Ad

REVIEW AQUAMAN 2018

REVIEW AQUAMAN 2018

REVIEW AQUAMAN 2018 - HOME IS CALLING


Hujung tahun ni banyak pula movie yang best-best .  Tengok dalam facebook ramai kawan yang cakap Aquaman BEST , Lisa jadi teringin nak tengok pula .   Aquaman dilakonkan Jason Momoa dan director movie ini ialah James Wan , Pengarah kelahiran Malaysia yang terkenal menerusi franchise Saw, Insidious dan filem seram yang lainnya.


SINOPSIS AQUAMAN : 

Perebutan kuasa untuk menjadi ‘King Of The Ocean’ antara puak-puak di Atlantis menyebabkan Arthur Curry (Aquaman) perlu ke Atlantis untuk mengembalikan keseimbangan antara dunia dalam laut dan juga dunia daratan. Jadi apa yang menarik tentang filem Aquaman ini?



Dah macam cerita melayu pula berebut tahta harta untuk jadikan sapa yang paling berkuasa . Hahaha. tapi serious best cerita ni .

REVIEW LISA : 

Awalnya Lisa takut tak sampai kepala cerita ni , sebab first time tengok kan . Tambah pula movie midnight , penat balik kerja kang tertidur dalam pawagam . Tapi guest what .. dari awal sampai la ke movie ni habis , cerah mata Lisa sebab AQUAMAN ni memang best weih tak rugi tengok . Movie aksi , ada jenaka , diselitkan persahabatan yang bertukar ke cinta , memang best la .

Tempat untuk shooting movie ni pon best best . Sebab ni lah lisa suka tengok movie atau drama luar negara , boleh tengok keindahan negara lain .

Banyak babak aksi dalam ni sebab tu tak bosan, meskipun tak heavy seperti movie aksi yang lainnya ,menurut lisa sesuai nak bawa budak . Tak la kejam and keras sangat movie ni ... just light light je .. tapi ada rasa nak nangis time terpisah and dapat berita yang ibunya telah meninggal ,.. betul ke meninggal ?

 Lisa bagi 4.9/5bintang . Harap lepas ni ada next sambungan la . hehehe...


3
( Hide )
  1. belum tengok lagi movie ni, teringin nak tengok tapi tah la mood nak tengok wayang sekarang ni kelaut haha

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo