Friday, December 15, 2017

Pelakon Tiada Arah Jodoh Kita

Pelakon Tiada Arah Jodoh Kita


TIADA ARAH JODOH KITA

Assalamualaikum ! Sapa tengok cerita Lelaki Itu Pemilik Hatiku , rasanya dah nak abes drama tu .. ialah episod semalam Rashdan sebenarnya ialah adik dari Aiman . Lepas ini , drama Kekasih Paksa Rela .  Drama Tiada Arah Jodoh Kita akan menggantikan di slot Akasia , Isnin - Khamis jam 7 petang di TV3 dan bakal menemui penonton pada tahun 2018.. Nantikan drama adaptasi novel Tiada Arah Jodoh Kita karya Ezza Mysara . Pelakon Tiada Arah Jodoh Kita diantaranya :  Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Mustaqim Bahadon, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Farisha Irwayu

SENARAI PELAKON Tiada Arah Jodoh Kita


PELAKONWATAK
Shukri Yahaya Megat Aathif
Aprena Manrose Afia Awliya
Hafeez Mikail Megat Wakeel
Erwin Dawson Fayyad Syakir
Livonia Ricky Nur
Mustaqim Bahadon Hazim
Azar Azmi Ain
Dian P.Ramlee Hajah Hamidah
Aleza Shadan Puan Maznah
Farisha Irwayu Hajjah Mariani
Nada Nur Syuhada Afina
Airis Yasmin Wardah
Rania Alisha

LAGU TEMA / OST

Tajuk : Rahsia Tuhan 
Penyanyi : Ippo Hafiz

SINOPSIS TIADA ARAH JODOH KITA

Kisah ketabahan Afia Awliya yang menanti kepulangan orang tersayang, Fayyad Syakir yang belajar di luar negara. Sebaliknya, Fayyad yang pulang menyuruhnya mengahwini rakan baiknya iaitu Megat Wakeel yang menunggu detik akhir hayat. Afia pada mulanya menolak. Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel, Megat Aathif yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.

Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.

Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif yang sudah lama menaruh hati mula mengorak langkah.

Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?

GAMBAR PELAKON 







  1. owhh cerita lelaki itu pemilik hatiku dah abes ye

    ReplyDelete
  2. sinopsis menarik tapi tak pernah berkesempatan lagi tengok drama ni

    ReplyDelete

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search