Friday, January 26, 2018

KFC Cheezy Golden Sticks , Sedap tak ?

KFC Cheezy Golden Sticks , Sedap tak ?

KFC Cheezy Golden Sticks

Dah masuk musim perayaan ni biasanya KFC akan keluarkan satu menu baru lain dari yang lain . Ha.. tadi ternampak poster menu baru KFC , Cheezy Golden Stick yang korang boleh nikmati dalam KFC CELEBRATION BUCKET CNY promo , sampena perayaan Chinese New Year yang akan datang tak lama lagi . Nak beli bucket sapa nak makan.. kang membazir pula, so Lisa beli Ala-cart je.. Tertanya-tanya juga... sedap ke tak ? apalah agaknya rasa Cheezy Golden Stick tu ... kena cuba juga ni . 



KFC Celebration BUcket

KFC Cheezy Golden Sticks ,  Sedap tak ?


Sedap ke tak ? Itula yang ada dalam minda kalau baru tengok menu baru . Belum rasa memang belum tahu.. itu yang tertanya-tanya dalam hati . Pada Awalnya, Lisa ingatkan isi dalam tu sejenis nuget atau mungkin isi ayam , eh ternyata bukan .. " macam" ada kentang or tomato dalam tu , ada sayur... dan pasti ada keju cheezy juga. alaa.. macam inti pai tu... Lisa tak reti nak gambarkan macam mana . Gigitan pertama KFC Cheezy GOLDEN STICKS  masuk dalam mulut , rasa juici beb ! Sedap weih.. bahagian luar disaluti tepung yang crunchy. Menikmati betul disetiap gigitan tu .Panas panas, tambahkan sos cili ...perghh menambah selera . Lisa bagi  10 bintang ! 



Memang sesuai sangat dengan tema perayaan ini , rasa yang mewah . Sedap pun ye juga... bentuk menarik .. luaran yang crispy crunchcy . 

Harga KFC Cheezy Golden Sticks

Harga untuk satu set KFC Cheezy Golden Sticks ialah RM 10.90 , dalam tu ada 3 ketul . Kenyang la juga.. try la 1 set dulu..rasa tak cukup baru beli lagi . Jika ingin makan beramai-ramai dengan family atau kawan.. boleh try dengan KFC CELEBRATION BUCKET , bermula dari RM 36.90 . 



Nah korang tengok sendiri dari bagian dalam .. OVERALL Lisa boleh bagi 10 Bintang... ha.. budak kecik ni pun cakap sedap dan sangat sedap ! Lisa yang tak suka cheezy pun boleh bagi 10/10 bintang , apa lagi korang yang memang penggemar cheese. Nah.. try rasa sendiri la ye ... nak belanja jauh la pula. hahaha.. Try sebelum kehabisan durasi promo . Kalau sedap bagitau orang lain , kalau tak sedap diam-diam.. #ehh.. hahaa.. selamat berhujung minggu .


NOTASelera setiap orang berbeza-beza., apa yang ditulis dalam review ini adalah pendapat pribadi penulis , dan tidak melibatkan mana-mana pihak . 
  1. macam dah lama tak makan kepsi... nboleh try gak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubala dkna.. heheh kerja depan KFC ni memang selalu nampak poster2 menu baru hahahaha

      Delete
  2. Dalam kentang ke..huhu..ingat ayam

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau kentang ke epal ke timun.. hahaha.. ala2 pai tu ...pai ke pie gitu la

      Delete
  3. depan tempat kerja ni kfc.. selalu nampak promo baru . hahah takminat dengan ayam sbb tk makan ayam.. tapi itula ... ternampak cheezy golden stick nampak menyelerakan .. tu yang cuba

    ReplyDelete
  4. baru balik dari kfc tapi makan ayam golden egg
    tak makan yang nih
    hehe

    ReplyDelete
  5. Saya tak rasa lagi menu ni, saya suka twister set tu je. Nanti nak try juga sekali KFC Cheezy ni.

    ReplyDelete
  6. Sedap Lisa kata sedap, terus terasa nak cuba gak

    ReplyDelete
  7. omg this looks so good. but sadly i need to stop eating fast food for a while. nak rasa sgt

    ReplyDelete
  8. tak pernah try lagi cheezy golden sticks. kalau ada pergi kfc, bolehlah order yang ni

    ReplyDelete
  9. la...ada lagi yang baru ke..ketinggalan zaman betullah...

    ReplyDelete

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search