Ad

Hadiah untuk player Dota 2

invite contest
Hadiah Untuk Player DOTA 2 | hye u'alls , ada berita  menarik  untuk kalian para gamer's DOTA 2 . Malam ini KD2M (KOMUNITY DOTA 2 MALAYSIA) mengadakan satu contest yang memberikan hadiah cukup menarik untuk kalian .
Syarat penyertaan :
1. Warga Malaysia Sahaja
2.Yang bermain DOTA 2
3. Bukan fake account ya !
Sekiranya kalian melanggar peraturan ini maka penyertaan akan terbatal serta merta .

Bagaimana jika ingin menyertai contest ini? senang je , ikut langkah berikut :
1. Join kumpulan KD2M klik DISINI
2. Invites ramai-ramai kawan kalian 
3.Pihak admin akan mengira jumlah invites
4.5 peserta yang mempunyai invites terbanyak akan menang ,
Senang saja kan !

Hadiah : 
Pertandingan akan ditutup pada 12 Oktober 2014.

Calon JENAZAH

Photo: AsSalam Keluarga FB yang diKasihi & diRahmati ALLAH.
Pengisian untuk kita kongsi bersama: SILA SHARE!
Mari sama-sama kita Bermuhasabah diri & Renungkan:

Ingatlah….kita semua ada lah calon JENAZAH….Walau diBungkus tetapi ia bukanlah Kiriman…..Meski diTanam tetapi ia bukan Tanaman. MATI itu pasti.

Saya bangga dengan Keluarga FB saya….Page ini diada kan untuk kita semua menjaga silaturrahim – Saya suka Memaklum kan berita suka dan duka yang berlaku…Page ini bukan untuk disalah guna kan untuk GOSSIP – FITNAH & MENGHINA….

Saya tidak REDHO sama sekali jika anda mengguna kan page ini untuk tujuan tersebut – saya tidak mahu Bersubahat dan Membiar kan diri anda terlibat dalam hal-hal begini…Mari lah kita semua menjadi Hamba yang Baik dan kita sama2 Berdakwah dan sentiasa Bermuhasabah diri…Jangan jadi orang yang selalu Berburuk Sangka. 

Malu lah kepada ALLAH & Sayang kan diri anda kerana setiap kali anda MEMFITNAH – MENGUMPAT & MEMBUKA KEAIBAN Orang….Janji ALLAH – ALLAH tidak akan TUTUP AIB anda diPadang Mahsyar nanti….Alang kah sayang nya Kesemua Pahala Amalan anda diHADIAH KAN kan PERCUMA kepada Hamba ALLAH yang telah anda AIB KAN & FITNAH KAN.....Sedang kan setiap hari Kehidupan kita sudah diPotong sehari untuk Kembali kepada ALLAH – MATI ITU KEPASTIAN….Bila? Itu Rahsia ALLAH…..Kita semua Musafir diDunia yang sementara ini……

Kita akan kembali KeRahmatullah pada bila-bila masa sahaja dan berada diAlam Barzah dan diBangun kan semula untuk diHisab pada hari Kiamat. Baik yang kita buat - Baik lah yang kita dapat diDalam Kubur dan diAkhirat kelak. Takut lah AZAB KUBUR wahai saudara2 ku. 

PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA:
 
Firman ALLAH SWT yang menggambarkan tentang Kecelaka’an dan Penghinaan bagi Pengadu Domba : 
(Iblis yang suka Melaga - Melaga kan orang untuk tujuan Pergaduhan)

Tafsirnya:

 "Kecelakaan besar bagi tiap-tiap Pencaci dan Pengeji.” (Surah Humazah)  Penghinaan…..AZAB serta Kebinasaan dari ALLAH Subhanahu Wa Taala bagi golongan Pencaci dan Pengeji…..

Pencaci dan Pengeji menurut Ibnu Abbas Radhiallahu ‘Anhu: orang yang suka Mengadu Domba…Mengajak orang bersama anda melaku kan DOSA yang Besar hanya akan Merosakkan Kasih Sayang (Sesama Manusia) dan Penzalim yang membuka Keaiban (orang lain)"

MARI LAH KITA SEMUA MENCARI KEREDHAAN ALLAH! 

Wassalam dari Kak Pah & Ummie Sharifah. 
Calon JENAZAH | Walau dibungkus tetapi ia bukanlah kiriman , meski diTanam tetapi ia bukan Tanaman. Kita semua calon Jenazah . Mati itu pasti.
Janganlah menjadi orang yang selalu berburuk sangka. Malulah kepada ALLAH & sayangkan diri anda kerana setiap kali anda MEMFITNAH -MENGUMPAT &MEMBUKA KEAIBAN Orang ..Janji ALLAH. ALLAH tidak akan TUTUP AIB anda di padang mahsyar nanti .ALangkah sayangnya kesemua pahala , amalan anda diHADIAHKAN percuma kepada hamba Allah yang telah anda AIBKAN dan FITNAHKAN . Sedangkan setiap hari kehidupan kita sudah dipotong sehari untuk kembali kepada ALLAH .
MATI ITU KEPASTIAN , Bila ?itu rahsia ALLAH . Kita semua musafir didunia yang sementara ini.
Kita akan kembali ke Rahmatullah pada bila-bila masa sahaja dan berada di Alam Barzah dan dibangunkan semula untuk dihisab pada hari Kiamat. Baik yang ita buat, baiklah yang kita dapat dialam kubur dan di akhirat kelak. Takutlah AZAB KUBUR wahai saudaraku .
PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA :
Firman ALLAH SWT yang menggambarkan tentang kecelaka'an dan penghinaan bagi PENGADU DOMBA atau BATU API  . (Iblis yang suka MELAGA-MELAGA kan orang untuk tujuan pergaduhan )

 Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم
104:1 
"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, ." 104:1
"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji " (surah Humazah ) Penghinaan..
Azab serta kebinasaan dari ALLAH SWT bagi golongan pencaci dan pengeji .

Pencaci dan pengeji menurut Ibnu Abbas R.A ialah orang yang suka menjadi batu api, mengajak orang bersama kalian melakukan dosa yang besar hanya akan merosakkan kasih sayang ( sesama manusia )dan penzalim yang membuka keaiban ( orang lain )
Dosa atau pahala itu urusan manusia dengan ALLAH , siapalah kita nak mengukur dan hitung dosa pahala orang lain ? Lain la kalau kalau  sudah ada pahala yang cukup banyak dan konfem masuk surga.
Bersilaturahim kan lagi bagus , betul tak ?
Carilah keredhaan ALLAH



Kaca dalam daging ,pernah rasa ?

. Kaca Dalam Daging , Pernah rasa? Kenapa tangan aku berbalut ?
semalam punya cerita, time aku tengah minum air kosong di cawan kaca  tetiba je telinga cawan yang aku pegang tu pecah . Pecahan kaca tu menusuk ke sela-sela jari manis and kelingking.
Darah tak berhenti keluar, sampai aku tengok ada lubang dekat tangan aku. Oh, mungkin bekas pecahan cawan tadi. Aku nampak darah berhenti keluar, maka aku pergi kerjalah macam biasa.

.
Nampak macam tak da apa-apa, hurm tapi malam tadi aku menangis kesakitan . Jari aku  mula kemerah merahan dan bengkak . Rasa macam berdenyut-denyut. Kawan aku suruh check, takut ada serpihan kaca dalam daging tu .

Jadi hari ini aku pergi klinik. Dan kemudian cerita lah apa yang dah berlaku . Hurm, dalam tangan tu ada serpihan kaca woo ! macam luka biasa je tapi ternyata didalam sikit lagi dah nak teruk. Dalam jugak rupanya bekas pecahan kaca itu. Nasib baik lah tak kena urat . Lepas ni minum dari cawan plastik je la. Haha.

P/s : Jangan memandai nak jadi dokter . buat tak ada apa-aa tapi ternyata? esok lusa kalau melarat sapa yang susah. Cacat dah nanti , berkurang duit hantaran.. Opss...
 ( Kalau sakit tak sembuh-sembuh atau bengkak ke hape ,atau lagi teruk sakit tu sila rujuk ke klinik atau hospital terdekat ya )

Cabaran 30 Hari | Perkara menarik yang aku berbangga tahun ni






Cabaran 30 Hari | Perkara menarik yang aku berbangga tahun ni  |
Tahun ni gaji aku naik 2 kali weih..seronok !pastu dapat gelang emas dari boss aku..siap pakaikan lagi ! Bangga woo..kau hado? Takde kan. Hehehe
Aku berbangga sebab mempunyai seseorang yang insyaallah mampu membimbing aku.
Aku berbangga sebab dikenalkan denga  blogger-blogger yang mengajariku banyak ilmu.
Aku berbangga sebab dah mula save duit untuk simpanan ku masa yang akan datang.
Aku bangga dapat menunaikan apa yang mak ayah aku minta.
Aku berbangga mengenali orang orang yang luar biasa dalam hidup aku.
Terimakasih kawan. Terimakasih orang-orang yang banyak memberiku nasihat dan ilmu . Terimakasih mak ayah sebab selalu mendoakan saya.

Dengan ini berakhirlah sudah cabaran 30hari #kelabbloggerbenashaari.
Next time kalau dah buat cabaran lagi.. sediakan hadiah eh! Biskut ka.. kaktus ka.. hehehe

Cabaran 30 Hari ,hari 29 | Bunga Kegemaran

 


CABARAN 30 HARI , Hari 29 |Bunga Kegemaran .
Cerita mengenai bunga, tak usah tanya lagi lah dah tau jawapan yang akan aku bagi.
Aku suka Mawar Biru, sama lah dengan nick name Facebook aku . Hehe
Tiada kaitan dengan tempat aku bekerja , Tapi satu hari tu aku singgah di kedai bunga dekat dengan office aku. Plan ingin beli mawar purple untuk hadiah kat kawan aku sebab dia minat giler dengan mawar purple and barang-barang yang berwarna purple. 
Dan di kedai itulah aku nampak Mawar Biru. Terus cair hati aku. Hahaha.
Mawar Biru , biru : cool , beku, dingin atau menyejukkan? sedikit menggambarkan perwatakan aku .
Aku pendiam tapi juga menyejukkan . Aisehh.. haha
Sesiapa yang nak bagi aku bunga mawar biru aku konfem akan terima dan simpan, haha memang tak kan buang walau dah kering . 

Aku ada simpan bunga mawar biru 3 tahun lepas hadiah harijadi aku yang ke 14 Tahun. Hehehehehe. Nanti aku tunjuk kat korang la ye , gambar kat bawah ni la bunga tu 3tahun lepas.
 

Kek bufday aku pon Mawar Biru tau, haha boss aku yang bagi !
 

Yang ni first bunga mawar biru yang aku beli 25-04-2011
3 kuntum mawar biru baru rm10 masa tu. Murah !

Web Rasmi #KelabBloggerBenAshaari

|#kelabbloggerbenashaari adalah satu network blogger dan founder dia ialah, ABen pemilik blog www.benashaari.com . Kelabbloggerbenashaari ditubuhkan sejak 2009 dan sekarang mempunyai member  mencecah lebih dari 23,000 .Apa yang menarik dari KBBA? Di network ini saling berkongsi ilmu dunia Blog dimana semua saling membantu untuk naik dan bukan saling menjatuhkan. Dan akhirnya  mempunyai web laman yang rasmi yaitu Kelabbloggerbenashaari. Yang memuat activity yang dilakukan oleh rakan-rakan KBBA .
Selain itu kalian boleh follow instagram dia @kelabbloggerbenashaari ,


dan Facebook #Kelabbloggerbenashaari.
Apa yang menariknya? Kalian boleh mendapatkan tips dalam dunia blogging dan mereka tidak kedekut ilmu.
Lisa pon ingin mengucapakan banyak terimakasih kepada rakan-rakan KelabBloggerBenAshaari sebab semenjak join rakan KelabBloggerBen Ashaari, ada peningkatan dalam blog saya dah.Trafik naik menjadi 4@5 kali lagi banyak dari trafik biasa !  Excited giler . Hehe hope lepas ni bertambah elok blog aku yang sebelum ni macam hidup segan mati tak mahu.   Dah tak bersawang kekeringan idea lagi. Hehehe..
Kalian  nak join ? Boleh je.. FREE tak berbayar pon. ;)

#KELABBLOGGERBENASHAARI 
"BUKAN SEKADAR BLOGGER "

5 Perkara Bermula dengan "Andainya" | Hari 28


,
5 Perkara bermula dengan "ANDAINYA ", hurm.Berangan sekejap.. andaian yang mungkin jadi kenyataan dan mungkin hanya wujud dalam angan-angan .

1. ANDAINYA aku JUTAWAN ,
sememangnya akan ku sedekahkan tanah rezab untuk dibangun masjid. Memang angan-angan dari kecik , sebab cikgu agama cakap kalau kita sedekahkan tanah untuk masjid, dan kemudian satu hari kita mati ,, Kita masih mendapat pahala sebab orang-orang datang untuk beribadah di masjid itu.


2.ANDAI aku TINGGI

Andai aku tinggi mesti aku jadi model atau pramugari ,haahhaa.  Pernah bercita-cita dulu tapi ketinggianku comel-comel je ni ha!. SAD ! hahaha nak minum vitamin dah takleh tinggi dah .

3. Andainya  Mataku Besar

Hahahah .. andai mataku tak sepet, mesti orang tak tanya aku ni chinese ke melayu . Disebabkan time mak suka makan limau mandarin dan tengok movie jackie chan ketika pregnen aku.. hasilnya aku keluar bermata sepet. Ala-ala Jackie Chan , Hahaha

4.ANDAI aku ada rm 50,000.00

Aku nak travell pergi obersea. Hahaha

5. ANDAI NENEK MASIH HIDUP ,
Aku ingin peluk nenek . Aku ingin bermanja-manja dengan nenek . Walaupon belum cukup 100 hari pemergian arwah nenek, tapi aku rindu sangat dengan nenek . Sebab dialah satu-satunya nenek yang rapat dengan aku. Al-Fatihah untuk nenek .


Caraban 30 Hari #kelabbloggerbenashaari

Mood Dilamun Cinta | hari 27

 
.
 Mood Dilamun Cinta| hari 27
Mood aku hari ini?
Kalian tengok la gambar  diatas tu, mesti paham ! Hahaha
Mood aku hari ini macam sedang dilamun cinta je , dalam hati ada taman. Senyum seorang-seorang macam kambing dapat rumbut .Senyum meleret sampai telinga .
Why ? WHy ? WHY ? 
Dapat hadiah dari someone special ke ?
Bunga?
Coklat ?
Cincin?
Atau.. dapat boyfriend baru ke ??
SALAH! mood aku hari ini berbunga-bunga sebab aku tengok drama korea ni ha. Ntah apa tajuk dia, lupa pulak dah . Best jalan cerita tu , dari dua insan yang saling mencinta lepas tu tak dapat restu ibubapa . Dan kemudian si perempuan gigih cari cara untuk luluhkan hati kedua ibu bapa kekasihnya itu . Ending yang sweet sangat-sangat sebab akhir nya pasangan itu berkahwin dengan restu .

Mood kalian pulak macam mana ?


Apa Yang Menarik pada Z 2 | Hari 26

 
 Apa Yang Menarik Pada Z2 sehingga membuat saya memilih z2 sebagai gaget saya terkini ialah , kerana z2 mempunyai design yang nipis dan juga cantik . Z2 mempunyai internal memory  16GB dan RAM 3GB membuat handphone ini tidak cepat hang .

Tips Penawar Demam | Sarang Burung

Tips penawar demam dengan Sarang Burung | Demam, semua orang pasti pernah mengalaminya . Apalagi sekarang musim perubahan cuaca yang tidak menentu mengakibatkan daya tahan tubuh pun terjejas . Demam ada yang jenis demam biasa dan juga ada demam yang mengaibatkan sawan.

Tuntutan pemenang G.A Merdeka by mawarbiru


Tinggal 3 hari sahaja untuk para pemenang Give Away Merdeka By Mawar Biru .
sila check 


Setakat ini baru 7 orang pemenang sahaja yang telah memberikan detail melalui email untuk menuntut hadiah . Yang lain sila tuntut ya .
Terimakasih

IS pancung kepala wartawan Perancis | Berita hari ini

IS pancung kepala wartawan Perancis | Anggota jihad berkaitan kumpulan Negara Islam (IS) memancung kepala wartawan Perancis yang diculik di Algeria, Herve Gourdel, yang ditunjukkan di dalam video yang dimuat naik secara online.

 Lelaki 55 tahun itu diculik Ahad lalu oleh Jund al-Khilifa atau 'Askar Pemerintahan Khalifah' ketika sedang mengembara di taman negara yang pada satu masa dulu kawasan tumpuan pelancong tapi kini menjadi tempat persembunyian anggota militan berkenaan.

 

 Tindakan memancung kepala Gourdel dilakukan berikutan keengganan Perancis untuk mematuhi kata dua 24- jam kumpulan terbabit supaya ia menghentikan serangan udara di Iraq - sebahagian daripada kempen diketuai Amerika Syarikat terhadap IS. 

Task 25 || Berita hari ini yang saya baca ialah mengenai anggota IS yang memancung kepala wartawan perancis disebabkan keengganan supaya menghentikan serangan udara di Iraq.
Hurm , semoga peperangan di Iraq cepat berakhir .
Amin..

sumber  klik SINI



 

Deactive Voicemail Anda !



DEACTIVATE Voicemail anda!seringkali kita memanggil seseorang dan dia tak sempat menjawap pastinya akan keluar satu  mailbox dan ianya akan menelan kredit anda,betul tak? Kalau 1 kali mail box 0.35sen,6kali dah berapa?? Ini sangat mengganggu dan jika kalian ingin membuang mailbox atau khidmat voice mail ni anda boleh ikut langkah-langkah dibawah ini.

Maxis
Deactivate – ##109#
or : klik sinihttps://forum.maxis.com.my/forum_top...2&whichpage=88

Digi
Deactivate – *128#, pilih mobile service, voice mail & deactivate.
or call Digihepline 0162211800 and talk to customer service

Celcom
Deactivate – ##002#
Or : Celcom you (number owner) have to dial 1111or 03-3630 8888 and talk to customer service and ask them to deactivate your voicemail ONLY

Q: kenapa perlu deactivate

A: kalau kalian call orang, pastu orang tak angkat akan keluar suara

Ini khidmat pesanan suara. Sila tinggalkan pesanan anda selepas ini. Beepp~~..

Kena cas 35sen untuk maxis, 20sen untuk celcom, Digi tak pasti. Macam !@#$% khen?

kalau digi call je 0162211800 dan cakap dengan operator nk off voicemail.. free jek!

Kalau celcom call je 1111 n cakap jugak ingin off voicemail.. free jek

kalau maxis.. postpaid call 123.. kalau prepaid 1300820120..

P/s : ada yg berjaya ada yang tak berjaya...selamat mencuba dan selamat berjimat...

Kisah Kejayaan Ronaldo

Kisah Kejayaan Ronaldo | Hari ini, saya nak berkongsi dengan anda satu kisah. Kisah yang saya pernah dengar selama ini, tetapi hari ini saya terjumpa sekali lagi kisah ini di Facebook.
Saya lantas mencari info mengenai kisah ini dan saya rasa, saya nak sangat berkongsi dengan anda semua "Di Sebalik Kisah Kejayaan Ronaldo Yang Ramai Orang Tak Tahu"
 
 

Ronaldo

Buat anda yang tidak tahu, even saya rasa ramai yang kenal mamat hensem ni. Beliau adalah Cristiano Ronaldo.

Bekas pemain Manchester United, dan sekarang bermain untuk Real Madrid dan Portugal. Seorang pemain yang sangat hebat dan merupakan penjaring gol terbanyak di La Liga, Sepanyol bersama Real Madrid. Mempunyai komitmen yang sangat tinggi ketika berada di atas padang.
Namun, saya yakin. Ramai yang tidak tahu bagaimana Ronaldo bermula sebagai pemain terhebat pada hari ini.
Suatu Ketika Dahulu

Suatu ketika dahulu, ketika Ronaldo masih bermain di sebuah kelab biasa. Mereka di datangi oleh Kelab Sporting Lisbon. Wakil kelab itu mahu menyaksikan sebuah perlawanan bola sepak yang ditandingi oleh kelab yang diwakili oleh Ronaldo.
Mereka mahu mencari pemain yang boleh diserap masuk ke Kelab Remaja Sporting Lisbon. Sebuah kelab yang sangat hebat di Portugal.
Syaratnya mudah sahaja. Mana mana pemain yang menjaringkan gol terbanyak dalam perlawanan itu, akan diserap masuk ke Kelab Remaja Sporting Lisbon.
Semasa perlawanan sedang berlangsung, Ronaldo menjaringkan gol pertama. Kemudian, sahabat baik beliau Albert Fantrau menjaringkan gol kedua.
Di penghujung perlawanan, Albert Fantrau berhadapan situasi satu sama satu dengan penjaga gol. Beliau berjaya menggelecek dan melepasi penjaga gol. Pada waktu itu, Ronaldo turut berlari dan berada di hadapan pintu gol.
Pada waktu itu, Albert Fantrau hanya perlu menolak masuk ke dalam gawang gol. Tetapi, beliau tidak mahu berbuat demikian.
Sebaliknya, beliau menolak bola tersebut kepada Ronaldo dan Ronaldo menjaringkan gol tersebut.
Apa yang berlaku itu menyebabkan ramai orang terfikir kenapa Albert tidak terus menjaringkan gol tersebut.
Selepas perlawanan, Ronaldo bertanya kepada Albert. "Kenapa kamu tidak menjaringkan gol itu sendiri? Kenapa perlu kamu pass bola itu kepada saya?"

Albert menjawab, "Saya tahu, kamu lebih baik daripada saya."

Selepas itu, Ronaldo diterima masuk ke Youth Club untuk Sporting Lisbon dan mula mencipta nama sehingga dipancing masuk ke kelab Manchester United.
Selepas itu, sahabat Ronaldo iaitu Albert langsung tidak mempunyai pekerjaan.
Selang beberapa tahun, ada beberapa wartawan yang menjejaki Albert di rumahnya. Mereka terkejut melihat kemewahan rumah dan kereta yang dimilik oleh Albert.
Apabila mereka bertanya, "Macam mana kamu boleh menjadi kaya sedangkan kamu tidak berkerja?"

Albert menjawab, "Semua ini daripada Ronaldo."

Allah Allah.... Saya pernah dengar kisah ini. Tapi, ingatkan orang saja buat cerita. Rupa rupanya, ia cerita benar.
Saya kagum dengan mereka berdua.
1. Saya kagum dengan Albert. Sebab beliau lebih mengetahui kelebihan Ronaldo. Dan beliau sendiri merasakan Ronaldo lebih layak untuk ke kelab Sporting Lisbon berbanding beliau. Beliau boleh pilih untuk jaringkan gol tersebut sendiri. Tapi, beliau memilih untuk sentiasa 'memberi yang terbaik' kepada mereka yang lebih layak.
2. Saya juga sangat sangat kagum dengan Ronaldo. Beliau sangat mengingati jasa Albert. Beliau sedar, dari situlah beliau bermula. Kerana tanpa bantuan Albert, mungkin Ronaldo tidak menjadi seperti mana beliau sekarang.
Beliau sedar, kekayaan yang beliau kecapi selama ini adalah hasil 'bantuan kecil' dari Albert. Dan beliau tidak pernah lupa 'sahabat' beliau itu.

Anda saksikan sendiri, Ronaldo selalu meraikan kejayaan beliau dengan
Albert.  Insan yang banyak membantu beliau. Semuanya bermula dengan
sikap tidak mementingkan diri sendiri yang ada pada Albert.

Antara profil Critiano Ronaldo. Saya sangat kagum. Walaupun beliau seorang yang beragama Kristian, tetapi ada beberapa akhlak beliau yang bagi saya wajar kita contohi. Antaranya, beliau tidak minum arak. Ayah beliau meninggal dunia akibat penyakit daripada meminum minuman keras.
Ronaldo juga tidak men'tatoo'kan badan beliau. Ini kerana beliau akan buat 'Blood Donation' 2 kali setiap tahun.

Selain itu, beliau turut menjual kasut emasnya yang berharga Euro 1.5 million dollar kepada penduduk Islam di Gaza. Allahuakbar. Malu rasanya, kita yang beragama Islam ni. Dah berapa 'hinggit' yang kita dah derma untuk saudara kita di sana.Beliau juga memberi sumbangan Euro 1.4 million buat warga Palestin.

Selain itu, ada seorang ibu kepada kanak kanak yang miskin memerlukan bantuan kewangan untuk menanggung kos pembedahan anaknya yang berusia 10 bulan itu. Ibu tersebut menghubungi Ronaldo dan meminta kasut bola dan jersey yang ditandatangi Ronaldo untuk dijual bagi menanggung kos tersebut.
Apa yang mengejutkan ibu tersebut, mereka bukan saja mendapat kasut dan baju. Tetapi mereka mendapat cek sebanyak Euro 83,000. Tak cukup dengan itu, Ronaldo turut menanggung semua kos perubatan anak tersebut di hospital berkenaan. 
Saya tahu, ada juga perkara negatif yang saya dengar mengenai Ronaldo. Tapi, lets focus on postive yang beliau lakukan.
Sebab, bagi saya beliau seolah olah faham. "Mengapa dan untuk apa beliau perlu menjadi kaya"

Persoalan ini yang sering kita ummat Islam lupa.
Kita banyak memikirkan diri kita sahaja tanpa kita memikirkan orang lain.
Setiap duit ringgit yang kita dapat, kita hanya fikir apa dan bagaimana harus kita belanjakan. Tanpa kita memikirkan, siapa yang boleh kita bantu dengan rezeki yang kita peroleh.
Adakalanya, Allah 'menghantar' orang yang bukan beragama Islam untuk mendidik kita. 
Adakalanya, bila kita sudah berjaya. Kita mudah lupa bagaimana kita bermula. Siapa yang mula mula dahulu yang 'membawa' kita ke arah kejayaan yang kita kecapi. 
Kita lupa. Kita ingat, kita berjaya disebabkan usaha kita. Tetapi, kita sering tak ingat. Jasa jasa 'kecil' orang lain yang telah menunjukkan jalan kejayaan kepada kita.
Jika kita sudah 'lupa' kepada orang yang menunjuk jalan kepada kita. Agak agak, adakah kita akan menjadi orang yang mengingati orang lain apabila kita sudah betul betul 'kaya' nanti.
Kepada para pembaca yang saya hormati, saya harap. Kita semua dapat mengambil banyak iktibar daripada kisah ini. 
© all rights reserved
made with by templateszoo