Thursday, November 14, 2019

CELCOM XP LITE RM28 UNLIMITED DATA & CALL

CELCOM XP LITE RM28 UNLIMITED CALL & INTERNET

Hello guys ! Baru tak baru pelan celcom XLITE  ini hadir menggantikan pelan XPAX 50 yang dah habis tempoh promosi . Pelan celcom postpaid XLITE serendah RM28/bulan menawarkan panggilan tanpad had kesemua rangkaian dan internet 1GB. Korang juga boleh add on unlimited internet serendah RM1 . Menarik bukan ?

CARA SIZE UP PASS M & L XP Lite .

Pelanggan yang mendaftar dengan XP Lite™ pada RM28, bakal menikmati panggilan tanpa had dan internet 1GB sebulan. Untuk lebih banyak penggunaan internet, pelanggan boleh 'SIZE UP' atau menambah kepada 14GB internet pada harga RM30 (L Pass) iaitu tambahan 7GB internet pada harga RM10 (M Pass) sebulan. Pelanggan juga boleh menikmati Internet tanpa had dengan Ultra Hour Pass ™ dari RM1 bersama-sama dengan pas L atau pas M melalui aplikasi Celcom Life.






Korang juga boleh langgan unlimited internet dengan harga :
  • RM1 ; 1 Jam 
  • RM2 : 3 Jam
  • RM5 : 12 Jam 
  • RM8 : 24 Jam 




Tambahan lagi, pelanggan yang masih kekal atau ‘STAY ON’ bersama dengan XP Lite™ selama enam bulan secara berterusan, akan diberi ganjaran PERCUMA 1-jam Ultra Hour Pass™ Internet tanpa had bagi pelanggan pas L, manakala pelanggan pas M akan menerima 1GB Video Walla ™. Ganjaran ini akan diberi pada penggunaan bulan ke-7 dan seterusnya.


Pelan ini sesuai untuk parents , budak sekolah ,, atau untuk yang not Heavy user dan lebih nak guna ke unlimited call . Jika korang inginkan internet yang lebih banyak , boleh langgan CELCOM FIRST DAN CELCOM MOBILE PLAN . 


Pengguna setia celcom dengan payment bulanan cantik selama paling kurang 6 bulan keatas korang boleh reedem Free Phone di Celcom Center terdekat . 
Thursday, November 7, 2019

PELAKON SETELAH KU DIMILIKI

PELAKON SETELAH KU DIMILIKI

Finally drama yang ditunggu-tunggu dah tiba , Drama SETELAH KU DIMILIKI  adaptasi novel Setelah Ku Dimiliki karya Zaza Qry akan disiarkan di Slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Zul Ariffin, Intan Najuwa dan Tiz Zaqyah. Bakal bersiaran bermula 29 Oktober, setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3. PELAKON SETELAH KU DIMILIKI: Intan Najuwa, Zul Ariffin, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan, Hilal Azman, Daniella Sya, Halim Radzi


SENARAI WATAK PELAKON SETELAH KU DIMILIKI



PELAKONWATAK
Intan Najuwa Sarrafia
Zul Ariffin Adriz
Tiz Zaqyah Sarlina
Zaki Azeman Noh
Lia Natalia Hirda
Fahmi Reza Haqif
Rahhim Omar Rahimin
Zulhelmy Halil
Adeline Tsen Ufaira
Kuza Bonda Ummi
Aleza Shadan Sabrina
Hilal Azman Shamsul
Daniella Sya Ann
Halim Radzi Zakir 

LAGU TEMA / OST

Ika Mustafa - Damaikanlah

SINOPSIS SETELAH KU DIMILIKI

Mengisahkan mengenai konflik cinta di antara Sarra dan Adriz yang diuji dengan pelbagai dugaan. Kerana dosa silamnya, Sarra dihalau ibunya dan membawa diri ke Pulau Langkawi tanpa arah tuju.  Sarra bernasib baik apabila dia diperkenalkan kepada Bonda Ummi dan ditawarkan bekerja di sebuah pusat perlindungan yang diberi nama Rumah Azirah.

Pertemuan semula yang tidak diduga dengan Adriz di Rumah Azirah membuatkan hati Sarra berdegup kencang. Akan tetapi, Adriz tidak mengenalinya langsung kerana dia mengalami hilang ingatan disebabkan kemalangan lalu. Sebelum ditimpa kemalangan, Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya tetapi setelah tersedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah.

Encik Rahimin yang juga pengasas Rumah Azirah tidak mahu Adriz kembali kepada kehidupan lamanya, dan atas sebab itu dia membawa Adriz ke Rumah Azirah. Adriz kemudiannya membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain.

Adriz cuba mendekati Sarra, namun Sarra sering mengelak daripada bertemu dengannya. Tetapi semakin Sarra mengelak daripada Adriz, Adriz semakin ingin mengenali Sarra.

Adriz tertanya-tanya, mengapa Sarra bersikap dingin dengannya. Namun sebenarnya, dalam hati Sarra, tiada degupan cinta lain. Hanya untuk lelaki yang bernama Adriz, yang mempunyai kisah silam dengannya, yang akhirnya sah menjadi suaminya.

Namun, rumah tangga mereka mula menemui cabaran apabila kakak tirinya, Lina sendiri ingin memiliki Adriz tanpa pengetahuannya.

Adakah Lina berjaya merobohkan istana cinta Sarra yang terbina bersama Adriz? Apakah yang sebenarnya terjadi di antara Sarra dan Adriz?

GAMBAR PELAKON





Wednesday, November 6, 2019

Cara Mudah Menyelesaikan Blacklist Telco

Cara Mudah Menyelesaikan Blacklist Telco

Assalamualaikum , kalian apa kabar ? semoga sihat selalu . Kali ni Lisa nak kongsi tips cara mudah bayar akaun yang tertunggak atau blacklist / senarai hitam nama di telco pula . Biasanya nama jadi blacklist sebab ada tunggakan bill di telco dan tak bayar , akaun dah mati tapi masih ada bayaran yang belum dijelaskan . Mungkin korang adalah salah satu dari mereka dan tak tahu bagaimana nak bayar settlekan hutang tertunggak tu ? .Lisa harap info ini berguna untuk kalian. 

Cara Menyelesaikan Blacklist Telco


STEP 1 : CALL HELPLINE TELCO.


Call nombor helpline telco dan cakap kat mereka yang korang dah kena blacklist. Kemudian minta kat dia nombor akaun dan amount bill korang yang tertunggak tu.

Kat sini Lisa bagi beberapa nombor helpline telco yang terpilih:

Maxis : 1800 821 123 , 123 ( Pengguna Maxis )
Celcom : +60 19-601 1111 , 1111 (pengguna celcom )
Digi : +016 221 1800 
Umobile : +018 388 1318 , 1318 (pengguna umobile ) 

STEP 2 : BUAT PEMBAYARAN SECARA ONLINE


Bila dah dapat nombor akaun, korang dah boleh buat pembayaran secara online. Contohnya boleh buat dengan maybank2u. pergi ke bahagian bill payment, pilih telco, masukkan nombor akaun tadi, dan terus buat pembayaran.

Setel! Tapi kena tunggu dalam masa lebih kurang 24 jam. Baru korang akan dibuang dari senarai hitam.


Kalau korang tak ada online bankin  atau perbankan online , kenalah pergi center terdekat untuk buat bayaran . Biasanya makan masa 1-24jam masa bekerja  ( yang betul-betul center je tau baru boleh , kalau celcom pergi ke BLUE CUBE ) 

Dari pengalaman Lisa kalau bayar di center  , DIGI , U Mobile dan MAXIS makan masa 1-7 hari masa bekerja untuk clearkan nama korang di telco mereka , tidak termasuk public holiday atau weekend ya . 

Sekarang hutang di telco pun dah link dengan CTOS , nak beli rumah atau kereta memang akan ada effect . Jadi sila bayar ye , tertunggal 50 sen pun boleh jadi blacklist tau . 

Tuesday, November 5, 2019

PELAKON CEMBURU SEORANG PEREMPUAN

PELAKON CEMBURU SEORANG PEREMPUAN

Lama tak tengok drama , haa tengok di media sosial ada drama terbaru gandingan Amira Rosli dan Amar Baharin . DramaCemburu Seorang Perempuan di slot MegaDrama saluran Astro Ria. Dibintangi oleh Amar Baharin, Amyra Rosli dan Emma Maembong. Akan ditayangkan mulai 29 Oktober ini setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di Astro Ria slot DramaVaganza. PELAKON CEMBURU SEORANG PEREMPUAN : Emma Maembong, Amyra Rosli, Amar Baharin, Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Sabrina Ali, Amir Nafis, Mior Darwish, Nazrief Nazri, Rashidah Jaafar, Elmy Moin

WATAK PELAKON 


PELAKON
WATAK
Emma Maembong
Emilia
Amyra Rosli
Dhia
Amar Baharin
Zikri
Bella Dowanna
Kila
Najib
Fauzi Nawawi
Sufian
Lisdawati
Lea
Sabrina Ali
Nat
Amir Nafis
Badri
Nazrief Nazri
Shah
Mior Darwish
Eizlan 

SINOPSIS CEMBURU SEORANG PEREMPUAN

Zikri dan Dhia berkawan rapat sejak mereka sekolah lagi. Keakraban mereka membuatkan keluarga Zikri tidak senang kerana Dhia dari keluarga yang tidak berada. Keluarga Zikri berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka.

Zikri kemudian berkahwin Emilia. Hidup mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emilia tidak boleh mengandung lagi. Disebabkan itu, Emilia mahu Zikri mengahwini sahabat baiknya, Dhiya untuk melahirkan anak mereka dengan kaedah ibu tumpang.

Dhia rela kerana dia memang kasihkan Zikri. Walaupun Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja. Namun Emilia tidak dapat mengawal perasaan cemburunya sehingga bertindak di luar batasan kewarasan fikiran.

GAMBAR PELAKON





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search