Ad

CARA MUDAH DAPATKAN COUPON DISKAUN ONLINE SHOP


CARA MUDAH DAPATKAN COUPON DISKAUN ONLINE SHOP || Zaman sekarang ini dah bukan hal baru lagi kalau peniaga jual barang mereka tanpa membuka kedai . Atau yang dah ada kedai pun biasanya akan luaskan pelanggan dengan jualan secara online . Lisa sendiri lebih suka belanja online. 90 % barangan  Lisa beli secara online . Mudah , tak perlu bazir masa, tak penat , dan tak keluar duit minyak dengan jem lagi di jalan !  Hanya perlu klik , dan pilih mana-mana barang yang berkenan dicari dan kemudian bayar. Cepat dan tak perlu bersesak-sesak dengan orang lain. Best lagi kalau ada diskaun ! kan ? tapi hari ini Lisa akan share untuk kalian , bagaimana cara dapatkan coupon diskaun harga disetiap barangan yang dijual dalam website online tersebut.


Cara mudah dapatkan kupon diskaun di laman web online shop ialah dengan masuk laman picodi.my . Dalam picodi itu , terdapat banyak online shop yang boleh kalian pilih seperti Zalora, Lazada , Uniqlo , Pizza Hut , Sony , Adidas dan banyak lagi . Masuk dan bandingkan harga dengan online shop yang lain kemudian carilah coupon diskaun dalam tu . Senang je bukan ? Lisa memang suka tengok bag , dan di laman ini Lisa boleh memilih berbagai jenis dan bentuk beg yang Lisa suka . Bukan senang  penuhi citarasa Lisa ni ha .

 Join Picodi and you'll never miss a single offer to favourite stores.  Daftar di picodi senang dan cepat. Kalian hanya perlu masukkan email dan ikuti langkah yang muncul dalam screen . Atau , Daftar masuk dengan link Facebook kalian . Mudah bukan ? Masukka email , password , date of birth dan kemudian sign up. Tak perlu makan masa yang lama.

3 cara mudah dapatkan coupon diskaun online shop : 

-Masuk picodi.my 
-Taip nama kedai online 
-Tekan CODE dan REVEAL 



Cara untuk menggunakan code kupon : 
1. Copy code to the clipboard 
2. Paste it in the promo code and check out 

Wahh mudahnya ! 








Masuk picodi.my dan kemudian taip nama kedai online yang kalian ingin cari , kemudian tekan search . Pilih barangan yang kalian inginkan dan masukkan code yang ada. WOWW   Pastinya berbaloi .. Jangan lepaskan peluang ini tau ., kalian juga yang rugi nanti . 




Senarai Pelakon Sha Dan Shah

Senarai Pelakon Sha Dan Shah || Drama terbaru yang dibintangi oleh Kamal Adli dan Syatilla Melvin , Sha dan Shah ini dah mula tayang di Saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD . Menariknya, dalam drama ini diorang terpaksa kahwin walaupon tak suka sama suka dan selama ini hanya berkawan. Dah namanya jodoh.. siapa yang tahu. Pelakon lain yang terlibat diantaranya , SYatilla Melvin sebagai heroin  , Kamal Adli sebagai Hero (Shah ) , Shima anuar , Nina Iskandar dan banyak lagi pelakon yang memeriahkan drama ini. 

Senarai barisan pelakon Drama Sha dan Shah 




PELAKONWATAK
SYATILLA MELVINSHA
KAMAL ADLI SHAH
SHIMA ANUAR ATILIA
NINA ISKANDARMARINATE
AZWAN KOMBOSISKANDAR
AIZAT HASSANSYED ADIF
RAHIM JAILANI TAN SRI BORHAN
FATHIL DANIDATUK SHUKRI
AZHAN RANI DATO' MUSTAFA
KARTINA AZIZ PUAN SRI MARINA
RAJA AZMIDATIN LATIFAH
HANIF SAFUAN RAZID
DAYANG ABASHAWA
DAYANG AREEDALEYA
HAZIF BUHARIMIKAEL
AZLAN KOMENGSUAMI HAWA
JULIA MARIN RITA



Sinopsis Drama Sha dan Shah


Drama Sha dan Shah mengisahkan tentang dua sahabat baik iaitu Shah lakonan Kamal Adli dan Sha (Syatilla Melvin) yang telah berkawan sejak kecil lagi. Mereka terpisah bila Shah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran manakala Sha pula membuat keputusan untuk belajar di Malaysia sahaja.
Bila Shah kembali ke Malaysia dia mendapat tahu bahawa dia dan Sha telahpun dijodohkan. Shah menolak cadangan ibunya itu kerana dia tidak mahukan komitmen dan lebih gemar berkawan dengan ramai wanita. Malah dia menganggap Sha hanya sekadar sahabat baik namun ibunya pula mengugut untuk menjodohkannya dengan gadis lain.
Kerana tiada pilihan lain, Shah lebih rela berkahwin dengan Sha berbanding dengan calon yang langsung tidak dikenalinya. Pada awalnya Sha tidak bersetuju dengan cadangan yang dianggap tidak masuk akal. Tetapi biarpun tidak memiliki perasaan cinta terhadap Shah, perasaan simpati pula menguasai dan akhirnya Sha bersetuju.
Apa yang bakal terjadi kepada mereka berdua setelah memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri? Dapatkah Sha belajar untuk mencintai Shah? Sanggupkan Shah curang kepada isteri yang selama ini menjadi sahabat baiknya?
Menarik kan Sinopsis Drama Sha dan Shah ini. Untuk mengetahui kesudahannya, Jangan lupa tonton Drama Sha dan Shah setiap Isnin hingga Khamis setiap 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD.

Koleksi Hello Kitty terbaru

Akhirnya sampai juga barang yang Lisa order beberapa hari lepas. Comel kan hellokity ni ? Sebenarnya tak tau sejak bila entah Lisa suka dengan hello kitty, tapi bermula dari casing Hp ,cadar,selimut dan sampailah haritu ternampak powerbank hello kity. Lisa suka then beli. Beralih hati dari biru ke pink ? Uihh taklah...masih suka dengan mawar biru.. hehehe kebanyakan baju memang kaler biru. Kecuali casing Hp dan tilam . 


Hari tu ternampak dekat Facebook.. ada promo set hello kitty  ,berkenan le pulak .Memang tak tunggu lama dah..terus grab. Kebetulan memang ada orang dok bising je suruh beli power bank. Hahaha.. Lisa memang tak da powerbank. Tak suka sebab beg jadi berat. Lagipon bukan Lisa pergi mana-mana pun . Lebih kepada kemahuan dari keperluan. 

TADAA... Godies bag hello kitty berisi  usb cable untuk charge ,earphone ,dan sarung power bank. Powerbank ada design gambar Hello Kitty. Tahan ke powerbank tu? Berapa kali charge ? Setakat ni tak guna lagi.. kalau dah guna nanti Lisa update entri ni semula.



Untuk korang peminat Hello Kitty.. jangan jeles Naaaaa... =P


Gambar Pre Wedding Shaheizy Sham dan Syatilla Melvin

Gambar Pre Wedding Shaheizy Sham dan Syatilla Melvin || Tiktok tiktokTinggal tunggu hari bahagia je untuk Shaheizy Sham dengan Syatilla melvin menjadi pasangan suami istri yang sah. Hee mesti ramai gadis-gadis yang patah hati . Sebelum ini Syukri Yahaya .. tahun ini Sham pula. Alololo jangan nangis tepi katil ye .. Nah Lisa belanja gambar yang akan buat kalian tambah stress dan sedih. Gambar perkongsian dari Amir Naufal Photography , mereka juga yang ambil gambar artis lain seperti Shukri Yahaya , Sharfah Sakinah dan banyak lagi . 

Jom Terjah gambar pre wedding Sham dan Tilla 








Lawa juga kan kas jemputan majlis pernikahan nanti.. 





Pernah Cuba " TOMYAM CHIANG MAI " ?

Pernah Cuba " TOMYAM CHIANG MAI " ? mungkin ada yang pernah makan dan ada yang baru first time dengar menu makanan ini. Sama la macam Lisa , baru first time nampak menu makanan tomyam Chiang Mai ni,itupon sebab belek-belek menu makanan di Kedai makan Duang Dee . Sedap tak ? memang la sedap.. tomyam ni berbeza dengan tomyam yang biasanya . Kuah Tomyang Chiang Mai  pekat , macam asam pedas.rasa kuah ketam yang superb! . Kalau nak pedas boleh minta extra pedas , nti mereka buboh la cili banyak dalam tomyam tu . Cili yang digunakan dalam tomyam chiang mai ialah cili kering , kalau tomyam cair yang biasa tu .. mereka gunakan cili padi. Beza disitu . 

Amacam ? tergoda tak ? hahaha.. ofcoz la tergoda kan.. ! Kedai makan Thai biasa ada menu tomyam chiang mai ini. Halal ke makananyang Lisa makan ni ? Usah risau ,,, memang halal sebab owner tu muslim orang Kelantan nikah dengan orang Thailand , jadi memang sedap noo..  Kuah pekat masam manis dan pedas (tak pedas sangat sebenarnya ) , makan panas-panas dengan nasi putih time hujan. Fuhh menyelerakan .



Isi tomyam Chiang Mai semua ada, dari daging .. ayam , udang , sotong , ketam .. Ikut selera lah , tapi ketam tu jangan tinggalkan. Kalau tinggal ketam dah bukan jadi tomyam chiang mai dah .


Harga untuk semangkuk ini rm6.50 , Murah ? ye memang murah dan makanan disini memang murah . Makan sampai perut buncit pon boleh . Kalian kalau belum pernah cuba .. try la menu ini, sedap woo.. ;)

Tarikh pernikahan Shaheizy Sam - Syatilla Melvin

Tarikh pernikahan Shaheizy Sam - Syatilla Melvin | , Waah pelakon lelaki ni memang Lisa minat dari dulu. Kawan Lisa ramai je yang jadi fans Sham sebab kacak dan badan yang taff,, tapi untuk Lisa , sebenarnya minat lebih kepada senyuman and gigi Sham . Nampak manis lah kan ? kan ? kannn ?  . Namun tiada jodoh antara Lisa dengan Sham ,opsss ! haha gurau je la. Dulu Lisa ingat dia ni menjalin cinta dengan Fafau ( Fara Fauzana ) tapi ternyata bukan, kawan rapat kot kan . Dan berita gembiranya , bulan Februari depan Shaheizy Sam akan menikah dengan kekasihnya iaitu Syatilla Melvin  . Alhamdulillah .. Tahniah ye untuk  Sham dan Syatilla. Untuk kalian yang minat dengan Sham , jangan patah hati ye .. ramai lagi pelakon-pelakon yang masih bujang . Jangan doa tak baik tauu. Fanatik

*gambar kredit to rotikaya
Tarikh pernikahan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin , 8 Februari 2016 di Pulau Pinang . Majlis resepsi  sebelah keluarga Syatilla di Bukit Jawi Golf Club pada 9 Februari dan  majlis resepsi sebelah keluarga Sam di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada 14 Februari. Jangan risau..untuk peminat ada juga , majlis akan berlangsung 20 Februari . Fuhh.. dengar kabar dapat tajaan sebanyak 25 Juta. Kaya makk... ! Bila lah Lisa akan dapat tajaan banyak seperti tu ? haha berangan je la mampu.. Awal tahun 2016 dah ada wedding of the year . Bertuah Sham dengan pasangan . 


Tahniah untuk kedua pasangan dan semoga majlis akan berjalan baik-baik sahaja seperti yang dirancang .
Psttt : peminat Sham jangan menangis tau .. =p

Breastfeeding Tak Salah , Tapi Kena Tempat la..


ISU  Gambar ibu muda bagi BreastFeeding?   || Benda dimedia social ni tak selamanya yang elok-elok sahaja.. tapi biasanya sekarang ni benda tak elok tu yang cepat je VIRAL ! Nah.. semalam kecoh pasal ibu muda yang upload gambar dia sedang Breastfeeding anak di media social. Dan Meran (AMRAN FANS ) korang tau sendirikan dia memang suka tegur direct . Tapi teguran semalam tu dah buat mak-mak yang kekonon menyokong Breastfeeding tu serang page meran sampai la kena deactive oleh facebook. 

Pendapat Lisa sendiri ? Bukan tak sokong kempen Breastfeeding , tapi kena la tempat juga. Yang mak muda ni pula cari pasal. Sendiri upload ke media social kan dah kena  bahan umpatan orang .. , 1 Malaysia cik kak oi. Orang dulu bagi breastfeeding sorok-sorok sebab malu, sekarang ni siap ambek gambar dan kemudian upload di media sosial.  Lisa dulu pernah komen pasal isue Breastfeeding dekat status kawan di facebook.. time tu dia sedang pantang and luahkan rasa tidak puas hati sebab ada orang yang  pertikaikan dan nasihatkan dia untuk bagi anak BF (Breastfeeding) , Lisa time tu memang cetek ilmu dan info pasal BF ni. Ikut-ikut bagitau yang BF ni kena bagi ke anak sampailah umur 2 tahun . Sampailah Lisa tanya kepada adik dia apa masalah yang sebenar.. ooo anak dia yang taknak BF , memang dah paksa tapi tak nak. Jadi bukan salah dia kan ?  lepastu lisa cari dan tanya kepada orang-orang yang memang tahu pasal BF ni ,, rasa bersalah pulak sebab mungkin dia terguris hati oleh ayat Lisa .

Seputar isu ibu muda posing sambil susukan anak.
Soalan: Ustaz, apa hukum upload gambar selfie posing susukan anak?
Ustaz: Astaghfirullah. Hukumnya haram dan kena cepat2 delete.
Soalan: Tapi, dia tak dedah aurat pun. Seluruh tubuh terlindung...
Ustaz: apa saja yg penampilan perempuan boleh menarik perhatian ajnabi walaupun tutup aurat ialah haram. Dalil:
1. فلا يخضن بالقول . سورة الأحزاب
Orang perempuan tidak boleh lunakkan suara
2. ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن سورة النور
Orang perempuan jangan hentak kaki utk tunjuk perhiasan tersembunyi.
3. ولا يبدين زينتهن الا ما ظهر منها . سورة النور
Orang perempuan jangan tunjuk perhiasan yg tersembunyi kecuali yang terzahir.
4. ايما امرأة استعطرت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي كذا وكذا اي زانية . حديث مسلم
Mana2 wanita yg berwangi2an dan melintasi kaum lelaki sehingga terbau wangiannya, maka ia telah (menghampiri) zina.
Soalan :apa kena mengena dalil ni dengan posing menyusukan anak?
Ustaz : jika memakai wangi wangian sehingga menarik syahwat pun sudah menhampiri zina apatalagi Gambar Breast Feeding .. tidak kah akan ada eksploitasi
Dalil2 ini bukan untuk mendiskriminasi kaum wanita, tetapi sebagai perlindungan buat mereka. Orang lelaki diminta menghormati wanita. Aurat mereka adalah ekslusif buat insan-insan istimewa dalam hidup mereka.
menjaga wanita dari di diskriminasi dan di Eksploitasi adalah tanda Agama Islam menyayangi wanita
maka jangan la membuka ruang Di Eksploitasi dengan gambar yang boleh dimanipulasi
sayangi diri dengan sifat malu dalam diri
kredit : PU Salman dan Group Whatsapp Asatizah serta Ustazah Isfadiah yang membantu mencerahkan Ummat
Dan nota yang lisa tahu mengenai Breastfeeding.. 
Tak semua ibu diberi kesempatan untuk Breastfeeding anaknya , 
Tak semua bayi nak menyusu badan ,
 Tak semua mak mampu bagi Breastfeeding , untuk mak yang sengaja taknak bagi BF tu memang tak tahu nak cakap la. 
Dan terakhir (juga nasihat dari kawan )  , KALAU KALIAN TAK KAHWIN DAN TAK BERANAK LAGI , JANGAN KOMEN PASAL BREASTFEEDING DAN MEMANDAI , BAHAYA

Tayang stok susu yang dipam sebenarnya ada hukumnya tau .. tapi bab tu kalian kena tanya yang lebih arif  .
Dan untuk ibu-ibu yang nak sangat kongsi gambar BF .. Kasihan dan tolong jaga perasaan ibu lain yang tak sempurna macam ibu-ibu yang mampu bagi full Breastfeeding kepada anak . 



Lirik Takkan Pergi Hyper Act ( OST Cinta Si Wedding Planner )

Lirik Takkan Pergi Hyper Act ( OST Cinta Si Wedding Planner ) || Lagu ini dah release tahun lepas dan pasti kalian selalu dengar di radio , lagu dari Hyper Act ni memang pandaikan mencuri telinga si pendengar.. termasuk Lisa hehe. Lagu ini juga yang jadi OST Drama TV3 yang tayang di Slot Akasia setiap 7 petang .. mesti kalian tahu ,, yes betul ! OST Cinta si Wedding Planner. Macam biasala.. adaptasi dari novel. Sebab Lisa tak suka beli novel ,,, nti tak surprise la kan jalan cerita drama tu , walaupun bukan 100 % sama .

4 tahun bercinta tapi akhirnya tak boleh bersatu time decide nak kahwin.. huhu kesian dekat Bazli pon ada sebab tak boleh terima yang Zara tu adik kandung bazli. Dalam drama tu pelakon baru yang comel dan cantik dan dulunya seorang blogger juga .. Mira Filzah  dan pelakon-pelakon senior seperti Adi Putra.. , Senarai Pelakon Cinta si Wedding Planner  

Lirik Lagu Takkan Pergi – Hyper Act [ OST Cinta Si Wedding Planner ] 

Hari ku yang pergi hilang ku mencari
Gelora cinta kau bawa datang kembali
Rindu ku tak sudah hilang dalam sedar
Mungkin ku menanti sepi hangat yang hadir

Kenangan bagai mengejar mentari
Terbakar debunga kasturi
Apakah tandanya yang tersembunyi
Dibalik rahsia semalam

Hadir dirimu memulihkan ku
Dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku
Namun rasa ini, dalam mencari erti
Yakin ku kekal mu disisi takkan pergi


Mungkin sebenarnya ruang tu tiada
Mengisi kasih nan pilu sebentar cuma
Kenangan bagai mengejar mentari
Terbakar debunga kasturi
Apakah tandanya yang tersembunyi
Dibalik rahsia semalam

Hadir dirimu memulihkan ku
Dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku
Namun rasa ini, dalam mencari erti
Yakin ku kekal mu disisi takkan pergi

Hadir dirimu memulihkan ku
Dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku
Namun rasa ini, dalam mencari erti
Yakin ku kekal mu disisi takkan pergi

Kelibat cinta permain rindu kecewa
Bisikan indah khayalan ku seketika
Airmata ini mengalir ku sendiri
Moga kelam resah ku kan berlalu pergi



Kad Minyak PERCUMA untuk Pengguna CELCOM !


Kad Minyak PERCUMA Untuk Pengguna CELCOM ! || Berita gembira dari celcom , sekarang celcom bagi kad minyak percuma di PETRONAS. Wahh betul ke ? Yee.. betul.. celcom memang sedang buat promosi 1 Milion free gift untuk customer celcom . Kalau kalian baca entri Lisa sebelum ini tentang IP Man 3 ..haa tiket tu free je .Celcom bagi code dan Lisa just redeem di MBO . 

Tiket wayang free dah habis promo 7Januari lepas,nah sekarang sambung bagi Kad Minyak Free RM30 untuk isi minyak di Petronas. Celcom bagi 2500 percuma untuk pengguna celcom ,pssttt hanya promo ini berlangsung bulan Januari 2016 sahaja tau !! Macam mana nak dapatkan kad Minyak free tu ? Caranya mudah je , 
1. Sign up atau Daftar plan postpaid (bill/pascabayar) celcom FIRST (tak kesah plan apa-apa je yang penting celcom FIRST , kalian boleh layari laman web celcom.com.my untuk tengok plan celcom tu. 
Kalian akan dapat message dari celcom dan dalam message tu ada code untuk klaim di BLUECUBE CELCOM tempat kalian. 

Cara redeem Kad Minyak Free ( FREE PETROL GIFT )  :



2. Beli dan daftar MAGIC SIM celcom kemudian topup reload activekan internet  rm30 / rm40 /rm 60. Untuk plan internet prepaid magic sim terbaru kalian boleh baca di ; KADAR TERBARU PLAN INTERNET MAGIC SIM 

Dan kalian akan dapat message seperti contoh dibawah ini,untuk ambil card tu di BLUECUBE CELCOM terdekat. 




Terma dan Syarat FREE PETROL GIFT CARD ;

Tunggu apalagi.. cepat sign up celcom first atau beli magic sim dan aktifkan internet bulanan rm30/ 40/ 60 di celcom terdekat , MALAS dan tiada masa untuk pergi celcom center ?? boleh layari fanpage KEDAI SIM MURAH untuk daftar Postpaid dan dapatkan magic sim 


Perfume Precious Rozita Che Wan ( RCW ) Murah

Perfume Precious Rozita Che Wan ( RCW ) Murah   || Pasti kalian selalu dengar perfume jenama artis yang cantik  dan meletop bagai musim Auntum di Korea. Siapa lagi kalau bukan Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che' Ta. Nah.. Tahukah anda ? Penjualan di 2 hari pertama mencecah 1.5 juta .. waww . Apa yang special sangat sampai ramai yang beli ? Perfume Precious by RCW (Rozita Che Wan ) ni tahan lama ... Lisa dah beli dan dan cuba sendiri. Memang tahan sampai ke petang , bau pon wangi dan soft . Kadang sampai penat jawap soalan orang yang tanya dan tanya ... "Awak pakai perfume apa ? Wangi la .. " 

Bicara mengenai perfume ni Lisa memang memilih sangat , suka bau yang soft tapi tahan lama  . Pengharum udara pon sama ja , kalau tak kena dengan hidung .. konfem jadi pening . Tak kisah brand mahal pun kalau wangi tu kuat sangat memang Lisa rejek  . So untuk kalian yang ingin menghadiahkan perfume untuk Lisa .. pilih baik-baik ye.. (perasan nohh ada yang nak belikan perfume ) 
Bulan Ogos Lisa order , bulan Disember  baru dapat stock.. Nampak tak yang perfume Precious by RCW ni memang ramai yang minat . ? Precious ramai yang cari sebab wangi tahan lama , harga murah pun ye juga,. Precious 20ml ni walaupun sekali spray dah tahan lama. Kena tunggu sekejap lepastu mula lah bau tu wangi dengan sempurna . Psttt , perfume ni Halal.. boleh bawa untuk solat ;)



Penghantaran paling cepat 1-3 hari masa bekerja.. Takperlu book dan tak perlu tunggu lama . Tak percaya ? tengok testimoni customer.. mereka berpuas hati  ;)

INFO :
Untuk pembelian dan testimoni customer .. Boleh singgah di
INSTAGRAM  : @preciousbyrcw_kluang
Facebook : QISA Beauty 
Whatsapp : 0199009213

"Precious by Rozita Che Wan"
🌸Wangian yang memikat lagi mengoda
🌸Haruman mewah tahan lama
🌸Membangkitkan keyakinan diri 
🌸Halal diyakini. 
Suatu kenangan tercipta kerana ia adalah PRECIOUS.
 🌟Smell like a star🌟
~Inspirasi haruman Rose+ Vanilla + Musk.
~Eau De Parfum 20ml.

**HARGA PRECIOUS by RCW 
RM 29.90 Semenanjung
RM31.90 SABAH SERAWAK
harga tidak termasuk kos penghantaran. 

Grabb it cepat sebelum kehabisan stock ;)


SENARAI PELAKON CINTA SI WEDDING PLANNER

SENARAI PELAKON CINTA SI WEDDING PLANNER|Macam kalian tahu kan,,sebelum ni drama Akulah Balqis dah berakhir 29 Hb Disember 2015 ,sekarang drama Tv3 slot Akasia yang baru bertajuk Cinta Si Wedding Planner ,gandingan pelakon lelaki yang dah tak asing dimata kalian Adi Putra sebagai Fariz (heroin) dan pelakon Baru Mira Filzah sebagai Zara (Heroin) . Mira dulu blogger juga tau..sama seperti Hanis Zalikha. 


CINTA SI WEDDING PLANNER
EPISOD : 28 Episod
TARIKH / MASA : 2016
SIARAN : Slot Akasia TV3
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd

Senarai Barisan Pelakon Cinta Si Wedding Planner;
Pelakon Watak
Adi Putra Fariz Adryan
Mira FilzahIzara Batrisya
Shiqin Kamal Shira/ Nadia
Fadlan Hazim Bazli
Dian P.RamleePn.Marina
Rosnah JohariMak Lang
Idris MD. DiahPak Lang
Aleza Shadan Pn.Aisyah
Airis YasminNadrah
Wan SharmilaDina
ElvinaDayana
Hanif SafuanHakimi


Sinopsis Drama Cinta Si Wedding Planner


Drama Cinta Si Wedding Planner mengisahkan tentang Zara yang merupakan seorang perancang perkahwinan. Dia telah bercinta selama 4 tahun dengan sepupunya bernama Bazli. Namun percintaan yang diharapkan ke jinjang pelamin, musnah bila berlakunya suatu insiden. Kisah cinta yang cuba mereka rahsiakan dari pengetahuan Pak Lang dan Mak Lang, berakhir jua akhirnya.
Seorang pelanggan Zara yang bernama Puan Marina begitu menyenangi sikapnya. Biarpun mempunyai empat orang anak, Puan Marina tetap mahu menjadikan Zara sebagai anak angkat memandangkan Zara hidup sendirian di Kuala Lumpur.
Suatu hari Zara berebut parkir dengan seorang lelaki. Lelaki itu bernama Fariz dan merupakan seorang bekas tentera laut. Pintu hati Fariz pernah tertutup untuk wanita setelah dikhianati oleh kekasih hatinya bernama Shirah. Namun pertemuan dengan Zara kembali membuka pintu hati Fariz.
Sinopsis Drama Cinta Si Wedding Planner
Rupanya Fariz adalah anak kepada Puan Marina. Semakin kerap bertemu, Fariz semakin jatuh hati pada Zara. Bila Fariz mendapat tahun bahawa Zara juga kecewa dalam percintaan dan asyik diganggu dengan Bazli, Fariz nekad menjadikan Zara isterinya. Puan Marina terus bersetuju meminang Zara. Biarpun hatinya belum mencintai Fariz,  Zara tetap menerima pinangan tersebut.
Selepas berkahwin, Fariz terus berubah sikap, dari seornag lelaki yang baran dan moody menjadi romantik dan penyayang. Manakala Zara pula berusaha menjadi seorang isteri yang terbaik buat Fariz. Bila bahagia mula menjadi milik mereka berdua, muncul pula bekas kekasih Fariz untuk menagih cinta. Zara diugut untuk meninggalkan Fariz.
Perkahwinan mereka mula bermasalah. Fariz kembali baran dan sering mengabaikan Zara. Misi Fariz untuk menyelamatkan perkahwinannya bersama Zara tidak berhasil. Zara meminta cerai dan membawa diri ke Aukland.
Bazli cuba membantu untuk membawa Fariz dan Zara bersama kembali tetapi dugaan yang lebih hebat pula berlaku. Obsesi bekas kekasih Fariz terhadapnya membuatkan keadaan menjadi diluar kawalan sehinggakan nyawa Zara dan kandungannya berada dalam bahaya.
Apa akan terjadi selepas itu? Berjayakan Fariz menyelamatkan rumahtangganya bersama Zara? Dapatkah kebahagiaan kembali menjadi milik bersama?




EPISOD AKHIR AKULAH BALQIS

EPISOD AKHIR AKULAH BALQIS || Tak terasa dah habis dah cerita Akulah Balqis, Mengenai Seorang anak yang terpaksa  berpisah denan orangtua kandung sebab kedua orang tua tu harus tinggal di pusat pemulihan dadah , Balqis pulak di asuh oleh sepasang suami istri yang dah lama berkahwin tapi tak mempunyai anak lagi . Pertemuan mereka disebabkan Mil (Nadia Brian ) , istri Adi (Nazim Othman ) yang tak sengaja langgar Balqis sampai patah kaki. Meskipun mula-mula Mil tak suka dan benci dengan Balqis.. tapi lama-lama dia sayang dan anggap seperti anak sendiri .. Agak-agak mereka nak lepaskan dan pulangkan Balqis ke Ibu  (Nabila Huda ) Bapa  , Amin (Aeril Zafreel ) orang tua kandung tak ye ? 


Untuktonton semula kalian boleh tengok di www.tonton.com.my
ATAU 
di link bawah ini. 
TONTON EPISOD AKHIR AKULAH BALQIS 

Selamat Tahun Baru 2016

 Selamat tahun baru untuk kalian sahabat cik sepet yang sudi meluangkan masa baca entri-entri dalam blog ini. Juga untuk rakan Blogger di #Kelabbloggerbenashaari san EFG ,juga santai Blogger.. dan lain lain..  Banyak kenangan manis di tahun 2015 ,walaupun ada pahit juga . Semoga tahun 2016 ini lebih membawa kita kearah kebaikan ya.

Azam? Usah tanya azam.. sebab belum tentu azam 2015 dan tahun-tahun sebelum tu dah tertunai kan? Haaa taupun.. bagaimana kalau kalian tunaikan azam yang dah ada dulu baru buat list azam seterusnya..

Azam Lisa ? Tak ada azam.. heheh ... semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya untuk kalian ataupon Lisa. :)

Selamat Tahun Baru 2016 ..

© all rights reserved
made with by templateszoo