan gandum dan sedikit garam. Goreng dan toskan. 

Tumis bawang putih yg ditumbuk halus+masukkan sos tiram,lada hitam .Kacau sehingga masak. Masukkan daging ,kicap pekat ,cendawan , kemudian gaul dan masukkan sedikit air. Masak dan kemudian masukkan garam dan gula. Masak sekejap. Dan siap. Kalau nak tahu lebih detail mengenai resepi Daging Black Pepper boleh baca DISINI

Selamat mencuba. 

Tips Turunkan Berat Badan

Tips Turunkan Berat Badan |Assalamualikum dan selamat pagi. Wanita takut akan kegemukan yang melanda kepada mereka. Berbagai ubat-ubatan dan produk kecantikan sanggup wanita beli hanya untuk menurunkan berat badan. Bagi Lisa,kenaikan berat badan bukan menjadi masalah yang besar .

Beberapa minggu lepas, Lisa gigih berusaha menaikkan berat badan .Yelah, selepas sakit aritu, berat Lisa turun secara drastis. Haa..maka dengan gigihnya Lisa naikkan berat badan,dan akhirnya.. dapatlah naik dari 40kg ke 46kg. Naik 6Kg ! Haha dengan ketinggianku yang comel-comel sahaja ni maka 46 termasuk dalam kategori gemuk dah. Kena turunkan berat ni !

Lisa mulalah dengan petua nenek moyang ,atok dari beberatus abad keturunan masa silam. Amboiii hahaha . RAHSIA TURUNKAN BERAT DENGAN MUDAH kini bukan menjadi rahsia lagi .Ayat macam iklan semacam je ,krik krik.
 Petua-petua itu ialah :

1. Jangan lupa sarapan.
 Jangan makan-makanan berkalori tinggi pulak. Makan yang heavy food ya ,
2. Kurangkan porsi makan tengah hari . 
Makan 1/2 dari kebiasaan.
3. Kalau kalian suka makan ayam atau daging , dan susah untuk tinggalkan. Maka cubalah makan ayam yang direbus . Bukan digoreng atau berkaitan dengan minyak dan juga santan.
4. Perbanyak minum air masak . 
Lisa mengamalkan 2 botol besar air mineral setiap 1 hari. Air ini bagus untuk metabolisme badan.
5. Tidur awal. 
Tahukan anda , bahwa tidur lewat boleh menyebabkan kegemukan .
6.Perbanyak makan sayur dan buah .
7. Jadualkan makan malam sebelum pukul 7 malam.
8. Senaman secukupnya .

Lisa dah cuba, dan hasilnya berat badan turun 3kg dalam masa 1 minggu. Tak percaya ? ini buktinya , gambar di instagram yang menunjukkan berat badan satu minggu lepas dan gambar yang Lisa ambil ketika timbang berat semalam.

Sebab kenapa Saya tidak mengkonsumsi atau memakan ubat diet? , Sebab saya sayang ginjal saya dan saya lebih suka mengamalkan pemakanan yang sehat. Ianya akan kekal untuk tubuh , tidak perlu risau kesan sampingan yang mungkin akan memakan ribuan bahkan puluhan ribu untuk kos pengubatan .

Jadi , selamat mencoba dan selamat mengamalkan.

Ayam Penyet Cinta

AYAM PENYET CINTA | Seperti biasa , ayam penyet menjadi menu favorit ku. Hari ini sebelum pergi kerja, aku belilah ayam penyet di tempat biasa beli iaitu di gerai kak kartika. Sembang-sembang kosong sambil menanti menu yang aku order siap. Dan ketika dah siap, maka aku bayar lah dan kemudian beredar dengan membawa bungkusan ayam penyet tu.

Sesampai di tempat kerja, aku buka lah bungkusan nasi itu.Ada yang pelik.haha ade nuget love la pulak hari ini. Sebenarnya tadi ketika aku nak order, dia tengah makan nuget love . Lepastu dia pelawa ke aku, tapi ku tolak . Bukan apa, yelah..biarlah dia makan. Tak kan nak kacau pulak. Mesti aku dan dia memang rapat. Kira aku pelanggan dia yg tetap la..sebab hampir setiap hari aku akan singgah membeli makanan ditempat dia. Hehehe tak perasan pulak dia letak nuget tu dalam makanan aku. Rezeki..

Kisah Disebalik Keindahan Europe

Kisah Disebalik Keindahan Europe | Dulu Europe dan Islam,Mereka pernah menjadi pasangan serasi. Kini hubungan keduanya penuh pasang surut prasangka dengan berbagai gejolaknya. Ada manusia-manusia dari kedua pihak yang terus bekerja untuk memperburuk hubungan keduanya.

Matahari tenggelam di Katedral Mezquita Cordoba, Istana Al Hambra Granada, atau Hagia Sophia Istanbul, . Matahari tenggelam yang aku lihat adalah jelas matahari yang sama, yang juga dilihat oleh orang-orang di benua ini 1000 tahun lalu. Matahari itu menjadi saksi bisu bahwa Islam pernah menjamah Eropa, menyuburkannya dengan menyebar benih-benih ilmu pengetahuan, dan menyianginya dengan kasih sayang dan toleransi antar umat beragama.

" 99 Cahaya di Langit Eropa " adalah kisah sebenar yang terjadi  iaitu perjalanan hanum  selama 3 tahun di Europe justru mengantarkan pada titik awal pencarian makna dan tujuan hidup. Makin mendekatkan pada sumber kebenaran abadi yang Maha Sempurna.bagaimana Islam mengajarkan cara untuk menghadapi orang-orang atau bangsa lain yang memandang islam sebagai terorist , bukan dengan kekerasan tapi dengan kelembutan . Movie ini mengambil tempat disebagian besar dari negara-negara Europe dan juga tempat-tempat terkenal disana . Dari Austria, Paris, Menara Eiffel ,dan banyak tempat lain .Kemudian berakhir perjalanan itu di Istanbul .


Best cerita ini dan tak rugi kalau kalian meluangkan masa untuk menonton Movie ini. Selain pengetahuan mengenai agama , kalian juga akan mampu menikmati keindahan Bangunan-bangunan bersejarah yang berada di Europe. Pastinya kalian akan teringin pergi kesana ,selepas tengok movie ini. Kalian akan merasa seperti keliling Europe dan menikmati keindahan bangunan disana. 

Tonton Online 99Cahaya Di Langit Eropa Part 1




Tonton Online 99Cahaya Di Langit Eropa Part 2

Aku teringat kata sahabat Ali RA:
'' Wahai anakku! Dunia ini bagaikan samudra di mana banyak ciptaan ciptaan Nya yang tenggelam. Maka jelajahilah dunia ini dengan menyebut nama Allah. Jadikan ketakutanmu pada Allah sebagai kapal kapal yang menyelamatkanmu. Kembangkanlah keimanan sebagai layarmu, logika sebagai pendayung kapalmu, ilmu pengetahuan sebagai nahkoda perjalananmu; dan kesabaran sebagai jangkar dalam setiap badai cobaan.
(Ali bin Abi Thalib RA)

PETUA MUDAH KEKAL NAMPAK BERSERI

PETUA MUDAH KEKAL NAMPAK BERSERI | Menjadi dambaan semua wanita untuk sentiasa nampak berseri dan cantik walau tanpa makeup . Berbagai produk yang berada dipasaran mungkin boleh membantu untuk menyerikan wajah . Akan tetapi apakah kalian terfikir apakesan sampingan kelak jika kalian sudah berusia atau sudah tua ? Kesanpada kulit, kesehatan organ dalaman . Barah mungkin? Oleh kerana itu jom cuba petua-petua mudah berikut ini. 
==========================================


AIR DAUN PEGAGA

Sediakan daun pegaga sebanyak 2 genggam. Bersih dan tumbukkannya sehingga lumat. Perahkan dengan menggunakan sedikit air dan minum perahan air ini 2 atau 4 kali seminggu. Insyaallah tidak akan dimakan usia.

KHASIAT AIR KELAPA TUA
Cuba amalkan membasuh muka menggunakan air kelapa tua ini dan biarkan kering sendiri selama 10 hingga 15 minit. basuh dengan air bersih. Disamping mengawet muda wajah anda ia juga bertindak sebagai moisterizer. Insyaallah

RAHSIA LENDIR DAUN LIDAH BUAYA.
Ambil 1 atau 2 pelepah basuh sehingga bersih kikis lendirnya dan masukkan ke dalam bedak sejuk. Gaul sampai rata dan sapukan ke wajah anda dengan rapi. Ulangi memakainya 2 kali sehari. Insyaallah pasti ada perubahannya

KOBIS, MADU LEBAH PELEMBAB MUKA.
Ambil beberapa daun kobis, sesudu madu lebah dan sedikit air. Kisarkan daun kobis dan gaulkan dengan madu lebah tersebut. Sapukan ke wajah hingga ke leher dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu bersihkannya menggunakan kapas lembab dengan lembut. Insyaallah kulit muka anda akan sentiasa lembab dan tegang.

DAUN INAI PENAIK SERI
Ambil segenggam daun inai yang agak tua dan rebus kira-kira 3 cawan air. Minumlah air rebusan ini sebanyak 3 kali seminggu. Insyaallah wajah anda akan berseri.

KHASIAT KUNYIT MUDA
Ambil kunyit muda yang segar, bersih dan potong nipis. Jadikannya ulam semasa anda makan nasi. Insyaallah wajah anda akan berseri dan menawan keluarga bahagia.

Jadual Final Piala Suzuki AFF 2014 Malaysia VS Thailand

Jadual Final Piala Suzuki AFF 2014  Malaysia VS Thailand | Perlawanan antara Malaysia dengan Vietnam separuh akhir kedua di Stadium Nasional My Dinh, berhasil mendapatkan keputusan dengan score 4 untuk team Harimau Malaysia dan 2 untuk team dari Vietnam telah membawa Malaysia berhasil masuk dalam Final AFF  Suzuki Cup 2014 / Perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2014 . Skuad Harimau Malaya melangkah ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 edisi ke 10 dalam kelas tersendiri selepas  menyingkirkan pasukan pilihan Vietnam. Pada perlawanan final tersebut Malaysia akan berhadapan dengan team dari Thailand .


Jadual Final AFF  Suzuki Cup 2014 Thailand vs Malaysia   pada Rabu ,17 Disember 2014
berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok

 Perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2014 Malaysia VS Thailand dijadualkan pada 20 Disember 2014
di Stadium Nasional Bukit Jalil 

Tiket Online untuk menyaksikan perlawanan antara Malaysia vs Thailand 20 Disember 2014 akan dijual bermula esok ,Ahad sehingga Rabu depan. Bagi tiket biasa pula, akan mula dijual di kaunter mulai Khamis ini hingga Sabtu, dengan harga ditetapkan RM50 bagi dewasa dan RM10, kanak-kanak.sebanyak 2,500 tiket diperuntukkan kepada penyokong Thailand.

"Di Bangkok, Thailand nanti, mereka bagi kita 2,500 tiket untuk penyokong dan jumlah sama juga akan kita peruntukan kepada mereka," dimaklumkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin



Bungkusan Misteri Ke 2

Bungkusan Misteri Ke 2 | Banyak pula hadiah hadiah misteri semenjak dua ini. Terimakasih lah sudi memberikan hadiah kepada saya. Hehee.

Seperti biasa abang posmen datang dengan senyuman yang manis sambil menyerahkan satu nota untuk mawar sign kan keatas kertas tu sebagai bukti dah menerima barang itu. Baca nota yang tertulis di bagian pengirim, Serawak. Aik jauh bebenar . Tak dak pun kawan dari Serawak. Memang tak tahu sape yang bagi hadiah ini. Lepas tu, buka sampul pos tu. Nampak lah seutas gelang tangan pandora yang bertuliskan "Lisa" , wah ni mesti dari cik adik manis si Nina Nieyna !

Hahaha.. tak nak mengaku pulak tu dia yang bagi. Tapi dia tak pandai menipu.. sebab kantoi la jugak. Semalam dah terlepas cakap yang hari ini Mawar akan dapat sebuah hadiah. Dan beberapa hari lepas dia ada tnya saiz tangan. Nampak tak disitu kecuaian dia. Hahaa..

Comel gilak ! Heheh teringat aritu pernah gurau dengan dia yang Lisa nak gelang ini.
Terimakasih banyak-banyak ye Niena ! Susah susah je buat surprise and belikan hadiah untuk saya. Meh terjah awek ni di blog dia Di DISINI
© all rights reserved
made with by templateszoo