Ad

Operasi X - Filem Terbaru 2018

Operasi X - Filem Terbaru 2018 , Trailer Operasi X Movie Filem Terbaru 2018 Yang Gempak!

Operasi X - Filem Terbaru 2018

Agak lama tak tengok movie dipawagam , kali terakhir tengok pun dua bulan lepas. Dengar cerita ada movie aksi yang baru , Operasi X - filem terbaru 2018. Yang best lagi gabungan antara pelakon Aaron Aziz dengan Awie. Wahh... macam menarik je ni .

Trailer Operasi X Movie Filem Terbaru 2018 Yang Gempak!


Operasi X sebuah movie aksi Malaysia yang diarahkan oleh Sandosh Kesavan bersama beberapa orang penerbit iaitu Zarina Sham, Ali Nathan Latiff, Elson Tommas dan Norhanisham Muhammad.  Filem ini dibintangi oleh ramai artis termuka tanah air seperti Dato’ Aaron Aziz, Dato’ Awie, Datuk Yusof Haslam, Hanna Aqeela , Hairul Azreen, Hefny Saad ,Hairi Safwan, Shima Aris, Amerul Affendi, Nashra ,Nasir Bilal Khan , Rahhim Omar , Gbob, Azzahra Ahmad dan juga Zaidi Omadan banyak lagi la . Nampak gayanya gabungan pelakon yang power-power ni ..

Jom tonton Trailer Operasi X pula ..




Dream Pictures Production Melancarkan Operasi X Movie pada 1 November 2018


Filem ini mengisah seorang Assistant superintendent, iaitu ASP Redzuan yang sudah tidak percaya lagi dengan pasukannya apabila dia menyaksikan kematian rakan baiknya, Inspektor Aman, yang dipercayai dibunuh oleh pihak polis. Dia kemudian memutuskan komunikasi dengan semua orang dan mula tinggal di sebuah pulau terpencil, menyembunyikan identitinya daripada penduduk di situ. Tetapi Dato’ Mokhtar dan DSP Anwar dari Bukit Aman dapat menjejakinya. Dia kemudian ditugaskan untuk mengetuai operasi yang dinamakan Operasi X untuk menumpaskan Geng Belut. Operasi X, antara hidup dan mati.

Operasi X bukanlah sebuah filem aksi namun filem ini mengandungi aksi. Bererti filem ini bukan semata-mata tentang aksi. Garapan Idea Asal oleh Sandosh Kesavan dan Skrip oleh Atiqah Jani telah menghasilkan sebuah karya yang menyentuh hal-hal yang dekat di hati yang menontonnya kerana ia juga adalah tentang cinta, keluarga, persahabatan, dan paling utama adalah tentang menghabiskan sebuah perjuangan.

Filem ini ditayangkan kepada umum pada 1 November 2018.


Adakah Operasi X Movie Filem Terbaik 2018 Gabungan Awie dengan Aaron?


Bagaimanalah agaknye kalau Awie dengan Aaron bergabung dalam satu movie yang mengandungi aksi ? yang ni korang kena tengok sendiri kat pawagam terdekat . Lisa pun nak tengok juga la .. tak sabarnya nak tengok !  Jom tengok sama-sama .. dan jangan lupa share review korang tau lepas tengok Filem Operasi X ini. 

1
( Hide )
  1. macam menarik filem ni.. bila peluang nak pergi tengok kat wayang ni..

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo